pemuda cheh |
| Rasionalisasi Subsidi Gula Dan Minyak Posted: 15 Jul 2010 08:27 PM PDT Oleh Nobisha Malam tadi kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi bahan api dan gula. Menurut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, rasionalisasi subsidi ini bertujuan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit Pengumuman ini menyaksikan kenaikan harga gula dan bahan api di pasaran mulai tengah malam ini. Seperti biasa, akan ada dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Satu pihak akan mempertahankan proses rasionalisasi ini, manakala satu pihak yang lain akan menggunakannya bagi memberikan satu lagi alasan mengapakah rakyat perlu mengundi pembangkang dalam PRU13 nanti. Polemik ini akan berterusan, dan ia adalah sesuatu yang dijangkakan. Saya serahkan kepada kerajaan untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakyat dan menyakinkan mereka kepada keperluan proses rasionalisasi ini. Proses meyakinkan rakyat bukanlah sesuatu yang mudah; apatah lagi sehingga sekarang masih ada sesetengah pemimpin kerajaan (sama ada pemimpin politik atau kakitangan awam) yang hidup mewah. Ini menjadikan rakyat sukar menyokong keperluan proses rasionalisasi subsidi. Hujah yang biasa dan akan selalu kita dengar ialah "rakyat diminta berkorban, sementara pemimpin terus hidup mewah." Atas sebab inilah maka saya mengatakan bahawa dalam proses komunikasi, perbuatan adalah lebih penting dari percakapan (actions speak louder than words). Selagi rakyat melihat pemimpin kerajaan hidup mewah, selama itulah mereka akan menjuihkan bibir kepada seruan menyokong proses rasionalisasi subsidi dan menuding jari kesalahan kepada kerajaan. Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar pengumuman rasionalisasi subsidi diikuti dengan tindakan pengurangan gaji dan kemudahan untuk anggota kabinet, kakitangan kanan GLC dan kakitangan pengurusan atas sektor awam. Tindakan ini boleh sekurang-kurangnya menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara juga sedia mengorbankan sedikit kemudahan tatkala rakyat merasai beban itu. Dalam bahasa yang mudah, rakyat tidak memikul beban tersebut sendirian. Saya tak fikir rakyat inginkan pemimpin politik hidup merempat. Namun, mereka juga tidak mahu pemimpin masih menunjukkan gaya hidup mewah tatkala kehidupan rakyat menjadi sukar akibat rasionalisasi subsidi ini. Usah perlekehkan kemampuan intelek rakyat untuk memahami keperluan rasionalisasi subsidi ini. Cuma, pada masa yang sama, usah juga mengharapkan rakyat sendirian memikul beban tersebut! |
| Rakyat Malaysia..Berapa Kali mahu Diperbodohkan Oleh UMNO Posted: 15 Jul 2010 02:46 PM PDT Nukilan Oleh Juragan Bebanan yang sedang ditanggung sudah terlalu berat untuk di pikul. Sekarang kerajaan "Barang Naik" sudah tambahkan lagi bebanan yang sudah tidak terdaya di pikul ini. Di sini Nalapambu tidak perlu cerita panjang bab barang naik ini. Kerana semua rakyat biasa akan rasakan keperitan nya. Bagi pencacai2 UMNO yang kaya raya ianya tidak mendatangkan apa2 masalah. Semua rakyat biasa harus berfikir sejenak dan ambil keputusan muktamat pada PRU-13 akan datang. TUKAR KERAJAAN - angkat PAKATAN RAKYAT sebagai pemerintah yang baru. (napalambu) * Tadi saya dah survey stesen minyak sekitar ulu kelang..memang menyedihkan..kesian rakyat dipermainkan UMNO. Sanggup beratur nak dapat minyak murah. Sedangkan esok, mereka pasti mengeluh bila isi minyak.. Buat orang UMNO..tahniah..najisb dah beri satu kad untuk anda... Tengok nii..!! Mengapa Kerajaan kecualikan Mereka Drp. Kenaikan Harga Minyak dan Gula??
Lu orang yg bukan ahli umno jangan bengang bro..sebab,ahli umno yang mempunyai kad keahlian umno terkecuali daripada kenaikan harga barangan seperti minyak,gula dan gas.Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan BN (Barang Naik) hari ini. Cuma lu orang pergi ke stesen minyak dan tunjukkan kad keahlian kepada taukeh stesyen minyak tersebut,kalau lu orang nak beli gula..hanya tunjukkan juga kad keahlian umno kepada apek (taukeh) kedai tersebut. Maka dengan senyum taukeh stesyen minyak dan kedai gula akan melayan lu orang (ahli umno) dengan mesra lalu berkata...Oiiiii lu ingat,itu kad manyak busat ka..?? apa lu ingat ini lu punya bapak punya kidai ka..??Mengong punya ini olangg...?? |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan