pasforall |
- Pakai Tali Kledar...Bila Memandu...
- Hanya Banggan ,Bahlol,dan Mangkuk Hayung..yg tak tahu cerita ini..
- Mahkamah Tinggi...hanya dinama..?
- Pistol di ganti dengan Cota aje...baru ada akai...
- ini sudah kes baik punya...
- Fooyooooh...Malaysia negara pariah jika gagal tangani isu Penan
| Pakai Tali Kledar...Bila Memandu... Posted: 08 Jul 2010 06:28 AM PDT | ||||||
| Hanya Banggan ,Bahlol,dan Mangkuk Hayung..yg tak tahu cerita ini.. Posted: 08 Jul 2010 05:49 AM PDT Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di SelangorOleh Frederick Luccas SHAH ALAM 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah didalangi agenda politik Umno-Barisan Nasional yang semakin panas punggung ekoran usaha tegas kerajaan negeri membanteras aktiviti dan penyelewengan pengeluaran pasir oleh pihak terbabit sejak lebih 20 tahun dahulu. Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam. "Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini. "Saya di panggil SPRM untuk mengambil keterangan saya atas fitnah oleh seseorang yang cuba mengaitkan saya dengan aktiviti mencuri pasir melibatkan sebuah syarikat bernama MNT Construction Enterprise yang saya sendiri tidak tahu mengenainya dan tidak kenal siapa mereka ini (dibelakang syarikat terbabit)," tegas beliau lagi. Suhaimi menjelaskan telah menjadi prinsip beliau dan semua ADUN Pakatan Rakyat bahawa tiada seorang pun akan terlibat sama sekali dalam aktiviti haram, bahkan beliau menentang kuat aktiviti mencuri pasir yang amat berleluasa semasa pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional. Tambah beliau gejala ini semakin terkawal di bawah pengendalian dan pengawasan kerajaan negeri Pakatan Selangor, walaupun masih terdapat sedikit kelemahan. "Cengkaman KEADILAN ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang terlibat hingga terpaksa mencari alternatif dengan mendakwa kami pula yang terlibat dalam kegiatan haram ini. "Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebagai pemangkin kepada usaha mengurangkan kecurian pasir oleh mereka yang tamak. Aktiviti mencuri pasir juga amat berleluasa di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kegiatan itu tidak disiasat menyeluruh kerana negeri itu adalah di bawah cengkaman Umno-BN," jelas Suhaimi. Menurut beliau lagi, aktiviti ini berleluasa di bawah kerajaan Umno-BN tetapi dilindungi oleh pimpinan mereka. Beliau memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan. Suhaimi juga menegaskan percubaan kali ini adalah kesinambungan serangan siri terbaru Umno-BN yang memperalatkan agensi seperti SPRM untuk mencemarkan maruah kerajaan negeri Selangor dan mencalar imej beliau sebagai seorang ADUN Pakatan Rakyat yang memegang teguh prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan. "Ini adalah satu propaganda politik dan jelas mempunyai tujuan 'mala fide' atau berniat jahat untuk mencemar Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kami akan menentang usaha jahat ini dengan mendedahkan lebih banyak pembohongan Umno-BN dan menelanjangkan siapa sebenarnya yang melindungi aktiviti pengeluaran pasir haram di sungai dan tanah kerajaan negeri satu ketika dahulu. "Kita minta SPRM siasat mereka tanpa memilih bulu dan akhirnya, kebenaran pasti akan terbukti. Serangan ini tidak sama sekali akan melemahkan semangat saya dan rakan rakan untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran," tambah beliau. Beliau serta ADUN Batu Caves Amirudin Shari di panggil SPRM Khamis lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah. Suhaimi dipanggil semula ke SPRM Isnin lepas. | ||||||
| Mahkamah Tinggi...hanya dinama..? Posted: 08 Jul 2010 05:30 AM PDT lepas ini kalau buat rayuan di Mahkamah Persekutuan..hampei...terlepas nak rasa duit Pampasan..?Mati dalam lokap: | ||||||
| Pistol di ganti dengan Cota aje...baru ada akai... Posted: 08 Jul 2010 03:33 AM PDT
Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang. Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung. Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.
Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan. Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor. Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.
"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya. Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. "Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.
"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata. Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya. "Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil. Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan. | ||||||
| Posted: 08 Jul 2010 02:32 AM PDT
Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu. "Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan. "Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah empat bulan memohon memperbaharui semula permit penerbitannya.
Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu. Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya". Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan. | ||||||
| Fooyooooh...Malaysia negara pariah jika gagal tangani isu Penan Posted: 08 Jul 2010 01:45 AM PDT
"Tidak apa yang dilakukan untuk melindungi kepentingan Penan. Mereka paling terdedah kepada segala ancaman di negara ini," katanya di lobi parlimen hari ini. Menurut Santiago, beliau tidak dapat menerima alasan polis yang mereka tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menyiasat perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita dan gadis .
Selasa lalu, PKR mengumumkan akan mengadakan usul tergempar bagi membahaskan nasib gadis dan wanita Penan yang terus didera secara seksual dan dirogol oleh pembalak di Sarawak. Ia berikutan pendedahan oleh PSG dalam laporan ang berjudul A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak, Malaysia, yang mendakwa gadis dan wanita Penan dirogol secara sistematik. |
| You are subscribed to email updates from pasforall To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Saya berterima kasih kepada penghakiman mahkamah, tetapi kini (mendapat tahu) kes ini mungkin dilanjutkan ke Mahkamah Rayuan. Kalau boleh, saya berharap kes ini boleh berhenti di sini, tidak dilanjutkan ke Mahkamah Rayuan. Kes ini telah mengambil masa yang panjang, terlalu banyak derita," katanya.
Bagaimanapun, Uthayakumar menerima khabar daripada peguam persekutuan bahawa mereka akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk dikaji semula penghakiman tersebut. Sebelum ini, mahkamah membuat penghakiman pampasan sejumlah kira-kira RM130 ribu kepada keluarga mangsa. Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak berpuas hati dengan penghakiman ini, dan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Polis meninggalkan notis ringkas kepada keluarga Mohd Anuar Syarip pada keesokannya, untuk memaklumkan bahawa suami dan bapa mereka telah meninggal dunia, dan diminta tampil untuk mengenalpasti mayatnya. Mohd Shaifullah hanya berumur lapan tahun, sementara Mohd Azrullah berusia dua tahun ketika itu.
Bagaimanapun, saman terhadap dua orang polis ditolak kerana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka bersalah. Kedua-dua pihak peguam persekutuan dan keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap penghakiman tersebut, lantas dibawa ke Mahkamah Tinggi.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan