Dunia Berwarna Luna Version 2 |
| Posted: 15 Jul 2010 08:59 PM PDT Oleh : Becok Saya selalu menerangkan kepada rakan-rakan di IDEAS yang kuat mendokong dasar Pasaran Bebas bahawa sebagai sebuah negara transisi - dari membangun ke maju (dan tidak mustahil bankrap!), dasar dan pendekatan yang diambil bukan mudah. Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen. Kenaikan ini sebenarnya telah dijangka berikutan pengumuman Dato' Seri Idris Jala berkenaan kedudukan ekonomi negara. Ramai pihak mempertikaikan kenyataan beliau meskipun secara ekonominya, saya fikir pandangan beliau itu ada kebenaran. Mereka yang menolak pandangan beliau sebenarnya lebih terdorong mempertikai kaedah penyelesaian yang ditawarkan iaitu menghapuskan subsidi, atau dalam bahasa lembutnya merasionalkan subsidi. Dalam bahasa lain, sebahagian mungkin melihat 'keistimewaan' mereka bakal digugat. Secara ekonominya, saya boleh memahami pendekatan ini. Tetapi, saya juga yakin akan berlaku kerencatan pasaran (market distortion). Di sinilah cabaran sebuah negara transisi. Secara politiknya, saya fikir penghujahan rakyat ada kebenarannya tersendiri. Ya, tentu saja sebuah negara yang kaya dengan 'emas hitam' ini perlu menyampaikan kepada rakyat tentang 'rasional ketidaksampaian' hasil ini. Saya tahu bahawa kerajaan kini berdepan dengan situasi di mana mereka mahu sedaya upaya kekal dipilih sebagai kerajaan tetapi pada masa yang sama tidak sedia berdepan dengan risiko kebankrapan negara. Cuma anehnya, ramai yang menafikan betapa bobrok-nya masyarakat kita dalam hal rasuah yang mendarah-daging. Saya berharap mereka sedar bahawa 'kesaktian' jeritan Hidup Melayu tidak menyelesaikan masalah. |
| You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan