Kerabu Bersuara ® |
- Risiko Minum Air RO Atau Air Suling
- Gambar Terbaik Untuk Tatapan Najib Dan Rosmah
- Polis dapat kerjasama Interpol tangkap Raja Petra
- Zaid Ibrahim : Lakonan komedi ala P Ramlee
- Dekati secara peribadi pengundi luar bandar
- Untuk apa Umno perlukan penyertaan ulama?
- Hanya 40% Betul? Menunggu Jawapan Balas Dari RPK
- Jamil: Keruntuhan akhlak remaja jangan hanya salahkan ibu bapa
- Gaji pekerja bina istana negara telah dibayar
- Koleksi Gambar : Scenes of the launching of Friends of Pakatan Rakyat
- Pas selar tindakan batalkan permit Suara Keadilan
- Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
- Mike Tyson Tunaikan Ibadah Haji Tahun Ini
- Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?
- Bongkar! Gangster Ekonomi Yahudi Kini di Malaysia
- Tan Cabar Najib Dedah Laporan Kewangan Petronas
- Penjelasan dan kesal atas berita Bernama
- Pakatan Rakyat Tetap Tentang Kenaikan Tol Jambatan Pulau Pinang
- 23 Dalam Setiap Rakyat Sabah Miskin Di Bawah Umno-BN
- perhimpunan kempen anti judi di masjid negara
- Husam Musa Bertanya. Pemimpin UMNO Naik Heli ATM Untuk Rasmi Majlis UMNO
- Panglima TLDM sindir Zahid ...
- Hot! Raja Petra Bidas Balik Kenyataan Najib
| Risiko Minum Air RO Atau Air Suling Posted: 05 Jul 2010 08:25 AM PDT Risiko Minum Air RO atau Air Suling dalam Jangka Masa Panjang.Air RO dan air suling mungkin bersih daripada kotoran dan bendasing yang lain, namun menurut doktor, air tersebut dapat menjejaskan kesihatan individu yang bergantung sepenuhnya pada air tersebut dalam jangka waktu yang panjang. Mengapa? Menurut doktor, air RO dan air suling tidak mengandungi mineral seperti kalsium dan mangnesium yang amat yang diperlukan oleh badan. Pergantungan sepenuhnya pada air tersebut sudah tentu menjejaskan kesihatan peminumnya. Proses pembersihan air RO dan air suling bukan sahaja menghapuskan elemen negatif dalam air, namun proses tersebut turut menghapuskan mineral yang terkandung dalam air. Tuntasnya, air tanpa khasiat samalah seperti air "mati". [AO] MINUM suling dan reverse osmosis (RO) air untuk masa yang lama boleh merosakkan kesihatan anda, sehingga memberi amaran Dr Andy Sun, seorang doktor senior dari National Taiwan University Hospital. Di Brunei baru-baru ini untuk melakukan dua seminar kesihatan mengenai pencegahan kanser dan imunologi, Dr Ming mengambil cuti jadual sibuk untuk memberikan wawancara eksklusif dengan The Times Brunei, dengan topik bergulir sekitar high air. "Banyak orang mempunyai salah faham yang 'murni' air sangat sihat, tapi selain bersih, air tidak tepat yang sihat bagi tubuh manusia," kata Dr Ming Menurut Dr Sun, suling dan air RO adalah air pilihan buruk kerana mereka kekurangan mineral yang diperlukan badan manusia. Mineral dalam air, terutama kalsium dan ion magnesium, sangat penting bagi tubuh manusia dan dikenali untuk melindungi sistem badan daripada unsur-unsur berbahaya. Dr Ming berkomentar bahawa kajian sudah dilakukan lama oleh para saintis eks Kesatuan Soviet pada pelbagai jenis air, iaitu air dengan pelbagai peringkat "kekerasan". Untuk menjelaskan cukup, air dengan 100 miligram kalsium dan 100 miligram magnesium per liter akan memiliki kekerasan "" 200. Ujian dilakukan pada air dengan Kesadahan sifar (suling atau air RO), 50, 100, 250, 500, 1,000, dan hasilnya menunjukkan bahawa air sulingan atau RO adalah yang terburuk, diikuti dengan air sebuah "kekerasan" dari 1,000, 500 , kemudian 250. Dikatakan bahawa air dengan "kekerasan" daripada 150-200 yang terbaik bagi tubuh manusia. "Selepas tempoh panjang suling dan air minum RO, itu tidak hanya mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan satu, anda juga boleh diatasi dengan mudah kelelahan," kata Dr Ming "Proses pembuatan air 'murni' tidak jelas air unsur berbahaya, tetapi masalah itu juga membersihkan diri dari unsur-unsur kepada yang diperlukan tubuh kita." Ditanyakan pada apa penyelesaian jika ada orang yang telah ia biasanya hanya boleh minum air sulingan atau RO, Dr Ming menjawab bahawa orang-orang ini harus kontra masalah dengan mengambil multi-vitamin pil. "The pil vitamin should solve problem their, but sebaiknya, they still should try to drink water better. - Chua Guan Cheong |
| Gambar Terbaik Untuk Tatapan Najib Dan Rosmah Posted: 05 Jul 2010 08:00 AM PDT ![]() terbaik wok! nak percaya kat sapa lagi ni bang najib? artikel terkini ada kat bawah |
| Polis dapat kerjasama Interpol tangkap Raja Petra Posted: 05 Jul 2010 07:45 AM PDT Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin. "Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya. Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau. Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London. "Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari PKR itu sendiri," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR. Hari ini, ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pula bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. |
| Zaid Ibrahim : Lakonan komedi ala P Ramlee Posted: 05 Jul 2010 07:15 AM PDT Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil. Begitu jugalah Bala. Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa? Yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan saya dengan Raja Petra. Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya? Sebenarnya, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini. PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain. Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang. http://myzaidibrahim.wordpress.com/ |
| Dekati secara peribadi pengundi luar bandar Posted: 05 Jul 2010 07:00 AM PDT Oleh Abd Shukur Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 belum dapat dipastikan sama ada dalam tahun ini atau tahun depan, namun PAS sangat perlu menumpukan perhatian untuk menawan pengundi luar bandar, di samping pengundi bandar. Pemerhati politik melihat bahawa hingga kini gerak kerja PAS belum banyak dapat menawan pengundi luar bandar, walaupun usaha ke arah itu sudahpun diadakan dengan pelbagai cara. Menurut pemerhati politik itu lagi, pengundi bandar yang kelihatan kuat menyokong Pakatan Rakyat, khusunya PAS, namun itu belum cukup untuk memenuhi syarat bagi Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti. Oleh itu, hanya dengan sokongan kuat dari pengundi luar bandar membolehkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Dari fakta yang ada menunjukkan pegundi luar bandar, khususnya di kawasan Felda, masih didominasi oleh Umno/BN. Kemenangan PAS di dua Dun di Muar, Johor – Sungai Abong dan Maharani Johor – dalam PRU Ke-12 yang lalu, belum cukup menghantar isyarat bahawa PAS sudah dapat menawan pengundi luar bandar. Bagaimanapun ini adalah petunjuk awal tanda perubahan trend pengundian di luar bandar. Mestilah diakui, bahawa pengundi luar bandar, walaupun sudah ada beberapa perubahan seperti yang ditunjuk dalam PRU Ke-12 itu, namun luar bandar masih menjadi kubu Umno/BN dan ini nampaknya akan dipertahankan habis-habisan oleh parti yang berkuasa itu, memandangkan luar bandar adalah 'kubur terakhir' bagi mereka mempertahankan kuasa. Untuk mempertahankan ini, Umno/BN akan mencurahkan segala bentuk bantuan projek segera dan tidak segera, curahan wang, pelbagai kemudahan dan segalanya sehingga memberikan tanggapan kepada pengundi luar bandar itu bahawa kemudahan, bantuan dan layanan seperti ini tidak akan diperoleh oleh penduduk luar bandar kiranya BN kalah dalam pilihan raya nanti. Kebanyakan generasi lama di luar bandar, bahkan ada juga di kalangan generasi baru, percaya dengan andaian ini. Inilah sebenarnya cabaran yang berat dihadapi oleh Pakatan Rakyat, khusunya PAS, yang akar umbinya banyak berpusat di luar bandar, di samping kawasan bandar. Pengundi luar bandar kebanyakannya pekebun kecil, peneroka Felda, nelayan, peniaga kecil, kakitangan kerajaan peringkat daerah dan mukim, para pesara dan seumpamanya. Secara tradisi mereka melihat bahawa parti politik yang memerintah – sebagai tempat berlindung, mengadu masalah, memohon bantuan dan segalanya, disebabkan mereka mempunyai kuasa dan sumber kewangan. Ini diperkukuh lagi dengan nostalgia generasi tua yang membandingkan kehidupan masa lalu, di musim pemerintahan Jepun, sebelum merdeka yang begitu nsusah dibandingkan dengan keadaan masa kini yang dilihat mereka 'begitu selesa'. Bukan mudah untuk merobah pemikiran mereka seperti, kecuali dengan usaha sungguh-sungguh dan dengan mendekati mereka secara peribadi. Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pula mestilah menunjukkan contoh nyata bahawa pemerintahan mereka jauh lebih baik dari kerajaan BN dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Sementara itu, negeri yang terdapat banyak kawasan Felda seperti Johor, Pahang, Perak dan beberapa negeri lagi sewajarnya menjadi tumpuan PAS untuk menarik pengundi di sana ke arah pengundi PAS. Gerak kerja Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah badan NGO peneroka Felda, pimpinan Mazlan Aliman sudahpun melakukan kerja terbaik untuk menyedarkan peneroka Felda akan hak mereka dan membuat perubahan dalam pemikiran mereka. Saya tertarik dengan ucapan Mazlan Aliman dalam Muktamar Tahunan PAS di Putik, Kelantan Jun lalu supaya pendukung PAS mengadakan approach peribadi dengan peneroka Felda, ertinya, bertemu dan berbicara dengan mereka secara peribadi untuk menjalin hubungan dengan peneroka tersebut. Baginya, apabila kita mendekati peneroka secara peribadi, bertanyakan masalah mereka, menggauli mereka seperti keuarga sendiri, nescaya kita akan dapat menyelami pemikiran mereka lebih dekat dan di kala itu, secara bertahap dapalah kita merubah minda mereka untuk menyokong PAS/Pakatan Rakyat. Di samping kawasan Felda, PAS juga mestilah mendekati para nelayan dan petani, buruh kampung dan pesara untuk menyelami hati nurani mereka. Berbicara dalam bahasa yang difahami oleh mereka, mendekati mereka secara lunak, memberikan kefahaman akan erti hak mereka untuk mendapat kehidupan lebih baik jika mereka membuat perubahan dalam pilihan raya. Usaha ini tidak mudah dilakukan, tetapi inilah cabaran penting terhadap PAS yang mesti dihadapi. Dalam keadaan sekarang, PAS kawasan dan cawangan luar bandar memainkan peranan penting untuk menawan hati pengundi luar bandar. Gerakan kerja, pertolongan, akhlak pendukung PAS mestilah diperlihatkan dengan nyata bagi menawan hati pengundi luar bandar. Ringkasnya, dengan peribadi mereka yang baik, amanah, pemurah dan seumpamanya akan menjadi pemangkin dalam usaha menawan hati penduduk luar bandar untuk menyokong PAS. Kesimpulannya, dengan usaha ini dan dengan izin Allah s.w.t. usaha ini akan berjaya. |
| Untuk apa Umno perlukan penyertaan ulama? Posted: 05 Jul 2010 06:35 AM PDT oleh: Mat Zain Mat Isa Belum apa-apa lagi, kemasukan sekumpulan anak muda lulusan agama ke dalam Umno minggu lalu telah mencalitkan imej negatif kepada parti itu. Biar pun media arus perdana kroni Barisan Nasional (BN) sedaya mungkin cuba memanipulasi peristiwa itu bagi memberikan gambaran positif buat Umno, cerita dan ulasan mengenai detik dianggap bersejarah itu turut mempamerkan sebaliknya. Jumaat (25 Jun) lalu, kumpulan yang mendakwa mewakili 40 ulama muda itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada presiden parti, Dato' Seri Najib Razak. Menurut jurucakap kumpulan itu, penyertaan mereka bukan berlandaskan politik, tetapi lebih didorong sikap optimis terhadap ruang-ruang disediakan Umno untuk mereka menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan dalam parti sekular itu. Secara zahirnya kehadiran kumpulan anak muda itu dialu-alukan pelbagai peringkat dalam Umno. Bagaimana pun, disedari atau tidak, berita kemasukan mereka telah menyediakan modal dan ruang lebih luas buat parti lawan kembali menempelak Umno. Pertama, tidak sebagaimana diuar-uarkan sebegitu hebat sebelumnya, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak ikut serta bersama kumpulan tersebut. Meski pun beliau tetap diura-urakan bakal menjejaki kumpulan ini menyertai parti asabiyyah itu, Asri sendiri dalam reaksinya tetap menegaskan pendiriannya yang belum terfikir menyertai mana-mana parti politik. Biar pun kemasukan 40 ulama muda itu suatu kejutan buat Umno, ia sudah jadi anti-klimaks. Secara psikologinya Umno sudah kalah, imejnya yang sedikit melonjak dengan ura-ura kemasukan Asri beberapa hari sebelum itu kembali merudum. Berapa orangkah di antara mereka itu dianggap tokoh dan ilmuan Islam yang dikenali dan disegani masyarakat dan mampu dimanipulasi Umno untuk melonjakkan imej Islamnya? Kedua, kumpulan ulama muda itu juga secara tidak sengaja mengakui bahawa PAS dibanjiri para pemimpin dan pendokong dari kalangan ulama. Ditanya mengapa mereka tidak memilih untuk menyertai PAS, jurucakap kumpulan itu menjawab: "Dalam PAS sudah banyak ulama". Ketiga, hujah sama juga memberi makna sebaliknya, iaitu Umno masih ketandusan ulama dan agamawan. Kalau pun golongan itu ada dalam Umno, mereka macam tidak ada. Kehadiran mereka tidak dirasai atau tidak tertonjol. Mereka tidak diberikan kedudukan dan peranan penting dalam parti mahu pun kerajaan. Sebab itu anak muda ini memilih Umno. Barangkali mereka akui, ruang untuk kerja dakwah dan mendaulatkan Islam lebih banyak perlu dilakukan dalam Umno berbanding PAS. Sedangkan di dalam PAS, ruang untuk berdakwah sesama sendiri sudah dipenuhi ulama lebih berwibawa. Apakah Umno dapat membaca maksud tindakan mereka itu sebegitu? Kesimpulannya, kemasukan 40 ulama muda ke dalam Umno setakat ini gagal membawa kesan positif buat parti yang kelemasan itu. Bagaimana pun kita percaya Umno pastinya akan terus memanfaatkan kehadiran mereka. Paling tidak pun untuk mendakwa kesediaan ulama muda ini menyertai Umno membuktikan parti itu diiktiraf kalangan lulusan agama. Pengiktirafan itu penting terutama bagi mengikis pertikaian umat Islam berhubung pegangan dan perjuangan Umno terhadap agama. Di masa sama, ia diharap dapat menempelak PAS yang selama ini dianggap memboloti dasar dan perjuangan Islam. Bahawa kemasukan sekumpulan ulama muda ke dalam Umno membuktikan tidak semua golongan itu bersetuju dengan perjuangan PAS. "Sekarang ulama telah kembali kepada Umno. Kita akan beri peranan besar kepada mereka. Mereka ini semuanya berkelulusan tinggi," media memetik kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Seri Shahidan Kassim. Bekas Menteri Besar Perlis itu kelihatan selaku orang utama di sebalik kemasukan kumpulan ulama muda itu. Beliau jugalah yang mengura-urakan kemasukan Asri bersama 100 ulama sebelumnya. Janji Shahidan kononnya Umno bakal memberikan sesuatu yang istimewa kepada kumpulan ulama muda itu bagaimana pun seakan disanggah Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein. Beliau menegaskan Umno tidak akan meletakkan mana-mana golongan yang baru menyertai parti itu termasuk ulama pada kedudukan istimewa. "Tidak perlu (mereka ditempatkan di tempat istimewa), ia sama saja kerana dalam perjuangan Umno apa yang penting adalah pegangan nilai setiap ahli adalah sama. Tidak kira latar belakang agama atau cara dibesarkan, tiada beza," ujarnya sepertimana dipetik sebuah akhbar kroni Barisan Nasional (BN), Isnin lalu. Tidak syak lagi kenyataan Hishammuddin itu bukan kata alu-aluan yang enak buat kumpulan pendatang baru itu. Keadaan semakin tidak menjanjikan keselesaan buat mereka di dalam Umno, jauh sekali jika mengharapkan mereka ini mengubah dasar parti itu kepada lebih Islamik. Mereka ini cetek politik. Kenyataan bahawa kemasukan mereka bukan berlandaskan politik mendedahkan bahawa mereka terlalu mentah tentang asam garam manipulasi kuasa dalam Umno. Mereka belum faham betapa tanpa kedudukan politik, suara mereka tidak akan diterima pakai. Berdasarkan rekod sejarahnya, Umno tidak akan bersedia tunduk kepada saranan atau desakan ahlinya yang tidak menguasai akar umbi. Maka betapa pula sekumpulan pendatang baru ini? Paling tinggi pun, mereka akan hanya menjadi alat Umno untuk menghentam dan meremehkan PAS. Itu saja! |
| Hanya 40% Betul? Menunggu Jawapan Balas Dari RPK Posted: 05 Jul 2010 06:09 AM PDT Mukhriz: Hanya 40% tulisan Raja Petra benar KUALA LUMPUR, 5 Julai – Hanya separuh daripada kandungan rencana tulisan penulis blog yang melarikan diri ke luar negara Raja Petra Kamaruddin adalah berdasarkan fakta, manakala selebihnya sengaja ditokok tambah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berkata perkara itu diakui sendiri Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, dalam perjumpaan mereka beberapa tahun lepas. "Beberapa tahun lepas, saya bertanya kepadanya tentang beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya 'dari mana anda dapat fakta berkenaan' dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan Adventure Kayak Race (Akar) Jerlun di sini hari ini. Oleh itu, kata Mukriz, beliau membuat andaian bahawa rencana lain tulisan Raja Petra juga adalah sama tarafnya. Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata, beliau percaya penulis blog itu dibiayai sebuah dana atau yayasan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hubungan dengannya. "Sepanjang pengetahuan saya, berdasarkan cara hidup beliau, RPK seorang yang cukup simple, tapi apabila beliau mampu tinggal di pangsapuri di London selama beberapa bulan, tentu ada sumber yang membiayainya," kata beliau. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan. "Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya. Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau. Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London. "Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR. Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui portal berita Malaysia Today. – Bernama |
| Jamil: Keruntuhan akhlak remaja jangan hanya salahkan ibu bapa Posted: 05 Jul 2010 05:28 AM PDT NILAI, 5 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong cadangan supaya diadakan kempen mendidik remaja lelaki dan perempuan menjaga kesucian diri masing-masing sebelum berumah tangga. Katanya selama ini sudah banyak kempen dan seruan ditujukan kepada masyarakat secara umum dan adalah lebih baik jika diadakan satu kempen yang menjurus kepada golongan spesifik iaitu remaja dan pelajar sekolah. "Kita setuju kempen itu digerakkan, cuma kempen ini tidak boleh dihentikan begitu sahaja ia perlu melibatkan golongan agama," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah golf amal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di sini hari ini. Jamil Khir berkata bukan semua masalah keruntuhan akhlak remaja harus dipersalahkan kepada ibubapa kerana keluarga sudah melakukan yang terbaik. "Ada ibubapa yang telah menghantar dan mengambil anak mereka dari pintu pagar sekolah lagi tetapi masalah akan timbul dalam keadaan remaja mengambil tindakan sendiri ketika di luar kawalan ibubapa mereka," katanya. Beliau melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan kes hamil luar nikah dan pembuangan bayi tetapi masalah itu tidak harus diletakkan pada bahu ibubapa, guru atau pakar kaunseling sahaja. – Bernama |
| Gaji pekerja bina istana negara telah dibayar Posted: 05 Jul 2010 03:10 AM PDT MELAKA 5 Julai - Kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta, Kuala Lumpur telah membayar gaji pekerja asing yang terlibat dalam pembinaan istana itu. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang menyiasat dakwaan bahawa kontraktor tidak membayar gaji pekerja berkenaan. "Setakat hari ini, yang saya terima daripada CIDB, dia (CIDB) kata dari segi pembayaran, kontraktor telah membuat pembayaran, itu laporan terakhir yang saya terima," katanya. Pada 28 Jun lepas, Shaziman mengarahkan CIDB menyiasat dakwaan kontraktor tidak membayar tiga bulan gaji 1,000 pekerja yang terlibat dengan pembinaan Istana Negara seperti yang dilaporkan sebuah akhbar. Bagaimanapun, Shaziman berkata, sekiranya siasatan menunjukkan berlaku penyelewengan, kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya. "Tetapi setakat hari ini, laporan yang saya terima daripada CIDB menunjukkan ia berjalan mengikut aturan," katanya. - Bernama |
| Koleksi Gambar : Scenes of the launching of Friends of Pakatan Rakyat Posted: 04 Jul 2010 11:00 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Pas selar tindakan batalkan permit Suara Keadilan Posted: 04 Jul 2010 10:30 PM PDT SHAH ALAM, 3 Jul – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) menyelar tindakan kerajaan membatalkan permit akhbar Suara Keadilan dan turut membidas rancangan Felda menyaman RM200 juta berhubung satu laporan akhbar itu. ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad berkata laporan Suara Keadilan Bil.237 yang bertajuk 'Felda Bankrap" harus dibaca secara keseluruhan dan dilihat sebagai teguran untuk memperbetulkan Felda dan nasib peneroka yang ramai sedia-maklum bukan golongan berada. "Saya lihat dari segi undang-undang, Felda hendak saman Keadilan sebanyak RM200 juta, jadi apabila masuk ke mahkamah, lebih banyak perkara akan didedahkan, saya rasa Felda lupa bahawa ini adalah satu bahaya kepada dia juga. "Kita boleh minta dokumen-dokumen yang sebelum ini disimpan sulit, dengan adanya saman rasmi ini, semuanya akan didedahkan secara lebih terbuka," katanya. KDN telah menggantung akhbar PKR – Suara Keadilan berkuatkuasa pada 1 Julai kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat baru-baru ini tidak akan diperbaharui lagi. Felda juga menyerahkan surat saman kepada Suara Keadilan atas pendedahan akhbar itu pada 1 Julai lepas bersabit dakwaan salah urus wang badan itu.. "Dari segi penarikan permit Suara Keadilan, permit bagi Suara Keadilan, kalau betul-betul Suara Keadilan bersalah dakwa di mahkamah, selepas dakwa di mahkamah, kalau salah, baru tarik permit tetapi kenapa tidak ada siasatan terhadap Felda, kenapa terus tarik permit dan ini adalah bertentangan dengan demokrasi," katanya. |
| Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja Posted: 04 Jul 2010 10:00 PM PDT Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net ![]() Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu. Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab. Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya. Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya. Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja. Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah. JAWAPAN Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri. Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:- فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219) Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja ('Aqd al-'Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s. قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27) Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa. Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram. Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :- 1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya. Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah. 2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja. Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus. Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati. 3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit. Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama. Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain. Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan. Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan. KESIMPULAN Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah. Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif 'KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab 'curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 29 Jun 2010 Brunei Darus Salam |
| Mike Tyson Tunaikan Ibadah Haji Tahun Ini Posted: 04 Jul 2010 09:30 PM PDT ![]() Bekas juara tinju dunia Mike Tyson, yang masuk Islam sewaktu berada di penjara pada tahun 1990-an, dikhabarkan akan mengunjungi kota suci umat Islam Makkah dan Madinah pada musim haji akan datang, sebuah harian Saudi melaporkan pada hari Sabtu lepas (3/7). Tyson, yang pernah menjadi juara tinju dunia kelas heavyweight era tahun 1986-1990, tiba pada hari Jumaat di Madinah bersama dengan Asosiasi Dakwah Kanada untuk umrah, atau haji kecil, kata akhbar Okaz. Dari Madinah Tyson akan melakukan perjalanan ke Makkah dan juga merancang untuk mengunjungi kota-kota Saudi lain, seperti dilaporkan Okaz. Tyson (44 tahun), masuk Islam sewaktu menjalani hukuman penjara 10 tahun - kemudian diubah menjadi tiga tahun - kerana memperkosa seorang ratu kecantikan AS pada tahun 1991. Setelah keluar dari penjara dia cuba bertinju kembali, namun tidak pernah bierjaya merebut gelaran dan akhirnya mengakhiri karier tinju profesionalnya di tahun 2005. Januari lalu, dia ikut ambil bahagian dalam acara gusti WWE Raw pro di Amerika Syarikat. (fq/aby) |
| Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra? Posted: 04 Jul 2010 09:04 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz beliau ada bukti yang PKR telah memberi wang sebanyak RM500,000 kepada bloger Raja Petra Kamaruddin. Perkara itu juga turut diakui oleh Najib Razak hari ini. Cara isu pemberian wang itu didedahkan seolah-olah tindakan itu satu kesalahan. Baik Nazri maupun Najib seakan mahu mempengaruhi orang ramai supaya marah kepada Raja Petra dan PKR. Najib telah meminta pihak berkuasa menyiasat apakah tindakan itu satu kesalahan atau pun tidak. Kenapa begitu dangkal sekali pemahaman politik dan mengenai undang-undang negara ini oleh Nazri dan Najib. Apakah mereka sedar hakikat di sebalik itu cuma sengaja mahu mainkan perkara itu sebagai isu. Kalaulah benar dakwaan mereka itu apakah salah kalau PKR memberikan wang kepada Raja Petra untuk menguatkan partinya di samping memburukkan UBN. Tindakan ada adil. Dalam politik sekular apa juga urusan dihalalkan. Apakah Umno juga tidak berbuat perkara yang sama? Tidak pernah mengupah atau menggunakan apa-apa agensi atau perantaran untuk membantu mereka? Bolehkah Nazri atau Najib membuktikan bahawa UBN adalah sebuah badan siasah paling bersih? Kalau cara PKR memberi wang itu kepada Raja Petra (benar), bermakna cara UBN memberi kepada mana-mana pihak untuk mempertahankan parti berkenaan juga satu perbuatan salah. Kalau PKR dan Raja Petra minta dihukumkan maka orang yang memberi atau menerima dari pihak UBN juga kena dilaknat sama. Kalau tindakan PKR itu salah maka UBN juga harus mempersalahkan diri mereka juga. Saya rasa UBN tidaklah sebersih mana dan turut sama bergelumang dengan najis dan kebusukkan yang dikecam itu. Jadi kalau UBN juga membuat kerja yang sama kenapa harus dikutuk Raja Petra dan PKR. Bukankah tindakan sebegitu boleh double standard atau bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi tak nampak gajah di depan mata. Dalam hal ini saya rasa elok UBN melupai soal Raja Petra. Lagi disebut pelarian itu lagi terkenal. Apa yang baiknya UBN khasnya Umno menunjukkan pengajaran yang baik kepada rakyat. Umno kena pastikan bahawa rasuah tidak berlaku dalam parti berkenaan. Umno kena pastikan bahawa masalah kronisme dan nepotis tidak wujud. Dalam suasana Felda diserang bertalu-talu sebagai bangkrup, UBN wajar mengeluarkan bukti mengenai keadaan kewangan Felda kukuh dan projeknya berpotensi. Saya nampak persoalan yang ditimbulkan pihak pembangkang masih belum dijawab dengan tuntas. Felda hanya asyik mengerahkan peneroka yang tidak tahu apa benda mengenai Felda itu menunjuk perasaan mengutuk Suara Keadilan. Cara begitu tidak profesional dan menggambarkan pemikiran mereka yang menguruskan Felda dan melayan kerenah Suara Keadilan itu sama tarfnya dengan akhbar lidah rasmi PKR itu. Membina martabat diri sendiri lebih baik daripada memburukkan orang lain. Hari ini apa juga yang pemimpin Umno lemparkan kepada pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bukan mudah untuk rakyat menerimanya. Seperti mana Umno mempengaruhi rakyat mengatakan Anwar pembohong, agen Yahudi dan sebagainya, begitulah juga rakyat beranggapan kepada UBN dalam memburukkan Anwar itu juga sebagai pembohong. Keputusan pilihan raya umum lalu menyebabkan UBN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen membuktikan rakyat menolak UBN. Ada baiknya kalau UBN berusaha secara profesional mengembalikan kuasa itu. Berikan keyakinan kepada rakyat bahwa UBN lebih baik dari Pakatan Rakyat. Saya lihat akhir-akhir ini Najib sudah tidak dapat menahan sabar ikut sama bermain politik ala budak-budak Pakatan Rakyat. Misalnya Umno memperakui parti itu memperjuangkan Melayu, manakala parti lain meleburkan Melayu, nah Umno harus konsistennya dan perkuatkan semantat dan jiwa mereka mengenai Melayu. Mengukuhkan Melayu secara menyeluruh lebih afdal daripada Umno terus memburukkan pemimpin PKR. Rakyat hari ini sudah matang dan tidak mudah diperolok-olokkan lagi dengan retorika tidak bertunjang |
| Bongkar! Gangster Ekonomi Yahudi Kini di Malaysia Posted: 04 Jul 2010 08:31 PM PDT ![]() Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur. Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali. Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia. Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan. Penjenayah Ekonomi Antarabangsa Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspira si teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group. Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC). Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan, "It's good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market." Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika? Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire- billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa? Apakah penganalisis- penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs? Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes? Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud 'kekayaan' yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud 'Siapa Paling Berkuasa"? ![]() (Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika). Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang. Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabk an kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka. Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan- permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik. Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi. Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun. Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas. Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar. Kesimpulan Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah 'Rothschild' dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi. Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik. Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut; Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966) Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama. |
| Tan Cabar Najib Dedah Laporan Kewangan Petronas Posted: 04 Jul 2010 08:00 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM 5 Julai - Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mendedahkan segala akaun dan kewangan dengan telus syarikat Petroliam Nasional (Petronas) untuk tatapan rakyat Malaysia. Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat berkata walaupun Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang diurus secara baik dan profesional serta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada perbelanjaan tahunan kerajaan namun akuan serta laporan kewangan badan itu tidak pernah dibentangkan di dalam Parlimen. "Malah saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) pernah mendesak Menteri Kewangan II ketika itu untuk meneliti laporan kewangan Petronas tetapi jawapan lesu yang diberi beliau hanya menjaga Kementerian Kewangan manakala Petronas di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri. "Saya mahu bertanya kepada Perdana Menteri, Umno dan seluruh Kabinet, mengapa rakyat tidak boleh mengkaji dan meneliti laporan kewangan dan akuan Petronas? "Mengapa, mengapa, mengapa? Sebagai 'doktor cucuk' hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat sekiranya kerajaan tidak berani bentangkan laporan kewangan dan skrutini rakyat Petronas iaitu kerajaan mempunyai banyak rahsia besar mengenai akaun Petronas yang mahu disembunyikan," kata Dr Tan dalam komentarnya mengenai badan itu kepada Suara Keadilan. Tambah beliau keadaan ini tidak boleh diterima langsung. Beliau juga memceritakan bagaimana seorang bekas pengurus yang mempunyai pengalaman bekerja selama 30 tahun dengan Petronas berkata sekiranya beliau mendedahkan betapa dahsyatnya penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik Umno-Barisan Nasional ia akan memberikan sesiapa juga yang mendengarnya serangan jantung! Dr Tan juga mempersoalkan amalan sekian lama Petronas yang menggunakan pemegang opsyen atau orang tengah untuk menjual minyak mentah yang dikeluarannya sama di dalam atau luar negara dan tidak secara terus kepada pasaran terbuka. "Sekira ini benar saya ingin bertanya kepada Petronas mengapa tidak jual secara terus kepada pasaran terbuka? "Saya difahamkan Petronas dipaksa menjual kepada pemegang opsyen ini pada harga yang amat rendah melalui ikatan kontrak untuk tempoh yang panjang. "Umpamanya kontrak menyatakan Petronas perlu menjual minyak mentah pada harga US$40 satu tong sementara harga pasaran dunia kini ialah US$75 satu tong. Jadi pemegang opseyen membuat untung sebanyak US$35 satu tong dan Petronas akhirnya mendapat keuntungan yang kecil. Bayangkan sekiranya harga minyak mentah dunia melambung kepada US$100 satu tong. Pada harga ini kadar komisyennya sudah tentu meningkat dan lebih baik daripada apa yang dibayar kerajaan untuk membeli dua kapal selam Perancis. Inilah cara bagaimana negara kehilangan wang setiap hari!," tegas beliau lagi. Dr Tan juga mahu Pengerusi Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas menjawab beberapa soalan beliau: 1. Adakah benar Petronas mengamalkan sistem menggunakan pemegang opsyen untuk menjual minyak mentah? 2. Sekiranya benar, mengapa perlu menggunakan pemegang opsyen bila mana Petronas sendiri boleh menjualnya? 3. Senaraikan pemegang opsyen sedia ada dan beri butiran mengenai jumlah minyak mentah yang telah dijual dan berapa lamakah sistem ini telah berjalan? |
| Penjelasan dan kesal atas berita Bernama Posted: 04 Jul 2010 07:42 PM PDT Nik Abdul Aziz Nik Mat Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk "Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan" dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya. Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star. Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu "Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar." Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan. Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya. Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah: "Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku. "Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan. "Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti. Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah. Sekian, wassalam. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Tarikh: 21 Rejab 1431/4 Julai 2010. |
| Pakatan Rakyat Tetap Tentang Kenaikan Tol Jambatan Pulau Pinang Posted: 04 Jul 2010 07:30 PM PDT Oleh Nazar Hashim PULAU PINANG 5 Julai - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian yang telah dibuat oleh kerajaan negeri menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang seperti mana yang dilaporkan sebelum ini daripada RM7 kepada RM9.40 iaitu kenaikan 34 peratus mulai 2013. Menurut Guan Eng sebagai sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap beban yang bakal ditanggung, kenaikan harga tol jambatan tersebut harus ditentang dan dibantah kerana ia menyusahkan kehidupan lebih 1.5 juta rakyat Pulau Pinang. "Namun begitu kita kesal dengan penangguhan mesyuarat yang sepatutnya diadakan setelah tidak ada seorang pun daripada pemimpin Barisan Nasional yang diundang untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu tol Jambatan Pulau Pinang ini hadir. "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Umno Pulau Pinang dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain manakala Presiden Gerakan yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak hadir seperti mana yang dinyatakan oleh media. "Apabila mereka sendiri tidak hadir setelah jemputan diberikan secara rasmi, maka ini membuktikan pemimpin BN tidak mempedulikan kesukaran dan beban yang ditanggung oleh rakyat negera ini. Mereka sepatutnya memberi keutamaan dalam isu yang melibatkan rakyat negeri ini. "Kerajaan Negeri akan tetap menentang kenaikan tol Jambatan Pulau Pinang. Wakil BN negeri hanya berani bersuara di hadapan media sahaja dalam isu membantah kenaikan harga tol Jambatan Pulau Pinang ini. Mereka tidak berani untuk mengatakan perkara yang sama kepada Kerajaan Pusat. Ini membuktikan mereka mengamalkan sikap talam dua muka," kata Guan Eng setelah menanti selama setengah jam kehadiran wakil dan pemimpin BN sebelum membatalkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan di pejabat beliau di Komtar semalam. |
| 23 Dalam Setiap Rakyat Sabah Miskin Di Bawah Umno-BN Posted: 04 Jul 2010 07:00 PM PDT Oleh Frederick Luccas PETALING JAYA 5 Julai - Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membidas kerajaan Umno-Barisan Nasional atas kegagalan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat sabah semasa pilihan raya dan juga mengotakan perjanjian yang dibuat semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Berucap pada forum 'Kemelaratan Rakyat Sabah di Lembah Klang'di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya semalam, Dr Hiew berkata rakyat Sabah terutamanya kaum belia terpaksa berhijrah keluar dari Sabah untuk mencari pekerjaan ke Semenanjung, Singapura dan negara lain kerana faktor kemiskinan yang amat tinggi dan kemasukan warga asing yang menawarkan tenaga kerja murah. "Sabah satu masa dahulu amat kaya dan rakyat tidak pernah risau berkenaan kerja dan sebagainya tetapi kini sejak kerajaan Umno-BN mentadbir, Sabah telah menjadi negeri termiskin di Malaysia dengan kadar kemiskinan 23.4 peratus. Itu maksudnya dalam setiap 100 warga Sabah, 23 daripadanya berada di bawah garis kemiskinan. "Dalam satu lawatan baru-baru ini ke perkampungan di Tambunan, Keningau, Ranau, Kudat, dan Pitas, kebanyakan masyarakat tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna. Hanya sebuah pondok setiap keluarga dengan aktiviti utama ialah menanam padi, sayuran untuk kegunaan sendiri dan menangkap ikan-ikan kecil di sungai," kata beliau. Tambah Dr Hiew lagi, sebagai warga Sabah dan rakyat Malaysia yang prihatin, tindakan dalam bentuk apa sekalipun perlu diambil bagi membantu masyarakat Sabah dan meningkatkan sosio-ekonomi Sabah. "Kita sudah beri peluang kepada BN tetapi dia tidak membuat apa-apa, Pakatan Rakyat membantu sedaya secara ikhlas. Pakatan Rakyat mahu membantu, kita patut berikan sokongan kita demi Sabah. Kita perlukan satu perubahan, kita perlu selamatkan Sabah dan seterusnya Malaysia," tegas beliau lagi kepada lebih 300 hadirin pada forum itu. |
| perhimpunan kempen anti judi di masjid negara Posted: 04 Jul 2010 06:30 PM PDT Salam Palestin, Saya bertuah kerana dapat turut sama menyertai perhimpunan kempen anti judi – semua jenis judi – bersama ribuan rakyat Malaysia terutama anak – anak muda di perkarangan Masjid Negara petang semalam anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang disertai oleh lebih 60 NGO dan parti – parti politik negara. Hampir 10 orang pimpinan diketuai cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, selaku pengerusi GMJ dan ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, ketua pemuda PAS Pusat telah memberikan ucapan penuh semangat yang menggambarkan kehendak dan rasa hati rakyat Malaysia pelbagai kaum dan ugama yang mahukan kerajaan bertegas mengharamkan industri judi yang telah merencatkan, malah menjahanamkan pembangunan negara dan keharmoniannya. Antara yang menyentuh hati saya ialah ucapan ringkas saudara Suhaizan Kaiat, setiausaha GMJ yang menyifatkan perhimpunan tersebut adalah impian yang ditunggu – tunggu oleh para isteri dan anak – anak yang menjadi mangsa pukulan, belasahan dan deraan para suami dan ayah yang ketagihan judi yang menjadikan mereka sebagai mangsa melepaskan kekecewaan dan kegilaan berjudi. Judi adalah najis. Najis adalah tahi, tegas Ustaz Norazli Taliban yang mengikat katanya dengan ayat al Quran yang menamakan arak, judi dan semua aktiviti menikam nasib sebagai najis yang menjadi lubang besar tempat syaitan berkubang. Adalah memalukan kita umat Islam yang terpaksa melancarkan kempen khas dan bersungguh – sungguh semata – mata untuk mengajak rakyat, apa lagi kerajaan sendiri daripada bermain – main dengan tahi. Kerajaan yang menganjurkan dan membenarkan judi adalah kerajaan tahi! Semua tahu bahawa selain judi, dadah, arak, zina dan riba adalah aktiviti yang menjahanamkan negara dan masyarakat. Tiada siapa yang enggan mengakuinya kecuali dia adalah bebal, degil dan iblisi otak dan akalnya. Kerajaan kita turut mengakui hakikat ini. Malangnya hanya tindakan yang memisahkan mereka daripada kehendak dan kemahuan rakyat yang lebih ikhlas dan tekad. Dadah dan arak merosakkan akal. Judi dan riba merosakkan harta, manakala zina merosakkan keturunan dan maruah manusia. Daripadanya nyawa, malah ugama akan melayang. Agama Islam diturunkan dengan hukum syariah yang berperanan untuk menjaga kemaslahatan ugama, nyawa, akal, harta, maruah dan keturunan. Syariah Islam menjadikan segala aktiviti buruk di atas sebagai kepala – kepala maksiat yang berperanan besar meruntuhkan kemanusian dan ugama. Anda harus bertanya, mengapa kerajaan hanya mampu mengisytiharkan dadah sebagai najis? Kemudian mengisytiharkannya sebagai musuh nombor 1 negara ini? Tidakkah arak juga membunuh sebagaimana dadah? Begitu juga judi, zina dan riba. Kemalangan dan kematian di jalan raya berkait rapat dengan pengambilan alkohol? Bunuh diri disebabkan gagal berjudi? Bunuh bayi disebabkan zina? Pembunuhan tragis oleh along disebabkan riba yang bertambunan?? Tidakkah semua itu adalah isu dan gejala buruk yang sedang menghantui negara yang sukar dibendung? Mengapa kerajaan hanya membeliak mata melihat dadah, tetapi memejam rapat dan membuta terhadap arak, judi, zina dan riba? Mari menilai dan meneliti 3 faktor di bawah, lalu anda akan tahu mengapa rantaian nifaq dan sifat talam dua muka sedang membelit penyelesaian penuh pembohongan oleh kerajaan kita; Pertama, kerana dadah telah dinafikan daripada menjadi hasil mahsul negara oleh masyarakat antarabangsa. Seluruh dunia menerima bahawa aktiviti dadah besar – besaran mampu mencabar dan memporak perandakan kerajaan yang memerintah, bukan akan membantu menguatkannya. Justeru mengharamkan dadah adalah untuk menyelamatkan pemerintah semasa di peringkat yang pertama berbanding untuk menyelamatkan rakyat. Hanya slogan yang dipilih bahawa ia adalah musuh nombor 1 rakyat, walaupun hakikatnya ia adalah musuh nombor 1 pemerintah semasa! Sama seperti komunis dulu. Ia dicanang sebagai musuh rakyat. Benar, tetapi yang lebih benar, ia adalah musuh pemerintah semasa yang takut digulingkan. Maka komunis dicincang sehancurnya. Kerajaan selamat daripada komunis, manakala rakyat kekal tidak selamat di bawah kerajaan yang semakin berkuku besi. Samalah juga halnya Pakatan Rakyat yang sedang mendekati Putra jaya hari ini. Ia cuba dijadikan musuh utama rakyat, kalaulah mereka mampu. Malangnya rakyat semakin bersama Pakatan Rakyat. Mereka gagal meyakinkan rakyat. Justeru kuku mereka mula menumpul dan sukar sekali diasah menjadi tajam. Adapun arak, judi, zina dan riba maka ia adalah sebaliknya. Hasil mahsulnyanya adalah sah ddan iterima masyarakat antarabangsa hari ini kerana begitulah dorongan seluruh kerajaan dunia yang memerintah. Kehasilannya tidak menggugat negara malah dengannya mereka menjajah ranyat dan mencandui mereka agar lalai dan bergantung kepada kerajaan yang memerintah. Kotornya industri arak, zina, judi dan riba sedikitpun tidak mampu dikekang. Mengapa? Kerana kerajaan sendiri yang menjaga dan menyuburkannya. Jika begitu, bagaimana suara kecil rakyat yang sedar dan insaf mampu didengari? Kedua, kerana dadah bukan makanan dan kebanggaan orang – orang kaya, ternama dan pencatur politik di dalam negara. Dadah adalah makanan orang yang putus asa, malas dan paling melata di kalangan golongan miskin. Bahkan ia adalah senjata untuk membunuh rakyat. Adapun arak, riba, judi dan perempuan, ia adalah lambang kebanggaan, kebesaran dan kedudukan golongan ternama dan VIP dunia. Lihat saja arak yang mahal – mahal terhidang di majlis – majlis keegoan. Apatah wanita – wanita penjamu nafsu serakah golongan atasan. Industri judi dikuasai golonga kaya dan berhati binatang manakala riba terus melata mengangkat golongan kapitalis memeras dan memerah peluh dan air mata rakyat marhain. Justeru bagaimana anda boleh membayangkan kerajaan mampu membendung dan menyekat industri buruk ini sedang mereka terpaksa berdepan golongan kaya yang telah mengangkat mereka untuk menaiki takhta pemerintahan. Atau lebih sinis, bagaimana dibayangkan kerajaan mampu mengharamkan industri buruk ini sedang mereka terpaksa melawan kehendak mereka sendiri? Tidakkah kerajaan seluruh dunia hari ini adalah kerajaaan syirik yang menyembah nafsu dan manusia sendiri? Paling menakjubkan adalah faktor yang ketiga! Dadah tiada dalam al Quran sedangkan judi, arak, riba dan zina disebut terang – terangan di dalamnya. Apa yang tidak disebut di dalam al Quran, ia menjadi begitu penting dan besar! Apa yang disebut secara jelas di dalamnya, maka ia menjadi tidak penting pula! Bayangkan bagaimana apabila manusia bermain di kubang syaitan, mereka dibutakan, dipekakkan dan dibengangkan daripada melihat al Quran walaupun mereka membacanya. Nah, anda lihat kerajaan kita menamakan dadah sebagai najis sedang Allah menamakan arak dan judi sebagai najis. Arak masih menjadi minuman hidangan kerajaan di dalam penerbangan MAS untuk rakyatnya! Sungguh menyayatkan.. Lihat bagaimana syaitan iblis menterbalikkan kefahaman hamba – hambanya untuk terus membelakangi al Quran. Ingat, hanya manusia yang beriman akan kekal beriman bahawa apa yang besar di sisi Allah maka besarlah ia di sisi mereka. Begitulah sebaliknya. Setelah anda memahami fakta di atas bahawa penyelesaian yang dicari untuk menyekat industri dan budaya berjudi ( juga arak, zina dan riba ) adalah buntu, bersifat nifaq, olok – olok dan hanyalah tarik tali kerajaan untuk mengabui mata rakyat sedangkan mereka tidak dapat tidak kecuali mempertahankannya demi survival mereka sendiri, sekarang mari saya tunjukkan anda kepada sesuatu yang lebih mengakar dan mendasar dalam memahami kemelut penyelesaian di atas. Hasilnya anda akan melihat satu penyelesaian yang tuntas dan berisi sekali. Senjata utama syaitan adalah putus asa. Apabila putus asa menerobos masuk ke dalam jiwa anak Adam, maka syaitan akan berpesta sakan kerana dengannya segala kejahatan akan menerpa masuk dan memunahkan iman. Bunuh diri adalah kemuncak putus asa. Manusia dimomok dirinya adalah sial, hina dan tiada lagi harga dan nilai, lalu ia membunuh diri sendiri. Bunuh diri adalah semudah cara syaitan menghantar manusia ke lubang neraka dan kemurkaan Allah. Bagaimana Allah boleh memaafkan orang yang langsung tidak mengerti penciptaan agung dan hebatNya terhadap makhluk bernama mausia? Putus asa seterusnya adalah putus asa terhadap rahmat Allah. Syaitan mendorong manusia untuk merasai kedagangan diri dan jauhnya mereka daripada Allah dan rahmatNya. Lalu hilang daripada mereka kehadiran rahmat, taubat, keampunan dan cinta Allah. Hasilnya mereka putus asa untuk kembali kepada Allah. Terbentanglah sebab – sebab remeh dan memalukan yang disusun untuk menjadi alasan untuk tidak kembali kepada Allah. Tanya mereka, mengapa enggan masuk Islam? Perhatikan jawaban mereka; 1) Tak boleh makan babi, sedangkan Allah hidangkan mereka ribuan lagi yang boleh dimakan! 2) Enggan bertudung, sedangkan bertudung hanyalah pakaian tambahan terhadap apa yang mereka telah pakai! Bukan kelambu, saji, bakul dan kesusahan yang perlu dipikul tanggung! 3) Payah solat 5 waktu, sedangkan mereka masih ada 23 jam lagi untuk meneruskan kehidupan dan banyak lagi kepayahan yang lebih besar yang sanggup pula mereka lakukan. 4) Umat Islam sendiri pemalas dan jahat, sedangkan kejahatan mereka itu takkan mampu mengambus kebaikan dan tuah syahadah yang dia lafazkan. Juga, kejahatan wujud di mana – mana di dunia ini, bukan hanya berlegar di kalangan umat Islam sahaja. Juga, mengapa memandang kepada keburukan jelata, sedang Islam dipenuhi contoh – contoh penganutnya yang berakhlak mulia melampaui keajaiban di kalangan ulama dan ilmuannya! Setelah anda memahami penyakit putus asa sepintas di atas, mari saya tunjukkan bagaimana tindakan, atau katakan penyelesaian yang dicanangkan kerajaan Malaysia untuk membendung kejahatan judi, juga zina, arak dan riba hanya bersifat syaitani yang menghulurkan talian putus asa di hati sanubari pemerintah hari ini. Mereka hilang keyakinan dan putus asa untuk mengharamkan barah – barah tersebut kerana takut: 1) Hilang punca pendapatan. 2) Hilang sokongan dunia kuffar. 3) Hilang kekuatan diri dan sokongan orang – orang kaya. 4) Dianggap tidak bertamadun. 5) Dilabel fundamentalis atau pengganas. Itulah otak dan idea syaitan! Tidakkah Allah menjanjikan kekayaanyang melimpah ruah buat penegak amar makruf nahi mungkar? Tidakkah Allah menjanjikan sokonganNya sendiri dan juga sokongan orang – orang mukmin yang setia? Tidakkah dengan bersam Allah diri menjadi kuat manakala orang – orang miskin pula akan menjadi bala tentera yang setia membela? Tidakkah Islamlah yang memperkenalkan dunia ini dengan tamadun baru yang bersih, indah dan harmoni? Dan tidakkah menjadi agamawan itu indah dan menjadi impian setiap manusia beriman? Ertinya syaitan menguasai suasana dan menjerat pemerintah untuk takut bertindak melalui terhakisnya keyakinan untuk kembali kepada Allah dan rahmatNya. Sebenarnya selain dadah, arak, judi, riba dan zina dikira sebagai barah negara, anda perlu faham bahawa pemerintah juga adalah barah negara. Virus bawaannya adalah jenis HIV yang merosakkan sistem kekuatan diri umat Islam yang menjadikan mereka putus asa dengan rahmat Allah. Tulisan ini berhasrat untuk memahamkan anda bahawa musuh utama kita adalah sifat putus asa. Oleh kerana pemerintah itulah yang menjaja penyelesaian yang diuntai tali putus asa, maka pemerintahlah musuh utama negara. Oleh kerana pemerintah itu UMNO, maka UMNOlah musuh utama negara. Ia bermaksud musuh nombor 1 negara adalah UMNO. Bukan dadah, bukan arak, bukan jud dan bukan riba. Itu semua hanyalah kerosakan daripada sel - sel kanser yang telah rosak kromosom dan DNAnya. UMNOlah penyebabnya yang mencetus suasana kotor yang merosakkan sel – sel sihat kehidupan rakyat Malaysia. Ketika kempen anti judi dilancarkan oleh GMJ, haruslah difahamkan hakikat bahawa ianya adalah peperangan yang besar melawan establishment yang tidak mungkin berjaya kecuali jika ianya digerakkan bermula dengan menggegar umbinya yang didalang pemerintahan UMNO. http://nikabduh.wordpress.com/2010/07/04/perhimpunan-kempen-anti-judi-di-masjid-negara/ |
| Husam Musa Bertanya. Pemimpin UMNO Naik Heli ATM Untuk Rasmi Majlis UMNO Posted: 04 Jul 2010 06:00 PM PDT Husam Musa kenapakah pada 3hb Julai 2010 Timbalan Menteri Pertahanan telah menggunakan pesawat Agusta milik TUDM untuk tujuan perasmian suatu majlis Umno di Mersing? Kenapakah aset ATM disalahgunakan untuk penetingan kerja-kerja parti? Atau Kerajaan BN sekarang sudah tidak boleh membezakan mana satu aset parti dan mana satu aset Kerajaan, teruta...manya aset Angkatan Tentera? |
| Panglima TLDM sindir Zahid ... Posted: 04 Jul 2010 05:43 PM PDT TLDM Sedia Cadangkan Pembatalan Kontrak Syarikat Jika Sebar Maklumat LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan teragak-agak mencadangkan pembatalan kontrak mana-mana syarikat atau pengambilan tindakan undang-undang berikutan terdapat trend penyebaran maklumat berdarjah negara, termasuk kesiagaan aset strategik kepada pihak yang tidak berkenaan. Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata maklumat berkaitan kapal selam juga sengaja dimanipulasi atas dasar keterbukaan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan perhatian umum dan kepentingan tertentu. [Siapa lagi kalau bukan Zahid menembak kaki BN untuk malukan Najib?] "Ingin saya tegaskan di sini bahawa sebarang kebocoran maklumat mengenai status kesiagaan aset TLDM sama ada melalui kelemahan sistem pengurusan maklumat mahupun disebabkan oleh mana-mana individu, institusi kerajaan atau syarikat yang berurusan dengan TLDM boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi negara," katanya. [Sila siasat dan kenakan tindakan terhadap Zahid.] Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan kepulangan kapal selam kedua negara Kapal Diraja (KD) Tun Razak di Pangkalan TLDM di sini. Sambutan KD Tun Razak yang itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa sementara Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM turut menaiki kapal selam itu dari Langkawi, Kedah. Beliau juga berkata sebagai negara pengendali kapal selam, segala aspek keselamatan terutama nyawa anak-anak kapal sentiasa diutamakan di mana pengoperasian yang selamat dan senggaraan yang ketat perlu dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi. Abdul Aziz berkata kerosakan walaupun kecil tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh disamakan dengan kerosakan biasa aset permukaan. "TLDM akan sentiasa memastikan aspek keselamatan ini diberi keutamaan pada sebilangan masa kerana prosedur yang ketat adalah tunjang kepada kejayaan pengendalian kapal selam," katanya. Mengenai KD Tun Razak yang tiba di sini, beliau berkata kapal selam kedua negara itu berjaya melaksanakan 85 peratus selaman iaitu 40 hari daripada 47 hari berada di laut. "Secara keseluruhannya, KD Tun Razak telah berjaya mengharungi pelayaran selama 64 hari dan perjalanan sejauh 7,283 batu nautika atau 13,488 kilometer merentasi Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Aden, Laut Arab, Lautan Hindi dan akhir sekali Selat Melaka," katanya. Beliau berkata kejayaan itu tidak banyak dikongsi oleh sesetengah negara pengendali kapal selam kerana mereka membawa pulang kapal selam dengan menggunakan perkhidmatan kargo. - BERNAMA http://anti-zahid.blogspot.com/2010/07/panglima-tldm-sindir-zahid.html |
| Hot! Raja Petra Bidas Balik Kenyataan Najib Posted: 04 Jul 2010 05:00 PM PDT 'Kalau begitu, siapa harus kita percaya', Raja Petra tanya Najib Oleh Shannon Teoh LONDON, 5 Julai — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini. Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti. "Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?" kata beliau ketik ditemui di sini, semalam. Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing. "Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia)," katanya lagi. Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu. Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, "saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka." Kata Raja Petra, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu. Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam, Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra yang kini berada di London. Malah menurut Najib yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Pekan, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan. "Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik... jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," kata Najib lagi. Sehari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nazri berkata bukti yang menunjukkan parti pembangkang itu membiayai pengendali blog itu sedang disiasat. "Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar kepada Raja Petra. Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000 RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu," kata Nazri. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara ® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan