Era Pasca |
- Alamak!! Gambar KANTOI pangai burok ZUL KULIM NORDIN!!
- NAJIB Bodek FELDA-Tanda PRU dekat da,,,
- Gambar NAJIB UMNO APROsmah berbibir merah...
| Alamak!! Gambar KANTOI pangai burok ZUL KULIM NORDIN!! Posted: 08 Jul 2010 07:25 PM PDT | ||
| NAJIB Bodek FELDA-Tanda PRU dekat da,,, Posted: 08 Jul 2010 09:49 AM PDT Bodek jangan tak bodek.. Umno mesti mau jaga peti keselamatan mereka, peti undi dari Felda.. SPR pulak boleh MEMPERBANYAKAN DUN dengan memecahkan FELDA agar lebih banyak DUN UMNO APROsmah menang nanti... PR tengok je NAJIB ROSWAH dok beli orang FELDA yer... UTUSAN... 1) Duit raya untuk 112,635 peneroka
TANJUNG MALIM 7 Julai - Seramai 112,635 peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira pada sambutan Hari Peneroka 2010 hari ini apabila Perdana Menteri memberikan jaminan pemberian 'duit raya' pada tahun ini. Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak itu spontan disambut tepukan gemuruh oleh lebih 10,000 peneroka yang menghadiri majlis tersebut. Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau hanya akan membuat pengumuman mengenai jumlah duit raya itu pada minggu pertama bulan Ramadan. "Duit raya tetap ada dan saya akan umumkannya pada minggu pertama bulan Ramadan nanti. "Hari ini biarlah kita fokus pada isu Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) dan penjelasan mengenai tuduhan Felda bankrap," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka 2010 di MRSMF Kampus Tun Abdul Razak, Trolak dekat sini hari ini. 2) MRSM Felda di Trolak terbesar dan termoden - NajibTANJUNG MALIM 7 Julai - Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak, di Trolak dekat sini merupakan MRSM termoden dan terbesar pernah dibina, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, institusi pendidikan pertama di tanah rancangan Felda itu bernilai RM123 juta dan ia jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan MRSM lain iaitu sekitar RM80 juta. "Sebanyak 80 peratus daripada pelajar di MRSMF ini merupakan anak peneroka dan tempat ini akan dijadikan pusat program pembelajaran 'International Baccalaureate' (IB) untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara. "IB merupakan peperiksaan peringkat global dan ia akan memberi peluang kepada anak-anak peneroka Felda menjadi pelaku global," katanya pada majlis perasmian MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dekat sini hari ini. Pembinaan MRSMF yang merupakan maktab ke-37 Mara adalah atas cetusan minda Perdana Menteri sendiri. Ekoran saranan Najib itu, termeterai Perjanjian Kerjasama Antara Mara dan Felda pada 30 Mac 2007 dan MRSMF itu merupakan MRSM kelima dibina di Perak. MRSMF Kampus Tun Abdul Razak dibina di atas tanah seluas 25 hektar dan siap sepenuhnya pada 2009. Pengambilan pertama 200 pelajar perintis dibuat pada 2008 yang ditempatkan sementara di beberapa MRSM lain. Institusi pendidikan itu dilengkapi pelbagai kemudahan serba moden bertaraf universiti termasuk dewan kuliah, dewan besar, dewan makan, makmal, blok kediaman pelajar, perpustakaan, mini stadium dan surau. Kewujudan MRSMF Kampus Tun Abdul Razak merupakan satu lagi mercu tanda kebanggaan lebih 1.6 juta warga Felda di seluruh negara. Najib menjelaskan bahawa Felda yang bermula sebagai agensi membangunkan tanah telah berubah menjadi sebuah organisasi hebat dan boleh disifatkan sebagai organisasi sosioekonomi paling besar di dunia yang terlibat dalam pembangunan tanah. NAJIB ANAK FELDA da pandai la... ang hulur la berapa pun, Orang Felda amik je apa ang bagi, tapi takkan undi UMNO APROsmah lagi.. kerana UMNO bayar kat Yahudi 70Juta setaun dan sambung contrak YAHUDI... | ||
| Gambar NAJIB UMNO APROsmah berbibir merah... Posted: 08 Jul 2010 05:19 AM PDT Projek MENGKAMBING ITAMKAN PEGAWAI GOMEN Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan. Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya."Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul," katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini. Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu. "Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu," katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu. Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan. Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat. "Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka. Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya. Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan. Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu. Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan