Jumaat, 9 Julai 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


BAGUS YB ZUL, TAUBAT LAGI....DAN LAGI....

Posted: 08 Jul 2010 11:14 AM PDT

Zul Nordin, Taubatnya Ke Langit Tujuh

Oleh: laniismaa

Hairan juga, apabila terbaca cerita Zulkifli Nordin semuanya menunjukkan dia telah bertaubat, keluar mukanya di TV, di surat khabar, ceritanya bertaubat lagi dan keluar lagi-lagi ceritanya, makin-makin taubatnya diterima, lagi tinggi tingkatnya dari taubat nasuha.

Itulah Zulkifli Nordin, taubatnya taubat politik kepada Najib dan BN. Orang lain semuanya masih tak sedar diri dan sekarang hanya dia seorang yang sudah sedar diri menuju jalan yang benar. Kali ini juga mengaku disuruh dan dipaksa menipu untuk menumbangkan kerajaan. Kini, sejak dipecat banyak pula taubatnya dan tinggi pula tingkatan taubatnya, ke langit tujuh.

Dia hanya ingin memperbodohkan semua, kerana beliau beranggapan bahawa pembaca tidak mengetahui dan dia ingat orang tidak akan menulis perkara buruk mengenainya. Sebenarnya juga kesempatan inilah yang digunakan BN ke atas dirinya. Yelah, mungkin sekarang dia beranggapan Umno semuanya baik, syumul seluruhnya.

Itulah politik, untung-untung pun mungkin ada bahagian untuknya juga./Tranungkite

ASYIK PEGAWAI KERAJAAN SAJA YANG KENA, MANA ADIL NI?

Posted: 08 Jul 2010 10:00 AM PDT

Judi sukan: Pegawai k'jaan dipersalahkan lagi
Regina Lee |
Jul 8, 10


Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan.

Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya.

"Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul," katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu.

"Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu," katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu.

Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan.

Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat.

"Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka.

Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan.

Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu./Malaysiakini

SEKALI PR TERPAKSA `CUCI' NAJIS DITINGGALKAN UMNO/BN

Posted: 08 Jul 2010 08:21 AM PDT

'Umno, jangan nak jadi hero'
Susan Loone
Jul 8, 10


Sekumpulan ahli majlis bandaran di Pulau Pinang mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan isu pengusiran orang Melayu dari perkampungan mereka untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang diluluskan oleh pemimpin parti itu sendiri ketika mentadbir negeri itu sebelum ini.

Mereka merujuk kepada kes pengusiran penduduk Jalan Kampung Pokok Assam baru-baru ini untuk melaksanakan projek pembangunan yang diluluskan lima tahun lalu, ketika BN masih mentadbir Pulau Pinang.

Jurucakap kumpulan tersebut, Yusof Noor, mengecam Umno kerana didakwanya memanipulasi isu tersebut dengan mengeluarkan kenyataan akhbar dan menganjurkan demonstrasi terhadap kerajaan negeri sekarang, tetapi kelibat pemimpin mereka langsung tidak kelihatan ketika penduduk di situ diusir.

Yusof Noor, yang juga timbalan pengerusi PAS negeri berkata, pemimpin Pakatan di kawasan itu - ahli jawatankuasa Masjid Jelutong - yang berunding dengan pihak pemaju untuk melanjutkan tempoh untuk penduduk terbabit berpindah - dari seminggu kepada tiga bulan.

Mereka memujuk pihak pemaju supaya memberi lebih banyak masa kepada penduduk untuk berpindah memandangkan bulan Ramadan semakin hampir.

"Di mana hero-hero Umno pada masa itu? Nampaknya kelibat mereka pun tidak kelihatan untuk menangani isu ini," katanya Yusof dalam satu sidang akhbar di pusat operasi PAS di Jelutung semalam.

Menurutnya, Umnolah yang meninggalkan semua masalah tersebut dan "kami tidak mempunyai jentera atau mekanisme untuk menanganinya masalah yang ditinggalkan oleh Umno."

"Tapi kami akan cuba melakukan yang terbaik," tambah Yusof.

Katanya, jika Umno benar-benar berminat untuk membantu penduduk terbabit, maka parti itu harus berunding dengan pihak pemaju dan penduduk untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Tetapi sebaliknya, kata beliau, tindakan mereka telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk, dengan membuatnya seolah-olah kerajaan negeri sekarang yang bertanggungjawab terhadap masalah mereka.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya jangan cuba hendak menjadi hero kerana akhirnya penduduk sendiri yang akan menjadi mangsanya.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah ahli majlis bandaran Pakatan termasuk Izuree Ibrahim, Ramlah Bee Asiahoo, Mohd Zahry Shaik Abdul Rahman, Zikri dan Mohd Fadzil Ismail Ibramsa.

Kumpulan itu menjawab dakwaan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa peminggiran kampung Melayu di Pulau Pinang merupakan "harga yang berat" yang terpaksa mereka bayar kerana mengubah kesetiaan politik.

Zahid yang juga naib presiden Umno dilaporkan berkata rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, perlu menyedari bahawa Umno, yang menjadi tulang belakang BN, selalu memperjuangkan kepentingan semua pihak.

Beliau yang juga menteri pertahanan menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kira-kira 200 peduduk kampung tersebut yang diberi tempoh tiga bulan untuk berpindah dari kawasan itu yang akan dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Sementara itu, Izuree pula mendakwa, Umno turut mencetuskan masalah yang sama di merata tempat di negeri itu, termasuk di Batu Uban dan Kampung Binjai, yang didiami ramai penduduk Melayu.

Menurutnya, penduduk di dua kawasan tersebut juga mempunyai masalah dengan pemaju kerana mereka menolak pembangunan yang dijalankan di sana.

Izuree mendakwa Umno telah mempolitikkan isu tersebut, menyebabkan penduduknya menjadi keliru./Malaysiakini

Tiada ulasan: