Jumaat, 9 Julai 2010

nalapambu

nalapambu


Harapan PR semakin cerah - Pergolakan UMNO dan parti2 komponen nya semakin parah.

Posted: 08 Jul 2010 07:07 AM PDT

PRU 13 semakin menghampiri UMNO. Parti2 komponen nya seperti MCA, MIC dan Gerakan masih terumbang ambing di lautan bergelora. Sokongan kaum cina dan india sudah beraleh kepada DAP, PKR dan PAS.

Kedudukan UMNO semakin bertambah parah dengan ujudnya beberapa pertubuhan NGO Melayu seperti PERKASA. Tidak perlu di huraikan betapa bencinya kaum cina dan india terhadap pertubuhan ini. Kini UMNO semakin sukar di percayai lagi.

Walaupun UMNO mendabik dada menyatakan bahawa sokongan melayu terhadap UMNO adalah padu. Tetapi malang nya melayu sudah berpecah tiga, cuma satu kumpulan sahaja yang menyokong UMNO, sedangkan dua lagi iaitu PAS dan PKR menyokong DAP. Kedudukan PAS dan PKR semakin bertambah kukuh dengan adanya sokongan dari kaum cina dan india.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa PR memang kuat. Ianya telah terbukti benar pada PRK Parlimen Sibu di Sarawak. Kubu kuat BN tumbang tergolek walaupun telah bergunakan berbagai senjata sulit yang cangeh2. PM, TPM dan hampir semua menteri2 BN turun padang membantu calun nya, alas! tumbang juga.

Apabila kaum cina dan india sudah hilang kepercayaan nya terhadap BN, maka inilah isyarat menyatakan BN akan berakhir. PRU13 pasti BN akan menghadapi tentangan yang sangat hebat dari PR terutama di Sabah dan Sarawak. Mampukah UMNO bertahan se mata2 dengan sokongan melayu sahaja? Cuba fikir2 kan wahai pencacai2 UMNO.

Tiada ulasan: