al-brangi |
- Jangan Putuskan 'Talian-Hayat' ini
- 'Si-Katak' Kulim pun mahu 'Latuk' ke?
- Antara Wajib, Sesat dan Afdal
- 'Katak' gerun dengan 40 al-Ular-mak
| Jangan Putuskan 'Talian-Hayat' ini Posted: 07 Jul 2010 05:30 PM PDT Oh, tak bankrap, tak bankrap , tak bankrap.Syukur tak bankrap......kalau tidak..... PRU13 nanti akan bankraplah 'undi selamat'. Kalau dah ikhlas nak beri habuan, janganlah sebut 'duit raya', dengan macam koman je......standard anak-anak hingusan je bunyinya.....sebutlah duit dividen ke atau duit lebihan tranksaksi stok penimbal.....wah duh bunyi macam glamour gitu..... Nota: Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bergantung harap......harap-harap talian hayat tak putus di PRU13 nanti |
| 'Si-Katak' Kulim pun mahu 'Latuk' ke? Posted: 07 Jul 2010 08:02 AM PDT Hujan tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba Si-Katak Kulim cabar Dato' Negeh serah balik gelaran 'Dato'' kepada Istana kononnya Negeh tidak menghormati Istana.Kalau kita faham gerak geri dan geliat 'body language'nya, ini memberi erti bahawa beliau tersangat terliur, terlalu teringin, teramat mengidamkan akan gelaran itu. Nak menghadap MB Kedah agar disyorkan kepada Istana Kedah terasa malu ke diri kerana bila dikenang-kenang balik apalah sangat jasanya kepada Kulim khususnya kerana usia 'wakil rakyat'nya banyak dihabiskan di Kuala Lumpur, sementelah lagi dia pun dah berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS. Nak menghadap bekas calon Timbalan Presiden Umno merangkap Ketua Menteri Melaka agar disyorkan kepada TYT terasa kulit muka belum begitu tebal lagi, sementelah lagi diri sendiri hanya baru jadi ahli bebas tapi mesra BN dan belum lagi mengisi borang 'keris keramat'. Jadi pendekkan cerita nak menghabiskan tempoh menjelang PRU13 nanti, nampak gayanya, kekallah si-Katak Kulim ini ber'Wongk, Wongk, Wongk' membaca skrip yang dicampakkan oleh tuannya. Nota: Berusahalah lebih gigih lagi, kalau itu yang dikejar......jadi balaci pun balacilah Labu.....[sumber.] |
| Posted: 07 Jul 2010 05:00 AM PDT Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kata PAS adalah parti ajaran sesat.Si Mamat ni kata semasa dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya. Selebihnya sila baca di sini . Nota: Menutup aurat adalah AFDAL? Oh, bahkan ia adalah satu suruhan yang WAJIB ke atas perempuan yang 'aqil baligh. Perbuatan gadis yang mengiring Shafie Afdal di atas tidaklah AFDAL mengiring seperti itu kerana dikhuatiri ia menjadi ajaran sesat kerana perbuatan memuja pemimpin seperti memuja primadona. |
| 'Katak' gerun dengan 40 al-Ular-mak Posted: 06 Jul 2010 09:30 PM PDT Si-Katak Kulim Bandar Baru sudah terasa terasing dan terpinggir sekarang, lebih-lebih lagi dengan kemasukan 40 al-alamak. (muda?)Dulu Umno ingat dia boleh bantu menghura-harakan Pakatan, tapi lama kelamaan sudah rasa meluat......biasalah sifat Umno yang memang suka menyedut madu, yang kemudiannya sepah dibuang. Kalau setakat jadi Ahli Parlimen bebas tapi mesra BN hanya bercerita pasal hal-hal dalam kelambu orang, pasal warna seluar dalam orang......lepas tu mendabik dada, akulah perjuang Islam.....kalau itulah mentaliti seorang yang dipilih oleh rakyat.....lebih bebanyaklah beristighfar. Sekarang tiba-tiba mengaku dia seorang ahli PAS (walaupun selama ini dia memang ahli PAS?) dan mohon PAS beri penjelasan tentang status keahliannya melalui surat atau pemakluman melalui media dan sebagainya.....aduhai katak yang kononnya seorang peguam yang handal nak bermain dengan klausa undang-undang dan fakta pulak. Kenapa dengan 'Pak menakan' hang......tak beri duit poket ke? Ada hajat nak menyaman PAS ke? Kot-kotlah nak saman malu kerana hilangnya maruah apabila PKR memecatnya dulu serta dituduh menjadi 'katak lompat'......akibatnya berlaku gangguan emosi yang amat dahsyat......sehinggakan beliau menjadi hampir-hampir hilang pedoman dan dengan itu hang berharap agar Mahkamah mengarahkan PAS beri ganti rugi sejumlah yang Mahkamah fikirkan sesuai sebagai saman teladan, gitu? Nota: Ini macam punya orang, ada ke? Itu macam punya orang ramai oh. Dalam politik, macam-macam ada, ada yang jadi 'gundik politik', ada yang jadi 'pengemis politik', ada yang jadi 'pelacur politik', ada yang jadi 'kuda tunggangan', ada yang jadi 'terompah kayu' dan ramai juga yang merelakan diri seperti kerbau di'cucuk hidung'. Pilihlah yang mana satu. Artikel ini dan juga artikel ini, sebagai hiasan politik. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan