Khamis, 8 Julai 2010

SharpShooter

SharpShooter


Zul Nordin mengaku masih ahli PAS

Posted: 06 Jul 2010 10:00 PM PDT



Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

"Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian," kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

"Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat," kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Hari ini 7 Julai 2010 cuti umum P.Pinang

Posted: 06 Jul 2010 09:41 PM PDT

7 Julai cuti umum Hari Warisan George Town

PULAU PINANG - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum pada 7 Julai sempena Hari Bandar Warisan George Town di negeri ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata, cuti umum itu berkuatkuasa mulai tahun ini sebagai meraikan hari pengisytiharan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai tahun lepas.

"Penetapan 7 Julai sebagai Hari Cuti Umum ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan Surat Pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada semua Ketua-ketua Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri serta Ketua Pengarah Pelajaran bagi memaklumkan perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, surat pekeliling yang sama juga telah dihantar kepada Persatuan Pekilang-Pekilang, Persatuan Bank-Bank, Persatuan Hotel-Hotel, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pertubuhan parti-parti politik di negeri ini.

Zainal Rahim berkata, bagaimanapun hari kelepasan am itu tidak menjadi "cuti berbayar" mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan bersetuju berbuat demikian dengan pekerja mengikut Seksyen 60D(1A) Akta 265.

Akta itu menetapkan bahawa empat hari iaitu Hari Jadi Yang Dipertua Negeri, Hari Jadi Yang di-Pertuan Agong, Hari Kebangsaan dan Hari Buruh mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari lagi adalah atas budi bicara majikan.

"Walaupun cuti umum itu tidak mewajibkan semua majikan mematuhinya, namun kerajaan negeri berharap majikan dapat memberi kerjasama dengan memberi kelepasan am bagi memberi peluang kepada pekerja mereka mengambil bahagian meraikan sambutan Ulang Tahun Pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang dianjurkan kerajaan negeri," katanya

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kontrak APCO terus disambung

Posted: 06 Jul 2010 09:12 PM PDT

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Parlimen bagi menjelaskan tindakan kerajaan menyambung kontrak perkhidmataan Apco Worldwide Sdn Bhd.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung KEADILAN meminta Najib bertanggungjawab mendedahkan segala butiran kontrak antara kerajaan Malaysia dengan firma yang mempunyai hubungkait dengan rejim Zionis-Israel itu.

"Kita mendapat tahu bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah memperbaharui kontrak perkhidmatan Apco pada akhir bulan lalu. Perkara berkaitan dengan Apco telah kita cabar di dalam parlimen tiga bulan lalu sehinggakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana pendedahan tersebut.

"Hari ini ada empat perkara yang saya cabar Najib berikan penjelasan dan berharap beliau dapat hadir ke parlimen untuk penjelasan tersebut.

"Saya mahukan Najib secara terbuka mengeluarkan fakta-fakta cadangan penyambungan kontrak tersebut kerana perkara ini kita mahu tahu atas dasar apakah kontrak itu disambung.

"Keseluruhan isu Apco telah didedahkan oleh Anwar tetapi tindakkan lain dikenakan ke atas beliau, bermula dari pendedahan itulah kita dapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta hanya untuk perkhidmatan Apco. Jumlah ini diketahui apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengemukakan soalan susulan.

"Bagi penjelasan yang kedua, Najib perlu nyatakan berapa jumlah kos yang kerajaan perlu keluarkan bagi perkhidmatan seterusnya, kalau sebelum ini RM76.8 juta dan penyambungan yang dilakukan ini berapa pula wang rakyat digunakan untuk membayar nilai kontrak tersebut. Selain itu juga Najib perlu nyatakan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Apco untuk tempoh kontrak baru mereka," jelas Saifuddin pada sidang media di parlimen pagi tadi.

Saifuddin juga mendesak Najib mengemukakan laporan lengkap dan dijelaskan di Dewan Rakyat terhadap prestasi serta pencapaian Apco dalam perkhidmatan mereka sebelum ini.

"Kita mahukan penjelasan dari Najib terhadap pencapaian yang telah diperolehi oleh kerajaan dari khimat Apco, kita tidak mahu tanpa sebarang penjelasan tentang pencapaian kontrak itu disambung.

"Najib perlu datang sendiri untuk menjelaskan perkara-perkara yang kita bangkitkan bukan hanya menyerah kepada timbalan-timbalannya, kita mahukan penjelasan segera dari Najib," kata Saifuddin lagi.

Pada sidang media yang sama, ketika ditanya kedudukan terkini berhubung tindakan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Anwar berkata sehingga kini beliau belum menerima apa-apa notis.

"Berkenaan dengan hal tersebut sehingga sekarang saya belum menerima apa-apa notis dan sekarang hanya menunggu apa tindakan mereka. Kita dedah di bawa ke Jawatankuasa tetapi apa tujuan mereka menyambung kontrak perkhidmatan Apco," kata Anwar.

Dalam satu kenyataan lain memberitahu pentadbiran Najib telah memperbaharui kontrak khidmat firma perunding Apco untuk tempoh setahun lagi meskipun mendapat tentangan dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya telah diberikan seminggu lalu dan keputusan tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang mempunyai kaitan dengan ejen perisikan Zionis-Israel.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

52 soalan Bala

Posted: 06 Jul 2010 08:20 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan 52 soalan kepada detektif persendirian P Balasubramaniam berhubung maklumat kes pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibu empat tahun lepas.

"Ada sebanyak 52 soalan dengan beberapa soalan sampingan " kata peguam Bala, Americk Sidhu, yang menerima soalan dari SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London.

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai SPRM di London tetapi rancangan itu dibatalkan suruhanjaya itu.

"Jawapan perlu dijawab dalam bentuk afidavit, " katanya sambil menegaskan bahawa "jawapan-jawapan sedang disediakan ."

SPRM menghantar senarai soalan kepada Bala, pada Jumaat lepas. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu dikirim melalui kurier kepada Americk.

Katanya, Americk bersetuju memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.

Sharpshooter :- Ini satu kes contoh....selepas ini tak payahlah susah payah macam YB Amirudin dan YB Shuhaimi pergi ke SPRM untuk di soal siasat.

Takut nanti kalau mati dikatakan bunuh diri pula macam mendiang Teoh Beng Hock.

Jadi kalau SPRM panggil untuk di soal siasat, tak payah pergi, minta SPRM hantar soalan gunakan POS LAJU...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: