Khamis, 8 Julai 2010

Era Pasca

Era Pasca


Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?

Posted: 07 Jul 2010 05:29 PM PDT

Saya telah mendapat email dari kawan saya. Di dalamnya beliau memberi "scan copy" artikel dari The Edge bertarikh 5 Julai 2010. Artikel tersebut bertajuk RM1 Billion LCCT On The Cards for Bina Puri.
Antara bahagian artikel yang menarik perhatian saya adalah:

The JV beats the likes of heavyweights MRCB and Sunway Construction Sdn Bhd. According to a report by OSK Research, Sunway had submitted the lowest bid of about RM750 million to RM850 -million for the LCCT building on a design-and-build basis.


TERJEMAHAN BEBAS: JV tersebut Berjaya mengalahkan MRCB and Sunway Contructions (pemain2 besar dalam industri ini). Mengikut OSK Research, Sunway telah menawarkan tender dengan harga paling murah, yakni RM750 juta ke RM850 juta bagi pembinaan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berdasarkan kaedah cipta dan bina

Mengikut artikel yang sama, projek pembinaan Terminal Kos Rendah di KLIA ini telah diberikan kepada syarikat kerjasama antara Bina Puri Holdings Berhad dan UEM Group Berhad. UEM Group adalah syarikat milik UMNO yang sekarang ini dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional selepas UEM hamper bankrap pada tahun 1997-98.

Pemberian projek ini diberikan oleh Malaysian Airports Sdn Bhd yang mana MASB ini dimiliki oleh Khazanah Nasional. Khazanah Nasional pula dimiliki sepenuhnya oleh Kementrian Kewangan di mana Pengerusi Khazanah Nasional adalah Dato Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan memberikan projek kepada Bina Puri-UEM dibuat oleh MAB yang berada di bawah kawalan dan kuasa Menteri Kewangan, Dato Najib Tun Razak?

RM150-RM250 JUTA LEBIH TINGGI DALAM KEADAAN NEGARA HENDAK BANGKRAP?

Baru hari tu sahaja Idris Jala menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju kebankrapan kalau subsidi tidak dipotong.

Yang menghairankan, apabila subsidi kepada rakyat disarankan untuk dipotong, Dato Najib boleh memberikan kontrak RM150juta-RM250juta lebih tinggi.

Harus diingat, RM150-RM250 juta ini adalah DUIT RAKYAT dan bukan duit UMNO.
Juga, mana mungkin Sunway Constructions menawar harga RM750 –RM850 juta tanpa membuat keuntungan? Dengan kata lain, dengan tawaran RM 750-RM850 juta pun, Sunway Contructions mampu membuat keuntungan. Dari maklumat yang saya dapat, keuntungan yang bakal didapati oleh Sunwar Constructions adalah dalam jumlah RM100-200 juta.
Dengan kata lain, "untung atas angin" yang bakal dibuat oleh JV Bina Puri-UEM ini adalah dalam julat RM300-RM400 juta.

Ertinya RM300-RM400 juta bakal melayang dengan begitu sahaja kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Pada waktu yang sama, Idris JAla suruh buang subsidi pada rakyat.
Kelak, apabila subsidi kepada rakyat dibuang, Malaysia akan jadi macam Indonesia. Makan tengahari di gerai tepi jalan pun kena keluar duit RM10-15 sekali makan. Saya tahu perkara ni sebab saya sendiri sedang alaminya.

Dalam rakyat menderita kenaikan harga barang, Dato Najib boleh pula beri kontrak RM150-RM250 juta lebih tinggi dari harga sebenar kepada syarikat kroni UMNO.
Kalau macam ni, tak payah tunggu 2019, lagi 5 tahun Malaysia akan bankrap macam Indonesia.

Itulah falsafah pembangunan UMNO: Apabila untung kroni sapu. Bila rugi rakyat tanggung.

Biar pape asal gaye, yop. Macam FELDA buat bangunan di Segitiga Emas dalam keadaan berlaku kelebihan ruang pejabat untuk disewa di Kuala Lumpur. Sememangnya sungguh FELDA nak bangkrap angkara UMNO.

Tawaran Sunway Constructions adalah "design and build". Dengan kata lain, Sunway bukan sahaja akan membina terminal LCCT tersebut, mereka juga akan mereka-cipta rupa bentuk terminal LCCT yang baru ini.

Cara ini adalah cara yang paling mahal bagi mana-mana syarikat pembinaan kerana mereka bentuk bangunan akan memakan kos yang sangat tinggi dan kerap kali ianya akan berubah mengikut cita rasa pelanggan. Pun begitu, tawaran Sunway tidak melebihi RM850 juta.

Tidak sabar menunggu alasan yang akan diberikan oleh Menteri Kewangan member kontrak LCCT kepada syarikat yang member tawaran yang mahal dan menolak yang tawaran yang murah.

http://www.malaysiawaves.com    

Lagi PILIHAN RAYA KECIK ke? Tak abis-abis nyusahkan SPR ngan UMNOAPCO...

Posted: 07 Jul 2010 08:19 AM PDT

Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen.

Anggota parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata pada mulanya Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan anggota parlimen yang lain.

"Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita.

Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulan dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan.

Idris berkata Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang. 

MK

EsokLusa Sehat letu...

10 KERUSI PARLIMEN BN akan DIPERTANDING OLEH ULAMAK MUDA! kahakhakh

Posted: 07 Jul 2010 06:55 AM PDT

Aku saja tulis tajuk besar-besar bagi korang perasan... kahkahkah

Aku bukan tau pun ntah ye ke idak khabar angin kurang-kurang 10 kerusi parlimen, UMNO APCO akan memberi ULAMAK MUDA untuk bertanding pada kerusi PRU13 nanti...

Kemungkinan ULAMAK TUA ZUL KULIM untuk bertanding atas tiket UMNO adalah tipis... kahakhkah

Mana aku dapat info nih.. Korang baca kat sini... Sebelum nih aku da copyrite khabar angin ini... saja nak bagi korang perasan lak... 

KORANG BACA TULISAN YANG DIKALERKAN BIRU

Adakah ULAMAK PAS akan kalah dengan Ulamak Muda UMNOAPCO? Itu kita tunggu keputusannya nanti.. kahkahkah

Pada aku mudah saja... Kalau NAJIB atau presiden APROsmah sendiri yang bertanding di semua tempat pun kompem terkujur kalah nanti.. kakhakahkah
Apa Najib ngah sembang ngan PELOBI ULAMAK MUDA tu?

Tiada ulasan: