Tukar Tiub |
- SATU PANDANGAN TENTANG EKONOMI
- CUKONG BARU SEDAR
- SILA GUNAKAN BAHASA CANADA
- AGENDA BARU DARI MENANTU AYAH
- PELIK MENTERI NEGARA KAPIR
- APA DIA ZIONISMA
- KUASA DAN PENGUAT KUASA
- KESAH PAGI SENIN
| SATU PANDANGAN TENTANG EKONOMI Posted: 05 Jul 2010 06:40 PM PDT MENEMBAK PEMBAWA BERITA ![]() MENEMBAK MATI SI PEMBAWA BERITA Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan huh hah huh hah dari seorang politikus. Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisa untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jala ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas Mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno. Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai diantara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud. Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atu tidak. Banyak warga terlupa kenyataan Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu. Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia. Saya telah menulis banyak tentang ' Puncak Minyak' dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak. Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak. Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait. Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambungkait - fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan resmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak. Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini - menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu dimana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi. Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis di zaman 'Depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu. Semenjak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasaalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Ini dipanggil fenemona 'sub-prime loans'. Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dollar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan 'hedge fund' jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masaalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan. Seorang Mamat telah dilanggar kereta , apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari tuan doktor tak jumpa-jumpa kerana semua tuan doktor telah membunuh diri. Metapora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini. Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan. Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguh kan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama telah melimpah ruah ke Eropah. Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat – dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan ' tikus percubaan ' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali. Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi 'overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran perubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh. Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Grece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi. Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kesah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai juga ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan. Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara telah mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. Menteri Telor dan Gula Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan di tarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit duit yang digunakna untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. Suara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat; ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara. Austerity atau dasar berjimat cermat adalah ajenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sefer IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sehat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau 'free trade'. Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada diatas meja Idris Jala. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bond yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi. Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta mengelentong orang ramai. (TT) nota: bebas diambil untk tujuan baik ! |
| Posted: 05 Jul 2010 06:30 PM PDT JUDI SUKAN : KEPUTUSAN DITANGAN KABINET BUKAN UMNO– mkini Presiden MCA Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya. Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno. "Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka," kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Vincent Tan. KAH KAH KAH… woit…. BARU SEKARANG SEDAR…. kah kah kah… kah kah kah….BARU SEKARANG TAHU MACAM MANA NEGARA INI BERJALAN….. kah kah kah…. kah kah kah…AGAK AGAK SAPA LEBIH POWER…. kah kah kah.. kah kah kah…. CUKONG…KABINET …MKT …..DAN PERKASA…. kah kah kah… |
| Posted: 05 Jul 2010 09:24 AM PDT REBAN AYAM TAIB MAHMUD DI CANADA ![]() BERI PENJELASAN JUJUR KEPADA TAKYAT : TAIB – melayau Para wakil rakyat dan penjawat awam perlu melakukan penjelasan secara jujur sekiranya sesuatu pembangunan mahupun rancangan itu tidak dapat dilaksanakan supaya rakyat lebih yakin dan percaya situasi yang dihadapi oleh kerajaan. Taib Mahmud berkata, jika mereka tidak berani bercakap benar sebaliknya hanya berjanji, dikhuatiri akan menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu mengenai projek yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan. Menurutnya, keadaan seumpama itu boleh menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan. ''Perkara seumpama ini amat bahaya apabila pilihan raya tiba kelak. ''Disebabkan itu, kita perlu bersikap jujur dan ikhlas apabila memberi penjelasan dalam membantu dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat," katanya. KAH KAH KAH… woit… NAK MENANGIS KE NAK KETAWA BACA BERITA INI… kah kah kah.. kah kah kah… INI MACAM MAK KERBAU SURUH ANAKNYA PAKAI BAJU PUTEH… kah kah kah.. kah kah kah…. INI MACAM LALAT JANTAN SURUH LALAT BETINA JANGAN CIUM BANGKAI…kah kah kah.. woit… INI MACAM KHIR TOYO MINTA MAT TAISON JAGAN CURI TANAH SELANGOR… kah kah kah.. woit… INI MACAM TAIB MAHMUD MINTA BIK MAMA JANGAN SUKA PERGI SHOPPING. …kah kah kah nota: malaon ini faham ke erti perkataan jujur? malaon ini faham ke erti perkataan ikhlas? kalau cakap bahasa canada malaon ini pasti faham kah kah kah |
| Posted: 05 Jul 2010 09:09 AM PDT SANGGUP KAH INTERPOL BERGERAK UNTUK MENANGKAP ! ![]() KHAIRY PERTIKAI POLIS TANGANI KES RAJA PETRA – Mst Khairy Jamaluddin hari ini mengkritik polis kerana dilihat tidak cukup serius dalam usaha memberkas Raja Petra Kamaruddin. Katanya, berdasarkan laporan berita di Internet jelas bahawa pengendali laman web Malaysia Today yang 'bersembunyi' di negara itu secara terbuka menghadiri satu majlis pelancaran 'Rakan Pakatan Rakyat' pada Ahad lalu. Malah katanya, satu kenyataan akhbar turut memberitahu Raja Petra akan menghadiri majlis tersebut dan adalah tidak munasabah jika beliau telah 'bersembunyi' luar negara dan tidak boleh dikesan. "Beliau kelihatan bebas di London, berkelakuan seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan malah memberi ucapan di khalayak ramai. Pun begitu, pihak berkuasa masih tidak melakukan apa-apa untuk membawa beliau kembali ke Malaysia. "Negara kita mempunyai perjanjian penyerahan dengan United Kingdom. Mengapa tiada pihak berkuasa kita minta polis British untuk menahan dan mengekstradisinya kembali ke Malaysia?" katanya pada sidang media di lobi parlimen. KAH KAH KAH… woit… INI LAIN MACAM BUNYINYA… kah kah kah.. woit… INI MACAM ADA AJENDA SPESIAL…. kah kah kah.. woit… KALAU PETRA DI TANGKAP…. MESTI BANYAK CERITA ALTANTUYA KELUAR LAGI…. kah kah kah… woit… INI MACAM NAK BAGI PELUANG PADA RAJA PETRA.... kah kah kah… kah kah kah…. BERI PELUANG UNTUK TIBAI MAT MONGOL DAN SUAMI NYA…. kah kah kah.. kah kah kah.... POLIS INI ... SERIOUS KE ?... kah kah kah.. kah kah kah... ATAU ACAH ACAH.... JANGAN TAK BUAT KERJA... kah kah kah |
| Posted: 05 Jul 2010 09:01 AM PDT KALAU ISAP CIGAR LETAK JAWATAN - KALAU AMBIL KOMISEN KAPAL SELAM MACAM MANA? ![]() DUA MENTERI KANAN PERANCIS LETAK JAWATAN - melayau Dua menteri kanan Perancis yang sebelum ini dikritik kerana menggunakan beribu euro duit rakyat untuk menyewa jet peribadi dan membeli cerut meletak jawatan hari ini. Menteri Pembangunan, Alain Joyandet dan menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan di wilayah Paris, Christian Blanc telah menghantar surat perletakan jawatan mereka, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden, Nicolas Sarkozy. Mac lalu, Joyandet dikritik kerana membelanjakan wang sebanyak AS$157,000 (RM506,325) untuk menyewa sebuah jet peribadi bagi membawanya ke satu mesyuarat tergempar tentang gempa bumi Haiti di Martinique. Sementara itu, Blanc pula dikritik kerana membelanjakan wang rakyat sebanyak AS$14,700 (RM47,407) hanya untuk membeli cerut. KAH KAH KAH.. woit… APA PUNYA TUUUR MENTERI PERANCHIS INI… kah kah kah.. woit… APA PUNYA BODOH MENTERI KAPIR YANG MAKAN BABI INI… kah kah kah.. woit…KALAU DI NEGARA MELAYU ISLAM INI… KES MACAM INI KES KACANG PUTIH …kah kah kah kah kah kah… BUKAN PERGI BELI IKLAN DI WASHINGTON POST… kah kah kah.. woit…. MENTERII KAPIR INI PERGI BUAT KERJA AMAL… TAPI SILAP TAK NAIK KAPAL TERBANG BIASA…kah kah kah… woit… KEMUDIAN GUNAKAN DUIT RAKYAT SEBANTAK 47 RIBU RINGGIT… TAK SAMPAI PUN 50 RIBU…. kah kah kah.. kah kah kah….MENTERI ISLAM MELAYU… MESTI PANDANG HINA 47 RIBU RINGGIT INI… kah kah kah.. kah kah kah…..MENTERI KAPIR INI MESTI DATANG KURSUS DI MALAYSIA DULU… kah kah kah |
| Posted: 04 Jul 2010 10:44 PM PDT BUKAN MENENTANG YAHUDI TETAPI MENENTANG ZIONIS ![]() APA ITU ZIONISMA Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi. Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel. Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini. Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine. Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar. Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah. Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini? Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine. Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap. Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib. Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis. Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian. Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite? Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama. Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi. Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa. Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab. Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British. "His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country." Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour. Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British. Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel. Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia. Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua. Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi. Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi. Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine. Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya. Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler. Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat. Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler. Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel. Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka. Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi. Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan. Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika. Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya. Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah. Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian. Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama. Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.(TT) nota: sila cari dan baca fakta yang lebih mendalam. tulisan ini hanya pengenalan sahaja. |
| Posted: 04 Jul 2010 08:10 PM PDT KAWASAN PERUMAHAN BARU DI PANTAI DALAM ![]() SENTRAL : DIBERI CF PALSU – berita hairan Lebih 1,500 penduduk Pangsapuri Sri Aman, di sini bingung dan bimbang dengan tahap keselamatan keluarga masing-masing apabila mendakwa rumah yang diduduki sejak 2006 diberi sijil layak menduduki (CF) palsu. Penduduk mendakwa sijil layak menduduki yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2003 dan 2006 adalah palsu kerana sijil itu dikeluarkan di tapak lain dan bukan di lot pangsapuri sekarang. Ketiadaan sijil layak menduduki itu menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berputih mata apabila gagal mendapatkan tuntutan insurans apabila berlaku kebakaran dan kemalangan membabitkan rumah mereka. Lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila tapak asal pembinaan yang sepatutnya menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akhirnya didirikan sebuah kondominium. Penduduk mendakwa tidak cukup dengan itu, pemaju kondominium juga mahu berkongsi loji kumbahan walaupun pembinaan kondominium atas tapak terbabit yang terletak bersebelahan pangsapuri itu diragui statusnya. Apa yang disangsikan penduduk dalam pelan asal tiada dinyatakan tanah kosong menjadi tapak asal Pangsapuri Sri Aman akan didirikan sebuah kondominium. Nota: mari kita fahami berita ini: disebalik berita ini adalah rasuah dan penyalah gunaan kuasa hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan untuk mengubah tapak tanah. hanya mereka yang memiliki kuasa yang berkeupayaan membuat sijil layak duduk palsu. warga biasa tidak ada keupayaan untuk melakukan semua ini. kenapa ini berlalu? ini adalah hasil dari sistem pentabiran yang telah di rasok dan dihakis oleh rasuah. inilah sebabnya kenapa kita semua wajib melawan rasuah. rasuah adalah barah yang memakan hati dan naluri tamadun kita. kita menentang rasuah bukan kerana ada oarng jadi kaya kita menentang rasuah bukan kerana kita parti pembangkang kita menentang rasuah untuk menjaga keselamtan diri kita sendiri kita menentang rasuah agar masyarakat dikeliling kita adil dan jujur kita menentang rasuah untuk memastikan masa hadapan kita terjamim kita menentang rasuah untuk memastikan kereta yang kita pandu betul betul selamat kita menentang rasuah untuk memastikan rumah kita selamat untuk didiami kita menentang rasuah untuk memastikan ketika kita menonton bola stadium tidak runtuh |
| Posted: 04 Jul 2010 07:34 PM PDT SEBUAH KANDANG LEMBU YANG BARU DI BINA DI SHAH ALAM ![]() REBAN AYAM JADI TEMPAT TINGGAL - melayau Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa di sini menjadikan bahagian bawah sebuah rumah yang tingginya hanya kira-kira satu meter sebagai tempat tinggal mereka. Bahagian kolong rumah itu yang keluasannya hanya kira-kira tiga meter persegi dan didiami oleh Fatimah Jalim, 36, bersama suaminya Yusuf Wahab, 35, sejak tiga tahun lalu, asalnya merupakan sebuah reban ayam. Dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, di situ jugalah pasangan tersebut membesarkan tiga anak mereka iaitu Nor Atikah, 6, Mohd. Haikal, 5, dan Mohd. Aiman, 3. Fatimah berkata, kesempitan hidup yang dihadapi termasuk suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lebih baik. "Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih. "Kalau diberi peluang siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan sebuah reban," demikian ujar Fatimah dengan wajah sayu. Fatimah ditemui sewaktu menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil di rumahnya di sini semalam. Turut bersama dalam lawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Md. Noor Chik dan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin. NOTA: mari kita fahami berita ini : ianya membuktikan masih ada di kalangan kita yang tercicir dalam kehidupan. hidup dalam penuh kemiskinan. ada pelbagai sebab kenapa kemiskinan melanda keluaraga ini. siapa hendak kita salahkan? diri kita sendiri. kita benarkan ini berlaku dihadapan mata kita sendiri. masalah ini sebenarnya adalah tanggung jawab kita semua jika kita mengakui diri kita sebagai warga yang bertanggung jawab. para politkus kita – dari parti apa pun – sering menggunakan kemiskinan ini sebagai kerja dan budi baik mereka. ini salah. kemiskinan bukan dilawan dengan memberika beras dan ikan masin. kemiskinan lahir dari struktur masyarakat itu sendiri. agihan kekayaan yang kurang adil adah penyebab utama. beri beras , beri gula, beri telor , beri duit – memang boleh melegakan kesusahan sang keluarga. ini langkah betul. sesiapa yang melakukannya telah membuat amal yang baik. tapi untuk berapa lama? disinilah seharusnya gedung-gedung ilmu kita mengeluar kan pandangan dan pendapat. mengeluarkan cadangan dan thesis. mengajukan cara menyuluruh untuk memastikan tidak ada sesiapa yang tecicicir jatuh miskin. kita bersedih bila membaca berita ini. kita bersimpati apabila menghayati berita ini. tapi bersimpati dan menghayati hanya pembuka mata. kunci nya pada diri kita sendiri. dalam dunia ini yang jahat bukan ramai kejahatan dan kebebalan muncul apabila orang baik tidak melakukan apa-apa. |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan