PRO REFORM |
- VIDEO IMEJ MISTERI 97
- Menteri Enggan Sahut Cabaran Debat Isu Felda
- 26 Parti Politik, NGO Johor Desak Musa Letak Jawatan
- FOTO IMEJ MISTERI 7 JULY 2010
| Posted: 08 Jul 2010 05:31 AM PDT Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| Menteri Enggan Sahut Cabaran Debat Isu Felda Posted: 07 Jul 2010 11:14 PM PDT Non vt-felda Walaupun tarikhnya masih belum ditentukan, namun tadi telah berlangsung upacara 'memanaskan gelanggang' di antara kedua pendebat. Demikian apa yang berlaku di lobi parlimen hari ini apabila Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman tegas dengan pendiriannya mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan untuk mengadakan debat secara terbuka. Sementara Ahmad pula hanya mahu berdialog kerana beralasan debat tidak dapat merungkai sebarang masalah. Manakala menurut Mazlan, debat itu akan diadakan secara terbuka dan mengalu-alukan mana-mana stesen televisyen kerajaan mahupun swasta untuk menyiarkannya secara langsung agar rakyat dapat menilai secara jelas apa yang berlaku di dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). (TVS) " Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| 26 Parti Politik, NGO Johor Desak Musa Letak Jawatan Posted: 07 Jul 2010 11:26 AM PDT Sekumpulan 26 badan termasuk parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor akan menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri di parlimen hari ini bagi mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Aman meletak jawatan kerana gagal menangani isu anggota polis yang sering melepaskan tembakan sesuka hati tanpa mengendahkan keselamatan dan nyawa rakyat negara ini serta mengambil tindakan undang- undang yang tegas ke atas anggota polis terbabit. Dalam satu kenyataan semalam kumpulan itu berkata rakyat Malaysia berasa marah terhadap kes kematian suspek disebabkan oleh tembakan sembrono polis yang sering berlaku sejak kebelakangan ini sambil melahirkan rasa terkejut terhadap cara pihak polis menangani kes terbabit. "Sebagai pegawai tertinggi dalam Polis DiRaja Malaysia, Ketua Polis Negara hanya menyebelahi hujah anak buahnya, bukan sahaja menolak tuntutan munasabah pihak keluarga mangsa dan masyarakat, malah mengeluarkan kenyataan yang angkuh dan sombong. "Ini telah menjatuhkan maruah rakyat pelbagai bangsa negara kita. Beliau harus meletak jawatan dengan segera. Anggota polis yang terbabit harus dibicara dan menerima hukuman dengan adil. Pihak kerajaan pula harus menegakkan keadilan dengan membersihkan nama baik mangsa dan memberi ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa," kata kenyataan itu. Petisyen itu juga menuntut ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat segala kes tembak mati oleh polis. Kenyataan itu berkata Suruhanjaya DiRaja itu harus dianggotai pakar undang-undang dan perubatan. Penubuhan sebuah suruhanjaya yang menjalankan siasatan bebas dari pelbagai aspek dipercayai lebih adil dan juga kelihatan lebih berkecuali. "Hanya Suruhanjaya DiRaja yang bebas dan berkuasa dapat mencungkil rahsia sebenar kematian mangsa kes tembak mati polis. Berbeza dengan mahkamah koroner, Suruhanjaya DiRaja mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dalam proses penyiasatan. "Mahkamah koroner pula hanya bergantung kepada bukti yang dikemukakan oleh pihak polis untuk menentukan punca kematian. Fungsi sebenar mahkamah koroner hanya untuk mengesahkan di segi undang-undang punca kematian yang dikemukakan oleh pihak polis," tambah kenyataan itu. Berhubung saranan Suruhanjaya DiRaja yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin pada 2008 berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memantau Salahguna Kuasa Polis, kenyataan itu menegaskan hanya IPCMC satu-satunya cara untuk menghentikan salahguna kuasa dan insiden tembak mati rakyat oleh pihak polis. "Pada tahun 2005, Suruhanjaya DiRaja telah mengemukakan sebanyak 125 cadangan untuk menambahbaikkan institusi PDRM antaranya termasuk penubuhan IPCMC. Namun, cadangan tersebut tidak diambil serius oleh kerajaan. "Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di Parlimen pada 14 Jun lalu memberitahu kerajaan telah mewartakan penubuhan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri pada 3hb September tahun lepas. "SIAP akan menguruskan aduan terhadap 21 agensi kerajaan termasuk PDRM. Sifat keadilan, kebebasan dan keberkesanan SIAP amat diragui kerana ditempatkan di bawah naungan JPM," ujar kumpulan itu. (Suara Keadilan) " Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang " |
| Posted: 07 Jul 2010 08:31 AM PDT Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT. |
| You are subscribed to email updates from PRO REFORM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan