Ahad, 18 Julai 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Agen Loteri Bertapak Di Kelantan?

Posted: 18 Jul 2010 06:12 AM PDT


Agen Loteri Bertapak Di Kelantan?, originally uploaded by kerabu.

Ni gambar yang saya snap di bandar Kota Bharu. Nanchi Agencies Sdn. Bhd iaitu agen Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat Dan Kebajikan. Kedainya terletak di Jalan Ismail.

Saya kurang arif tentang kegiatan apa yang kedai ni buat. Mungkin insuran kot tapi tak tau la kan. Kalau anda tahu, kongsikan maklumat dengan kami di ruangan komen.

Mufti Perak: ‘Pemimpin Umno, PAS jumpa saya orang kecil saja’

Posted: 18 Jul 2010 05:30 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 18 Julai – Sambil menjelaskan beliau tiada kuasa untuk mengatur pertemuan antara Umno-PAS, Mufti Perak berkata, mereka yang datang memujuknya agar menjadi orang tengah adalah "pemimpin kecil" kedua-dua parti Melayu Islam itu.

Tan Sri Harussani Zakaria yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini, sekali lagi mengakui ada pemimpin Umno dan PAS berjumpa dengannya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

"Memang ada pemimpin kedua-dua parti berjumpa saya mengenai perkara itu tapi hanya orang kecil sahaja.

"Tapi tidak kisah semua itu, yang penting perlu cari alternatif baru untuk mewujudkan kerjasama antara Umno dan PAS.

"Saya akui memang Melayu tidak akan hilang di dunia, sama seperti Red Indian mereka tidak hilang di dunia tetapi lihat keadaan mereka sekarang," kata beliau.

Dalam laporan awal The Malaysian Insider hari ini, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menegaskan, pihaknya tidak pernah menghantar wakil secara rasmi untuk meminta Harussani menjadi orang tengah ataupun pertemuan dengan Umno.

Malah beliau juga berkata PAS tiada minat untuk mengadakan dialog dengan Umno lagi sambil menganggap bab itu sudah ditutup.

Sehubungan itu beliau hari menyifatkan orang Melayu sebagai "bodoh" jika terus bergaduh antara satu sama lain semata-mata demi kepentingan politik yang akhirnya akan menyebabkan kemusnahan bangsa Melayu dan agama Islam.

Namun beliau berkata masih ada cara untuk mencari jalan penyelesaian demi mempertahankan orang Melayu dan Islam iaitu melalui kerjasama antara Umno dan PAS.

"Terus terang saya katakan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS penting untuk menjaga dan mempertahankan orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Tapi saya sedih apabila melihat orang Melayu hari ini berpecah-belah hanya kerana perbezaan politik sahaja. Apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang?" katanya.

Harussani berkata, "sekarang kita sendiri sudah lihat bagaimana orang Melayu susah nak dapat kerja, nak dapatkan biasiswa pun susah."

"Adakah mereka masih tidak sedar?," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau berkata tidak boleh untuk mengaturkan pertemuan antara Umno dan PAS kerana tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

"Saya tiada kuasa untuk mengadakan pertemuan itu tapi sekiranya kedua-dua parti ingin berbuat demikian saya boleh menjadi penggerak bagi memastikan kerjasama itu berjaya," katanya.

Justeru kata beliau, sekarang keputusan itu terpulang kepada Umno dan PAS kerana "kalau tidak sia-sia usaha saya untuk menyatukan orang Melayu."

"Cuma saya ingin tegaskan supaya Umno dan PAS fikirkan tentang bangsa dan Islam kerana jatuh Melayu jatuhlah Islam. Jangan fikirkan tentang kepentingan parti sahaja, fikir sikit orang Melayu yang di bawah," katanya.

Harussani juga membidas sikap pemimpin kedua-dua parti yang hanya mementingkan kedudukan mereka tanpa memikirkan masa depan orang Melayu.

"Sebelum ini Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) cakap nak memperjuangkan Islam tapi bila minta bersatu tidak mahu pula, inikah perjuangan PAS?" katanya.

"Umno memang daripada dulu sudah hanyut sebab itu saya mahu kedua-dua parti sedar akan tanggungjawab mereka dalam pertahankan orang Melayu dan Islam," katanya.

Harussani juga menambah, jika orang Melayu tidak mempertahankan hak mereka, maka orang bukan Melayu akan ambil alih negara.

"Sebagai contoh Pulau Pinang dan Singapura, ia sudah diperintah oleh orang bukan Melayu. Malah saya percaya dalam pilihan raya umum nanti orang bukan Melayu pasti akan menang kerana sikap bodoh orang Melayu sendiri," tegasnya.

Semalam, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

PAS tak pernah minta mufti Perak jadi orang tengah temu Umno

Posted: 18 Jul 2010 05:00 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 18 Julai – PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

"Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad.

Idris yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

"Tak tahulah beliau bercakap di atas kapal terbang, kedai kopi atau semasa kenduri kahwin atau di tepi jalan, tetapi secara rasmi atau formal, memang tiada langsung.

"Bagi PAS, perkara berbincang dengan Umno sudah tutup, tak berbangkit lagi," tambah beliau.

Malah kata Idris, sesi pemukiman PAS di Port Dickson baru-baru ini juga tidak menyentuh soal perbincangan dengan Umno untuk membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Sehubungan itu Idris meminta Harussani memfokus isu-isu lain yang berkaitan dengan beliau, bukannya menjadi "orang tengah" sebagaimana dilaporkan.

"Apa sebab hendak menjadi orang tengah, Umno hanya memikirkan mengenai PAS bila berada dalam keadaan sukar.

"Ada banyak perkara besar, isu-isu yang perlu dibincangkan dan diatasi oleh mufti... Tan Sri Harussani harus menyelesaikan masalah besar yang lain, tak perlu jadi orang tengah bagi Umno-PAS," katanya.

"Ketika ditanya sama ada ada pemimpin yang mengusahakan pertemuan antara Umno-PAS dengan meminta Harussani sebagai orang tengah, Idris berkata:

"Kita tidak tahu siapa mereka... tapi PAS tidak meminta mereka adakan perbincangan. Kalau ada pun mereka tidak memaklumkan kepimpinan pusat."

Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Soal perpaduan Melayu dengan kerjasama antara Umno-PAS muncul sejak pilihan raya umum 2008 dengan ada usaha meminta Harussani menjadi orang tengah.

Harussani pernah mengaku beliau menjadi orang tengah dalam usaha pembentukan kerajaan campuran membabitkan Umno dan PAS di Perak tetapi gagal.

Dalam pada itu, Harakah yang terbit semula hari ini selepas permit penerbitan diperbaharui Kementerian Dalam Negeri Khamis lalu melaporkan ajakan Umno sekadar mahu memecahbelakan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS pusat Nik Zawawi Mohd Salleh menyelar kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal EHwal Khas Agama Islam Lokman Nor Adam yang mendakwa cita-cita PAS merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan PKR.

"Kenyataan beliau tidak berasaskan kajian dan realiti sebenar politik dan seolah-olah bersifat dendam kepada PKR dengan cara mengungkit kembali cerita-cerita lama yang tidak ubah seperti pandangan yang lapuk," katanya.

Nik Zawawi tidak menafikan pandangan tersebut seolah-olah bermotif ingin memecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Taib Azamudden Md Taib berkata, selagi Umno BN belum mengubah dasar perjuangan parti mereka kepada Islam sebenar mereka diharap tidak bermimpi untuk bekerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat itu.

"Kalau atas dasar Islam Umno berhendak bersuara, bila-bila pun kita akan terima," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan pula berkata, Umno perlu membuktikan kesungguhan dan komitmennya dalam melaksanakan Islam dan menolak segala bentuk fahaman kebangsaan atau politik perkauman sempit.

"Apabila dia (Lokman) kata bersatu dengan Umno lebih mudah (untuk laksanakan Islam), maka Umno kena buktikan mereka menerima Islam dan menolak fahaman kebangsaan kerana kita mahu lihat Umno yang dikatakan mahu menegakkan Islam dan meninggalkan segala bentuk fahaman nasionalis yang sempit," katanya.

Ku Li: Potong subsidi tidak cukup elak pembaziran

Posted: 18 Jul 2010 04:26 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR, 18 Julai – Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pentadbiran Najib bahawa potongan subsidi sahaja tidak cukup untuk menstabilkan keadaan ekonomi sambil menegaskan, perdana menteri masih belum menangani rasuah dan projek-projek yang membazir dengan menyeluruh.

Bekas menteri kewangan itu menegur kerajaan tidak mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk mengawal budaya rasuah selain memberi subsidi kepada organisasi-organisasi yang menggunakan wang pembayar cukai pada jumlah yang banyak.

"Adakah kerajaan gembira dengan situasi negara buat masa sekarang? Kajian Merdeka Center menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia tidak gembira (dengan situasi ekonomi negara).

"Adakah kerajaan akan memotong perbelanjaan di bidang-bidang lain? Ketirisan mengakibatkan lebih banyak kos berbanding subsidi.

"Mengapa tidak kerajaan melihat perkara ini?" kata Tengku Razaleigh (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temu bual eksklusif di sini.

Katanya, kerajaan masih memberi subsidi kepada organisasi-organsiasi yang membuat keuntungan besar disebabkan insentif ini, meskipun kerajaan melaksanakan pelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula berkuat kuasa Jumaat lalu.

"IPP (Pengeluar Tenaga Bebas), pemegang konsesi yang kerajaan masih memberikan subsidi untuk mereka. Mengapa subsidi ini tidak dipotong?

"Ia menelan lebih banyak kos berbanding potongan subsidi bahan api dan gula," kata Tengku Razaleigh.

Kerajaan pada Khamis lalu mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa kelmarin.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

RON97 tidak lagi diberikan subsidi dan tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mendakwa kerajaan tidak mengambil langkah secukupnya untuk menangani rasuah dalam perkhidmatan kerajaan, yang menurut beliau adalah punca utama ketirisan dana kerajaan.

"Adakah kerajaan berpuas hati dengan tindakan menangani rasuah? Sebahagian besar masyarakat terpaksa menanggung kos (rasuah)... masih ada banyak perkara yang perlu ditangani.

"Sebagai contoh proses tender. Ia perlu dijalankan dengan ketat agar tiada pembaziran," tambah beliau yang pandangannya seiring dengan pendirian Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun bekas naib presiden Umno ini mengakui hakikat bahawa pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada langkah yang perlu untuk menstabilkan situasi kewangan negara.

"Pemotongan subsidi dialu-alukan tetapi ia harus dijalankan secara berperingkat-peringkat agar tidak membebankan golongan miskin," katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang "kesan psikologi" dengan tindakan kerajaan memotong subsidi minggu lalu.

"... akan ada kesan reaktif," katanya.

Sultan Kelantan selamat jalani prosedur angiogram dan angioplasty

Posted: 18 Jul 2010 04:00 AM PDT

KOTA BAHARU, 18 Julai – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dilaporkan selamat menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasty di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata ketika ini baginda masih menerima rawatan daripada pakar-pakar perubatan di hospital tersebut.

"Syukur Alhamdulillah, baginda Al-Sultan telah selamat menjalani presedur Angiogram dan Angioplasty pada 17 Julai 2010 (semalam).

"Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda baginda merasa amat gembira dengan perkembangan ini," katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Abdul Halim berkata Pemangku Raja Kelantan akan mengatur penerbangan pulang baginda ke sini seberapa segera walaupun pada mulanya baginda dijadual untuk berangkat pulang pada Rabu ini.

Beliau berkata Pemangku Raja Kelantan sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayahanda baginda dan mengharapkan rakyat turut sama mendoakan agar Sultan Kelantan segera sembuh daripada kegeringan.

"Pemangku Raja Kelantan telah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap ia dapat diteruskan oleh rakyat baginda," katanya.

Sehubungan itu semua pihak diingatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau kenyatan bagi kepentingan diri masing-masing.

"Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah agar tidak mengaibkan keluarga Diraja Kelantan. Biarkan segala kemelut diselesaikan secara kekeluargaan.

"Berat mata kita memandang, berat lagi keluarga Diraja memikul. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T," kata Abdul Halim.

Sultan Kelantan telah berlepas ke Singapura, Khamis lalu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut.

Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan.

Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lepas.

Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. – Bernama

Daftar Pemilih: Syabas Pakatan Rakyat

Posted: 18 Jul 2010 03:30 AM PDT

Pakatan dahului BN daftar pemilih baru, DAP terus agresif

Oleh G. Manimaran

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/07/18/pemilihgrafik-bahasa1.gif


PUTRAJAYA, 18 Julai — Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

'Kek' dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/07/18/pemilihgrafik-bahasa2.gif

Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).

PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program 'outreach', kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.

Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.

Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

Saya tahu siapa jumpa Harussani !

Posted: 18 Jul 2010 02:19 AM PDT

6 Rejab 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Berikutan dengan kenyataan Mufri Perak, Tan Sri Harussani yang berkata terdapat pemimpin PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan PAS dan UMNO

Harussani Zakaria dikatakan mahu terus menyatu padukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau .

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini.

Maklumat yang saya punya ini membuktikan sekali lagi Harussani merosakkan raputasi awam kepada dirinya kepada seorang yang memegang jawatan sebagai mufti yang sepatutnya dihormati.

Namun dia nampaknya sangat berhasrat supaya orang terus mencemuh dan membencinya dengan berulangkali berbohong seperti pernah dilakukan sebelum ini.

Habis manis sepah dibuang

Posted: 17 Jul 2010 10:23 PM PDT


Mingguan Malaysia 18 Julai 2010)


Sejak akhir-akhir ini laman blog saya terus mendapat hits yang tinggi dari dalam dan luar negara. Setiap minggu, komen-komen yang diberikan sehingga melebihi 200. Ada yang tidak faham bahasa Melayupun, cuba untuk memahaminya, supaya mereka turut dapat memberikan komen dan maklum balas. Saya ucapkan terima kasih. Seperti biasa, kumpulan ultra kiasu terus menerus menyerang untuk melemahkan semangat saya agar berhenti menulis.

Paling menarik perhatian adalah pandangan yang mahukan saya menjadi jambatan, penghubung antara orang Cina dengan Islam. Bukannya merosakkan hubungan tersebut, dengan tulisan-tulisan saya didakwa merosakkan imej Islam dan dakwah, sehingga Islam dipandang rendah oleh rakan sebangsa.

Agak malang juga mereka yang memberi komen. Hanya melihat saya sebagainya seorang 'muallaf' semata-mata, bukan kepakaran bidang yang saya miliki iaitu politik dan kerajaan. Saya sarankan mereka yang ingin membaca pandangan saya sebagai 'muallaf' dan dakwah, supaya membeli dan membaca majalah al-Islam setiap bulan. Di situ pembaca akan melihat bagaimana saya bertindak sebagai jambatan (bridge) antara Islam-bukan Islam.

Tetapi tidak dalam kolum Mingguan Malaysia. Kolum ini lebih menonjolkan kepakaran silang budaya politik dan peradaban yang saya miliki dan kaji selama ini. Justeru, kita perlu bezakan antara individu 'muallaf' dengan bidang kepakaran, adalah dua perkara yang berbeza. Bidang kepakaran adalah tempat untuk mengasah bakat dan ilmu yang telah ditimba sebelum ini, seperti mana kita menulis jurnal akademik, perlu berasaskan kajian dan fakta.

Bila saya menyentuh dan menyindir serba sedikit bangsa saya, itu bukan bermakna saya menghina dan merendah-rendah mereka, seolah-olah lupa asal-usul. Saya sedar siapa saya dan saya bangga dengan kurniaan itu. Sememangnya saya tidak boleh menjadi Melayu. Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – 'kerajaan' Melayu Melaka ribuan tahun dahulu.

Inilah perkara yang saya selalu hujahkan. Berbeza dengan penjajah Inggeris, di mana ada kesempatan, di situlah mereka menjajah dan mencari peluang, berpegang kepada prinsip 3G, Gospel, Gold and Glory.

Bangsa saya tidak sedemikian sifatnya. Saya tidak mahu bangsa saya meniru kebongkakan penjajah. Biarlah kita mengikut resmi padi, makin berisi, makin merunduk. Hubungan harmonis zaman dahulu kala mesti kekalkan tanpa mengguris hati dan perasaan orang lain. Tidak ada pergaduhan dan penjajahan, yang ada hanya interaksi perdagangan sehingga berlaku asimilasi, akulturasi, akomodasi dan integrasi. Melalui proses ini, hubungan dan kefahaman mereka menjadi semakin mantap antara satu sama lain. Lihatlah perwatakan Baba Nyonya, berbeza sekali dengan ultra kiasu.

Inilah perkara yang mesti diwujudkan kembali, bukan menghidupkan kembali prinsip 3G penjajah yang bongkak itu. Saya tidak kata, 3G itu salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang kita mahu di bumi bertuah ini. Agama (gospel) telahpun kita dapat dan bebas diamalkan tanpa gangguan, hatta bilangan rumah penyembahannya melebihi berkali ganda daripada rumah ibadat Islam. Pun begitu masih tidak bersyukur lagi sehingga ada yang cuba berdakwah dan memurtadkan umat Islam yang ternyata bercanggah dengan perlembagaan. Perkara inilah yang menimbulkan sensitiviti umat Islam.

Begitu juga dengan kekayaan (gold). Walaupun, tidak semua yang kaya, hakikatnya bukan Islam menguasai lebih banyak melebihi dari umat Islam. Maka, sudah sampai masanya kita membantu mereka yang masih belum berjaya, bukannya membawa kekayaan itu ke seberang laut. Ketika susah dahulu, orang menolong kita, sudah sampai masanya kini kita membalas balik jasanya itu.

Kekayaan yang dimiliki ini bukan hanya dapat dilihat pada wang ringgit, tetapi kekayaan warisan pusaka nenek moyang terus dikekalkan seadanya tanpa diganggu-gugat. Masihkah kita tidak berpuas hati? Apakah belum mencukupi? Tidakkah kita perlu berpada-pada? Supaya ada umat Islam tidak terasa didominasi kerana mereka mengambil pendekatan tidak mendominasi.

Hal yang sama juga kita dapat lihat kepada kemegahan (glory). Hari ini, ke manapun bangsa saya pergi, mereka terus berjaya kerana mereka begitu kuat berusaha. Saya amat memuji sifat ini. Inilah sifat Islam yang sepatutnya ada pada umat Islam. Tetapi jangan sampai kelihatan seperti Belanda minta tanah? Tidak pernah merasa cukup. Itu yang menjadikan orang lain terasa hati, seolah-olah dipinggirkan di bumi sendiri.

Perkara yang selalu saya bangkitkan untuk diperhatikan dan dipertimbangkan bersama. Keadaan yang ada di negara kita tidak pernah berlaku di tempat lain. Bukankah ini syurga kepada kita? Buatlah kajian dan perbandingan untung nasib kita dengan negara lain. Kenapa setiap kali perlu dipertikaikan? Kita tidak pernah puas. Jangan bertindak seperti Yahudi di Palestin. Disebabkan hak-hak umat Islam yang telah tergadai dan dinodai di bumi sendiri, kita lihat pertikaian Palestin-Yahudi tidak ada penghujungnya sehinggalah hak umat Islam dipulangkan di bumi sendiri. Keadaan ini sudah hampir sama di sini.

Inilah peringatan demi peringatan yang selalu saya titipkan supaya kita sedar diri. Saya menjadi sebegini, sebab saya amat memahami mereka. Sejak dari kecil saya membesar bersama mereka. Kerana kesempitan hidup mereka terpaksa menggadaikan harta kesayangan mereka. Akhirnya kita juga yang menjadi kaya. Mereka juga yang miskin.

Saya yakin saya lebih memahami mereka daripada ultra kiasu, sehingga saya dituduh tidak memahami bangsa sendiri. Tidak mengapalah kalau begitu. Saya tidak kisah sama ada saya diterima atau tidak, oleh bangsa saya, kerana saya masih boleh hidup tanpa bangsa. Tetapi saya tidak boleh hidup tanpa Islam.

Dahulu umat Islam diam, hari ini mereka kembali bangkit. Mereka tidak mahu kekayaan negara ini terus dikaut orang lain. Mereka mahu ianya dikongsi secara bersama kerana inilah bumi yang mereka ada, warisan nenek moyang.

Perkongsian ini mesti dilakukan sekiranya kita ingin melihat masa depan yang lebih gemilang tanpa prasangka. Jika tidak, masalah tidak akan selesai dan kita tidak akan menang. Hari ini kelihatan kita tidak mahu berkongsi, tetapi terus menentang. Kita mahu menjadi ekslusif bukan inklusif. Tidakkah inklusif lebih baik daripada ekslusif?

Artikel saya minggu lepas dicabar dengan mendedahkan perbuatan seks kalangan orang Islam dan umat Islam yang menjadi hamba seks di Bangladesh. Saya diminta oleh puak ultra kiasu ini supaya pergi ke Bangladesh membebaskan hamba seks kalangan umat Islam. Berulang kali saya telah sebut, saya tidak mahu membuka pekung di dada, sebab saya kenal dan tahu cara hidup rakan sebangsa.

Ultra kiasu tidak perlu membawa statistik hamba seks kalangan umat Islam di Bangladesh. Hamba seks di negara kita sendiri yang begitu banyak berleluasa termasuk pemerdagangan manusia bagi tujuan seks dan mengautkan kekayaan, perlu dijaga dahulu. Siapakah yang melakukannya? Kita tidak kisah perbuatan tersebut haram atau tidak, yang penting boleh buat duit dan menjadi kaya raya.

Kita mengambil sikap tidak kisah isu ini. Berapa ramai wanita bukan Islam yang menjadi korban hasil nafsu buas lelaki. Hidup bersekedudukan tanpa kahwin. Saya berani mengatakan bahawa dari kalangan anak muda dan anak gadis mereka, hampir 100 peratus daripada mereka telah melakukan seks bebas sebelum berkahwin secara sah. Itupun bernasib baik jika mereka berkahwin. Jika tidak, orang lain turut menjadi mangsa kerana mendapat teman yang telah ditebuk tupai. Saya masih percaya mereka yang memberi komen dalam blog saya turut melakukan perkara yang sama. Mereka tidak kisah mendapat teman hidup yang telah ditebuk tupai, kerana selepas itu, mereka boleh menyimpan berpuluh-puluh mistress kerana bagi mereka tidak berdosa, asalkan niat baik.

Dengan sebab itu, jangan kita keterlaluan menghina orang Melayu yang terlibat dalam gejala sosial dan seks bebas. Berpada-padalah. Kita paparkan seks bebas yang berlaku di kalangan orang Melayu. Pada saya, itu bukanlah perkara pelik sebab ramai lagi umat Islam yang tidak melakukan seks bebas berbanding kita. Semua bukti ini dalam genggaman saya. Statistik umat Islam yang terlibat dan didedahkan dalam media bagi saya ada baiknya, sebab umat Islam amat sensitif dengan perbuatan haram ini dan mahu mencari jalan penyelesaian.

Sedangkan bukan Islam merasakan ia tidak penting. Tetapi, bila anak luar nikah tidak dapat dibinkan bapanya, kita menyalah kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Namun, bila kerajaan bertolak ansur dengan memenuhi tuntutan dan desakan itu, kita gigit dan kutuk kerajaan habis-habis, bukannya mahu berterima kasih. Adakah tindakan ini wajar?

Jika bilangan anak luar nikah yang menjadi tanda aras, saya fikir bilangannya anak luar nikah umat Islam tidaklah membimbangkan sangat. Berbanding dengan 'anak luar nikah' bukan Islam yang digugurkan sejak awal atau menggunakan alat pencegah hamil. Jika dibiarkah seperti mana yang dilakukan oleh anak gadis Islam, paling ramai anak luar nikah adalah orang bukan Islam.

Itupun nasib baik jika mereka bertangungjawab. Ada yang terus ditinggalkan, habis manis sepah dibuang. Justeru, jangan lah menuding jari seolah-olah orang Islam sahaja yang ketagih dan suka seks. Puak ultra kiasu boleh ambil gambar remaja melakukan perbuatan sumbang tersebut dan dilinkkan ke blog saya. Saya hanya tersenyum dan ketawa kecil. Pada saya, sekurang-kurang remaja-remaja ini berterus-terang, daripada melakukan secara diam-diam untuk tujuan 'cover'. Tidakkah perbuatan tersebut lebih hipokrit?

Kita tidak boleh menutup bangkai, baunya pasti keluar. Ketika itu, terbongkarlah segala skandal demi skandal seks lucah. Tidak mustahil yang memberi komen itupun berzina dahulu sebelum berkahwin. Maklumlah, mereka berpegang kepada janji hati baik, niat berkahwin ada.

Kita jangan terlalu menyerang untuk melindungi sesuatu. Saya berterus terang sebab saya tahu apa yang berlaku. Saya tidak hipokrit. Saya mengenal bangsa saya dahulu sebelum orang lain. Janganlah anggap saya jahil tentang bangsa saya. Lagipun saya kajian PhD berkaitan persepsi bangsa saya terhadap bangsa lain. Dapatan yang saya paparkan bertujuan untuk menyelamatkan bangsa saya bukan untuk memusnahkannya. Masihkah saya jahil soal bangsa saya? Yang berkokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi itu ada membuat kajiankah? Jangan asyik pandai bercakap dan mengambil kesempatan?

Mungkin hari ini, kita melihat umat Islam tidak bersatu. Tetapi saya yakin satu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ketika mereka bersatu nanti, bayangkan jika mereka mengambil pendekatan membalas dendam, apakah yang akan tinggal pada kita? Ingatlah bangsaku, kasihku terhadapmu amat tinggi sebab kita adalah dari satu generasi yang sama. Bangsa berdarjat dan terhormat, tetapi jangan sampai kita menjadi bongkak kerana sikap bongkak akan menghancurkan kita dan anak cucu cicit kita.

Namun, saya yakin jika ditakdirkan umat Islam kembali bangkit dan menjadi kuat, mereka tidak akan melakukan sedemikian terhadap kita sebagaimana yang kita lakukan terhadap mereka. Agama Islam yang suci dan mulia, tidak sama sekali mengajar umatnya menganiayai atau menghina orang lain.

Malah Islam amat menjaga darjat orang lain. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Malah Islam sentiasa melindungi kepentingan bukan Islam sehingga sampai pada tahap yang sukar untuk dibayangkan.

Saya masih teringat, bagaimana hebatnya orang Islam merawat tentera Kristian (bukan Islam) ketika mereka tewas dalam Perang Salib pimpinan Sallahuddin Al-Ayubi. Umat Islam tidak pernah mahu membalas dendam meskipun sebelum itu, umat Islam pernah dibunuh, disiksa dan disembelih sehingga darahnya sampai ke paras lutut ketika itu.

Kenapa umat Islam tidak memperlakukan sedemikian rupa? Jawapannya mudah, inilah indah Islam. Islam sama sekali tidak membenarkan umatnya berlaku zalim kepada bukan Islam, kecuali bukan Islam sengaja mencari pasal dengan orang Islam.

Saya teramat yakin, apabila Islam tertekan dan ditekan, satu hari nanti, Islam pasti akan bangkit. PAS dan UMNO pasti akan bersatu. Mungkin hari ini kita masih belum melihat hasilnya, tetapi masa akan menentukannya.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

KOMEN-KOMEN

14 comments:

Abdullah Ngah said...

Saya nampak dengan jelas dan nyata bahawa kebanyakan tulisan Dr banyak silap. Sama ada Dr sedar atau tidak saya tidak tahu, tetapi itulah realitinya.

Dr mungkin tidak mengaku berlaku kesilapan, kerana yakin dengan kepakaran yang sedia ada pada dr sebagai seorang yang memilki PHD bidang politik dan kerajaan.

Sama ada Dr salah faham dan tak faham.

Jika saya berkata demikian mungkin tak munasabah. Tetapi kita kena ingat manusia mana yang tidak melakukan kesilapan diatas muka bumi ini.

Inilah yang wajar diakui. Kalau tidak ia akan menjadi penghalang dan amat sukar untuk kita baiki status qua iman kita.

Kenapa saya begitu? pertama Dr masih memiliki sifat "bangga" yang mana "berbangga" itu adalah "takbur" yang amat dimurkai oleh Allah.

Muka Dr seorang yang memiliki sifat bangga, malahan ramai kalangan ulamak yang memiliki sifat bangga diri yang membuat manusia itu megah diri besar hati yang menjadi dinding menghalang seorang itu mendapat keredhaan Allah.

Masih ramai yang tidak faham dengan istilah "bangga". Kalau mereka faham dengan istilah itu mustahil seorang perempuan beriman mengucap masih mengucapkan "saya bangga" menjadi perempuan kerana kehebatannya.

Betapa ramai bijak pandai islam perempuan di negara ini berasa bangga dilahirkan sebagai perempuan, Pada hal ucapan itu dimurkai oleh Allah, kerana ia menanamkan sifat "takbur".

Sesetengah ulamak mengulas, sesiapa yang memiliki sifat bangga diri Allah telah dan akan membiarkan mereka dengan apa yang menjadi kebanggaan dan ternyata ia tidak dapat pertolongan. hatta suatu kumpulan, parti yang memperjuangkan daulat Islam sekalipun.

Saya bangga kerana dianugerahkan ijazah PHD tidak wajar berarang dalam kalbu seorang, kerana itu adalah takbur namanya.

Jika Dr tidak boleh menerima, ini punca Dr dihentam yang barangkali bertujuan untuk membaiki kedudukan Dr.Tidak dinafikan mereka yang hentam Dr itu kadang kadang lebih teruk dari Dr. Tidak kurang juga yang ikhlas.

Ucapan Syukur adalah paling afdal ada dalam jiwa sesiapa yang mengaku beragama islam. Inilah sifat bagi orang mukmin.

Oleh itu hampir seluruh umat Islam memiliki sifat bangga, kerana tahap keislaman mereka masih ditahap umat Islam miskipun memilki ijazah PHD sekalipun.

Sebutan "mualaf" suatu sebutan yang sangat mulia disisi Nabi SAW, kerana orang kafir yang masuk islam itu telah dilembutkan hati oleh Allah lalu menganut Islam.
8:38 AM
Abdullah Ngah said...

sambungan

Hati orang kafir lebih keras daripada batu yang pejal sepertimana hati Umar semasa dalam kafir, tetapi menjadi lembut denga masuk islam. Bukan setakat keras malah degil sedegilnya. Nabi Yahaya AS digergaji dua nabi Zakaria AS dikerat lehernya.Nabi Isa di salib.

Oleh itu mereka yang masuk islam disebut maulaf yang bermakna "lembut". Tidak harus terasa hina apabila disebut mualaf. Yang harus merasa hina mengaku beragama islam, tetapi tidak pernah solat seumar hidup tidak pernah puasa sebulan bulan ramadhan, tidak pernah keluar zakat seumar hidupnya yang ada padanya ialah mengucap dua kalimah syahadat.

Bukan itu sahaja mengaku beragama islam, tetapi minum arak makan riba makan rasuah yang jelas zalim dan keji.Malahan mereka bangga dengan gaya hidup kafirsme. Pada hal Allah minta jangan kamu jadi macam Yahudi, tetapi tetap berbangga menjadi macam Yahudi.

Saya rasa sedih apabila perkataan bangga keluar dari mulut orang islam yang ada PHD dan ustazah ustazah yang bercakap dalam TV bahawa kita bangga dilahirkan sebagai perempuan, kerana perempuan itu hebat hebat belaka tanpa menyedari mereka sebenarnya "takbur". seperti "megah diri", "besar hati".

Macam mana seorang mukmin memiliki sifat takbur sedangkan ia di murkai Allah.Mungkin inilah punca ulamak menjadi syaitan bisu.

Wajar takbur menjadi sifat orang kafir, kerana keengkarannya kepada Allah sepertimana syaitan dan iblis berbangga dengan dirinya sebagai pengasut umat manusia sampai hari kiamat diatas muka
bumi Allah ini.

Minta dijauhkan bersifat bangga, ia adalah takbur yang sangat sangat dimurkai Allah.

Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maaf jika ini menyentuh kalbu sesiapa.
8:39 AM
asyMok_Aambo said...

"Demi waktu DHUHA. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. Bahawa Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sehingga engkau reda berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan; Dan didapatiNya engkau mencari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan hidayat petunjuk dengan wahyu Al-Quran; Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan; Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta bantuan pimpinan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya"

ad-Dhuha (93:1-11)
8:55 AM
tokgaru said...

Assalamualaikum Ustaz Ridhuan.

Sungguh terharu bila saya membaca posting ustaz pada kali ini.

Harapan kepada yang ultra kiasu, minta tolong hayati dan fahami isi penulisan Ustaz RT yang kali ini.

Pada saya tulisan Ustaz RT kali ini, memberi makna dia tidak lupa siapa dia, apa keturunan dia, bagaimana keturunan dia diterima baik oleh bangsa melayu di awal kedatangan mereka ke tanah melayu (pada ketika itu).

Ustaz RT mengingatkan ultra kiasu dan kaum pendatang bahawa atas sifat murah hati orang melayu pada ketika itu kepada kaum pendatang sehingga kaum pendatang berada pada kedudukan selesa yang mereka nikmati pada hari ini pada hal orang melayu sendiri semakin lama menjadi semakin tidak selesa akibat dari karenah kaum pendatang yang nampak " tidak tahu berterima kasih " dan " tidak tahu mengenang budi ".

Jika ultra kaisu dan kaum pendatang merasakan mereka sebagai manusia yang " bertamadun " (civilised) dan " beradab " (well mannered) maka sahut lah seruan ikhlas dari Ustaz RT itu.

Sebab Ustaz RT tahu segala kebaikan dan keburukan ultra kiasu lebih daripada orang lain, kerana beliau sendiri adalah sama keturunan dengan ultra kiasu.

Akan tetapi, selepas menerima dan mengamalkan " islam as a way of life " beliau menjadi seorang manusia yang " totally different from his origin generation ".

Cabaran dari saya kepada ultra kiasu,

1) kalau Ustaz RT yang sebangsa dengan ultra kiasu boleh berfikiran sebegitu positif tentang kebaikan orang melayu kepada bangsa beliau, apakah tidak boleh anda yang ultra kiasu mengambil sikap yang serupa supaya kita semua yang mengakui sebagai rakyat negara ini akan berusaha mempertahankan (sustain) keharmonian hubungan antara kaum melayu-cina-india yang dibina semenjak kesultanan melayu melaka lagi.

2) belajar lah membentuk diri menjadi manusia yang tahu berterima kasih dan mengenang budi kepada orang yang membantu dan berbuat kepada anda.

3) bantulah orang melayu pula supaya orang melayu juga berada pada kedudukan ekonomi yang seiring dengan kedudukan ekonomi ultra kiasu.

4) buang tabiat buruk " aku mahu kesemuanya " sebaliknya tolong fikir bahawa orang lain juga mahu apa yang anda mahu. Orang melayu juga mahu keselesaan dan kekayaan seperti yang kaum ultra kiasu sedang nikmati pada hari ini.

Jika cabaran saya ini diterima secara yang positif, insyaalah negara kita akan selamat dan hubungan melayu-cina-india akan harmoni sehingga kiamat dunia ini.

Paling penting, masing2 melayu-cina-inda patuhi peraturan hidup yang ditetapkan oleh agama masing2. " Tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang menyeru manusia kepada kejahatan dan permusuhan "
8:57 AM
tokgaru said...

Kepada Abdullah Ngah

Saya tidak rasa bangga menjadi seorang melayu yang menganut agama islam bila melihat betapa bangsa ku yang mengaku islam sebaliknya saling memusuhi antara satu sama lain sehingga sukar menemui jalan ke arah perpaduan.

And as the result, sincerely i am totally not proud at all to be born as malay and at the same time to be a muslim.

So Abdullah what is your comment ?
9:12 AM
blog said...

Saya amat setuju sekali dengan kenyataan Dr Tee

"Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – 'kerajaan' Melayu Melaka ribuan tahun dahulu."


Buktinya:

Updating Dr M on who runs the country
9:46 AM
HangJebatRocks said...

Khas Buat saudara Abdullah Ngah:

Saya sedih melihat orang yg macam awak, nama elok, menunjokkan seorang Muslim, harap bukan orang Melayu sudah, kerana memalukan company.
Tulisan awak menunjokkan awak ada sikit intellectual tetapi terserlah sunnguh hati busok dan hasad dengki.
Awak sepatutnya menilai kandungan dan intipati apa yg di tulis dan bukan menghina penulis. Awak ada masalah peribadi dgn Ustaz Ridhuan ke? Kalau ada masalah peribadi janganlah di bawa ke blok ini, sungguh menonjolkan kebodohan, sombong dan irihati dan busok hati, samlah seperti ahlul2 bahalul dari Parti Ajaran Sesat. Awak berlagak macam gangster kampong dusun, hanya bernai memukol, caci maki bangsa sendiri, rela baring tengah jalan bawa bendera dan solat di tengah jalan mengkiblat bangunan komunsi biaDAP. Orang2 macam awak tidak mahu perpaduan sesama bangsa dan agama, tetapi rela membela dan berkorban nyawa, untuk peliwat tegar negara, barua Yahudi lahanat dan komunis biaDAP yg makan babi dan berak tak chaybok, malah orang seperti awak sanggup chaybokkan merka yg berak mencret. Harap saudara Abdullah Ngah, sedar dan insaf, bersengkongkol dan menyembah, barua lahanat Yahudi, peliwat tegar dan komunis biaDAp yg makan babi dan berak tak chaybok tidak akan membawa kebaikan, malah azab menanti dunia dana akhirat. Hentikan perangai burok, dan hati busok tu. kita semua bole bau dari sini. Nauzbillah
9:47 AM
blog said...

Dr. Tee, saya diberitahu bahawa insiden "haruan makan anak" lebih kerap berlaku dalam masyarakat tertentu. Betulkah? Apa pula pandangan Dr. Tee dalam masalah sosial ini?

Kalau berkesempatan, layarilah ke laman web ini: Haruan Makan Anak
9:51 AM
tokgaru said...

Kpd HangJebatRock

Saya juga macam awak, terasa pelik dengan cara Abdullah Ngah ni.

Dia tak nampak keiklasan Ustaz RT. Dia ni saya rasa bila baca posting Ustaz RT, bukannya dia cari " apa isi atau apa mesej " yang terdapat dalam posting tu. Tapi dia nak cari apa benda buruk atau kecacatan yang terdapat yang membolehkan dia menggodam Ustaz RT.

Kepada Abdullah Ngah, aku tokgaru ingin bertanya :

1. Adakah kau merasa bangga di lahirkan sebagai seorang melayu ?
2. Adakah kau merasa bangga memilih islam sebagai agama kau ?
3. Adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh PR semasa PRU 12 yang lalu ?

4. Sebagai seorang muslim adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri kelantan bawah pemerintahan parti islam ?

Harap kau jawab lah satu persatu...
Abdullah Ngah.
10:04 AM
Nazri Abdullah said...

Dan dari Ibnu Mas'ud dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: "Tidaklah masuk surga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah sekalipun".

Dan dalam satu hadis disebutkan : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang yaitu : Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri".

Said bin Jabir berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk neraka, hal itu disebabkan perbuatan baiknya itu manjadikan ia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu".

Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur.
10:14 AM
tokgaru said...

Pada aku Umno tak hebat jika setakat berani bertanding dalam kawasan melayu sahaja. Aku akan kata Umno hebat jika berani bertanding di kawasan majoriti cina, dan menang pula tu.

Pada aku diantara Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. MCA, MIC dan Gerakan lebih hebat sebab berani bertanding dalam kawasan melayu dan menang lagi.

PRU 13 nanti, kita harap Umno bukan saja setakat berani berdepan dengan Pas dalam kawasan melayu, tapi kita juga nak Umno berdepan dengan DAP atau PKR dalam kawasan bukan melayu majoriti.

Bukannya apa, kita nak tengok adakah bukan melayu akan menunjukkan semangat setikawan yang tinggi sebagai mana yang pernah ditunjukkan oleh orang melayu sebelum daripada ini.

Setuju dengan cadangan macam ni ?
10:19 AM
Zabri Mokhtar said...

Salam Dr dan Semua,
Setuju sangat dengan Pendapat Dr satu hari nanti Islam akan bangkit.
Kebangkitan akan lebih pantas sekiranya UMNO dapat dibubarkan dengan segera dan semua ahli-ahlinya menyertai PAS beramai-ramai.
Ikhlas,
10:39 AM
Chot said...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya.

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya lagi.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.
10:53 AM
Abdullah Ngah said...

Tokguru dan hang jebat

Anda mungkin "salah faham" sebab itu bahasa anda sangat "baik" dan "lunak".

Terimakasih dapat saya buat kesimpulan tentang peribadi anda.

oleh lebih baik "tak faham" daripada "salah faham".

Kalau tak faham ada orang yang boleh tolong agar jadi faham, tetapi salah faham sangat bahaya.

Macam Firaun. Allah hantar nabi Musa supaya jangan mempersekutukan serta untuk menyelamatkan dirinya daripada terus kafir.

Inilah jadinya jika "salah faham". Demikian juga lebih baik tak tahu daripada "buat buat tahu"sedangkan anda sebenar tidak tahu dan keliru.

Macam orang salah faham mengenai Islam. Salah faham mengenai kafir.
Bahaya yang paling besar silap haribulan boleh jadi, jadi kafir.

Salah "cakap" juga boleh jadi kafir salah "buat" juga boleh jadi kafir dan salah "niat" juga boleh jadi kafir.

Ada ulamak yang mengharamkan perdebatan, malah ada yang berkata, mereka yang selalu berdekat dan tidak mahu rujuk kepada Quran as sunnah sesat.

Kita berbahas biarlah beradat. Banyak perkara yang baik datang dari tulisan Dr Ridhuan, tapi banyak juga yang silap.

Cuba anda bayangkan apabila Dr Tee berkata, "pandangan Allah". Apa dia padangan Allah yang anda faham berbanding dengan pandangan manusia.

Pandangan adalah bersifat "baru" dan Allah tidak bersifat baru. Ia adalah wahyu jadilah Al Quran kalam Allah dan As Sunnah jadilah Hadis nabi.

Jangan buat buat faham kalau tak faham atau salah faham mengenai tulisan saya.

Maaf kalau tersinggung.

Akhbar langgar perintah boikot Taib

Posted: 17 Jul 2010 08:30 PM PDT

Oleh Roselind Jarrow

KUCHING: Empat akhbar hari ini melanggar perintah boikot yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri supaya tidak membuat liputan sidang akhbar anjuran pemimpin-pemimpin PKR.

Sementara lapan pertubuhan berita lain berpengkalan di Sarawak tidak menghantar wakil mereka untuk menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, di ibu pejabat parti kelmarin.

Sebelum ini, hampir semua akhbar menghantar wartawan mereka membuat liputan sidang media PKR.

Beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak mengetahui tentang perintah boikot itu merasa hairan kerana mendapati hanya beberapa kerat wartawan sahaja yang datang untuk mendengar taklimat.

Ketua Penerangan PKR, See Chee How, mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi kesemua akhbar dan menjemput mereka supaya menghantar wakil ke sidang akhbar itu.

Ketidakhadiran mereka boleh difahami kerana kebanyakan pertubuhan akhbar, sama ada pro-Barisan Nasional atau dimiliki oleh tauke-tauke balak kerana bimbang lesen mereka ditarik balik.

Awal bulan ini, perintah boikot dikeluarkan terhadap editor dan pemilik akhbar-akhbar berikutan tiga laporan kepada Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pemimpin-pemimpin PKR.

"Kurang siuman"

Laporan-laporan itu mendedahan tentang nilai hartanah berbilion ringgit di Kanada, Amerika Syarikat, England dan Australia yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan keluarganya.

Para pemimpin PKR mahu SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Arahan itu, yang dibuat melalui Jabatan Penerangan, jelas sebagai tindak balas terhadap para pemimpin parti itu.

Bian baru kembali dari London di mana beliau pergi melihat bangunan yang dipercayai milik keluarga Taib.

Melahirkan rasa marahnya terhadap hartanah di luar negara yang begitu meluas dimiliki oleh ketua menteri dan keluarganya, Bian berkata, apa yang rakyat tahu hanya sedikit sahaja.

"Bagi kami, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila kami membaca satu persatu laporan mengenai hartanah Taib dan keluarganya," katanya.

Bian membidas arahan itu, dengan berkata, arahan itu adalah reaksi dari manusia yang "kurang siuman".

Tolong Basuhkan Muka Mufti Ini

Posted: 17 Jul 2010 08:00 PM PDT




Tidak ada ungkapan yang dapat digambarkan mengenai kenyataan Harussani seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini melainkan 'mengigau'.

Orang mengigau bercakap apa sahaja tanpa mengira keadaan sekeliling. Sama ada orang faham cakapnya atau tidak, cakapnya betul atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah dia mahu bercakap.

Orang tidak bercakap lagi soal perpaduan PAS – Umno. Najib pun telah memberi kata putus bahawa Umno sudah cukup kuat dan tidak memerlukan PAS.

Tiba-tiba Harussani berkata, ada pemimpin daripada kedua-dua parti, PAS dan Umno menemuinya berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno.

Adakah Harussani bercakap benar?

Orang PAS tidak mahu tahu siapa pemimpin Umno yang jumpa Harussani bincang mengenai perkara itu. Itu Umno punya pasal. Tapi bila disebutnya ada pemimpin PAS berjumpanya, siapa pemimpin PAS itu?

Saya tidak percaya ada pemimpin PAS jumpa Harussani berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno. Kalau orang yang datang berjumpanya itu pemimpin PAS, dia bukan pemimpin penting dan besar dalam PAS. Dia tidak berautoriti membuat keputusan untuk PAS.

Harussani mencari populariti murah dalam isu ini. Harussani menjadi lidah Umno memecahbelahkan PAS. Harussani cuba menimbulkan keraguan ahli-ahli PAS terhadap pimpinan PAS. Harussani menjadi 'barua' Umno dalam isu perpaduan PAS – Umno.

Harussani mengigau. Mengigau tahap 'gaban'.

Sepatutnya Harussani bukan berfikir untuk menyatupadukan PAS – Umno tetapi membetulkan Umno. Harussani patut belajar daripada kumpulan ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini untuk membersihkan Umno dari dalam.

Apabila Umno sudah bersih, bersinar, Umno akan terus kuat dan PAS akan dapat ditewaskan oleh Umno. Pada waktu itu Umno tidak lagi memerlukan PAS kerana parti itu sudah bersih dan kuat.

Pada waktu itu Harussani juga tidak perlu memikirkan untuk menyatukan PAS dan Umno kerana parti gonggongan Harussani sudah kuat.

Adakah Harussani sanggup melakukan kerja-kerja itu? Sepatutnya Harussani igaukan untuk membersihkan Umno dari dalam bukan igaukan untuk satukan PAS dan Umno.

Nampaknya ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini bercakap dalam keadaan sudah 'basuh muka' berbanding Harussani yang masih mengigau.

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/07/tolong-basuhkan-muka-mufti-ini.html

Menunggu Masa Untuk Rakyat 'Melembukan' UMNO BN

Posted: 17 Jul 2010 07:28 PM PDT

Naik Harga Barang, Naik Cukai; BN Sudah Tidak Mampu Memerintah


-Arah Media Jangan Guna 'Barang Naik'

Tindakan Dato' Seri Najib Razak mengarahkan editor semua akhbar supaya tidak menggunakan perkataan 'harga naik' atau 'barang naik' dalam melaporkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, gas serta gula kelmarin disifatkan sama sepeti tindakan mana-mana diktator yang memanupulasikan media untuk keuntungan mereka.

"Dalam hal ini media diarahkan supaya jangan mengggunakan perkataan 'harga naik' dan 'barang naik', tetapi digunakan istilah untuk menyusun semula subsidi dan pengurangan subsidi, malahan di suruh juga (media supaya) digembar-gemburkan dengan tindkan Najib berani,

"inilah merupakan satu corak yang digunakan oleh mana-mana pemimpin diktator yang memanupulasikan media untuk kepentingan mereka,"kata Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaputama program Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan Dungun, di sini Sabtu 17 Julai

Katanya, tindakan kerajaan Umno/BN menaikkan harga tersebut akan 'menyeksa' 75 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM2000 kerana menurutnya, rantaian barangan lain akan turut naik harga apabila harga minyak dinaikkan.

Oleh itu PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Katanya, beliau telah mengarahkan semua cawangan-cawangan PAS diseluruh negara untuk menaikkan kain-kain rentang dan papan-papan tanda serta menyebarkan risalah bagi menunjukkan rasa protes dan meningkatkan kesedaran sivik serta politik dikalangan rakyat.

"Ini permulaan kepada usaha kerajaan untuk menghapuskan subsidi secara menyeluruh, secara berperingkat, lepas ini, rakyat akan kena (cukai lain) lagi, dia akan kenakan GST,

"pada kita (PAS) kita menganggap dia (kerajaan) sebagai orang yang kering idea, bangkrap idea untuk mengemukakan (rancangan) untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, yang mereka tahu naik cukai, naik harga barang, naik harga minyak, kemudia sekarang saman ekor pula," jelas Ustaz Idris.

Oleh itu, katanya PAS menganggap kerajaan BN yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang telah kering idea untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan hanya pandai mengambil yang menindas rakyat.

Sebaliknya, pada masa yang sama, menurutnya, kerajaan di dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai usaha memudahkan hidup rakyat.

Kerajaan BN Pusat mahu mengurangkan dan menghapuskan subsidi, sebaliknya kata beliau, kerajaan Selangor memberikan subsidi , umpamanya 'air percuma' dan subsidi bayaran air kepada penghuni rumah pangsa, dalam usaha 'mengembalikan pendapatan kerajaan' kepada rakyat.

Justeru, bagi pihak PAS dan Pakatan Rakyat, beliau menawarkan khidmat kepada rakyat untuk menggantikan kerajaan BN kerana ia sudah tidak mampu lagi untuk menguruskan pentadbiran negara..

"Sebab itu dengan rasa rendah diri (kerana) kerajaan BN sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat, serahkan kepada kami (PAS dan Pakatan rakyat),

"kami yakin dan kami ada kemampuan dengan empat negeri yang sedang diperintah, telah banyak dana-dana kebajikan yang kita tubuhkan untuk rakyat, InsyaAllah, kita boleh,"katanya yakin.- BO

Kalimat muluk untuk melembukan rakyat

Posted: 17 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh shahil

"Penyelarasan harga barang...itulah kalimat yang baru yang paling tepat untuk kenaikan harga barang pada abad ini. Kalimat penyelarasan ini seolah-olah menunjukkan kalimat kenaikan harga adalah tidak tepat dan salah sama sekali.

Semalam harga minyak petrol Rm1.85 seliter. Hari ini dah bertambah Rm0.05 seliter. Apakah ini penyelarasan? Demikian juga dengan harga tepung, minyak amsak dan apa sahaja barang berkaitan. Apakah ini bukan kenaikan? Hanya orang dungu sahaja boleh mengakui perubahan Rm0.05 itu hanya pelarasan.

Pak menteri bercakappun macam orang dungu. Dikatanya dalam tempoh sepuluh tahun sahaja Malaysia akan bankrap kalau subsidi ditarik balik. PAk mentei ini ingat rakyat semuanya dungu ke? Yang membankrapkan negara ialah perbelanjaan yang tidak ketahuan itu. Macam Felda harta tunainya menyusut dengan mendadak itulah contoh perbelanjaan tak ketahuan. Dan hasilnya apabila subsidi ditarik balik, ialah "penyelarasan harga barang"

Macam kata Dr. MAZA dalam blognya mempunyai maksud yang sama. Kerajaan menarik balik subsidi untuk menjimatkan wang negara tetapi perbalanjaan yang boros dan tak ketahuan menghabiskan wang negara. Empangan Bakun tak siap-siap entah berapa kali penambahan perbelanjaan. Inilah punca kebankrapan kerajaan kelak bukannya menarik balik subsidi.

Pak menteri bila nak tarik sesuatu yang berkaitan dengan rakyat ambil perbandingan Tahailandlah, Indonesialah, Indialah. Tetapi mengapa tidak mengambil contoh England yang menyediakan subsidi kepada penganggur? Oh nanti dikata pula supaya tidak mahu mendidik rakyat makan tidur sahaja. Tapi itu menteri tidur dalam parlimen dan banyak kerusi kosong itu apa?

Penyelarasan harga...amboi muluknya bahasa...macam memulukkan kalimat "zina" dari ALLah kepada "seks bebas" dari terjemahan "free seks" Barat.

Logiknya penyelaran ialah, jika asal harga minyak kari Rm5.00 dan gula Rm5.00...Olehkerana gula lebih penting, maka harga gula diturunkan Rm3.00 dan harga kari dinaikkan Rm7.00. Ini baru betul penyelarasan harga yang mana budak sekolahpun faham. Ini naik harga dikatakan penyelarasan...Omong kosong.

Mengatakan kenaikan harga itu sebagai penyelaran adlah satu pembohongan. Dan pembohongan adalah penipuan. Hadith mengatakan "Mana-mana pemimpin Islam yang memimpin orang Islam, dan ia mati dalam menipu mereka maka ALLah Taala mengharamkannya syurga".

Tak takutkah pak menteri Islam ini dengan ancaman ALLah Taala melalui lidah RasulNya itu? Minta maap...Takut kepada ALLah Taala tandanya menuruti suruh dan meninggalkan tegah ALLAh Taala secara syumul...Dah kalau hukum hakam disepak terajang, takut apa namanya.

"Setiap orang bebas berkata-kata tetapi belum tentu bebas setelah berkata-kata"

Wassalam.

Isu perjawatan sukar ditangani selagi JPA amal budaya kroni

Posted: 17 Jul 2010 06:30 PM PDT

SAYA menyokong penuh saranan dibuat oleh Rusdee dan Pegawai Senior dalam ruangan Surat & E-mel seperti tersiar dalam Berita Harian, Isnin 12 Julai 2010.

Apa yang dimaksudkan penulis berkenaan ialah supaya Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat menyusun semula prosedur kenaikan pangkat supaya kelihatan telus dan benar-benar adil. Memang tidak dinafikan sistem pengurusan kenaikan pangkat di JPA adalah lembab dan tidak profesional. Meskipun dikritik beberapa kali oleh Persatuan Pegawai Tadbir Am (PERTAM) dalam era 80-an dan 90-an tetapi tiada perubahan drastik dapat dilakukan JPA

Pegawai yang diamanahkan menjaga kemajuan kerjaya dan kenaikan pangkat di JPA sering berubah-ubah kerana ditukarkan dan pegawai baru yang mengambilalih Unit Kenaikan Pangkat dan Kemajuan Kerjaya di JPA boleh melakukan kesilapan sama dan berulang dalam memperaku mana-mana pegawai lebih layak dinaikkan pangkat. Tidak hairan ramai pegawai senior tersisih dan terbuang daripada senarai kenaikan pangkat asal, manakala pegawai junior ditampilkan dengan versi bagus tetapi sedikit mengabui atau meragukan dengan cuba menonjolkan bakat, kebolehan, potensi, prestasi dan kepakaran pegawai baru lebih baik dari pegawai lama.

Apa yang membimbangkan peranan Ketua Jabatan itu sendiri memperaku dan menaikkan pangkat golongan junior ini yang menguntungkan mereka, dilihat satu pengkhianatan kepada cadangan penambahbaikkan sistem perjawatan awam. Penjawat awam senior sengaja dinafikan kenaikan pangkat apabila Pegawai Penilai Pertama cuba mengatur markah seseorang Pegawai Yang Dinilai mengikut pertimbangan muslihatnya, bukannya berdasarkan ketelusan atau pertimbangan adil.

Adalah tidak mustahil bagi JPA apabila pernah memperakukan seorang penjawat awam gred 48 terus ke Jusa C tanpa terlebih dulu memangku gred 52 dan 54. Ini boleh berlaku jika penjawat awam ini kenalan rapat kepada ketua di JPA. Kalau dilihat banyak perjawatan masih kosong di semua bahagian dan unit di JPA tidak diisi dengan orang luar. Pernah diberitahu kepada kami, jawatan ini disimpan untuk pegawai JPA yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan PhD di luar negara. Maknanya sesetengah jawatan penting di JPA akan dimonopoli dan diisi pegawai JPA sendiri.


Inilah buruknya sistem perjawatan di JPA. Segala keburukan dan sistem lapuk di JPA tidak pernah berubah sejak dua dekad lalu. Kini sudah masanya sistem perjawatan awam di JPA dan di semua kementerian serta jabatan disusun semula.
Pesara PTD M52,
Seremban

Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Meraikan Sami Budhha

Posted: 17 Jul 2010 06:00 PM PDT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs037.ash2/35190_414423467591_358919387591_5195811_952923_n.jpg


I do not reject unity, but I really do not agree unity base on race. Unity based on skin color will not lead to anywhere. It will only spread the hostilities with other nations.

Let us unite on the name of Islam which is acceptable to all communities. This is the best option. If you want to go anywhere in the world, we need your passport, especially if you want to go to the heaven, the holiest place. Passport to heaven is Islam, not a race!

Sumber

Tiada ulasan: