Ahad, 18 Julai 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Penjaja Mengeluh Subsidi Dipotong

Posted: 18 Jul 2010 01:56 AM PDT


TV SELANGOR

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan gula menerima reaksi negatif daripada para penjaja. Alasan kerajaan untuk mestrukturkan subsidi dilihat lebih banyak menyusahkan rakyat khususnya rakyat berpendapatan kecil dan sederhana.

Hasil tinjauan rambang yang dilakukan oleh krew TV Selangor di sekitar Shah Alam mendapati penjaja merungut dengan kenaikan mengejut. Menurut seorang penjual air,Shahrizal Romi Abdul Rahman,kenaikan harga menyebabkan mereka tiada pilihan untuk turut menaikkan harga barang yang dijual.

"Gula naik, minyak naik, jadi kos pun naik. Tapi peniaga seperti saya tersepit, kerana takut pelanggan lari. Nak naikkan harga salah, tapi gula dan minyak dah naik, jadi macam mana?," soalnya.

"Ibu kepada air ini ialah gula. Takkan nak jual air tawar, atau letak garam dalam air? Saya akan lihat sejauh mana saya boleh bertahan," tambah beliau.

Sementara itu menurut penjual lauk-lauk,Zainah Mohammad yang telah meniaga hampir 12 tahun turut menerima kesan dengan kenaikan tersebut, beliau berharap agar kerajaan mengembalikan harga ke tahap sebelum ini.

"Pelanggan tentu akan merungut kalau kita naikkan harga," katanya.

"Ramai pelanggan disini dari kalangan penuntut dan pelajar. Kalau harga makanan mahal, mereka lari ke tempat lain," tambah beliau.

SPR digesa permudah pengundi tukar alamat

Posted: 18 Jul 2010 01:54 AM PDT

Harakahdaily

BATU GAJAH- Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.

Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.

Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.

"Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.

Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.

Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.

Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.

"Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my," ujarnya.

Harussani semakin celaru

Posted: 18 Jul 2010 01:53 AM PDT

Harakahdaily

IPOH: Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyifatkan Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang 'sesat'.

"Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

"Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar," ujar Khalil di dalam blognya.

Harussani sebagai dipetik dalam Malaysiakini: "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh, kelmarin.

Menurut Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, satu perkara yang mengejutkan apabila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangannya berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

"Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahaya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh beliau dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya," katanya lagi.

Katanya, Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya, kata Khalil kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polemik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menambah, kalau mufti itu berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat.

"Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang Melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafie," ujarnya sinis.

JAKIM hantar 'hadhari' ke negeri-negeri

Posted: 18 Jul 2010 01:51 AM PDT

BERNAMA


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan pegawai perhubungan atau "hadhari" di seluruh negara bagi menyelaraskan urusan pentadbiran berkaitan agama Islam antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ketika ini pegawai berkenaan hanya ditempatkan di beberapa negeri dan Kelantan adalah antara negeri terawal menerima penempatan itu.

Menurutnya, pegawai berkenaan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri masing-masing bertujuan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan agama Islam antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Antara negeri yang sudah mempunyai pegawai terbabit selain Kelantan ialah Terengganu, Perlis dan Melaka.

"Kita bercadang untuk mewujudkan pegawai terbabit di semua negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan makan malam sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia ke-83, di Kota Bharu, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Wan Mohamad, status penempatan Pegawai Hadhari di Pejabat SUK di semua negeri itu turut dibincangkan dalam kertas kerja berkaitan penyelarasan antara negeri sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-51 pada 25 Mei lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu juga membentangkan kertas kerja mengenai beberapa isu berkaitan agama, termasuk memperkasa program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pelaksanaan mekanisme penyeragaman pensijilan Halal antara JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

"Ia juga merangka rancangan Lima Tahun Menangani Ajaran Sesat Keempat (2010-2014) dan laporan Keberkesanan Pelaksanaan bagi tahun 2008," katanya.

Katanya, semua isu-isu ini amat memerlukan penelitian dan pandangan negeri-negeri dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia agar ia seragam dan tidak mengelirukan rakyat.

Wan Mohamad berkata, persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam ini dianjurkan jabatannya sejak 1975 membabitkan pembentangan 560 kertas kerja.

"Kali ini Kelantan menjadi tuan rumah bagi kali kelima selepas 1979, 1985, 2002 dan 2006," katanya.

Menurutnya, antara isu-isu penting yang disepakati dan diguna pakai oleh negeri-negeri hasil persidangan itu ialah penyelarasan isu halal, penyelarasan isu pendidikan Islam iaitu Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) dan penyelarasan isu ajaran sesat.


Perbicaraan liwat II mungkin ditangguh

Posted: 18 Jul 2010 01:49 AM PDT

MALAYSIA KINI


Perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan Isnin ini mungkin ditunda berikutan peguam utamanya, Karpal Singh terpaksa menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru.

Dalam SMS kepada Malaysiakini, Sankara Nair, seorang lagi peguam Anwar berkata Karpal diberikan cuti sakit 15 hari kerana jangkitan paru-paru yang akut.

Karpal dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya minggu lalu dan sekarang ini berehat di kediamannya di Pulau Pinang.

"Doktor telah memberikannya MC (sijil cuti sakit) untuk 15 hari iaitu dari 9 hingga 23 Julai," kata Sankara.

"Kita telah menulis kepada mahkamah memohon perbicaraan ditangguhkan dan arahan hakim ialah kita membuat permohonan pada mahkamah Isnin ini," kata Sankara.

Menurut beliau, peguam lain Anwar akan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengemukakan permohonan.

Perbicaraan liwat sebelum ini ditunda dari 14 hingga 19 Julai kerana Anwar (PKR-Permatang Pauh) dan Karpal (DAP-Bukit Gelugor), kedua-duanya ahli parlimen terpaksa menghadiri sidang Parlimen pada 14 dan 15 Julai lalu.Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

1 Ogos: Pemilik kenderaan asing tak boleh beli RON95

Posted: 18 Jul 2010 01:43 AM PDT

BERNAMA


Bermula 1 Ogos ini, pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di stesen-stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang diapungkan secara terkawal melalui penyelarasan subsidi yang diumumkan kerajaan.

"Pelaksanaan ini adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Koperasi Negara yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuantan hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan lima sen manakala petroleum gas cecair (LPG) dikurangkan 10 sen sekilogram berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON 97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penyelarasan subsidi itu tidak sepatutnya memberi kesan kepada harga barangan pada masa ini.

Beliau berkata, kenaikan bahan terbabit adalah kecil dan pihaknya telah melakukan kajian terhadap kos yang terpaksa ditanggung peniaga.

"Contohnya harga teh tarik, dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen sekilogram ini, kenaikan kos adalah sebanyak 1.2 sen sahaja, tidak ada sebab kalau kedai-kedai teh tarik mahu menaikkan harga di antara 10 hingga 20 sen," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengeluar, pemborong dan peruncit Isnin ini dalam mendapatkan komitmen mereka supaya tidak menaikkan harga barangan.

Selain itu, katanya, kementeriannya juga akan menggerakkan 1,600 pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa di seluruh negara bagi memastikan tiada berlaku kenaikan harga barangan.

Beliau turut meminta para pengguna memaklumkan segera kepada pihaknya jika terdapat peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati untuk tindakan lanjut.


Sukan: K'tan nafi enggan kerjasama dengan pusat

Posted: 18 Jul 2010 01:41 AM PDT

BERNAMA


Kelantan menolak dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan PAS enggan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat dalam memajukan bidang sukan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan Negeri, Abdul Fatah Mahmood, sebaliknya, berkata kerajaan negeri akan terus membantu badan-badan sukan di negeri itu mengikut kemampuan yang ada.

"Kami mengetepikan isu politik untuk membangunkan dan memajukan sukan demi kepentingan rakyat Kelantan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa kerajaan negeri itu tidak pernah membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dari segi kewangan dalam mengharungi saingan Liga Super.

Pada Isnin lalu, Ahmad Shabery, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Machang, dilaporkan sebagai berkata tindakan kerajaan negeri itu jauh berbeza dengan kerajaan Kedah, yang juga di bawah pimpinan PAS, yang telah menyumbang RM2 juta setahun kepada persatuan bola sepak negeri itu.

Abdul Fatah berkata, kerajaan negeri mengakui tidak mempunyai tanah di kawasan bandar untuk dijadikan pusat kegiatan sukan seperti gelanggang bola sepak atau futsal.

"Jika adapun ia melibatkan kawasan luar bandar," katanya.

Menurutnya, sesuatu projek kerajaan yang melibatkan pengambilan balik tanah memerlukan kos yang tinggi dan mengikut prosedur serta memakan masa.

"Jadi, tidak timbul isu kita (kerajaan negeri) tidak memberi kerjasama dalam pembangunan sukan ini seperti yang dibangkitkan oleh pemimpin politik seperti itu," katanya.

Katanya, beliau tidak mahu pembangunan sukan dikaitkan dengan isu politik kerana jika ini dicampuradukkan maka ia membantut usaha kerajaan negeri dan pusat dalam memajukan bidang berkenaan.


Akhbar langgar perintah boikot Taib

Posted: 18 Jul 2010 01:39 AM PDT


See Chee How Oleh Roselind Jarrow

KUCHING: Empat akhbar hari ini melanggar perintah boikot yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri supaya tidak membuat liputan sidang akhbar anjuran pemimpin-pemimpin PKR.

Sementara lapan pertubuhan berita lain berpengkalan di Sarawak tidak menghantar wakil mereka untuk menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, di ibu pejabat parti kelmarin.

Sebelum ini, hampir semua akhbar menghantar wartawan mereka membuat liputan sidang media PKR.

Beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak mengetahui tentang perintah boikot itu merasa hairan kerana mendapati hanya beberapa kerat wartawan sahaja yang datang untuk mendengar taklimat.

Ketua Penerangan PKR, See Chee How, mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi kesemua akhbar dan menjemput mereka supaya menghantar wakil ke sidang akhbar itu.

Ketidakhadiran mereka boleh difahami kerana kebanyakan pertubuhan akhbar, sama ada pro-Barisan Nasional atau dimiliki oleh tauke-tauke balak kerana bimbang lesen mereka ditarik balik.

Awal bulan ini, perintah boikot dikeluarkan terhadap editor dan pemilik akhbar-akhbar berikutan tiga laporan kepada Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pemimpin-pemimpin PKR.

"Kurang siuman"

Laporan-laporan itu mendedahan tentang nilai hartanah berbilion ringgit di Kanada, Amerika Syarikat, England dan Australia yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan keluarganya.

Para pemimpin PKR mahu SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Arahan itu, yang dibuat melalui Jabatan Penerangan, jelas sebagai tindak balas terhadap para pemimpin parti itu.

Bian baru kembali dari London di mana beliau pergi melihat bangunan yang dipercayai milik keluarga Taib.

Melahirkan rasa marahnya terhadap hartanah di luar negara yang begitu meluas dimiliki oleh ketua menteri dan keluarganya, Bian berkata, apa yang rakyat tahu hanya sedikit sahaja.

"Bagi kami, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila kami membaca satu persatu laporan mengenai hartanah Taib dan keluarganya," katanya.

Bian membidas arahan itu, dengan berkata, arahan itu adalah reaksi dari manusia yang "kurang siuman".

PAS tak pernah minta mufti Perak jadi orang tengah temu Umno

Posted: 18 Jul 2010 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR – PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

"Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad.

Idris yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

"Tak tahulah beliau bercakap di atas kapal terbang, kedai kopi atau semasa kenduri kahwin atau di tepi jalan, tetapi secara rasmi atau formal, memang tiada langsung.

"Bagi PAS, perkara berbincang dengan Umno sudah tutup, tak berbangkit lagi," tambah beliau.

Malah kata Idris, sesi pemukiman PAS di Port Dickson baru-baru ini juga tidak menyentuh soal perbincangan dengan Umno untuk membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Sehubungan itu Idris meminta Harussani memfokus isu-isu lain yang berkaitan dengan beliau, bukannya menjadi "orang tengah" sebagaimana dilaporkan.

"Apa sebab hendak menjadi orang tengah, Umno hanya memikirkan mengenai PAS bila berada dalam keadaan sukar.

"Ada banyak perkara besar, isu-isu yang perlu dibincangkan dan diatasi oleh mufti... Tan Sri Harussani harus menyelesaikan masalah besar yang lain, tak perlu jadi orang tengah bagi Umno-PAS," katanya.

"Ketika ditanya sama ada ada pemimpin yang mengusahakan pertemuan antara Umno-PAS dengan meminta Harussani sebagai orang tengah, Idris berkata:

"Kita tidak tahu siapa mereka... tapi PAS tidak meminta mereka adakan perbincangan. Kalau ada pun mereka tidak memaklumkan kepimpinan pusat."

Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Soal perpaduan Melayu dengan kerjasama antara Umno-PAS muncul sejak pilihan raya umum 2008 dengan ada usaha meminta Harussani menjadi orang tengah.

Harussani pernah mengaku beliau menjadi orang tengah dalam usaha pembentukan kerajaan campuran membabitkan Umno dan PAS di Perak tetapi gagal.

Dalam pada itu, Harakah yang terbit semula hari ini selepas permit penerbitan diperbaharui Kementerian Dalam Negeri Khamis lalu melaporkan ajakan Umno sekadar mahu memecahbelakan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS pusat Nik Zawawi Mohd Salleh menyelar kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal EHwal Khas Agama Islam Lokman Nor Adam yang mendakwa cita-cita PAS merealisasikan hasrat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan PKR.

"Kenyataan beliau tidak berasaskan kajian dan realiti sebenar politik dan seolah-olah bersifat dendam kepada PKR dengan cara mengungkit kembali cerita-cerita lama yang tidak ubah seperti pandangan yang lapuk," katanya.

Nik Zawawi tidak menafikan pandangan tersebut seolah-olah bermotif ingin memecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Taib Azamudden Md Taib berkata, selagi Umno BN belum mengubah dasar perjuangan parti mereka kepada Islam sebenar mereka diharap tidak bermimpi untuk bekerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat itu.

"Kalau atas dasar Islam Umno berhendak bersuara, bila-bila pun kita akan terima," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan pula berkata, Umno perlu membuktikan kesungguhan dan komitmennya dalam melaksanakan Islam dan menolak segala bentuk fahaman kebangsaan atau politik perkauman sempit.

"Apabila dia (Lokman) kata bersatu dengan Umno lebih mudah (untuk laksanakan Islam), maka Umno kena buktikan mereka menerima Islam dan menolak fahaman kebangsaan kerana kita mahu lihat Umno yang dikatakan mahu menegakkan Islam dan meninggalkan segala bentuk fahaman nasionalis yang sempit," katanya.

PRU Sarawak: Komite induk Pakatan ditubuh, laporan siap Sept

Posted: 18 Jul 2010 01:32 AM PDT


KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan menyelesaikan pelbagai aspek persiapan menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak termasuk mengenal pasti calon berpotensi dan formula pengagihan kerusi menjelang akhir September ini.

Kepimpinan PR yang mengadakan mesyuarat Rabu lalu telah menubuhkan jawatankuasa induk persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

Mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat pimpinan PR telah membincangkan isu berkaitan dengan usaha menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil komponen PR dari Sarawak.

"Kami yakin jawatankuasa ini akan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan kerusi ditandingi, mengenal pasti bakal-bakal calon dan lain-lain yang berkaitan sebelum akhir September ini," kata beliau ketika dihubungi.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu menambah, syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut akan disahkan oleh kepimpinan pusat PR.

"Pandangan jawatankuasa ini akan dibawa ke perhatian kepimpinan tertinggi Pakatan untuk pengesahan," kata beliau.

Dalam pada itu, PR Sarawak akan mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuching malam ini.

Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chiu Sing memberitahu The Malaysian Insider bahawa kesemua pemimpin peringkat nasional komponen PR juga akan hadir untuk memuktamadkan keanggotaan majlis kepimpinan PR Sarawak.

"Saya merasakan ini masanya bagi kami menyelesaikan perundingan mengenai pengagihan kerusi," kata Adun Kidurong ini.

DAP dan PKR, antara dua komponen PR negeri sedang terlibat dalam perundingan mendalam berhubung lima kerusi di kawasan bandar yang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang negeri.

Kedua-duanya telah menemui tiga kali sejak awal tahun ini berhubung isu pertindihan kerusi, tetapi belum mencapai kata putus.

PKR juga mengadakan perbincangan berasingan dengan PAS dan Parti Nasional Sarawakl (Snap) berhubung kerusi-kerusi di kawasan luar bandar.

"Yang paling besar melibatkan kami dan DAP, jadi terdapat perselisihan besar dan saya merasakan tiada masalah besar untuk mencapai penyelesaian," kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Pemimpin-pemimpin PR nasional yang dijangka hadir sama pada pertemuam malam ini ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan rakan sejawatannya dari PAS Nasharudin Mat Isa.

Prestasi BN di Sarawak tentukan cepat atau lewat PRU13, ramal Ku Li

Posted: 18 Jul 2010 01:31 AM PDT


KUALA LUMPUR — Tarikh menentukan pilihan raya umum terletak di tangan di Perdana Menteri, pun begitu Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan ia bergantung kepada prestasi Barisan Nasional (BN) di Sarawak, yang pilihan raya negeri perlu diadakan menjelang pertengahan 2011.

Mandat lima tahun pentadbiran kerajaan negeri akan berakhir menjelang Julai 2011.

Ketika diajukan soalan berdasarkan spekulasi semasa, ahli politik veteran ini percaya kemenangan selesa BN di Sarawak akan mempercepatkan pilihan raya umum dalam tempoh beberapa bulan di awal 2012.

Jika kerajaan negeri BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga ataupun gagal berbanding prestasi semasa 2001 dan 2006, pilihan raya umum ke-13 hanya akan berlangsung lewat 2012.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dengan mengambil kira beberapa kemungkinan, meramalkan paling cepat pun pilihan raya umum akan diadakan pada 2012.

Semasa ditemu bual khas oleh The Malaysian Insider di sini Jumaat lalu, Razaleigh yang mesra dikenali dengan panggilan Ku Li berpendapat bahawa prestasi baik BN adalah sangat penting kerana ia akan menjadi bayangan kepada ikatan itu mengekalkan kuasa peringkat persekutuan.

"Ia sangat bergantung pada keputusan (pilihan raya Sarawak). Jika kemenangan tidak memihak kepada BN, misalnya kekalkan kuasa di Sarawak (dengan majoriti kecil), maka ia akan memberi kesan di Sabah (dan kemudian di Semenanjung)," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini.

Difahamkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sendiri akan mengetuai misi BN negeri menghadapi pilihan raya negeri meskipun sudah wujud desakan agar ahli politik veteran itu meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan negeri.

Kata beliau, fikiran atau sentimen di peringkat bawah adalah isyarat tarikh pilihan raya umum akan ditentukan.

"Anda kena menentukan tarikh pilihan raya berdasarkan fikiran orang ramai di peringkat bawah atau iklim ekonomi negara," katanya.

"Reaksi publik adalah kayu ukuran terbaik, lihat pada keputusan beberapa pilihan raya kecil.

"Melihat pada keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, BN kelihatan gembira. Mereka terkejut apabila keputusan Sibu keluar (Mei lalu)," kata Razaleigh.

Bekas menteri kewangan ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan DAP di Sibu telah memaksa BN menggugurkan rancangan mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri dan nasional serentak.

"Saya merasakan mereka telah merancang untuk mengadakan pilihan raya umum serentak bersama negeri jika mereka menang di Sibu. BN berpendapat bahawa mengadakan pilihan raya umum bersama adalah langkah baik.

"Itu percaturan mereka, tetapi selepas mereka kalah di Sibu, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan pelan mereka," kata Razaleigh.

Pada pilihan raya umum Mei lalu DAP yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi itu julung kali, yang diadakan dua minggu selepas kemenangan BN di Hulu Selangor, mengejutkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memburu kemenangan kedua berturut-turut menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pakatan dahului BN daftar pemilih baru, DAP terus agresif

Posted: 18 Jul 2010 01:28 AM PDT


PUTRAJAYA — Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.

PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.

'Kek' dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.

PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.

Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.

Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.

Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.

Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).

PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).

PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.

Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.

Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program 'outreach', kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.

Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.

Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.

Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.

Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.

Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.

Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.

Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.

Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.

Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.

Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

Ku Li: Potong subsidi tidak cukup elak pembaziran

Posted: 18 Jul 2010 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR – Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pentadbiran Najib bahawa potongan subsidi sahaja tidak cukup untuk menstabilkan keadaan ekonomi sambil menegaskan, perdana menteri masih belum menangani rasuah dan projek-projek yang membazir dengan menyeluruh.

Bekas menteri kewangan itu menegur kerajaan tidak mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk mengawal budaya rasuah selain memberi subsidi kepada organisasi-organisasi yang menggunakan wang pembayar cukai pada jumlah yang banyak.

"Adakah kerajaan gembira dengan situasi negara buat masa sekarang? Kajian Merdeka Center menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia tidak gembira (dengan situasi ekonomi negara).

"Adakah kerajaan akan memotong perbelanjaan di bidang-bidang lain? Ketirisan mengakibatkan lebih banyak kos berbanding subsidi.

"Mengapa tidak kerajaan melihat perkara ini?" kata Tengku Razaleigh kepada The Malaysian Insider dalam temu bual eksklusif di sini.

Katanya, kerajaan masih memberi subsidi kepada organisasi-organsiasi yang membuat keuntungan besar disebabkan insentif ini, meskipun kerajaan melaksanakan pelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula berkuat kuasa Jumaat lalu.

"IPP (Pengeluar Tenaga Bebas), pemegang konsesi yang kerajaan masih memberikan subsidi untuk mereka. Mengapa subsidi ini tidak dipotong?

"Ia menelan lebih banyak kos berbanding potongan subsidi bahan api dan gula," kata Tengku Razaleigh.

Kerajaan pada Khamis lalu mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa kelmarin.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

RON97 tidak lagi diberikan subsidi dan tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mendakwa kerajaan tidak mengambil langkah secukupnya untuk menangani rasuah dalam perkhidmatan kerajaan, yang menurut beliau adalah punca utama ketirisan dana kerajaan.

"Adakah kerajaan berpuas hati dengan tindakan menangani rasuah? Sebahagian besar masyarakat terpaksa menanggung kos (rasuah)... masih ada banyak perkara yang perlu ditangani.

"Sebagai contoh proses tender. Ia perlu dijalankan dengan ketat agar tiada pembaziran," tambah beliau yang pandangannya seiring dengan pendirian Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun bekas naib presiden Umno ini mengakui hakikat bahawa pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada langkah yang perlu untuk menstabilkan situasi kewangan negara.

"Pemotongan subsidi dialu-alukan tetapi ia harus dijalankan secara berperingkat-peringkat agar tidak membebankan golongan miskin," katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang "kesan psikologi" dengan tindakan kerajaan memotong subsidi minggu lalu.

"... akan ada kesan reaktif," katanya.

Sasau Seorang YB ( II)

Posted: 18 Jul 2010 01:16 AM PDT

Oleh Azizi Abdullah

Aku rasa terpanggil apabila membaca kesasauan seorang sahabatku dalam ruangan ini minggu lalu. Dalam Kamus Dewan Bahasa erti sasau ialah: Orang yang makan banyak.Manakala pengertian sasau dalam Kamus Lengkap Bahasa Indonesia ialah selain dari makan banyak membawa erti 'kurang pikir.'

Maka bodohlah kami lima enam orang ini kalau terima makna 'kurang pikir.' Tapi yang jadahnya, cakap-cakap kami sekarang ini ramai pula yang kata 'sasau.' Kerana itu ada lebih baik aku nak hurai sedikit hal-hal kesasauan kami yang sudah lama lompat dan menjadi kelompok 'kupang tembaga.'

Aku inginlah hendak minta maaf, terutama kepada etnik India, Cina, Benggali dan Melayu kerana akan kusebut perkara yang mungkin tak berapa sedap. Tapi ini pribahasa orang Melayu yang tidak tercatit dalam Kamus Pribahasa.

Orang Melayu apabila menganggap sesuatu perkara atau seseorang yang tidak terpakai langsung, dipribahasakanlah dengan:

Golok atau bantal Cina
Kebun Melayu
Basikal India
Janda Benggali.

Apakah aku dan kawan-kawan aku, sejak kami beramai-ramai melompat kemudian mengeluar kenyataan akhbar, TV hingga kesaat ini, kami dianggap macam pribahasa di atas?

Memang pun ramai yang anggap kami begini yang membawa erti kami ini tak terpakai sekupang pun, macam janda Benggali, macam bantal Cina, macam basikal India, macam kebun Melayu yang membawa rerti kalau bagi percuma pun siapa pun tak sudi, melainkan orang sasau jugalah.

Aku ini bukan calang-calang jadi YB. Tidak macam mereka, kodok lokhoi saja. Tapi sebenarnya bintang anugerah itu aku yang calon sendiri, aku hemoi-hemoi.

Selama aku dalam parti yang dikatakan sebagai pembangkang ini tidak selesa, tidak sepadan dengan gelaran yang aku terima. Orang bergelar macam aku, duduk sebelah sana sepatutnya. Aku sepatutnya genggam projek-projek mega..

'You all akan jadi orang utama. Cakap you mereka dengar. You all boleh menggugat mereka. Cakap sepatah dalam TV, semua orang akan panggung kepala," demikian rangsangan ketika tawaran dilempar kepada kami."Projek untuk you all, petik saja boleh dapat." kata mereka lagi.

Dan aku, mereka pun berilah tawaran paku longgar supaya aku bantai kapten aku kerana orang yang layak akulah. Akulah yang kononnya maha tahu sampaikan bulu ketiaknya. Maka aku pun diberi faktur-faktur yang lojik untuk aku bercakap. Tunjukkan emosi, bentukkan rupa cakap, bahasa badan, senyum lebar yang membuktikan aku ini seorang yang sayang Melayu. Buktikan aku ini pahlawan Melayu. Tapi jadahnya aku terlupa, aku yang menang dulu dalam banglo dan kondomunium bukan Melayu.

Yang aku nak sebut di sini, memang celaka dan haram jadah pun. Rupa-rupanya semua tak menjadi setelah aku dan kawan-kawan mengediang, membilas, merembat, mengejang betis melompat kuat. Adalah sekali kenyataan dalam TV dan akhbar yang meletup. Tapi yang meletup itu sipongangnya tak seberapa. Pihak parti yang mempelawa kami lompat, buat macam tak ambil berat. Cakap kami tak diendah. Pembangkang pula memang jembalang hangit, langsung tak respon pun cakap kami.

Memang cakap YB hebat dan tidak boleh dipandang ringan. Tapi yang berlaku sebaliknya. Celaka sungguh. Memang pun semua orang dengar tapi tak ada pun yang peduli. Kadang-kadang aku buat kenyataan sampai terbeliak biji mata, sampai naik urat leher namun tak siapa pun peduli. PM dan TPM macam dengan lagu sumbang. Aku dapat tahu dari kawan aku, kalau aku cakap dalam TV 1, orang bukan TV3. Kalau aku cakap di TV3, orang bukan Astro Ria. Aku cakap dalam Awani, mereka tengok cerita seram.

Aku kejutkan kenyataan di bangunan mulia sebagai bukti tak boleh bohong, aku cabar aku ada bukti. Tapi jadahnya aku dan kawan-kawan sudah jadi macam janda Benggali, macam kelambu Cina, macam kebun Melayu, macam basikal India. Tak sepatah pun terpakai.

Aku rasa senasib dengan kawan aku minggu lalu. Nak balik bukan tak berani, tapi aku nak sondol domoi kepada siapa, di mana?

Malam kelmarin dulu aku balik sengap-sengap. Aku telefon kawan baik aku. Dia jawab dia ada di kedai nasi kandar. Dia panggil aku datang. Ramai kawan-kawan lain ada, katanya. Bini aku jerkah sampai kepala tahi aku tersentot. "Buat apa sua domoi kepada orang yang tak berkenan dengan kita? Buat apa nak rengkuh sondol ke kawasan yang gerannya bukan nama kita? Nak ceramah? Ceramah apa, cuba cakap? Nak suruh orang undi siapa? BN? PAS? PKR? Alaaa, bukan itu caranya. Cakap boleh tapi cakap itu akan jadi 'kupang tembaga!" kata bini aku.

Aku cepat mencelah. "Bukan kupang tembaga, tapi janda Benggali!"
"Pulakkk!" bini terbeliak biji mata. Mata sampai juling macam bianglala senja. Tak cukup dengan itu, bini terkam ke dapur, ambil golok Cina, hambat aku.

"Nanti, abang bukan menikah dengan janda Benggali! Nak buat apa janda macam tu!"
"Haaa, tau pun. Macam itulah juga kita. Dah jadi macam kupang tembaga pun tak sedar lagi?"

Malam itu aku rasa macam bukan seorang YB. Tapi sebenarnya itulah YB. Bukanlah YB kalau tak takut bini, kata orang Tapi dalam takut-takut pun sempat juga menikah curi.

Kawan aku minggu lalu pernah menjawab dalam Parlimen bahawa dia (tentunya aku dan lain-lain juga) tak mau di tanya Allah di akhirat nanti tentang tanggung jawab. Sedapnya cakap.

Ertinya wahai sekelian yang menamakan kami ini, golok Cina, basikal India, janda Benggali, kebun Melayu, hendaklah ingat, kami juga ada tanggung jawab.

Demikianlah adanya. Yeeebabbbb!

Melayu Hilang Kuasa pada PRU13 - Harussani

Posted: 18 Jul 2010 01:04 AM PDT

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
utusanperak@utusan.com.my

IPOH - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya. "

Setiausaha Kerja AMK Pusat, Hasmuzair Hassan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalanraya

Posted: 18 Jul 2010 01:01 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

SG BULOH- Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.

Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan dan jatuh di jalanraya.

Butiran berkenaan lori termasuk nombor pletnya telah diberi kepada polis untuk siasatan lanjut.

Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tiga orang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun.

Allahyarham adalah anak keempat daripada 11 adik beradik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti.

"Arwah tidak pernah lekang dalam tugasnya, hingga tengah malam pun sanggup bekerja untuk parti," kata Nik Nazmi.

Fariz Musa, rakan karib arwah dan juga Timbalan Ketua AMK Pusat menyuarakan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Allahyarham yang lebih disenangi dengan panggilan Jack.

"Jack merupakan seorang rakan dan bapa yang begitu baik, tiada ganti kehilangan beliau," kata Fariz yang masih tidak dapat menerima kehilangan rakan yang dikenali beliau selama lebih sedekad.

Solat jenazah telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.

AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan.

Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611.

Al Fatihah.

Friends Of Pakatan Petanda Rakyat Malaysia Mahu Kerajaan Pusat Baru

Posted: 18 Jul 2010 12:57 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM - Sokongan memberangsang kepada penubuhan 'Friends of Pakatan' (FPR) di kotaraya London 4 Julai lalu membuktikan usaha melebarkan jaringan sokongan Pakatan Rakyat di terima baik rakyat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa terhadap perjuangan menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Majlis pelancaran yang diadakan Conway Hall di Holborn 4 Julai lalu telah menarik minat lebih 200 rakyat Malaysia dan warga tempatan yang melahirkan impian untuk mewujudkan kerajaan Pakatan Rakyat yang adil, demokratik dan telus.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilyah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Pengerusi Protem FPR, Brian Morais dalam ucapan aluan beliau berkata pembentukan Pakatan Rakyat menandakan permulaan satu era baru di mana rakyat mengambil kembali kuasa daripada golongan ahli politik Umno-BN yang gagal berkhidmat untuk rakyat.

Sambil merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia kemungkinan menjadi muflis pada tahun 2019 akibat hutang negara yang kini mencecah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Morais menyeru rakyat Malaysia agar kembali ke tanahair dan mengundi kerajaan baru yang bertanggungjawab sebelum terlambat.

"Antara agenda FPR ialah penubuhan tabung kempen pilihan raya Pakatan Rakyat, mengadakan penyelidikan mengenai perubahan dalam polisi bantuan, menggalakkan debat berkenaan penswastaan agensi kesihatan dan mewujudkan kaedah pengundian luar negara bagi rakyat Malaysia," tambah Morais lagi.

Penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyindir dengan menyatakan Malaysia sebenarnya idea dan moral.

"Malaysia telah bertukar kepada sebuah masyarakat yang mementingkan kebendaan, menara tertinggi, jambatan terpanjang dan hutang terbesar!" kata beliau.

RPK juga mencabar Umno-BN menaikkan gaji anggota polis sabagai satu cara membanteras rasuah yang telah menjadi budaya kehidupan di Malaysia.

"Kerajaan Umno-BN telah cuba untuk mencetuskan kembali peristiwa hitam 13 Mei 1969 di Kampung Baru dengan menembak penyokong Hindraf yang berarak dalam keadaan aman dengan gas pemedih mata pada tahun 2007.

"Masyarakat Melayu yang sebaliknya telah memberikan perlindungan kepada peserta Hindraf yang cedera dan ini membuktikan rakyat Malaysia telah bersatu sebagai bangsa Malaysia yang sebenar dan menunjukkan politik berkaum 'aparthied' ini perlu dihentikan," tegas beliau lagi.

Dr Tan pula menyentuh mengenai kewajipan menghapuskan politik wang dan menjanjikan ketelusan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kualiti pendidikan juga perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih tenaga pekerja yang berkelayakan, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu dibebaskan daripada belenggu politik Umno-BN," kata beliau.

Dalam ucapannya, Zaid berkata rakyat Malaysia perlu berkorban atas nama kebebasan jika mahu melepaskan diri dari belenggu rejim seperti kerajaan fasis Umno-BN yang kini berbuat sesuka hati tanpa menghiraukan kesannya kepada rakyat dan negara.

"Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan akan bersikap telus dan membuat perubahan kepada kerajaan, tetapi BN tak akan berbuat begitu kerana terdapat banyak isu yang mereka sembunyikan.

"Pilihan raya akan datang akan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat kerana, suara hati rakyat bersama kita," kata Zaid.

Dr Hatta berkata, dalam perjalanan beliau London dan semasa transit selama lima jam di Dubai, beliau sempat bertemu dengan 20 warga Malaysia dan berpeluang berbincang kemungkinan menubuhkan cabang FPR di Ghana.

"Walaupun PAS san DAP mempunyai beberapa percanggahan pendapat dan ideologi, tetapi kami sanggup mengorbankan perkara kecil bagi kebajikan dan perjuangan rakyat yang pada pendapat kami bersama, lebih penting. Maka ini hanya pengorbanan kecil untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Nurul Izzah menyatakan beliau gembira melihat semangat rakyat Malaysia di luar negara menuntut perubahan kerajaan pada PRU akan datang.

"Walaupun saya pada mulanya tidak disokong untuk melawat London kerana khuatir hanya akan merugikan sumber, tetapi saya bertekad atas kepercayaan warga Malaysia, tak kira di Malaysia mahupun yang berada di negeri orang, berhak mengetahui apa yang berlaku di megara sendiri dan dengan ini mampu membuat keputusan yang bijak.

"Selepas mendengar komen hadirin, saya percaya usaha saya hari ini tidak sia-sia. Saya juga ingin memohon, jika boleh kembali ke Malaysia dan buang undi anda pada pilihan raya akan datang," jelas Nurul Izzah.

Majlis diakhiri dengan sesi soaljawab yang penuh semangat berhubung isu dan politik semasa tanahair.

KDN Buang Masa Buat Laporan Polis Terhadap Suara Keadilan

Posted: 18 Jul 2010 12:46 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM- Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya menegaskan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kandungan sebahagian daripada surat yang diterimanya 2 Julai lalu sebagai membuang masa.

"Ini merupakan percubaan Kementerian Dalam Negeri untuk memberi tekanan kepada Parti Keadilan Rakyat. Kali ini melalui akhbar dan Ketua Pengarangnya," kata Latheefa ketika ditemui pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Beliau menemani pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berkenaan laporan yang dibuat oleh KDN 12 Julai lalu.

Dzulkarnain yang sepatutnya memberi keterangan di IPD Putrajaya Jumaat lepas tidak boleh berbuat demikian kerana menghadiri pertemuan pengarang akhbar Pakatan Rakyat di Ampang.

Beliau kemudiannya menerima notis arahan 111 di bawah Sekyen 112 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan berkenaan laporan tersebut yang dihantar ke pejabat Suara Keadilan 16 Julai lalu.

Latheefa memberitahu siasatan dijalankan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kata beliau soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar 'Keadilan' versi tidak berkala yang diterbitkan oleh Angkatan Muda KEADILAN.

Latheefa berkata Dzulkarnain diajukan kira-kira 25 soalan oleh pegawai penyiasat, ASP Rejali anak Angong beliau menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 (2) untuk tidak menjawab sebarang soalan.

"Persoalan yang mereka ingin tanya sebenarnya boleh didapati daripada kandungan surat, tanpa perlu memanggil kami untuk hadir memberi keterangan. Tindakan ini sebenarnya hanya membuang masa," kata Latheefa.

Beliau turut mempersoalkan definisi perkataan 'sulit' yang ditakrifkan oleh KDN sehingga dokumen tersebut boleh dianggap sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Jika menyiarkan surat yang tertera perkataan 'sulit' itu dianggap sebagai satu kesalahan, kita nak tahu juga bagaimana mereka akan dakwa kami dalam kes ini. Kita tunggu dan lihat," kata Latheefa

Nek Wook Mahu Anak

Posted: 18 Jul 2010 12:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Warga emas, Wook Kundur dan suami ke-23nya, Mohd Noor Che Musa, yang ditemukan semula Khamis lalu, berhasrat untuk terus mengecapi kebahagiaan rumah tangga dengan menambah ahli keluarga 'baru'.

Menerusi temubual telefon dengan The Star, Sabtu, Mohd Noor berkata, dia ingin memenuhi hasrat isterinya yang berusia 108 tahun itu untuk menimang cahaya mata.

"Kami cuba (mendapatkan anak) sebelum ini tetapi faktor usia menjadi penghalang.

"Jadi, kami mengambil keputusan mengambil anak angkat, jika boleh, bayi lelaki," tambah Mohd Noor, 38, yang baru dibebaskan daripada rawatan di pusat pemulihan dadah selama 18 bulan.



Mohd Noor gembira bertemu isterinya Wook Kundor selepas 18 bulan berpisah di Tanah Merah pada Jumaat.

Mohd Noor berkata, dia merasakan kehadiran anak kecil mampu menceriakan suasana di kediaman pasangan tersebut di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang itu.

"Kami berbincang tentang anak dan Nek Wook bersetuju yang kami perlu mengambil anak angkat secepat mungkin," tambahnya.

Katanya, dalam perjalanan pulang dari Pasir Mas, Kelantan, Sabtu, isterinya menunjukkan sebuah premis menjual sarung tangan dan produk bayi.

"Melihatkan perbuatannya itu, saya sedar yang dia betul-betul inginkan anak," ujarnya, menambah mereka ingin bayi yang sudah membesar kerana lebih mudah dijagai.

"Saya tidak mengharapkan isteri berlari ke sana ke mari pada usianya apabila saya perlu bekerja untuk memelihara keluarga," katanya.

Mohd Noor bagaimanapun berkata, mereka tidak mempunyai masalah menerima bayi yang baru lahir.

"Kami sanggup menerima bayi yang lahir luar nikah.

"Daripada anak itu dibuang, berilah kepada kami dan kami berjanji akan menjaganya," katanya yang sanggup mengadakan pertemuan tertutup dengan pasangan terbabit.

Wook Kundor sebelum ini enggan bercerita mengenai perkahwinan terdahulu dan anak-anak.

Apabila ditanya mengenai perpisahan selama berbulan-bulan bersama isterinya itu, Mohd Noor berkata, dia merindui Wook Kundor dan kesal atas tindakannya sebelum ini.

"Isteri meminta saya berhenti menghisap dadah tetapi ketika itu saya terlalu terjebak," katanya sambil menambah, kejadian itu menyebabkan dia mengabaikan Wook Kundor.

"Kini saya sudah berubah dan menghargai setiap saat bersama isteri," katanya lagi.

Jodoh pertemuan antara Wook Kundor dan suaminya yang jauh lebih muda, lima tahun lalu itu mencuri perhatian media seluruh dunia.

Pun begitu, Mohd Noor ditahan atas kesalahan penyalah gunaan dadah awal tahun lalu, mengakibatkan wanita itu terpaksa berpindah ke rumah saudaranya di Pasir Mas.

Setelah suaminya ditahan, Wook Kundor mengadu tentang kesunyian hidupnya tanpa insan tersayang di sisi.

Politik Melayu Kukuh Jika Umno Tukar Dasar - Nik Aziz

Posted: 18 Jul 2010 12:39 AM PDT

BERNAMA

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan Umno untuk menukar dasarnya kepada Islam.

"Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

"PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu," kata Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas isu perpaduan antara PAS dan Umno apabila baru-baru ini dilaporkan bersetuju untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara itu.

Namun Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata pertemuan itu bukan untuk membincangkan politik sebaliknya akan bertumpu kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat. -

Kaji Keperluan Sebelum Keluar Permit Import Telur, Ayam Dan Daging

Posted: 18 Jul 2010 12:36 AM PDT

BERNAMA

PADANG BESAR: Permit import bagi telur, ayam dan daging bagi musim perayaan hanya akan dikeluarkan jika kerajaan mendapati pengeluar dan penternak tempatan tidak berupaya memenuhi keperluan itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, Jabatan Veteriner akan diminta mengkaji keperluan dan menghubungi pengeluar dan penternak sebelum permit import dikeluarkan.

"Kita mahu pastikan pengeluar dan penternak tempatan mendapat keuntungan daripada kegiatan mereka dan sebab itu mereka perlu dirujuk sebelum pengeluaran permit," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di sini, Ahad.

Noh berkata, sebelum ini kerajaan pernah menawarkan permit import kepada 29 syarikat ternakan ayam namun tiada syarikat yang berminat untuk mengimportnya kerana mengusahakan sendiri ternakan ayam dan memasarkannya lebih menguntungkan.

Beliau juga berharap Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut memastikan bekalan beras dan pulut sentiasa mencukupi menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.

Sebelum itu, semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan itu, beliau berharap anggota Umno mengutamakan perpaduan parti dan mengurangkan pertelagahan yang merugikan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pertelagahan dalam parti akan menyebabkan Umno tidak dihargai dan dipinggirkan.

"Pengalaman Umno di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang amat memeritkan dan yang demikian Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menguasai negeri-negeri perlu berusaha mempertahankan kekuatan.

Cadangan Larry Sng Jadi Calon BN Tidak Boleh Diterima - PRS

Posted: 18 Jul 2010 12:31 AM PDT

BERNAMA

SIBU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan menerima cadangan agar bekas anggotanya Larry Sng Wei Shien menjadi calon Barisan Nasional (BN) secara langsung bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus pada pilihan raya negeri akan datang.

Ketua Penerangan parti Wilson Nyabong berkata ini kerana secara tradisinya kerusi Pelagus adalah milik PRS.

"Situasi terdahulu yang melibatkan kerusi DUN Belaga dan Parlimen Mambong berlaku kerana kedua-dua kerusi itu diminta oleh parti komponen BN yang lain. Tidak ada parti komponen BN yang minta bertanding di Pelagus," katanya kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai menolak khabar angin yang menyatakan Sng yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi itu menerusi cara tersebut.

Nyabong berkata PRS juga sudah mengenal pasti calon yang akan menggantikan Sng.

"Kami telah menjelaskan kepada pengundi di kawasan itu bahawa Larry bukan lagi anggota parti, justeru beliau tidak boleh mewakili mereka atau BN apabila penggalnya (sebagai Anggota Dun Pelagus) berakhir.

"Mereka, khususnya pengundi wanita memahami situasi itu dan menyatakan sokongan hanya kepada calon yang dipersetujui PRS dan BN," katanya.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini Sng masih wakil BN dan akan berkhidmat sebagai Menteri Muda sehingga DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Beliau berkata PRS juga tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak atau individu yang cuba menggugat kestabilan parti termasuk meletakkan calon bertanding menentang calon rasmi mereka khususnya bagi kerusi Pelagus dan Ngemah.

Katanya PRS kehilangan kerusi Ngemah pada pilihan raya negeri 2006 kerana sekumpulan anggota parti itu yang tidak berpuas hati telah membantu pihak lawan.

"Kami telah dapat mengatasi pelbagai masalah di dalam parti. Kami mahu menang dalam semua sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada kami pada pilihan raya negeri yang akan datang," katanya.

BN menghina institusi Parlimen

Posted: 17 Jul 2010 04:45 PM PDT

Oleh Dr Siti Mariah Mahmud

Pakatan Rakyat kesal pengumuman kenaikan harga minyak, gula dan gas cecair (LPG) dibuat tanpa melalui persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia adalah satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang baru berakhir semalam.

"Seharusnya isu ini dibahaskan terlebih dahulu sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat. Namun, agenda ini jelas melihatkan Barisan Nasional gentar untuk berhadapan dengan pembangkang sekiranya di bahaskan.

"Tindakan ini jelas membebankan rakyat dan me-nunjukkan kerajaan kini mengalami masalah kewangan yang kritikal sehingga terpaksa 'merompak' subsidi daripada rakyat,"

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Barang Naik, siapa yang menjadi mangsa ?

Posted: 17 Jul 2010 04:31 PM PDT

Oleh Suhaizan Bin Kaiat

Pada hari jumaat 15-Julai-2010, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol ron 95 sebanyak 5 sen, ron 97 mengikut harga pasaran(tiada subsidi diberikan),diesel sebanyak 5 sen, gula dinaikkan sebanyak 25 sen dan gas LPG dinaikkan sebanyak 10 sen bagi setiap sekilogram.

Kenaikkan barang 5 dalam 1 ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya.

Kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik.

Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal. Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya .

Kalau ada pun kawalan yang lemah ini, mungkin kerajaan hanya boleh kawal harga barang kawalan seperti minyak, beras, tepung dan lain-lain tetapi kerajaan tiada pun mekanisma untuk mengawal barang-barang bukan terkawal seperti ikan, sayur, sabun dan lain-lain.

Kerajaan dan pihak yang bersekutu dengannya sering menyerahkan kepada pengguna sendiri untuk mengawalnya. Mereka berkempen agar tidak memberi keperluan harian yang mahal ini.

Persoalannya mereka yang berpendapatan tinggi tidak terasa dengan kenaikan ini. Mereka yang terasa dengan kenaikkan ini adalah golongan berpendapatan rendah seperti buruh, pekebun kecil, peniaga kecil dan lain-lain lagi.

Golongan berpendapatan tinggi tidak kisah pun kenaikkan harga barang, mereka tetap akan membeli apa sahaja barang tetapi golongan berpendapatan rendah terus terhimpit dengan kenaikkan ini. Maka kempen memboikot barang-barang yang naik ini tidak akan berjaya sebab mereka semua tidak boleh disatukan.

Mengikut sejarahnya, tiada usaha pemboikotan kenaikkan harga barang selama ini yang berjaya pun. Maka mangsa kenaikkan harga barang yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah anak-anak dan keluarga yang berpendapatan rendah.

Selama ini golongan keluarga berpendapatan rendah dibandar-bandar khususnya telah pun mengikat perut untuk menghadapi zaman-zaman sukar ini. Gaji mereka tetap tidak naik. Keluarga mereka tetap bertambah. Mereka telah habis berusaha mengubah cara hidup cadangan Dato Seri Najib Tun Razak.

Walaupun Najib tidak mampu mengawal isterinya berbelanja tetapi rakyat terbanyak sudah tiada pilihan kecuali mengikat perut keluarga mereka. Jika sebelum ini perbelanjaan mereka telah depesit, maka setelah kenaikkan harga barang ini tentulah hutang mereka akan bertambah.

Apakah jalan penyelesaikan kepada masalah mereka? Bank tidak layan, jiran-jiran pun senasib dan keluarga pun tidak dapat membantu. Yang ada hanyalah "Along" yang boleh membantu 36 jam sehari. Maka "Along" lah pilihan mereka.

Oleh itu golongan yang paling gembira dan bertambah kaya dengan kenaikkan harga barang adalah "Along". Maknanya kerajaan secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan "Along". Kalau rakyat sudah terjebak dengan "Along" maka menderitalah seumur hidup selagi UMNO-Barisan Nasional dan "Along" masih berkuasa. Cara mudah menghadapi masalah "Along" adalah dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN).

Bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Memprotes Kenaikkan Harga Minyak( PROTES) yang akan bermesyuarat esok agar memberi fokus bantahan isu kenaikkan harga barangan keperluan ini kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa. PROTES tidak perlu memfokuskan kepada batahan kenaikkan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara kita , tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan.

Mungkin PROTES itu sendiri perlu di "rebranding" dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN).

Antara contoh tuntutannya adalah pertamanya mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah. Formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan.

Keduanya menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP).

Ketiganya sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%.

Keempatnya menambah perutukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menbiyayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya hapuskan rasuah sepenuhnya.

Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita.

Kaki robot untuk pesakit lumpuh

Posted: 17 Jul 2010 04:27 PM PDT

LAPORAN - Agensi


WELLINGTON -Dua penyelidik New Zealand mencipta kaki robot pertama di dunia yang akan membantu manusia lumpuh berjalan semula.

Kaki robot itu buat masa ini diuji oleh seorang pemuda, Hayden Allen berumur 23 tahun yang lumpuh lima tahun lalu kerana kemalangan motosikal di sini.

Menurut Allen, dia kini boleh berjalan dan berdiri apabila menggunakan kaki robot tersebut.

Dua penyelidik yang mencipta kaki robot itu dengan kos AS$7.1 juta (RM22.75 juta) ialah Richard Little dan Robert Irving yang merupakan jurutera Scotland tetapi telah berhijrah ke New Zealand pada 1990-an.

Mereka mendapat idea mencipta kaki robot seberat 38 kilogram itu tujuh tahun lalu berdasarkan ilham daripada filem Alien menerusi adegan aktres Sigourney Weaver memanjat dengan menggunakan satu sut robot bagi melawan makhluk asing.

Kaki robot yang diberi nama Rex dan dimajukan oleh syarikat bioteknologi Rex Bionics itu akan dijual AS$150,000 (RM480,674) di seluruh dunia tahun depan. - Agensi

Tiada ulasan: