Jumaat, 16 Julai 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Yang tu naik.... Yang ni tak naik

Posted: 16 Jul 2010 08:34 AM PDT


Kecoh-kecoh pasal harga barang naik belum reda-reda lagi. Di sana sini.... ia menjadi topik perbualan. Hangat oooo...

Yang syiuknya ialah maki hamun.... sumpah seranah yang dihamburkan kepada Najib. Dan...... yang tak sedap didengar, carut-marut pun ada juga. Tapi, dalam hati aku berkata.... "Padan kau Najib!!"

Aku pasang telinga jer, tapi tak bersuara. Seronok tengok gelagat mereka yang tengah hot tu.... Tapi.... satu yang aku kagum dengan mereka ni. Mereka rupanya tak bodoh dan tidak diperbodohkan.

Walau pun, Najib guna perkataan-perkataan yang cuba mengelirukan mereka tapi.... apa yang bermain di mulut mereka ialah barang naik. Strategi Najib nak kelirukan mereka tidak berjaya. Rakyat sedar hakikat yang harga barang dah naik. Weh.... rakyat dah cerdik. Ngkorang jer yang buta, tak nampak, atau.... menang ngkorang ngok!!
Kata mereka....

Kalau 4 barang tu naik..... alamatnya, harga barang-barang lain pun akan turut akan naik sama. Mampuih ler kita kalau rupa ni. Mana nak cekor duit untuk tampung hidup. Udah ler susah... nampak gayanya.... susah lagi. Bila ler nak senang sikit kalau macam ni??

Itu antara rungutan rakyat kebanyakan di luar sana.

Anwar pulak kata.... kerajaan UBN dapat jimat lebih kurang RM126 juta dengan menaikkan harga gula. Tapi... Najib kena bayar pada APCO RM77 juta untuk naikkan imej dia. Nampaknya, macam duit yang nak dijimatkan tu..... habis dibayar kepada APCO ler.

Harga barang, naik dan akan naik lagi, tapi.... bagaimana pulak dengan imej Najib?? Bare in mind.... RM77 juta dibelanjakan untuk naikkan imej dia. Dengan isu kenaikan harga barang dan isu-isu sensasi yang sedang menyelubunginya, apakah imej Najib akan naik??

Isy.... isy... isy.... rasanya, keadaan akan jadi macam jongkang-jongket. Yang hat sana naik..... yang hat sini tak naik.

Harga barang naik..... imej Najib, tak naik. Dooooommmm..... ke bawah!!!
Sumber di sini

Mari faham PERSAMAAN ini

Posted: 16 Jul 2010 06:26 AM PDT


Rasionalisasi subsidi. Pelarasan harga. Ciittt....!!! Guna pi la apa istilah sekalipun.... the bottom line is..... RAKYAT TERBEBAN!!

Tak pelik mengapa mereka menggunakan perkataan yang bombastik dan melarang akhbar-akhbar propaganda mereka menggunakn perkataan, barang naik atau harga naik. Kerja bangang!!

Oviously, mereka cuba nak mengelirukan rakyat, terutama yang dok jauh di luar bandar. Mak cik dan pak cik di felda-felda tidak terkecuali. Mereka cuba mengelirukan rakyat dengan niat nak menipu!! Menipu membohong dan mengencing rakyat..... itu kerja mereka.

Fuuuhhh.... ini pakar putar alam bertaraf professional. Itulah dia si Najib APCO!!

Tidakkah anda berasa terhina dengan perbuatan mereka yang cuba memperbodohkan kita?? Shit!! This is really an insult la....

Dan..... kalau sesiapa yang termakan dan percaya atau terpedaya dengan temberang mereka.... memang sahlah, BODOH!!

Hanya yang BODOH saja yang boleh diperbodoh oleh si BODOH. Ha... ha.. ha... si BODOH memperbodohkan si BODOH.

Mai kita mudahkan pemahaman kita....

Rasionalisasi Subsidi + Pelarasan Harga = HARGA BARANG NAIK

Serupa juga macam: 2 X 5 = 10........ 5 X 2 = 10

Mudah jer nak faham, kan....?? So, jangan jadi bodoh atau diperbodohkan lagi, ya??

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik, ini baru permulaan.... HARGA barangan lain pasti akan NAIK LAGI!! Tunggu..... coming soon!!

Terbeban dan terus terbebanlah kita....

Sumber di sini.

Don't get mad. Get even!!

Posted: 15 Jul 2010 10:02 PM PDT



Semua orang, giler babi punya marah pada Najib... yang mengepalai UMNO/BN. kerana menaikkan harga 4 barangan penting serentak. Walau pun 5 sen.... tapi kesannya terasa, beb!! Terutama pada rakyat terbanyak yang biasa-biasa. Bagi mereka yang kaya, eleh... no hal ler. Sebab tu dia kata, kenaikan tersebut, tak membebankan. Tak membebankan hotak ngko!!

Well... nasi sudah menjadi bubur. Harga barangan tersebut sudah pun naik. Suka atau tak suka.... kita dipaksa terima. Itulah nasib rakyat 1Malaysia.

Tak guna kita mengeluh akan nasib yang baru menimpa kita. Kita marah-marah giler babi pun.... tak elok untuk emosi dan kesihatan kita. Nanti darah naik.... susah pulak!! Marah-marah pun tak der gunanya.... sebab nasi sudah jadi bubur. So... JANGAN NAIK DARAH but GET EVEN dengan kerajaan UMNO/BN yang lahanat ni.

To get even dengan kerajaan UMNO/BN lahanat ni, bukan mudah. Sebab.... mereka ada banyak pelindung yang haram jadah. Institusi yang sepatutnya melindungi hak-hak rakyat dengan menjunjung sistem demokrasi negara, sebaliknya..... telah menjadi pelindung kepada sebuah kerajaan yang keparat, yang mencengkam kita dengan kuku besi mereka.

Rakyat dijadikan musuh..... demi menjilat bontot sang pemerintah!! Aha.... kuasa yang ada dalam tangan mereka, digunakan untuk menyalahgunakan kuasa. Untuk apa??? Untuk terus berkuasa. Itu.... gila kuasa namanya!! Dan... apakah kita, terus menerus mahu hidup dalam' sangkar besi'?? Bagi mereka yang berjiwa merdeka.... pasti benci akan kedaan sebegitu. Jadi, kita tak boleh berdiam diri. Kita perlu lakukan sesuatu....

Tetapi.... kita rakyat terbanyak.... sukar untuk get even dengan mereka secara solo. Kita perlukan satu entiti politik untuk dijadikan landasan. Kita tak boleh menaruh harapan pada institusi-institusi di bawah cengkaman kerajaan lahanat ini. Be it.... SPRM.... PDRM.... SPR.... JPN... semua, sudah menjadi lembu tunggangan mereka. Mereka sudah hilang integritinya. Tak boleh percaya.... Tak boleh harap!!

Jadi... kita kena tolong diri kita sendiri dengan bantuan entiti politik yang bertentangan dengan UMNO/BN. Kita get even dengan mereka melalui saluran politik. Aha.... politik alternatif. Buat masa ini, pilihan yang kita ada cuma Pakatan Rakyat.

Walau pun... PR belum cukup sempurna tetapi mereka nampaknya bersungguh-sungguh dan telah banyak bukti yang menunjukkan mereka adalah alternatif yang lebih baik daripada UMNO/BN. Walau pun, ada perbezaan di sana sini, tetapi.... mereka ada banyak persamaan. Satu persamaan yang jelas ialah mereka.... rakyat-friendly. Sikap telus... bertanggung jawab... kecekapan, dedikasi mereka.... adalah untuk kepentingan rakyat dan demi mewujudkan satu sistem yang lebih baik dan lebih adil untuk semua rakyat Malaysia.

So.... bertitik tolak dari persamaan itu, mari kita beri sokongan padu kepada PR untuk kita get even dengan UMNO/BN, yang tak jemu-jemu menyusahkan hidup rakyat. Jangan kita jadi.... rakyat yang mudah lupa terhadap kezaliman UMNO/BN pada kita dan kepincangan yang mereka lakukan pada sistem pemerintahan negara.

Kita rakyat yang cintakan negara ini mesti bertindak bijak. Kita... jadi ejen penyebar maklumat. Kita bongkar kemungkaran mereka!! Kita dedah kepincangan mereka!! Kita sebarluaskan penyelewengan mereka!! Kita tentang pemborosan mereka!! Sebar... sebar... sebarkan dari mulut ke mulut. Biar semua rakyat tahu... siapa sebenarnya setan yang bertopengkan manusia ini. Kita sedarkan rakyat agar jangan mengundi setan ini!! Rugi....

Yeess..... Don't get mad but get even!!

Oleh itu, kuatkan iltilzam dan bulatkan hati.... untuk bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

1 undi untuk Pakatan Rakyat.... bermakna kita MENOLAK UMNO/BN ke liang lahad!! Semoga mereka terkubur, insyaAllah.

Tanpa UMNO/BN.....

RAKYAT TERBELA, RAKYAT SEJAHTERA!!

BN: Barang Naik. Tolak!! Tolak!! Jangan kasi dia naik!!

Posted: 15 Jul 2010 07:17 PM PDT


Pentingkan diri.... tak tau prioriti..... buta hati perut..... atau memang bangang giler babi. Itulah jawapan bagi tindakan menaikkan harga 4 barangan penting serentak. Ia akan menyusahkan hidup rakyat kerana kenaikannya pasti akan mendatangkan kesan kepada kos barangan lain. Pasti.... naik, naik dan naik lagi!!

Sabsidi untuk mengurangkan beban rakyat, dipotong..... kononnya untuk mengurangkan beban kerajaan tapi.... JPM dapat peruntukan RM4 billion, boleh pulak? Mengapa boleh??Apakah specialnya sangat JPM jika dibandingkan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Apakah ini yang dimaksudkan dengan slogan "Rakyat diutamakan"? Bullshit.... rakyat diutamakan!!

Woit.... RM4 billion tu duit rakyat bukan duit mak bapak dia orang. Duit sebanyak itu.... entah apa-apa dibuatnya. Aku rasa hanya untuk meng'GAH'kan JPM sahaja dengan segala macam kelengkapan.... kemudahan.... dan tenaga kerja yang besar tetapi kebanyakannya makan gaji buta. JPM dapat input berbillion ringgit tapi 'output'nya..... hampeh. Especially..... PMnya. Satu habuk pun tarak guna.

Yang dia pandai...... guna dan belanja duit rakyat untuk berboros-boros. Apabila duit tak da.... rakyat yang dimangsakan. Alasannya.... untuk kurangkan beban kerajaan. Rakyat diminta untuk berkorban demi negara, tapi.... apakah pengorbanan negara untuk rakyat?? Ya.... negara yang ditadbir dan diurus oleh UMNO/BN. Yang dia orang sanggup berkorban ialah untuk menyelamatkan kroni dan proksi. Rakyat..... mampuih pi. RM4 billion untuk dia.... rakyat pula? Rakyat.... ternganga dan sengsara!! Ciisss.... RM4 billion untuk Jabatan Perdana Menteri. Perdana Menteri apa?? Kayu.... PM Kencing Rakyat No 1!!

Sebagai PM.... apa yang dibuatnya untuk rakyat dan negara?? Tak nampak apa pun jasanya. Negara menjadi porak peranda..... ekonomi semakin lesu.... rakyat makin sengsara. Harapkan cakap dan janjinya saja yang berdegar-degar tetapi habuk pun tarak!! Kencing rakyat.... menjadi kepakaran mereka.

Oleh itu.... rakyat sepatutnya sudah ada alasan yang cukup kuat untuk bangun dan bangkit untuk tukar kerajaan. Aha.... kerajaan yang tak cekap memerintah, kerajaan yang zalim.... kerajaan yang bikin tak serupa cakap. Yes... yes... yes... Gantikan mereka dengan yang lebih prihatin, mesra rakyat serta yang lebih reliable dan ada integriti. Habis cerita.

Malangnya..... masih ada rakyat terbanyak yang terus buta. Buta.... pada kepincangan pemerintahan UMNO/BN. Mereka rela.... terus-terusan diperbodoh dan di'dera'oleh kerajaan UMNO/BN. Mereka sanggup menjadi zombie. Zombie-zombie UMNO/BN yang hidup melarat.

Apakah ini yang dikatakan rakyat yang bermaruah. Bermaruahkah kita kalau kesejahteraan kita diinjak-injak dan hidup kita dibebankan sebegini rupa oleh mereka??

No way.... Mana mungkin!!

Apakah kita mahu terus menyokong kerajaan yang tidak prihatin terhadap keperitan hidup rakyat, gara-gara tindakan mereka yang tidak mengutamakan kebajikan kita?? Yang menipu kita dengan slogan retorik mereka??

No way.... Tidak mungkin!!

Mereka bersedap-sedap dengan RM4 billion duit rakyat, sebaliknya.... kita dibebani dengan kenaikan harga pertrol, diesel, gas dan gula. Akibat pemimpin keparat.... rakyat hidup melarat.

So..... PRU13 nanti, say sorry to UMNO/BN. Sorry... Kami TAK NAK BN!!

Sumber di sini.

Tiada ulasan: