Anak Sungai Derhaka |
- Dia Pemimpin UMNO, jadi tiada elemen Rasuah!
- Ghost of Mongolian model continues to haunt Malaysian government
- Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000
- Desakan bodoh Zul Noordin dibidas Tuan Ibrahim
- Judi sukan : Pegawai kerajaan di "Kambing Hitam" kan
- Khairy calls Wee Choo Keong a ‘Chinese Ibrahim Ali’
- Harakah pula terima surat tunjuk sebab KDN
- UMNO, Jangan cuba nak jadi Hero.
- UMNO/BN Susun Strategi Rompak Dana Petronas
- Zulkifli Berbohong untuk tumbangkan Pakatan Rakyat?
| Dia Pemimpin UMNO, jadi tiada elemen Rasuah! Posted: 08 Jul 2010 07:46 AM PDT Sakit hatinya aku baca berita ni.. Petikan berita. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.Hebat!! Dengan hanya meneliti buku yang ditulis oleh Barry Wain iaitu Malaysian Maverick SPRM atau Sekutu Pakatan Rakyat Malaysia boleh membuat andaian bahawa tiada elemen yang melibatkan rasuah di era pentadbiran Mahathir. Kenapa tiada siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan tersebut? Adakah kerana Mahathir itu bekas Pemimpin UMNO maka dia dikecualikan dari undang-undang? Begitu juga dengan berbagai lagi kes yang melibatkan pemimpin UMNO boleh dikatakan hampir kesemuanya diketepikan oleh SPRM itu.. ianya sepatutnya sebuah badan yang bebas dalam mengendalikan siasatan yang melibatkan rasuah. Adakah kerana mereka yang berkerja dengan SPRM itu merasakan yang selama ini gaji mereka dibayar oleh UMNO maka mereka tidak mahu bertindak menggigit tangan pihak yang memberi mereka makan? Sesuai sangat jika SPRM itu digelar dengan 'lembu UMNO' atau Sekutu Pakatan Rakyat Malaysia oleh segelintir orang.. Bazir RM100b: Dakwaan Wain tentang Mahathir tiada elemen rasuah KUALA LUMPUR, 8 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri. Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion. Akhir tahun lalu ekoran dakwaan Lim Kit Siang berdasarkan kandungan buku itu, Dr Mahathir meminta kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja siasatan. Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak perlunya diadakan sebuah suruhanjaya diraja untuk tujuan itu. Sumber berita : The Malaysian Insider |
| Ghost of Mongolian model continues to haunt Malaysian government Posted: 08 Jul 2010 07:12 AM PDT By Jonathan Manthorpe, Vancouver Sun The ghost of murdered Mongolian model and translator Altantuya Shaariibuu refuses to lie quiet.For the Malaysian government of prime minister Najib Tun Razak a line appeared to have been drawn under the sordid and politically explosive affair when two of his bodyguards from his days as defence minister were convicted last year of the young woman's murder in the jungle outside Kuala Lumpur in October 2006. But in the last few weeks two events have revived simmering questions about the connection of the murder to a $1.2 billion contract to buy two French Scorpene-class diesel submarines ordered while Najib was defence minister. Najib's friend and adviser on defence matters, Abdul Razak Baginda, whose wife's company was paid a questionable $150 million over the submarine contract, had recently brought a love affair with Shaariibuu to an acrimonious end when she was abducted and murdered. During the months' long trial of the two police bodyguards every effort was made to ensure prime minister Najib's name didn't figure in evidence. And in a move that astonished legal experts, the judge early on in the trial exonerated Baginda of any responsibility. He promptly fled to Britain where he remains. The stage management of the trial convinced Malaysian human rights groups that it would be pointless to try to resolve the Shaariibuu case in the senior courts in Kuala Lumpur. One of those Malaysian human rights groups, Suaram, has therefore pressed for a judicial inquiry in France, where there are a number of investigations underway of the notorious willingness of state-owned defence companies to pay bribes or other inducements in order to gain arms contracts. In this case Parisian prosecutors started inquiries in March focusing on the $150 million paid to a Malaysian company called Perimekar, which was set up just before Najib signed in 2002 the deal to buy the two Scorpene submarines from the French state-owned shipbuilder DCN. Perimekar was ostensibly hired to provide "coordination and support services" for the contract, but no evidence has been produced to show the company had the skills for such tasks or ever attempted to perform them. Perimekar is a wholly-owned subsidiary of a company called KS Ombak Laut Sdn Bhd., whose principal shareholder is lawyer Mazalinda Baginda, the wife of prime minister Najib's friend and adviser Razak Baginda. Shaariibuu, 28 at the time of her death, had learned French when she was a model in Paris and there is evidence she acted as translator for her paramour Baginda during his negotiations with DCN over the submarines on behalf of Najib and the Malaysian government. Malaysian authorities have responded to the move by French prosecutors to investigate DCN and particularly its submarine-manufacturing subsidiary Armaris, for possible corruption and paying kickbacks by insisting nothing is wrong. A spokesman for prime minister Najib said recently the French prosecutors have the right to investigate, "but for us, there is no case to answer." He added that the deal was entirely free of corruption. Exactly why Shaariibuu was murdered by Najib's bodyguards has never been entirely resolved, despite the long trial and 45 witnesses. By some accounts, after Baginda jilted her, the young woman and a friend launched several noisy demonstrations outside Baginda's house. Baginda reportedly went to Najib's chief of staff, Musa Safri, and asked for help in keeping the young woman away from his home. As a result, the two police bodyguards, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, abducted Shaariibuu during one of her demonstrations, took her to the jungle outside the capital and shot her. But they then used military C4 explosives to blow up the body in an apparent attempt to foil identification, though this act has, of course, led to speculation that Shaariibuu was pregnant. But in a letter written by Shaariibuu and discovered after her death -a letter never produced in evidence -she indicated she was trying to blackmail Baginda for $500,000 to keep quiet about the details of the $150 million paid to his wife's company, Perimekar. There have also been suggestions that Shaariibuu knew details of the many other arms purchases made in the military equipment buildup overseen by Najib while he was defence minister from 2002 to 2008. These deals include the purchase of Sukhoi supersonic fighter jet aircraft from Russia and of a small fleet of coastal defence vessels. As well as Malaysian human rights organizations, Shaariibuu's parents have been adamant that there has been no real justice for their murdered daughter. With the stage-managed criminal trial now done, Shaariibuu's father and mother have tried to bring a civil suit seeking compensation for her death against Baginda and the two convicted policemen. In a strange move, Malaysia's High Court in March ordered the family to make a security deposit of the equivalent of $20,000 for the case to be heard by the Court of Appeal and potentially to continue to the Federal Court. The family was distraught, saying it could not raise such a sum. But last week The Mongolian government announced it will put up the security bond demanded by the Malaysian court so the case can be heard, though at this point it seems more likely that Shaariibuu's ghost will get justice in Paris rather than Kuala Lumpur. jmanthorpe@vancouversun.com Vancouver Sun |
| Exco Pahang Dirompak Wang Tunai RM300,000 Posted: 08 Jul 2010 06:22 AM PDT Oleh Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR 8 Julai - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mempersoalkan aset tunai berjumlah RM300,000 yang dimiliki seorang Exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang dirompak beberapa hari lalu di rumahnya.Azan merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 6 Julai lalu mengenai tindakan pantas polis menembak mati empat penjenayah dalam kejadian pecah rumah Exco tersebut di Pantai Selamat, Kuantan. "Dalam berita ini perompak telah melarikan RM300,000 wang tunai dari kediaman beliau dan perkara ini telah menimbulkan banyak persoalan bagaimana seorang Exco kerajaan negeri menyimpan begitu banyak tunai di dalam simpanan kediaman sendiri. "Hari ini begitu banyak berita berkenaan simpanan tunai yang berkaitan kerajaan beberapa isu kita dengar di Pulau Pinang dan sebagainya yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang yang diberi amanah oleh kerajaan sebagai pentadbir termasuk Exco. "Kita minta pihak berkuasa menyiasat laporan akhbar ini bagaimana seorang Exco boleh menyimpan begitu banyak tunai di dalam kediamannya yang menjadikan kes ini kes rompakan dengan kesudahan empat orang ditembak mati oleh pihak polis yang juga menimbulkan banyak isu yang mana lima tahun kebelakangan ini banyak kes-kes tembakan yang menyebabkan berlaku kematian kepada suspek atau juga orang-orang yang di anggap penjenayah," ujarnya dalam sidang media di lobi parlimen tengahari tadi. Katanya, Pakatan Rakyat mendesak satu laporan terperinci berkenaan kejadian itu termasuk tindakan polis melepaskan tembakan kepada suspek terbabit. "Kita ada statistik yang agak membimbangkan," tambah beliau. Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, polis tidak menjelaskan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati. "Siapakah mereka, apakah perlu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh ke empat orang. Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, ke empat-empatnya semua ditembak mati dan kenapa perlunya membunuh semua," soal beliau. Tian Chua berkata, selain itu timbul keraguan mengenai empat butir peluru yang telah dicuri dari rumah exco berkenaan. "Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dapat dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," ujarnya. Beliau turut memetik statitik yang telah dijawab secara rasmi oleh Kementerian dalam negeri dewan berhubung kes tembak mati oleh pihak polis, iaitu sembilan kes pada 2005, 16 kes pada 2006, 13 kes pada 2007, 82 kes pada 2008 dan 88 kes pada 2009. Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mendesak polis supaya memberikan penjelasan berhubung isu tersebut memandangkan trend yang serupa berlaku dalam kejadian tembak oleh polis. "Trend polis dari awal, bila tembak ada parang. Ini cara biasa, lepas tembak ada parang. Saya minta pihak polis beri gambaran jelas trend ini berlaku sudah lama. Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan exco berkenaan yang memiliki wang tunai sehingga RM300,000. "Mana wang ini datang, sepatutnya SPRM siasat wang ini. Bagaimana Exco ada RM300,000. Bukan siasat isu pasir sahaja," tegas beliau. Suara Keadilan |
| Desakan bodoh Zul Noordin dibidas Tuan Ibrahim Posted: 08 Jul 2010 04:48 AM PDT Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum ini telah pun mendesak Lembaga Tatatertib PAS menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli yang hadir dalam Majlis Pelancaran Friends of Pakatan baru-baru ini di London.Mengulas desakan itu, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab, kedua-dua pemimpin PAS yang hadir ke majlis pelancaran itu adalah atas tiket PAS yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR), jadi tiada keperluan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas mereka. "Mereka bukan ke sana atas agenda peribadi. Pas adalah ahli komponen PR, jadi Pas juga perlu berada di sana. Tidak salah pas menghantar wakil. "Lagipun, saya anggap Zulkifli bukan lagi ahli Pas dan dia tidak berhak memberikan pandangan. Justeru tiada keperluan untuk melakukan siasatan," kata Tuan Ibrahim seperti yang dilaporkan Sinar Harian. Yang Zulkifli Nordin menyibuk kenapa? Apakah dia perasan dia masih lagi ahli PAS? Lawak pun, bodoh pun ada. Yang pelik bagi WarkahDaily, apa hak dia nak campuri urusan dalaman PAS dan PR. Apa hak hang nak suruh siasat depa tu?Hang tu bukannya tahu perihal depa tu, jangan duk mandai-mandai pulak. Depa tu pergi atas tiket PAS bukan sebab peribadi. Ikut suka depalah nak pi mana pun, tak kan nak kena lapor kat hang kot, Zul!. Yang sepatutnya jelaskan pendirian kepada rakyat ialah hang sendiri. Zulkifli Noordin lebih berhak disiasat oleh SPRM, bagaimana dia dan kumpulan 'MP bebas' yang boleh pergi 'melancong' ke luar negara bersama Perdana Menteri tempoh hari. Apakah motif hangpa pi sana, Zul? Apa yang korang dengan Najib 'bermeeting'? Janganlah pulak hang duk menyibuk pasal 'keluarga' orang pulak. Hang tu bukan 'keluarga' Pakatan. Dalam perkembangan lain yang berkaitan, satu kenyataan rasmi mengenai status keahlian Zulkifli di dalam Pas sudah dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. "Apabila seseorang ahli Pas keluar parti dan menyertai parti lain, secara automatiknya keahlian beliau telah gugur," katanya. Sebenarnya, Zulkifli Noordin semakin terdesak dalam mengeluar kenyataan kerana popularitinya semakin menurun dan semakin tidak kedengaran pasalnya lagi selepas puak-puak muda yang mengaku ulamak memintas popularitinya selepas menyertai Umno. Populariti hang akan hilang begitu aje selepas PRU 13 nanti. Masa tu carilah kerja lain yang boleh. Usah mimpilah dengan status ahli yang berhormat lagi. Rakyat Kulim Bandar Baharu akan pastikan hang kalah teruk jika hang masih nak bertanding. Warkah Daily |
| Judi sukan : Pegawai kerajaan di "Kambing Hitam" kan Posted: 08 Jul 2010 04:27 AM PDT Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan. Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya."Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul," katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini. Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu. "Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu," katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu. Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan. Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat. "Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka. Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya. Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan. Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu. Malaysiakini |
| Khairy calls Wee Choo Keong a ‘Chinese Ibrahim Ali’ Posted: 08 Jul 2010 04:19 AM PDT By Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, July 8 — Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today called Wee Choo Keong a "substandard MP" and described the PKR turned independent lawmaker as the Chinese version of Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali.Khairy tweeted his remarks while Choo Keong was questioning Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Liew Vui Keong during the debate on the Subordinate Courts (Amendment) Bill 2010 in Parliament. "Quality of Wee Chee Keong's (sic) interventions are extremely poor. I think he's a substandard MP," said Khairy in his tweet to MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong. "I think he's the Chinese version of Ib Ali (Ibrahim Ali)," he added. Khairy was making an apparent reference to the similarities between Choo Keong and Ibrahim because both had been members of various political parties in their careers. The fiery Perkasa chief was recently embroiled in bitter verbal spats with Khairy and Ka Siong recently over Malay rights. Khairy also expressed hope that MCA would not take in Choo Keong as a member. Ka Siong replied, also via Twitter, that Choo Keong could never "rejoin" the party. Ka Siong claimed that Choo Keong was an MCA member in the 1980s and that he staged a "piket in front of MCA" and quit the party after that. "He rejoins MCA? No way," tweeted Ka Siong. The former PKR MP turned independent lawmaker is well known as a former DAP man. He was elected as Bukit Bintang MP on the party's ticket in 1990. Choo Keong was unceremoniously kicked out of DAP in 1998 after being accused of damaging the party's image and later went on to form the insignificant Malaysian Democratic Party (MDP). The DAP renegade then joined PKR before Election 2008 and went on to win the Wangsa Maju seat with a slim majority of 150. In May this year, the Wangsa Maju MP left PKR to become an independent, citing disappointment with the party's leadership's handling of the Selangor sand-mining scandal and said that "little Napoleons and trendy leftists" were taking control of PKR. |
| Harakah pula terima surat tunjuk sebab KDN Posted: 08 Jul 2010 02:02 AM PDT Apa yang ditakutkan UMNO/BN agaknya ya.. selepas Suara Keadilan kini Harakah pula diberi surat tunjuk sebab.. boleh jadi selepas ini Rocket pula kena.. Surat tunjuk sebab ini meminta Harakah memberi penjelasan mengapa ia gagal membekalkan lapan naskhah setiap edisi sebelum dipasarkan, dijual di kawasan-kawasan terbuka sedangkan permit hanya membolehkannya dipasarkan di pejabat atau markas PAS, dan sebab dijual kepada ahli-ahli bukan PAS. Giliran Harakah pula terima surat tunjuk sebab KDN Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 8 Julai — Akhbar dwimingguan Harakah, satu lagi akhbar tabloid komponan Pakatan Rakyat, diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri atas alasan telah melanggar syarat permit penerbitan. Pengurusan akhbar itu menerima surat bertarikh 7 Julai 2010 (semalam) tengah hari ini. Harakah yang mempunyai edaran dalam lingkungan 100,000 naskhah setiap edisi dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab ini dalam tempoh tujuh hari. Ini kali kedua sejak pilihan raya umum 2008, akhbar terbitan PAS ini berhadapan dengan tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri. Akhbar itu pernah digantung awal tahun lepas tetapi penggantungan dibatalkan pada hari Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. "Kami menerima surat tunjuk sebab bertarikh 7 Julai 2010 ini hari ini, tengah hari tadi," kata pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya kepada The Malaysian Insider. Surat tunjuk sebab ini diterima tiga hari selepas beliau dipanggil mengadakan pertemuan dengan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi. "Saya terkejut kerana perkara-perkara yang digariskan dalam surat tunjuk sebab ini tidak disentuh langsung dalam pertemuan 5 Julai lalu," kata Taufek lagi. Surat tunjuk sebab ini meminta Harakah memberi penjelasan mengapa ia gagal membekalkan lapan naskhah setiap edisi sebelum dipasarkan, dijual di kawasan-kawasan terbuka sedangkan permit hanya membolehkannya dipasarkan di pejabat atau markas PAS, dan sebab dijual kepada ahli-ahli bukan PAS. Pada pertemuan Isnin lalu, Taufek berkata, Kementerian Dalam Negeri hanya menyentuh soal keperluan menghantar salinan lapan naskhah kepada kementerian itu dan penerbitan laporan menyentuh isu sensitif seperti Jemaah Islamiah, pengurusan Felda dan lesen judi bola. Katanya, pertemuan hampir setengah jam di pejabat Kementerian Dalam Negeri Isnin lalu lebih tertumpu kepada penghantaran lapan naskhah Harakah ke kementerian itu sebelum diedarkan. Mengenai isu-isu dikatakan sensitif, kata Taufek, beliau juga telah meminta Kementerian Dalam Negeri benar-benar memisahkan antara perkara berkaitan keselamatan negara dengan hal keselamatan parti pemerintah. "Kita tidak mahu isu-isu yang kita bangkitkan berhubung keselamatan Umno BN dianggap sebagai menjejaskan keselamatan negara," kata beliau lagi. Malah kata Taufek, beliau ada membangkitkan bahawa akhbar-akhbar arus perdana juga memburukkan Pakatan Rakyat dan mengapa tidak diklasifikasikan sebagai mengancam keselamatan negara. "Apabila saya membangkitkan perkara ini, Kementerian Dalam Negeri memberitahu bahawa pertemuan itu (Isnin lalu) bukan diadakan untuk berdebat," katanya. Sehubungan itu Taufek memberitahu, "saya punya pandangan tindakan Kementerian Dalam Negeri ini adalah kerana tekanan politik." "Saya bersimpati dengan pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik," katanya. Taufek berkata, Harakah akan mematuhi kehendak surat tunjuk sebab yang dikeluarkan dan penjelasan akan dibuat dalam tempoh tujuh hari. Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat, juga berhadapan dengan masalah yang sama. Suara Keadilan terbitan PKR diberikan surat tunjuk sebab dua minggu lalu dan permit penerbitan yang tamat 30 Jun lalu belum diperbaharui lagi. Bagaimanapun PKR berkata ia menerbitkan akhbarnya hari ini dan akan dipasarkan seperti biasa meskipun permit belum lagi diperbaharui. Tindakan kementerian itu dikaitkan dengan laporan muka depan mereka yang bertajuk "Felda Bankrap", keluaran akhir bulan lalu. Satu lagi akhbar tabloid iaitu Suara Perkasa, terbitan pertubuhan bukan kerajaan Perkasa telah dipanggil kementerian itu Isnin lalu dan diberi amaran tegas ekoran laporan edisi sulungnya bertajuk "Tahan Ka Siong di bawah ISA". The Malaysian Insider |
| UMNO, Jangan cuba nak jadi Hero. Posted: 08 Jul 2010 12:13 AM PDT Sekumpulan ahli majlis bandaran di Pulau Pinang mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan isu pengusiran orang Melayu dari perkampungan mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang diluluskan oleh pemimpin parti itu sendiri ketika mentadbir negeri itu sebelum ini.Mereka merujuk kepada kes pengusiran penduduk Jalan Kampung Pokok Assam baru-baru ini untuk melaksanakan projek pembangunan yang diluluskan lima tahun lalu, ketika BN masih mentadbir Pulau Pinang. Jurucakap kumpulan tersebut, Yusof Noor, mengecam Umno kerana didakwanya memanipulasi isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjurkan demonstrasi terhadap kerajaan negeri sekarang, tetapi kelibat pemimpin mereka langsung tidak kelihatan ketika penduduk di situ diusir. Yusof Noor, yang juga timbalan pengerusi PAS negeri berkata, pemimpin Pakatan di kawasan itu - ahli jawatankuasa Masjid Jelutong - yang berunding dengan pihak pemaju untuk melanjutkan tempoh untuk penduduk terbabit berpindah - dari seminggu kepada tiga bulan. Mereka memujuk pihak pemaju supaya memberi lebih banyak masa kepada penduduk untuk berpindah memandangkan bulan Ramadan semakin hampir. "Di mana hero-hero Umno pada masa itu? Nampaknya kelibat mereka pun tidak kelihatan untuk menangani isu ini," katanya Yusof dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di Jelutung semalam. Menurutnya, Umnolah yang meninggalkan semua masalah tersebut dan "kami tidak mempunyai jentera atau mekanisme untuk menanganinya masalah yang ditinggalkan oleh Umno." "Tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Yusof. Katanya, jika Umno benar-benar berminat untuk membantu penduduk terbabit, maka parti itu harus berunding dengan pihak pemaju dan penduduk untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Tetapi sebaliknya, kata beliau, tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk, dengan membuatnya seolah-olah kerajaan negeri sekarang yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya jangan cuba hendak menjadi hero kerana akhirnya penduduk sendiri yang akan menjadi mangsanya. Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah ahli majlis bandaran Pakatan termasuk Izuree Ibrahim, Ramlah Bee Asiahoo, Mohd Zahry Shaik Abdul Rahman, Zikri dan Mohd Fadzil Ismail Ibramsa. Kumpulan itu menjawab dakwaan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peminggiran kampung Melayu di Pulau Pinang merupakan "harga yang berat" yang terpaksa mereka bayar kerana mengubah kesetiaan politik. Zahid yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, perlu menyedari bahawa Umno, yang menjadi tulang belakang BN, selalu memperjuangkan kepentingan semua pihak. Beliau yang juga menteri pertahanan menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kira-kira 200 peduduk kampung tersebut yang diberi tempoh tiga bulan untuk berpindah dari kawasan itu yang akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah. Sementara itu, Izuree pula mendakwa, Umno turut mencetuskan masalah yang sama di merata tempat di negeri itu, termasuk di Batu Uban dan Kampung Binjai, yang didiami ramai penduduk Melayu. Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut juga mempunyai masalah dengan pemaju kerana mereka menolak pembangunan yang dijalankan di sana. Izuree mendakwa Umno telah mempolitikkan isu tersebut, menyebabkan penduduknya menjadi keliru. |
| UMNO/BN Susun Strategi Rompak Dana Petronas Posted: 07 Jul 2010 11:53 PM PDT KUALA LUMPUR 8 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul berhubung isu penurunan perolehan syarikat petroliam negara, Petronas sebanyak 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion dan penurunan keuntungan sebanyak 23.2% kepada RM40.3 bilion yang mempunyai kesan yang besar kepada negara.Dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dihantar semalam, Anwar memohon penangguhan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi mebincangkan perkara tersebut membincangkan perkara tersebut yang berkepentingan ramai dan perlu disegerakan. Usul tersebut berbunyi: "Pada 1 Julai 2010 Petronas mengumumkan laporan prestasi kewangan dan operasinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010. Laporan tersebut menunjukkan penurunan perolehan dan keuntungan yang mempunyai kesan kepada kedudukan kewangan negara. "Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan. Namun, akibat daripada kegagalan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional bagi menjana ekonomi, saban tahun Petronas dibebankan dengan tanggungjawab menanggung perbelanjaan boros kerajaan. "Disebalik janji kerajaan untuk mengambil langkah mengurangkan kebergantungan kepada hasil Petronas untuk membiayai perbelanjaan negara, kerajaan menuntut bayaran dividen dikekalkan pada RM30 bilion. "Akibatnya, Petronas terpaksa membayar sejumlah RM70.9 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2009, sedangkan keuntungannya bagi tempoh setahun berakhir 31 Mac 2010 hanyalah RM40.3 bilion. "Ini meneruskan pola pembayaran yang terlampau tinggi yang dikenakan kepada Petronas, sehinggakan ia terpaksa memulangkan 85.6% dari keuntungannya bagi tahun berakhir 31 Mac 2010 sebagai bayaran kepada kerajaan. Ini mempunyai kesan buruk kepada ekonomi negara dan kedudukan Petronas." Dalam usul tersebut Anwar juga menyatakan pengumuman kepimpinan baru Petronas bahawa strategi pelaburannya akan ditukar untuk menumpukan perhatian kepada pelaburan huluan dalam negara menimbulkan banyak tanda tanya. Tambah beliau perkiraan mendadak untuk mengalihkan perbelanjaan kapital dan kos operasi Petronas ke dalam negara untuk membangunkan rezab-rezab marginal dilihat sebagai percubaan untuk merompak dana Petronas melalui cara baru. "Kaedah menekan Petronas membayar dividen yang terlampau tinggi sudah tidak memadai untuk menanggung ketamakan pihak yang berkepentingan, maka Petronas dipaksa mengubah strateginya agar lebih banyak projek dalam negara dilaksanakan yang memungkinkan campur tangan politik. "Mutakhir ini, ada tanda-tanda cubaan untuk menyelewengkan sumber kewangan Petronas. Jika selama ini rakyat terpaksa menanggung beban subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) yang hanya menguntungkan temolok kroni sahaja, kini ada langkauan baru untuk merompak Petronas dengan lebih tersusun. Campur tangan dan cubaaan penyelewengan ini perlu diawasi dan ditentangi dengan sehebatnya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi dalam usulnya. |
| Zulkifli Berbohong untuk tumbangkan Pakatan Rakyat? Posted: 07 Jul 2010 07:14 PM PDT Semalam Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Noordin yang telah dipecat dari PKR mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan semasa bersama pembangkang dalam strategi mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Kalau apa yang dikatakannya itu benar maka sekarang pula bolehlah kita menganggap dia kini disuruh berbohong untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat pula.. Prinsip apa sebenarnya yang dia ni pegang? jika demi kuasa beliau sanggup berbohong? tidakkah dia tahu berbohong itu berdosa? Zulkifli Noordin dedah beliau disuruh berbohong untuk tumbangkan BN July 07, 2010KUALA LUMPUR, 7 Julai – Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat. Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN. "Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang. "Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya. Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998. "Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu. Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit. "Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam," katanya. Zulkifli selanjutnya berkata contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi. "Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu. "Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO," katanya. Persidangan Dewan bersambung esok. – Bernama |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan