Anak Cucu Nabi Adam |
- Wasiat Buat Isteri Tersayang
- Mana nak cari bini yang 'ori'?
- Dorong Budak Ketagih Seks
- Seks Bakal Dikalahkan Bayi Tabung
- Razak Baginda tak bersalah
- Penipu 'lebai' ni rupanya
- 'Menteri tak budaya' punca khazanah sastera hilang
- Suara Keadilan dicetak malam ini
- Kilang digeledah cari edisi terbaru Suara Keadilan
- RM41 juta dibazir di Putrajaya
- Piket desak presiden KTM undur
- Senarai Makanan Tidak Halal
- Peluang kedua buat Mafrel
- DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'
- Serah surat debat pada Ahmad esok
- Apco juga perlu beri penjelasan
- Saman The Sun
- Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13
- Pekerja KTM piket petang ini
- KDN geledah kilang cetak Harakah
| Posted: 07 Jul 2010 03:49 PM PDT Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa... Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu. "Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga." "Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat." "Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. " "Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam |
| Mana nak cari bini yang 'ori'? Posted: 07 Jul 2010 03:47 PM PDT ~Ustaz Saiful Bahri~ Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan. Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi. Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk 'Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual' dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu. Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada 'dunia seksual' seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya," katanya. Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia. 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa. Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah. Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah. Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand? الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3) Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang. |
| Posted: 07 Jul 2010 03:44 PM PDT "Jangan hairan jika pada masa depan akan ada pengedar video 'games' berunsur lucah di kalangan pelajar sekolah rendah andainya penguatkuasaan terlalu lemah," kata Pensyarah Kanan Psikologi, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor. Dr Mariani meluahkan kebimbangan itu berikutan lambakan permainan video lucah memaparkan aksi ranjang yang mudah dibeli di pasaran tempatan ketika ini termasuk pembeli di kalangan murid sekolah rendah. Dengan harga semurah RM5 katanya, tidak mustahil murid yang rosak akhlak itu cuba pula meracuni pemikiran rakan menceritakan keseronokan bermain video syaitan berkenaan. "Seterusnya mereka akan menjadi pengedar permainan video lucah kecil-kecilan di sekolah. Ini satu perkembangan yang membahayakan kepada generasi masa depan. "Kandungan video berkenaan tidak sesuai ditonton atau dijadikan mainan di kalangan kanak-kanak. Lebih teruk mereka mempelajari dan melihat perlakuan seks dan permainan itu memberi peluang kepada mereka meneroka titik rangsangan jantina berlawanan. "Jika murid terbabit mula bermain pada pertengahan umur kanak-kanak (antara 4 hingga 8 tahun) iaitu peringkat ingin tahu dan banyak soalan, kebarangkalian mereka akan mempraktikkan hubungan seks pada tahap akhir usia kanak-kanak (antara 8 hingga 11 tahun) amat tinggi," katanya. Dr Mariani mengulas laporan utama Harian Metro kelmarin mengenai kegilaan terbaru murid sekolah rendah yang asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan melakukan hubungan seks. Menurutnya, kesan buruk psikologi kepada kanak-kanak itu dalam jangka masa panjang ialah nalurinya akan sentiasa ketagih untuk menonton aksi lucah seterusnya melakukan zina. Katanya, dia bersama pelajarnya pernah membuat penyelidikan ilmiah bertajuk 'Seks bebas di kalangan remaja dan kanak-kanak', empat tahun lalu. "Seorang responden remaja lelaki berusia 13 tahun. Saya mengucap panjang apabila responden berkenaan membuat pengakuan ketagih seks sejak berusia 11 tahun. "Dia mengaku mempraktikkan apa yang dilihat melalui VCD lucah milik ibu bapa ketika mereka tiada di rumah. "Seorang lagi responden iaitu kanak-kanak perempuan darjah enam mengaku memasukkan kayu dan getah paip di dalam kemaluan akibat ketagihan seks," katanya. Kanak-kanak terbabit katanya, turut mengaku pernah melakukan seks secara beramai-ramai dengan enam rakan lelaki sebayanya. Menurutnya, hasil kajian itu mendapati punca utama psikologi seks kanak-kanak terganggu ialah ketandusan kasih sayang ibu bapa yang menyebabkan mereka mencari alternatif dengan kawan sekali gus antara faktor mereka terjerumus ke lembah zina apabila salah memilih rakan. Mengulas isu sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berharap ibu bapa segera mengambil langkah proaktif jika melihat perubahan perlakuan emosi anak. |
| Seks Bakal Dikalahkan Bayi Tabung Posted: 07 Jul 2010 03:40 PM PDT Para ahli memperkirakan, dalam 10 tahun ke depan setiap pasangan menikah tidak akan lagi melakukan hubungan seks untuk memperoleh bayi. Hubungan seks akan mulai tergeser oleh proses bayi tabung (in vitro fertilization/IVF).Menurut para ahli, pasangan usia 30-an kini mulai beramai-ramai beralih dan mengandalkan metode kesuburan artifisial karena sistem reproduksi manusia sudah dinilai "tidak efisien". Hal itu membuat aktivitas seks pada masa depan tidak lebih dari sekadar kesenangan atau rekreasi. Prediksi ini disampaikan oleh Dr John Yovich, ahli veteriner dari Murdoch University di Perth, Australia, dalam jurnal Reproductive BioMedicine. Yovich yakin, metode bayi tabung IVF akan dapat mengurangi tekanan yang dialami para pasangan yang telah menunda kehamilannya demi mengejar karier. Hal yang lebih penting, menjalani opsi bayi tabung dinilai lebih efektif ketimbang mencoba kehamilan secara alami. Menurut hitungan para ahli, perempuan muda saat ini hanya punya satu dari empat kesempatan (25 persen) setiap bulan untuk hamil melalui aktivitas seks. Sementara di antara usia-35an, kesempatan ini jauh lebih kecil lagi, yakni hanya satu dari 10 kesempatan. Sementara itu, rata-rata keberhasilan IVF kini sudah mencapai 50 persen dan semakin mendekati 100 persen. Fakta inilah yang membuat Dr Yovich begitu yakin kalau bayi tabung akan menjadi pilihan utama untuk memiliki anak dalam 10 tahun mendatang. |
| Posted: 07 Jul 2010 03:39 PM PDT Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Balasubramaniam (kanan, tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya. Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006. "Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini. Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut. Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya. Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN. Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis. ~MK~ |
| Posted: 07 Jul 2010 03:36 PM PDT Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)."Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat. Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN. "Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang. "Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya. Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998. "Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu. Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya, beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit. "Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam," katanya. Zulkifli selanjutnya berkata, contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi. "Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu." "Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO," katanya. Persidangan Dewan bersambung esok. ~Bernama~ |
| 'Menteri tak budaya' punca khazanah sastera hilang Posted: 07 Jul 2010 03:35 PM PDT Datuk A Samad Said menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai "kurang berbudaya" apabila mempersoalkan apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara itu."Kalau dia (Rais) tanya apa lagi yang saya mahukan, kalau dulu dia bertanya, saya akan huraikan. Cuma caranya bertanya itu kurang berbudaya. "Maka sekarang, saya (jawab) tidak mahu apa-apa lagi dari dia (Rais)," kata A Samad ketika diminta mengulas kenyataan Rais minggu lalu bahawa terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya. Rais, menjawab kekecewaan A Samad terhadap layanan kementeriannya dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya dilaporkan berkata, hampir RM485,000 buku sasterawan itu, tidak termasuk sajak yang telah dibeli. A Samad sebelum itu dilaporkan mahu menempatkan khazanah yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatannya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, menjelaskan bahawa beliau menjual, justeru tidak ada langsung konsep "hutang budi" dalam perkara tersebut. "Kalau saya ada duit, saya mahu ambil balik. Berdegar sangat beliau (Rais) bercakap. Ia sepatutnya sesuatu yang peribadi dan menjadi rahsia," kata Sasterawan Negara ketiga itu. Menurut beliau, khazanah berharga itu termasuklah buku tulisannya, manuskrip, diari, proses penciptaan, surat-menyurat, rekod-rekod lagu dan lukisan - sebahagiannya dibeli daripada pengkarya muda di seluruh negara. Ada antaranya telah sudah disimpan selama 50 tahun, kata pengarang yang terkenal dengan novel Salina itu. Sementara itu, ditanya tentang status rundingannya dengan pihak asing, A Samad memberitahu beliau agak "keberatan" mendedahkannya buat masa ini kerana ia adalah "rahsia". "Yang boleh saya katakan, ada (bahan) yang sudah setuju, ada yang belum," katanya yang tidak dapat menjangkakan bila rundingan bagi penempatan di rumah New Zealand bakal selesai. Tambahnya, jika perkara tersebut menjadi kenyataan, akan terdapat sebuah rumah di negara Kiwi itu yang menempatkan karya-karyanya "seperti Rumah Tagore di India, Rumah Shakespeare di Barat dan Rumah Iqbal di Pakistan." Ditanya apakah beliau tidak sayang karya dan koleksinya yang amat bernilai itu hilang daripada tangannya, Pak Samad menjawab mesra: "Iya, cuma hilang daripada saya...." ~MK~ |
| Suara Keadilan dicetak malam ini Posted: 07 Jul 2010 05:26 AM PDT Akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - akan diterbitkan seperti biasa. Ia akan dicetak malam ini untuk edisi minggu depan. Pengarah strategi PKR, Tian Chua berkata, bagi parti berkenaan, tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya."Kementerian Home berkata secara lisan yang permit kami tidak dapat diperbaharui, tapi kemudiannya, menteri mengatakan mereka masih menimbangnya," katanya di lobi Parlimen. "Jika mereka mahu kami menghentikan pencetakan, mereka harus memberitahu kami dalam hitam putih. Jika tidak, ia berjalan seperti biasa," tambahnya. Chua berkata PKR telah berusaha untuk mendapatkan jawapan jelas tentang status Suara Keadilan, termasuk cuba memfailkan usul untuk mendebatkan perkara itu di Parlimen. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut atas alasan permit penerbitan itu masih dalam pertimbangan kementerian dalam negeri (KDN). Jalan lain Chua berkata, sekiranya KDN memilih untuk melarang penerbitan Suara Keadilan, parti akan mencari jalan lain, termasuk membawa perkara itu ke mahkamah. Sebelum ini, KDN berkata permit Suara Keadilan tidak lagi sah berkuatkuasa 1 Julai lalu. ~MK~ |
| Kilang digeledah cari edisi terbaru Suara Keadilan Posted: 07 Jul 2010 05:25 AM PDT Sekumpulan pegawai bergegas ke sebuah kilang pencetak di Shah Alam untuk mencari edisi terbaru Suara Keadilan selepas KDN tidak memperbaharui permit penerbitannya yang tamat hujung bulan lalu.Syarikat percetakan tersebut, Angkatan Edaran Sdn Bhd dikunjungi empat pegawai KDN Selangor pagi ini yang memeriksa dua premis percetakannya bagi tujuan berkenaan. Penolong pengurus syarikat terbabit Hussin Jan berkata, seorang pegawai yang mengetuai operasi tersebut pada mulanya menyoal beliau sama ada syarikat itu ada mencetak keluaran terbaru lidah rasmi PKR itu. "Saya kata kepada beliau, kami tak cetak. Kalau tak percaya, saya suruh dia periksa sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Menurutnya lagi, kumpulan pegawai itu menghabiskan masa kira-kira selama 20 minit untuk memerika premis kilang tersebut yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam. Mereka kemudiannya memeriksa sebuah lagi premis percetakan milik anak syarikat Angkatan Edaran di sebuah lokasi berdekatan. Pegawai berkenaan beredar selepas kira-kira 15 minit kemudian apabila gagal menemui nashkah Suara Keadilan di premis berkenaan. "Mereka cuma periksa sahaja. Mereka tidak ada ambil apa-apa," katanya lagi. Sementara itu, pengurusnya Nor Azlan Jan pula berkata Angkatan Edaran sememangnya pernah mencetak Suara Keadilan sebelum akhbar tersebut diberikan permit penerbitan. Beliau juga mengesahkan bahawa PKR sememangnya berniat untuk mencetak akhbar itu di syarikat berkenaan, namun beliau enggan menerima tawaran tersebut. "Tetapi bila sudah dapat permit, (PKR) bawa pergi cetak tempat lain. Bila ada masalah, hendak bawa ke tempat kami semula. "Saya cakap, mana boleh. Kita pun tidaklah lapar sangat," katanya ketika dihubungi. Permit penerbitan Suara Keadilan diluluskan pada April 2008 dan digantung selama tiga bulan pada Mac tahun lalu. Turut menerima tindakan sama ialah lidah parti PAS, Harakah. Dalam pada itu, mengulas kehadiran pegawai KDN di premis Angkatan Edaran hari ini, pengarang Harakah Taufek Yahya berkata tindakan itu tidak mengganggu operasi akhbar tersebut. "Syarikat itu sememangnya pencetak Harakah tapi secara kebetulan sahaja syarikat itu juga mencetak Suara Keadilan (pada suatu masa dulu)," katanya ketika dihubungi. Tambahnya, beliau juga tidak melihat tindakan KDN hari ini sebagai satu bentuk tekanan kepada Harakah kerana operasi tersebut sememangnya ditujukan kepada Suara Keadilan. "Kalau tidak, mereka tentu sudah rampas naskhah Harakah sebab hari ini sememangnya akhbar kami dicetak untuk keluaran edisi Jumaat," katanya lagi. Sementara itu, ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pula berkata, pihaknya masih mengenalpasti syarikat yang boleh mencetak tabloid itu memandangkan PKR bertegas untuk mencetak tanpa permit. "Kami masih mempertimbangkan bagaimana kami dapat menjalankan keputusan daripada parti. Kami belum tahu lagi di mana hendak cetak, susah untuk saya katakan sekarang," katanya. ~MK~ |
| RM41 juta dibazir di Putrajaya Posted: 07 Jul 2010 05:23 AM PDT Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini membidas kerajaan kerana membelanjakan terlalu banyak wang rakyat bagi dua projek 'gajah putih' di Putrajaya."(Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru) tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad)," katanya di lobi parlimen. "Perangkaan...menunjukkan purata 20 pengunjung yang melawat Astaka Morocco setiap hari, jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan." Menjawap soalan Liew di Dewan Rakyat, sebelum itu, Timbalan Menteri, Wilayah persekutuan, Datuk M Saravanan berkata Astaka Morocco dibina pada kos RM20 juta dan RM250,000 dipibelanjakan setiap tahun untuk penyelenggaraannnya. Ini termasuk 'pembersihan khas' untuk kolam dan juga tulisan khas yang dipamerkan di dinding serta ukirannya di pintu. Tahun lalu, 8,500 melawat monumen berkenaan. Saravanan berkata Monumen Alaf Baru yang dirasmikan pada 2003, pula menelan perbelanjaan RM21 juta untuk dibina dan kos penyelengaraannya pula adalah RM93,000 setiap tahun. Bagaimanapun kementerian tidak mengetahui jumlah pengunjung ke monumen itu kerana ia terletak di kawasan yang terbuka. Menurut Saravanan, kedua-dua monumen berkenaan dibina bagi menarik orang ramai mengunjungi Putrajaya manakala Monumen Alaf Baru dikatakan mempunyai nilai sejarah. "Memandangkan kedua-dua monumen itu telah dibina, adalah lebih baik ia dijadikan tempat untuk rakyat. Sebagai contoh, artis boleh mempamerkan seni dan bakatnya di sini. Sekarang ini, tempat ini dibiarkan kosong," katanya. Liew juga menggesa kerajaan supaya berunding semula dengan Putrajaya Holdings, yang sekarang ini menyaksikan kerajaan terpaksa membayar RM1 bilion setiap tahun untuk bayaran sewa premis berkenaan. "Ini hampir 0.5 peratus daripada bajet tahunan yang digunakan hanya untuk sewa, tidak termasuk penyelenggaraan, hanya kerana bagi memenuhi fantasi seseorang," katanya. Astaka Morocco, terletak di Taman Botani dan dibina bagi melambangkan keutuhan dipllomatik antara Malaysia dan Maghribi, khususnya berhubung rakyat dan kebudayaan kedua-dua negara. Manakala Monumen Alaf Baru setinggi 68meter terletak di Precinct 2, Putrajaya. Reka bentuknya diambil daripada bunga raya dan melambangkan sejarah negara bermula daripada zaman kesultanan Melayu Melaka. ~MK~ |
| Piket desak presiden KTM undur Posted: 07 Jul 2010 05:22 AM PDT Kira-kira 300 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) berpiket di hadapan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara berikutan tindakan syarikat itu menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).Ahli kesatuan itu mula berkumpul di stesen komuter Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini dan kemudiannya berarak mengikut laluan bawah tanah dan berkumpul semula di hadapan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin. Dalam keadaan hujan renyai, kumpulan pekerja itu kemudiannya berbaris di sepanjang jalan tersebut sambil melaungkan slogan mendesak presiden syarikat itu, Dr Aminuddin Adnan supaya meletakkan jawatan. Puluhan poster berwarna-warni turut dipamerkan kepada kenderaan yang lalu-lalang sekitar jalan tersebut, antaranya bertulis "Presiden KTM gagal tadbir KTM", "lembu punya susu, sapi dapat nama" dan "Pekerja KTM boleh kendalikan ETS". Walaupun jalan sekitar sesak akibat dua lorong ditutup, keadaan trafik bergerak lancar apabila piket tersebut kelihatan begitu teratur. Kumpulan tersebut juga mempunyai petugas keselamatannya sendiri. Suasana bingit kedengaran apabila mereka yang masih berseragam kerja berwarna biru itu tidak henti-henti bersorak setiap kali kenderaan yang lalulintas membunyikan hon tanda sokongan. Berucap di perhimpunan itu, presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan (kanan) memberikan masa 30 hari kepada Dr Aminuddin untuk meletakkan jawatan. Sekiranya Dr Aminuddin tidak berbuat demikian, Abdul Razak berharap Kementerian Kewangan akan menamatkan kontrak presiden KTMB itu. Pintu rundingan sudah tertutup Abdul Razak berkata, tuntutan mereka telah dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu memohon campurtangannya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Sekarang pintu rundingan (dengan majikan) telah tertutup. Kami mahu Presiden KTM letak jawatan," katanya yang mendakwa, setelah tujuh bulan cuba berunding, permintaan mereka tidak diendahkan. Turut hadir di perhimpunan itu ialah presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud dan juga ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid Berucap dalam perhimpunan itu, Syed Shahir berkata beliau berharap menteri berkenaan dapat campurtangan bagi menjernihkan 'ketegangan' antara pekerja dan majikan sejak penghujung tahun lalu lagi. "Mereka (menteri) kena panggil mesyuarat khusus, berdiolog, tidak boleh biarkan terus begini," katanya kepada pemberita. Sebelum beredar, kumpulan yang datang daripada seluruh pelusuk negara itu sempat berpaling mengadap bangunan ibu pejabat dan melaungkan "boo" kepada Dr Aminuddin beberapa kali. Dr Aminuddin bagaimanapun tidak kelihatan. Bahkan pintu masuk ke pejabat itu juga ditutup. Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah menganaksyarikatkan perkhidmatan ETS, antaranya kerana tindakan itu didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan. KPPTMB yang dianggotai 3,600 ahli turut merancang untuk mengadakan satu lagi piket di 10 lokasi di seluruh negara pada 21 Julai. ~MK~ |
| Posted: 07 Jul 2010 12:30 AM PDT BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI > 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh ) > 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand ) > 3. Ajinomoto ( Thailand ) > 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas > 5. Semua tauhu buatan Orang Cina > 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand > 7. Sabun FAB berbuku > 8. Lobak Jeruk > 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina) > 10. Krim Muka Hazeline Snow SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL) > 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi > 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina > 3. Daging Burger Import > 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina > 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup' > 6. Berus Gigi Jenis ' Reach' > 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam > 8. Semua sabun mandi yang diimport > 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL > 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam > 11. Have Pearl Cream > 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald > 13. Ubat Kurap buatan Org Cina > 14.. Beehon Segera Siam > 16. Sabun Mandi Yang Berminyak SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL ) > 1. Bosset Wine Gum > 2. Dairy Milk Coklat > 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum > 4. Sugus Strawberry > 5. Passer Doily Mixture > 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint > 7. Scothes Vikmin > 8. Share Extra Atrenght > 9. Black Current Jelly > 10. Royal Gulaman & Decart Oranges > 11. Valvis Gelatin > 12. Sarung Kapsul Ubat > 13. Ais Krim dalam bekas plastik > 14. Gula-gula Fruities > 15 Cake Mets Vilber Punch > 16 Coklat Cake > 17 Tepung Kastard Lady's Choice > 18 Semua jenis Jelly > 19 Semua jenis gincu bibir > 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo > 21 Lady's Choice Jelly SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA > 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA > 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD > 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU ) > 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN > 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP > 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING > 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA. Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !! |
| Posted: 07 Jul 2010 12:29 AM PDT Walaupun gagal menghantar sebarang laporan dalam 11 pilihan raya kecil dalam tempoh dua tahun ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap akan memberikan peluang kedua kepada Pemantu Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) sebagai pemerhati pilihan raya."Lantik Mafrellah (sebagai pemerhati). Walaupun dia belum daftar (pertubuhan), kita lantik orang (rakyat) kitalah, bukan orang luar tengok Malaysia," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. Beliau diminta mengulas status Mafrel - NGO tunggal yang diberi dilantik sebagai pemantau rasmi dalam setiap pilihan raya - yang kini dikatakan bermasalah dengan suruhanjaya itu. Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Abdul Aziz berkata, SPR masih memberikan peluang kepada Mafrel kerana "kadang-kadang orang silap". "Kita pun bukannya jenis orang sekali (dia) buat salah (dihukum)... Kita nak dengar apa alasannya," katanya. Abdul Aziz bagaimanapun berharap supaya Mafrel dapat menjalankan tanggungjawab mereka bukan sekadar memantau, tetapi menyediakan laporan berbentuk cadangan bagi membaiki kualiti pilihan raya di negara ini. Saya bukan hendak tebal... Saya hendak cadangan," katanya yang tidak kisah walaupun laporan tersebut hanya satu atau dua muka surat sahaja. Ditanya Mafrel benar-benar berperanan dalam pemantauan pilihan raya, Abdul Aziz berkata: "Berperanan, tapi tiada nilai tampah pada kita. Kenapa? kita minta cadangan dia (Mafrel) tak buat pada kita. Pada orang lain kita tak tahu. Mungkin dia hantar laporan pada pihak lain," katanya. Sementara itu, Abdul Aziz juga berkata pihaknya terbuka kepada pemantauan badan asing dalam proses pilihan raya di negara ini. "Bukan masalah (dengan pemantauan asing). (Tetapi) setakat ini tidak ada (badan) yang minta lagi. Kita pergi (memantau negara lain) adalah," katanya. "Apa mereka hendak tengok? Dia pun terperanjat, ada agen parti ke dalam (tempat mengundi) ini? Di United Kingdom, kosong. Kotak undi ini, kakitangan dia bawa balik rumah. Parti politik tak kisah." Ditanya berhubung kos bagi tujuan itu, Abdul Aziz pantas menjawab: "Kalau kita (kena) belanja maaflah." Setakat ini katanya, banyak wakil negara asing datang untuk berkongsi pengalaman sahaja dan bukannya untuk menjadi pemantau dalam pilihan raya di negara ini. ~MK~ |
| DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala' Posted: 07 Jul 2010 12:28 AM PDT Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat. "P Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat. "Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga. "Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri," katanya. Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara. "Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya. "Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita," kata Er. Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai "dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara." "Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita," katanya. ~MK~ |
| Serah surat debat pada Ahmad esok Posted: 07 Jul 2010 12:26 AM PDT Surat rasmi debat mengenai isu dakwaan kemerosotan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan esok.Menurut kenyataan biro penerangan Pemuda PAS, surat tersebut akan diserahkan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi esok. Ia akan diserahkan oleh pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sebelum ini mencabar Ahmad untuk berdebat. Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun. Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu. Felda pula kemudiannya dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan". Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata cabaran untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'. Mazlan dilaporkan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu". "Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di Felda (dalam debat itu)," Mazlan dilaporkan berkata. Mazlan juga dilaporkan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa. ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai Felda itu. ~MK~ |
| Apco juga perlu beri penjelasan Posted: 07 Jul 2010 12:25 AM PDT Ramai kerajaan asing yang menandatangani kontrak dengan firma pelobi dan perhubungan awam Amerika Syarikat. Jadi, bukanlah sesuatu yang aneh bagi kerajaan Malaysia turut menandatangani kontrak dengan Apco untuk perkhidmatan di Amerika.Berbeza dengan skandal Abramoff Jack - apabila kedutaan Malaysia menyembunyikan peranannya dengan membuat bayaran haram untuk sebuah badan pemikir palsu di Delaware - Apco telah berdaftar dengan Jabatan Kehakiman AS sebagai agen kerajaan asing. Dalam laporan rasminya, Apco mengatakan ia dibayar AS$70,000 sebulan, dicampur sehingga AS$20,000 sebulan sebagai kos bagi perkhidmatan yang disediakannya untuk kerajaan Malaysia di Amerika. Jadi, semua sekali, jumlahnya kira-kira AS$1 juta setahun. Itu bukanlah jumlah yang luar biasa untuk kontrak seumpama itu. Kerajaan Malaysia, bagaimanapun, mengatakan bahawa nilai kontrak dengan Apco ialah AS$24 juta (RM77 juta) setahun. Jika hanya AS$1 juta dibelanjakan di Amerika Syarikat, bagaimana pula dengan AS$23 juta (RM74 juta) yang digunakan di Malaysia? Bahkan Najib bertanya-tanya apa yang diperolehinya daripada wang tersebut dan berfikir tentang membatalkan kontrak berkenaan. Menurut laporan terbaru, kontrak tersebut telah diperbaharui, tetapi dengan kos yang lebih rendah dan dengan hak bagi kerajaan untuk menamatkan kontrak itu pada bila-bila masa. Masih belum jelas apakah perkhidmatan khusus yang disediakan oleh Apco di Malaysia. Undang-undang AS mewajibkan Apco mendaftar kontrak bagi perkhidmatan di Amerika untuk pengetahuan semua, tetapi tidak ada keperluan untuk berbuat demikian di Malaysia. Menurut Nasional Journal, jumlah keseluruhan bil Apco (jualan) pada 2008 ialah AS$112 juta. Oleh itu, kontrak AS$24 juta dengan Malaysia sangat penting bagi syarikat tersebut. Mengenai kontrak dengan Apco untuk perkhidmatan di Amerika Syarikat, ia mengatakan bahawa Apco seharusnya mempromosikan imej Malaysia di Amerika dan mengukuhkan hubungan AS-Malaysia. Itu adalah tujuan yang positif dan matlamat yang sesuai. Tapi telah banyak dilaporkan dalam blog di Malaysia bahawa Apco menyelaras serangan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Washington DC - sesuatu yang di luar ruang lingkup kontrak tersebut. Adalah menarik untuk mengetahui apakah ini benar. Apa kontaknya, jika ada, Apco ada dengan B'nai B'rith, Rachel Motte, Yosua Trevino dari penerbitan New Ledger, dan yang lain-lainnya yang telah mengkritik Anwar? Apakah Apco terlibat dalam penyediaan dan penghantaran surat-surat kepada pelebagai pemimpin berpengaruh di Washington untuk memperbesarkan komen Anwar mengenai 'pencerobohan Zionis'? Apa nasihat, jika ada, yang diberikan kepada kedutaan Malaysia tentang hal ini? Jika demikian, maka Apco telah melampaui keperluan kontraknya - iaitu untuk mempromosikan imej positif Malaysia di Amerika Syarikat - dan kini terlibat dalam kempen negatif terhadap pemimpin pembangkang yang terpilih secara demokratik. Saya amat mengalu-alukan penjelasan Apco mengenai apa peranan yang telah dimainkannya, jika ada, dalam menyiarkan ulasan Anwar. ~MK~ |
| Posted: 07 Jul 2010 12:22 AM PDT Bekas presiden MTUC Zainal Rampak tewas dalam saman fitnahnya ke atas The Sun Media Corp, bekas ketua pengarang The Sun Ho Kay Tat dan wartawan K. Ravindran. Zainal menamakn ketiga-tiga mereka itu sebagai defendan berhubung sebuah artikel yang disiarkan di The Sun 10 tahun lalu yang didakwanya mencemarkan nama baiknya.Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed menolak permohonan Zainal dengan kos dan memutuskan bahawa artikel itu adalah ulasan adil dan perlindungan bersyarat (fair comment & qualified privilege). "Tiada niat jahat oleh Ravindran dan artikel itu hanya memaparkan kenyaan fakta," katanya. "Artikel berkenaan juga bukan bersifat penerbitan memfitnah." Rencana dengan tajuk 'Shut up or Step Down, Zainal told' diterbitkan pada 6 Sept 6, 2000. Ia berkaitan skim anuiti KWSP. ~MK~ |
| Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13 Posted: 07 Jul 2010 12:21 AM PDT PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN. Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan. Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan. Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan. Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza. "Sebagai sebuah negara demokrasi sudah tentu ada pembangkang dan kerajaan. Kedua-dua pihak ini perlu diberi peluang untuk memastikan mereka diterima oleh rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau menambah, pihak Najib dan KDN jangan buat pekak terhadap berita-berita yang disiarkan oleh media pro BN sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Ini, katanya dapat dilihat bagaimana laporan yang tidak betul dengan menyebut kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan pembangkang. "Apakah ini cara pemberitaan yang betul? Jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak nampak. "Semua ini ada kaitan dengan persiapan BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)," ujarnya. Namun, ujarnya lagi apa jua tekanan yang cuba diberikan oleh BN, jentera penerangan Pakatan Rakyat perlu memperluaskan medium penyebaran maklumat kepada rakyat. Katanya, setiap ahli dan penyokong juga diminta untuk terus membantu memberikan kefahaman kepada rakyat. "Organisasi media Pakatan tidak akan goyah dengan sebarang ugutan dan ancaman, malah BN akan terus dihantui oleh dosa-dosa mereka yang didedahkan oleh Pakatan. PAS yakin, rakyat akan merubah kerajaan pada PRU 13," ujarnya. ~harakah~ |
| Posted: 07 Jul 2010 12:19 AM PDT Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) akan menggerakan lebih 3,000 ahlinya di seluruh negara bagi berpiket menentang penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).Piket tersebut akan diadakan di perkarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Hishamuddin di ibu negara pada jam 5.30 petang ini. Menurut presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan, perhimpunan petang ini juga bagi mendesak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletakkan jawatan. "Sekiranya beliau enggan letak jawatan maka kementerian kewangan hendaklah menilai keududkan presiden KTMB melalui KPI (Indeks Petunjuk Utama)," katanya dalam satu kenyataan. Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah itu, antaranya kerana tindakan menganaksyarikatkan pengendali ETS didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan. Katanya kira-kira 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam hari ni manakala satu lagi piket dirancang diadakan di 10 cawangan di seluruh negara pada 21 Julai. Kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota. ~MK~ |
| KDN geledah kilang cetak Harakah Posted: 06 Jul 2010 03:57 PM PDT Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan.Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR. "Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit. Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'. Sebelum digeledah, katanya lagi, wujud pertikaman lidah antara seorang pegawai lelaki KDN dengan seorang pekerjanya. "Waran tak ada, nak geledah geledahlah tapi kalau ada yang hilang, CCTV ada untuk tangkap yang curi dalam kilang ini," ujar beliau lagi memetik amaran pekerjanya itu. Dalam perkembangan berkaitan, KDN turut diwar-warkan mahu menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana sebelum ini untuk memburu edisi terbaru 'Era Keadilan'. Inisiatif KDN itu ekoran iltizam PKR untuk terus menerbitkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu. Pada 2 Julai lalu, permit Suara Keadilan digantung ekoran tersiarnya laporan 'Felda Bankrap' yang dianggap mengancam sensitiviti politik pihak tertentu dalam kerajaan. Lanjutan itu, Felda bertindak menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta. Manakala, PKR pula menyifatkan tindakan KDN dengan tidak merujuk kes tersebut ke mahkamah terlebih dahulu sebagai langkah membunuh kebebasan media. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Bekas presiden MTUC Zainal Rampak tewas dalam saman fitnahnya ke atas The Sun Media Corp, bekas ketua pengarang The Sun Ho Kay Tat dan wartawan K. Ravindran. Zainal menamakn ketiga-tiga mereka itu sebagai defendan berhubung sebuah artikel yang disiarkan di The Sun 10 tahun lalu yang didakwanya mencemarkan nama baiknya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan