Jumaat, 9 Julai 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri

Posted: 08 Jul 2010 09:23 PM PDT

Pada 7 Julai 2008, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyambut ulangtahun perkhawinan dengan disoal-siasat oleh polis selama lebih enam jam di kedutaan Malaysia di Bangkok.

Selasa lalu, ulangtahun perkahwinannya disambut dengan sidang media di kota London tetapi dalam suasana yang lebih tenang. Watak dan lokasi mungkin berubah, namun fokusnya tetap sama.

"Semua pihak memfokus pada kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan siapa di belakangnya," kata peguam Balasubramaniam - Americk Sidhu.

"Satu lagi isu yang tidak kurang penting ialah cara Balasubramaniam dilayan selepas membuat pengakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008. Dia terus dipujuk, dinasihat, dirasuah, digertak dan kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia."

Rakaman video wawancara Balasubramaniam di Singapura pada November lalu oleh tiga peguamnya menceritakan pengalaman ngerinya bermula 3 Julai 2008.


Antara dakwaan yang memeranjatkan oleh Balasubramaniam adalah kata-kata yang diutarakan oleh Nazim Abdul Razak, adik kepada perdana menteri ketika pertemuan di The Curve , Damansara pada malam selepas beliau membuat pengakuan bersumpahnya:"Jika anda sayang keluarga anda, ikut sahaja arahan Deepak (Jaikishan)."

Kata-dua itu menyaksikan Balasubramaniam menyembunyikan dirinya selepas secara tergesa-gesa menarik pengakuan bersumpah pertamanya melalui pengakuan bersumpah kedua.

Anak-anaknya diberi passport baru dan sebuah van dihantar bagi membawa Balasubramaniam dan keluarganya terus ke Lapanganterbang Changi di Singapura dan dibawa terus dengan pesawat ke Bangkok - semua ini dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Selepas disoal-siat oleh pegawai polis bahagian jenayah komersial, Balasubramaniam dan keluarganya diterbangkan ke Kathmandu, kemudiannya New Delhi dan akhir sekali di Chennai, India di mana mereka menetap lebih setahun.

Dakwanya segala perbelanjaan dan sara hidupnya itu dibiayai oleh ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dengan pihak atasan, Deepak Jaikishan.

Menurut Balasubramaniam, kemungkinan beliau untuk pulang ke Malaysia amat kecil.

"Jika saya pulang ke Malaysia. Saya mempunyai bilik di kamunting yang menunggu saya. Saya tidak bolek balik. Mereka akan cuba menutup mulut saya atau mereka akan menghumban saya ke Kamunting sehingga sembilan atau 10 tahun," katanya.

Balasubramaniam berkata peluangnya untuk kembali dan menjalani kehidupan harian hanya boleh berlaku jika ada perubahaan dalam kerajaan. - mkini

Khairy Setaraf Ketua Pengawas Sekolah

Posted: 08 Jul 2010 09:16 PM PDT

Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membawa "pemikiran seperti budak sekolah" kerana menyerangnya tidak tentu pasal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak mahu buang masa dengan budak Khairy ni, melatah tidak tentu pasal.

"Saya tidak tahu kenapa dia serang dan kaitkan saya macam-macam, terbaru (semalam) dia kaitkan Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dengan saya pula," kata beliau selepas menghadiri Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM malam tadi.

Semalam, Khairy menyifatkan Choo Keong sebagai wakil rakyat "substandard" dan mirip Ibrahim versi Cina.

Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairy berkata:


"Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard."

Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

"Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina," kata Ketua Pemuda Umno itu.

Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ibrahim berkata sikap yang ditunjuk Khairy itu langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang pemimpin muda yang bijak.

"Dia (Khairy) banding dan tuduh saya macam cakap saya berfikiran cetek seolah-olah dia mempunyai pemikiran global.

"Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin muda? Dia tidak sesuai untuk jadi ketua dengan otak budak sekolah itu," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata dia sedia mengetahui segala rahsia Khairy.

"Tindak-tanduk dia saya tahu, kalau nak cakap soal peribadi dia pun saya tahu. Nak saya bongkar?

"Khairy ini siapa? Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno sebab bapa mertua buat apa? Sejak dia jadi ketua pun Pemuda Umno nampak lesu, jadi lebih baik dila letak jawatan gantikan dengan orang lain," tegasnya.

Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isi hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara.

Perkasa mendesak Khairy meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

Sambil menyifatkan Ibrahim tiada ada untuk mengatakan demikian, Khairy juga melabelkan wakil rakyat itu sebagai "gedebe politik."

Ibrahim pula berkata beliau bangga kerana Khairy melabelkannya dirinya sebagai "jaguh kampung yang berani" dan gedebe politik.

Desakan Bodoh Katak Kulim Disanggah

Posted: 08 Jul 2010 05:39 AM PDT

Satu Lagi Versi Lawak Bodoh Babi MP Kulim

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum ini telah pun mendesak Lembaga Tatatertib PAS menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli yang hadir dalam Majlis Pelancaran Friends of Pakatan baru-baru ini di London.

Mengulas desakan itu, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab, kedua-dua pemimpin PAS yang hadir ke majlis pelancaran itu adalah atas tiket PAS yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR), jadi tiada keperluan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas mereka.

"Mereka bukan ke sana atas agenda peribadi. Pas adalah ahli komponen PR, jadi Pas juga perlu berada di sana. Tidak salah pas menghantar wakil.

"Lagipun, saya anggap Zulkifli bukan lagi ahli Pas dan dia tidak berhak memberikan pandangan. Justeru tiada keperluan untuk melakukan siasatan," kata Tuan Ibrahim seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Yang Zulkifli Nordin menyibuk kenapa? Apakah dia perasan dia masih lagi ahli PAS?


Lawak pun, bodoh pun ada. Yang pelik bagi WarkahDaily, apa hak dia nak campuri urusan dalaman PAS dan PR. Apa hak hang nak suruh siasat depa tu?Hang tu bukannya tahu perihal depa tu, jangan duk mandai-mandai pulak. Depa tu pergi atas tiket PAS bukan sebab peribadi.

Ikut suka depalah nak pi mana pun, tak kan nak kena lapor kat hang kot, Zul!. Yang sepatutnya jelaskan pendirian kepada rakyat ialah hang sendiri.

Zulkifli Noordin lebih berhak disiasat oleh SPRM, bagaimana dia dan kumpulan 'MP bebas' yang boleh pergi 'melancong' ke luar negara bersama Perdana Menteri tempoh hari. Apakah motif hangpa pi sana, Zul? Apa yang korang dengan Najib 'bermeeting'?

Janganlah pulak hang duk menyibuk pasal 'keluarga' orang pulak. Hang tu bukan 'keluarga' Pakatan.

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, satu kenyataan rasmi mengenai status keahlian Zulkifli di dalam Pas sudah dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila seseorang ahli Pas keluar parti dan menyertai parti lain, secara automatiknya keahlian beliau telah gugur," katanya.

Sebenarnya, Zulkifli Noordin semakin terdesak dalam mengeluar kenyataan kerana popularitinya semakin menurun dan semakin tidak kedengaran pasalnya lagi selepas puak-puak muda yang mengaku ulamak memintas popularitinya selepas menyertai Umno.

Populariti hang akan hilang begitu aje selepas PRU 13 nanti. Masa tu carilah kerja lain yang boleh. Usah mimpilah dengan status ahli yang berhormat lagi. Rakyat Kulim Bandar Baharu akan pastikan hang kalah teruk jika hang masih nak bertanding.

Warkah Daily

Harakah Pula Jadi Mangsa KDN

Posted: 08 Jul 2010 05:35 AM PDT

Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata pengerusi jamaah pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali yang juga setiausaha agung parti itu dalam kenyataan ringkasnya.

Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa.

Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.

"Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.


Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.

"Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah memohon memperbaharui semula permit penerbitannya pada April lepas.

Katanya, kali terakhir pihaknya berhubung dengan KDN pada semalam tetapi dimaklumkan bahawa ia masih "belum siap".

Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu.

Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya".

Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan.

Tiada ulasan: