SharpShooter |
- 3 Abdul berebut kerusi Balik Pulau
- Penduduk Kg Binjai selar YB Pulau Betong
- Esok Melayu UMNO mengamuk di Jelutong
| 3 Abdul berebut kerusi Balik Pulau Posted: 08 Jul 2010 07:21 PM PDT UMNO Balik Pulau terus bergolak bila 3 Abdul samdul... Dr Helmi, Syed Amerudin dan Farid masing-masing sedang melobi untuk menjadi calon Parlimen Balik Pulau.Syed Amerudin sudah 4 penggal menjadi Adun Bayan Lepas. Beliau mahu bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pula pada PRU13. Syed Amerudin juga berulang kali mengatakan beliau sudah tidak mahu bertanding di Dun Bayan Lepas. " Orang Bayan Lepas dan Teluk Kumbar pun dah jemu dah... Bagilah dekat orang lain pula..." begitulah rintihan geng umno yang tidak mahu namanya disiarkan. Manakala Dr Helmi pula kini menyatakan hasrat untuk bertanding semula di parlimen Balik Pulau. Dr Helmi pernah menjadi MP Balik Pulau tahun 2004.Tetapi pada PRU 12 tahun 2008 beliau bertanding di Dun Teluk Bahang. Dr Helmi juga pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri P.Pinang. Farid pula sudah 2 penggal menjadi Adun Pulau Betong. Banyak rungu tan diterima sampai nak dapat tandatangan pun susah untuk pinjaman Tekun.Tekun diasaskan oleh Dr Mansor Othman sewaktu beliau di USM tetapi kini UMNO ambil alih. Bila UMNO ambil alih, syarat utama ialah wajib ahli UMNO dan kena minta tandatangan YB UMNO sahaja. Macam ini lah cara UMNO nak bantu peniaga kecil. Eloklah diteruskan amalan ini biar rakyat terus menyampah dengan umno. Parlime n Balik Pulau kini milik Pakatan Rakyat di mana Yusmadi bertanding buat kali pertama dan menang di Parlimen tetapi di 3 Dun semuanya UMNO menang. Pelik tapi benar.Mengapa Yusmadi boleh menang? Dr Helmi ketika berkempen dalam PRU 12 2008, terang-terang nyatakan sokongan pada Yusmadi dan minta semua ahli UMNO undi protes pada calon pilihan Pak Lah iaitu Dato' Dr Norraesah Mohamad. Sebab itu Yusmadi boleh menang. Yusmadi pula bila sudah menjadi YB, macam2 hal pula terjadi malas sharpshooter nak sebutkan. Antaranya anda boleh baca di sini. Persoalannya mengapa 3 Abdul samdul ini begitu beriya-iya melobi untuk bertanding di Parlimen Balik Pulau? Sifirnya mudah....3 Abdul samdul sudah tahu memang agak sukar untuk merampas kembali P.Pinang dari Pakatan Rakyat. Jadi buat apa jadi YB Adun, lebih baik jadi YB Parlimen, untung-untung boleh juga jadi Menteri. Itu pun kalau BN masih menang pada PRU13. Inilah punca mengapa YB P.Betong buat kenyataan bodoh tentang isu Kg Binjai. Mengapa beliau sibuk-sibuk ganggu kawasan Syed Amerudin? Sifirnya mudah sebab mereka kini berebut-rebut nak jadi hero Melayu Balik Pulau dan bolehlah Najib pilih mereka jadi calon Parlimen Balik Pulau. Tetapi mengapa 3 Abdul samdul ini diam membisu macam syaitan bisu bila timbul isu judi bola dan Tol Jambatan P.Pinang nak naik? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Penduduk Kg Binjai selar YB Pulau Betong Posted: 08 Jul 2010 04:38 AM PDT Kenyataan Media.Kami penduduk di Kg Binjai Bayan Lepas amat kecewa dengan kenyataan ADUN Pulau Betong yang juga merangkap Setiausaha Mohd Nor Yaacop mengenai isu kononnya berlaku pengusiran terhadap penduduk di sini dalam laporan Sinar Isnin 5 Julai 2010. Kami sebenarnya baru menyedari akan berlakunya pembangunan di penempatan kami ini setelah melihat notis yang ditampalkan oleh MPPP di pokok berhampiran kediaman kami. Tindakan ADUN P.Betong secara jelas nyata fitnah dan cubaan menakut-nakutkan para penduduk serta cubaan menimbulkan perasaan benci penduduk kepada Kerajaan Negeri yang secara tidak langsung akan membangkitkan kepada sentimen kaum. Kami yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri sekarang akan membantu mencari jalan penyelesaian antara para penduduk & pihak pemaju. Kami tidak menghalang pembangunan tetapi kami yakin penyelesaian cara terbaik dapat dilaksanakan antara kami penduduk dan juga pihak pemaju. Oleh yang demikian, kenyataan YB adun P.betong amat tidak bertanggung jawab untuk membezakan antara laporan akan dirobohkan dengan telah dirobohkan. Untuk makluman YB Adun P.Betong, kami masih di sini. Beliau jangan lupa pernah berlakunya isu pengusiran Kg Sg Batu bahkan beliau juga lupa bahawa YB Adun Bayan Lepas yang mewakili kami para penduduk hari ini juga adalah bekas Exco Perumahan dan waktu pengusiran yang berlaku pada 2006. Harapan kami dengan slogan CAT yang dilaungkan oleh Kerajaan Negeri, nasib penduduk di sini akan terbela. bahkan kami yakin dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Harapan kami amat tinggi. Sekian ![]() Mohd Faizal Ab Rahman Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kg Binjai 013 - 435 9600 * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Esok Melayu UMNO mengamuk di Jelutong Posted: 07 Jul 2010 11:01 PM PDT PAS, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) serta kariah Masjid Jamek Jelutong tidak terlibat dalam penganjuran demonstrasi aman yang dijangka diadakan di hadapan masjid berkenaan selepas solat Jumaat esok, 9 Julai. Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Mohd Yusoff Mohd Noor berkata, bagi menghalang program badan bukan kerajaan (NGO) tertentu itu, pihaknya telah membuat lapuran polis di Balai Polis Jelutong petang semalam. "PAS, Keadilan dan pihak Masjid Jelutong tidak membabitkan diri dengan NGO tertentu yang cuba menimbulkan kekacauan sebaliknya kami telah pun mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Pokok Asam yang dikatakan akan dibangunkan dengan pembangunan mewah tidak lama lagi," katanya. Pada 7 Julai, tambahnya Masjid Jamek Jelutong telah mengadakan perbincangan awal dengan penduduk terbabit cara mana yang boleh dipakai, bukan dengan berdemonstrasi yang bakal mengundang padah atau bimbang dipergunakan oleh Umno. Justeru itu, beliau dan juga pimpinan Keadilan Jelutong tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana individu yang cuba membangkitkan isu perkampungan Pokok Asam yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Yusoff yang juga Pengerusi Kariah Jamek Jelutong berharap sesiapa yang berhajat datang ke masjid berkenaan membetulkan niat untuk menunaikan solat fardu Jumaat, bukan berdemonstrasi kononnya mempertahankan Kampung Pokok Asam yang sedang dalam projek pembangunan sebelum pengambilalihan kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 lalu. "Kemusnahan perkampungan Melayu Jelutong disebabkan kebongkakan kepimpinan Umno Bahagian Jelutong yang tidak langsung membela nasib penduduk sejak awal. Mereka dilihat lebih berminat membina kekayaan hasil pembangunan yang dibuat tanpa membela nasib rakyat yang menderita," tambahnya kesal. Sejak dua hari lepas, masyarakat Melayu Jelutong menerima penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggesa semua orang Islam berkumpul di masjid berkenaan untuk tujuan itu. Yusof Noor berkata, pemimpin Pakatan di kawasan itu - ahli jawatankuasa Masjid Jelutong - yang berunding dengan pihak pemaju untuk melanjutkan tempoh untuk penduduk terbabit berpindah - dari seminggu kepada tiga bulan. Mereka memujuk pihak pemaju supaya memberi lebih banyak masa kepada penduduk untuk berpindah memandangkan bulan Ramadan semakin hampir. "Di mana hero-hero Umno pada masa itu? Nampaknya kelibat mereka pun tidak kelihatan untuk menangani isu ini," katanya Yusof dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di Jelutung semalam. Menurutnya, Umnolah yang meninggalkan semua masalah tersebut dan "kami tidak mempunyai jentera atau mekanisme untuk menanganinya masalah yang ditinggalkan oleh Umno." "Tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Yusof. Katanya, jika Umno benar-benar berminat untuk membantu penduduk terbabit, maka parti itu harus berunding dengan pihak pemaju dan penduduk untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Tetapi sebaliknya, kata beliau, tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk, dengan membuatnya seolah-olah kerajaan negeri sekarang yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya jangan cuba hendak menjadi hero kerana akhirnya penduduk sendiri yang akan menjadi mangsanya. Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah ahli majlis bandaran Pakatan termasuk Izuree Ibrahim, Ramlah Bee Asiahoo, Mohd Zahry Shaik Abdul Rahman, Zikri dan Mohd Fadzil Ismail Ibramsa. Kumpulan itu menjawab dakwaan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peminggiran kampung Melayu di Pulau Pinang merupakan "harga yang berat" yang terpaksa mereka bayar kerana mengubah kesetiaan politik. Zahid yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, perlu menyedari bahawa Umno, yang menjadi tulang belakang BN, selalu memperjuangkan kepentingan semua pihak. Beliau yang juga menteri pertahanan menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kira-kira 200 peduduk kampung tersebut yang diberi tempoh tiga bulan untuk berpindah dari kawasan itu yang akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah. Sementara itu, Izuree pula mendakwa, Umno turut mencetuskan masalah yang sama di merata tempat di negeri itu, termasuk di Batu Uban dan Kampung Binjai, yang didiami ramai penduduk Melayu. Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut juga mempunyai masalah dengan pemaju kerana mereka menolak pembangunan yang dijalankan di sana. Izuree mendakwa Umno telah mempolitikkan isu tersebut, menyebabkan penduduknya menjadi keliru. Sharpshooter :- Alahai umno...sudahlah..macam gila talak saja...sejak bila umno bela dan mempertahankan kampong Melayu di Pulau Pinang? Tahun 2006 di Kg Nelayan Sg Batu adalah bukti jelas bagaimana UMNO tergamak menghalau Melayu ketika dalam bulan Ramadhan. Klik di sini. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan