Isnin, 5 Julai 2010

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Judi : Kenapa Masih lagi berleluasa ??

Posted: 05 Jul 2010 12:32 AM PDT

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 antara Jerman dan Argentina, malam kelmarin, dikatakan disertai paling ramai kaki judi sejak pertandingan itu bermula 11 Jun lalu dengan nilai pertaruhan mencecah lebih RM100 juta.


Perlawanan itu yang berkesudahan 4-0 memihak kepada Jerman juga dikatakan menyaksikan bookie mengaut keuntungan sehingga RM95 juta, berikutan hanya lima peratus pertaruhan diletakkan pada keputusan jaringan berkenaan.Sumber memberitahu Berita Harian, jumlah pertaruhan tertinggi itu berikutan penyertaan ramai kaki judi dari Singapura.Perlawanan Jerman dan Argentina memang ditunggu-tunggu kaki judi kerana masing-masing adalah gergasi bola sepak dunia, selain mempunyai rekod cemerlang dalam Piala Dunia. Ini yang mendorong mereka membuat pertaruhan, namun tidak meletak sasaran tinggi kerana menjangkakan persaingan sengit.


Namun, keputusan semalam (kelmarin) cukup mengejutkan, lebih-lebih bagi gergasi seperti Argentina yang sudah beberapa kali menjulang Piala Dunia. Ini menyebabkan ramai kaki judi mengalami kerugian besar, katanya.


Menurut sumber itu, kebanyakan kaki judi bertaruh atas Argentina untuk mencapai kemenangan 1-0 atau 2-1 ke atas Jerman, begitu juga sebaliknya.


Risikan Bukit Aman mendapati hanya lima peratus kaki judi membuat pertaruhan tepat dari segi jumlah gol, dengan perlawanan berpihak kepada Jerman. Ini menyebabkan 95 peratus lagi kaki judi, terutama yang bertaruh ke atas Argentina berputih mata.Dengan jumlah mencecah RM100 juta, kita yakin ramai bookie menjadi jutawan segera hasil daripada perlawanan itu, katanya.Dalam pada itu, polis berjaya menumpaskan sekurang-kurangnya tujuh lagi sindiket bola sepak, malam kelmarin, melalui Ops Soga.


Sementara itu, sumber berkata, tiga daripada tujuh orang kenamaan yang dikenal pasti dalang utama bookie Piala Dunia 2010, dipercayai masih berada dalam negara dan bersembunyi selepas kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

KENYATAAN DANGKAL ORANG YANG BUKAN ULAMA

Posted: 05 Jul 2010 12:21 AM PDT

Penyertaan 40 ulama muda sebagai ahli UMNO, baru-baru ini membuktikan golongan itu menolak ideologi Islam dibawa PAS, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.Beliau berkata, keputusan untuk menjadi ahli UMNO juga dibuat selepas kumpulan itu mengkaji dan meneliti peranan UMNO dalam menegakkan syiar Islam sejak negara mencapai kemerdekaan.Malah, kehadiran ilmuwan muda dalam UMNO mengetepikan tohmahan dilemparkan PAS terhadap UMNO selama ini.

Berdasarkan perbincangan dengan mereka (ilmuwan muda), kemasukan dalam UMNO adalah ikhlas untuk membantu UMNO dalam banyak isu agama diputarbelitkan pembangkang, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Baru-baru ini, 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.Ab Rauf menjelaskan, kemasukan kumpulan itu juga tanpa dijanjikan atau meminta sebarang jawatan, malah tidak diberi layanan istimewa.

Sumber : Berita Harian 

Tiada ulasan: