Jumaat, 9 Julai 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


KERAjaan akan rugi RM500 juta lagi di bawah BN

Posted: 08 Jul 2010 10:20 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor

Mantan Menteri Pengangkutan YB DS Ong Tee Keat mengulas dalam blog beliau bahawa perbahasan dalam parlimen tentang pembelian 38 EMU 6 koc lebih banyak menaburkan tohmahan dan tidak punya asas serta hujjah yang kukuh.

Beliau lantas menyimpulkan bahawa dakwaan yang dibuat pihak-pihak yang berhujjah ketika perbahasan itu tanpa menyebutkan mana-mana MP adalah seumpama membuat perbandingan buah epal dan oren, tak sama tegas beliau.

MP Kuala Selangor adalah antara yang berhujjah hari tersebut, menyanjungi inisiatif Mantan Menteri ini dan ingin mendapat ulasan ini seterusnya supaya benar-benar dapat dikenalpasti siapa yang tidak punya hujjah yang kukuh.

Pembaca di minta merujuk kepada blog ongteekeat.net. Apa yang kemukakan sebagai perkara penting yang disebutkan sebagai tidak diambil kira dalam penghujjahan MP tidak benar sama-sekali kerana Kuala Selangor telah menyebut kesemuanya termasuk perkara yang saya lanjutkan dalam penulisan saya yang diterbitkan oleh Harakah. Sila YB rujuk Hansard parlimen ntuk pengesahan.

Beliau menyebutkan dalam blognya bahawa "I'm amazed by the conspicuous absence of the following key points in the procurement:

a) The 2008 KTM tender of 8 sets of 3-car EMU trains was cancelled and not awarded, in the light of new demands and needs highlighted by the National Key Result Area (NKRA) for Urban Public Transportation that surpassed those contained in the tender;

b) The quantity under the procurement is for 38 sets X 6 car, as compared to the original tender for 8 sets X 3 car. Any price comparison must always be based on the technical specifications or we run the risk of comparing apples with oranges;

c) The direct negotiation for the procurement was not directed and endorsed by the Ministry of Transport, but by the Ministry of Finance.

Dengan ini saya berasa bertanggungjawab kepada rakyat untuk sekali lagi menegaskan beberapa perkara yang didakwa oleh mantan menteri ini. Sebutan beliau tentang MOF lebih mencurigakan kami apakah mereka telah disilapnasihat oleh MOT atau sebaliknya mereka juga mahukan satu yang lebih mahal dengan sebab yang hanya diketahui oleh MOF sendiri.. aneh dan sukar nak difahami..mungkin 'more than meet the eyes' dgn izin.

Ketika negara berdepan denga pengurusan timpang dan kebocoran di segi pelbagi perolehan mega-berbilion RM khususnya di Kementerian Pertahanan dan Pengangkutan, Scorpene, PKFZ dan kini tentang isu MRT-Gamuda-MMC-SPAD serta pelbagai projek yang dirunding langsung- direct nego Sungai Buloh, Sungai Besi dll serta penguncupan pendapatan Petronas, kerugian GLCs – Sime Darby, Pos Malaysia, adalah tanggungjawab kami sebagai MP-MP samada Pakatan mahupun BNBBC supaya tidak mengizinkan pengurusan pincang seperti ini berterusan.
Ketelusan dan pertanggungjawaban adalah kemestian yang wajib ditunaikan oleh pentadbiran PM Najib, kalau tidak sama sahajalah dengan yang lama – satu mockery besar kepada segala ucapan molok beliau dalam RMK-10 dan MEB.Siapa yang mahu dibela Najib ketika tidak mahu mendkalsifikasikan perjanjian konsesi dengan Syabas.

Siapa yang mahu dilindungi? Rakyat atau kroni? Rakyat Dahulu atau Kroni Dahulu? Jangan ulangi kesilapan lama kerana rakyat telah BOSAN dan MARAH dengan meranapkan khazanah kekayaan negara ini dengan cara sebegini. Dana RM500 juta boleh di wujudkan bagi "Biasiswa Untuk Future Nobel Laureates". Itu cadangan MP Kuala Selangor.

Saya turun penjelasan tentang semua dakwan DS OTK di bawah ini dan harap beliau respons dengan baik. Saya berharap bahawa Pengerusi PAC akan segera menjalan perbincangan dan siasatan bagi memberi rakyat 'Value for Money' untuk setip perolehan kerajaan.

Menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan mantan Menteri Pengangkutan, Y.B Dato' Sri Ong Tee Keat melalui artikel "The Full Story on EMU Train Procurement" yang disiarkan dalam blog beliau pada 1 Julai 2010.

Sebenarnya sebahagian besar dari jawapan saya telah pun disiarkan oleh akhbar Harakah edisi Isnin, 5 – 8 Julai 2010. Bagaimana pun, akhbar tersebut terhad kepada ahli PAS dan Pakatan sahaja. Oleh itu jawapan penuh kepada persoalanyang ditimbulkan oleh Y.B mantan Menteri Pengangkutan itu saya jelaskan disini.

1. Tender membekal 8 set EMU 3 gerabak dibatalkan susulan keperluan baruyang digariskan oleh National Key Result Area (NKRA) bagi Pengangkutan Awam.

Saya sedar dengan keperluan 38 EMU 6 gerabak yang ditetapkan melalui NKRA. Persoalannya, tender membekal 8 set EMU 3 gerabak (Tender KTMB/TC 11/2008) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, lama sebelum NKRA diumumka pada 11 Julai 2009.
Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity period) telah diperbaharui selama 5 kali, setiap satunya untuk tempoh 90 hari, sehingga yang terakhir pada 26 Mei 2010.

Walau pun NKRA diumumkan YAB PM pada 11 Julai 2009, keperluan 38 set EMU 6 gerabak diputuskan oleh Delivery Task Force (DTF) pada 19 Oktober 2009. Hakikatnya, Tender KTMB/TC 11/2008 tidak dapat dimuktamadkan lebih setahun.

Dari maklumat yang saya terima, MOT sebenarnya menginginkan set EMU yang dibekalkan oleh Marubeni, Jepun (dari pengeluar ROTEM, Korea). Disebabkan keinginan tersebutlah maka proses penilaian tender terpaksa dilaksanakan sebanyak 3 kali.

Penilaian peringkat awal telah menyaksikan 3 pembida paling rendah, kesemuanya pengeluar EMU milik Kerajaan China, yang menawarkan EMU berspesifikasi sama pada harga lebih sekali ganda rendah, iaitu sekitar RM140 juta untuk 8 set EMU berbanding harga melebihi RM300 juta yang ditawarkan oleh Marubeni/ROTEM.

Bagaimana pun, pada 4 Januari 2010, MOF akhirnya telah memilih untuk menawarkan kepada Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd. dari China untuk membekal 8 set EMU 3 gerabak.

Apabila keputusan ini dibuat keperluan NKRA telahpun ditetapkan. Maka Tender KTMB/TC 11/2008 dianggap tidak lagi relevan dan dibatalkan pada 27 April 2010.

Bagaimana pun, sebelum tender tersebut dibatalkan MOT telah memulakan proses rundingan terus dengan Zhuzhou untuk membekal 38 set EMU 6 gerabak seperti yang ditetapkan oleh NKRA.

2. Perbandingan perolehan 8 set EMU 3 gerabak dan 38 set EMU 6 gerabak perlu diasaskan kepada spesifikasi teknikal or we run the risk of comparing apples with oranges (petikan dari blog Y.B Dato' Sri Ong).

Mengulas lanjut dengan pandangan Y.B bekas Menteri Pengangkutan, saya turun penghujjahannya disini.

(a) Merujuk kepada Statement of Needs (SON) yang dikeluarkan oleh KTMB bagi tender membekal 8 set EMU 3 gerabak (Tender KTMB/TC 11/2008) dan 38 set EMU 6 gerabak. Klausa 5.12 SON bagi 38 set EMU 6 gerabak menyebut bahawa "The six (6) car SCS (i.e. 6-car Electric Multiple Units) train formation shall consist of two (2) sets of three (3) car units…" Klausa 5.13 SON pula menyebut bahawa "The three (3) car units of MC1–T1–M1 and MC2–T2–M2 shall be operated independently for maintenance purpose." Ini jelas menunjukkan bahawa konfigurasi yang tetapkan oleh KTMB bagi set EMU 6 gerabak sebenarnya ialah 2 set EMU 3 gerabak mengambil kira keupayaan depoh KTMB sedia ada yang hanya boleh menampung keperluan penyelenggaraan EMU sepanjang 3 gerabak sahaja. Berdasarkan hakikat ini, saya telah membuat perbandingan harga yang betul, iaitu membandingkan epal dengan epal dan bukannya dengan oren seperti yang cuba digambarkan oleh Y.B mantan Menteri Pengangkutan.

(b) Membandingkan harga 1 set EMU 6 gerabak berasaskan harga 1 set EMU 3 gerabak yang ditawarkan oleh Zhuzhou melalui Tender KTMB/TC 11/ 2008 iaitu EURO 2,745,000 atau bersamaan RM13.725 juta (berdasarkan kadar pertukaran wang asing pada Julai 2008).

Harga yang ditawarkan Zhuzhou di atas adalah sah sepanjang tempoh sah laku tender (sebelum ianya dibatalkan) sehingga 26 Mei 2010. Oleh itu, mengandaikan harga 1 set EMU 6 gerabak berasaskan harga

2 set EMU 3 gerabak iaitu RM27.45 juta. Namun, mengambil kira pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kos seperti kadar inflasi, kadar pertukaran wang asing, peningkatan kos bahan mentah, kos modal dan sebagainya, saya mengandaikan kos 1 set EMU 6 gerabak bernilai RM35 juta.

(c) Persoalannya, mengapakah harga yang ditawarkan Zhuzhou melalui proses runding terus iaitu RM48 juta bagi 1 set EMU 6 gerabak jauh lebih mahal dari harga yang sepatutnya iaitu RM35 juta. Perbezaan harga ini boleh menyebabkan negara kerugian sehingga RM500 juta sekiranya pembelian 38 set EMU 6 gerabak diteruskan dengan Zhuzhou.

(d) Harga yang ditawarkan Zhuzhou iaitu RM48 juta bagi setiap set EMU 6 gerabak itu juga adalah jauh lebih mahal dari harga yang pernah ditawarkan Zhuzhou iaitu RM30 juta untuk 1 set Electric Train Set (ETS) 6 gerabak (yang berspesifikasi lebih tinggi dari spesifikasi set EMU 6 gerabak) ketika membuat tawaran membekal 5 set ETS 6 gerabak pada November 2007.

(e) Harga Zhuzhou, RM48 juta untuk setiap set EMU 6 gerabak, itu tidak termasuk pakej maintenance, repair dan overhaul (MRO) yang perlu dirundingkan secara berasingan dengan Zhuzhou.

(f) Saya telah meneliti SON bagi 38 set EMU 6 gerabak dan 8 set EMU 3 gerabak untuk melihat sama ada terdapat perbezaan spesifikasi yang ketara yang membolehkan harga setiap set EMU 6 gerabak dinaikkan begitu tinggi. Namun, saya dapati tidak terdapat perbezaan spesifikasi yang ketara kecuali keperluan permasangan CCTV dan Side Destination Panel pada set EMU 6 gerabak yang tidak akan meningkatkan kos set EMU secara begitu mendadak. Perbezaan paling ketara diantara spesifikasi set EMU 3 gerabak yang ditetapkan dalam tender terdahulu dengan set EMU 6 gerabak yang baru ialah keperluan mempastikan bekalan alatganti EMU adalah untuk tempoh selama 30 tahun bagi set EMU 3 gerabak dan hanya 25 tahun bagi set EMU 6 gerabak. Ini sepatutnya membabitkan pengurangan harga bagi set EMU 6 gerabak memandangkan jangka hayatnya dianggar selama 25 tahun sahaja berbanding jangka hayat dalam tender terdahulu selama 30 tahun.

Perkara-perkara lain yang pernah dibangkitkan di Parlimen pada 29 Julai 2010 lalu oleh Y.B Timbalan Menteri Pengangkutan iaitu tempoh penghantaran set EMU yang lebih cepat dalam jangka waktu 24 bulan, set EMU yang menepati International European Standard dan set EMU yang diperbuat dari aluminium maka ianya adalah lebih ringan dan menjimatkan tenaga bukanlah terma baru yang boleh mengakibatkan harga setiap set EMU 6 gerabak lebih mahal sehingga RM13 juta berbanding harga 2 set EMU 3 gerabak.

Kesemua perkara yang telah di bangkitkan oleh Y.B Timbalan Menteri itu adalah merupakan terma sama yang turut ditawarkan Zhuzhou dalam tender membekal 8 set EMU 3 gerabak.

(g) Kerajaan sepatutnya mampu meraih penjimatan melalui economies of scale dengan pembelian EMU dalam kuantiti yang besar iaitu 38 set EMU 6 gerabak. Bagaimana pun, harga yang ditawarkan Zhuzhou iaitu RM48 juta bagi setiap setEMU 6 gerabak tetap sama walau pun untuk pembelian 38 set EMU6 gerabak. Sebaliknya, melalui tender membekal 8 set EMU 3 gerabak, Zhuzhou telah menawarkan penjimatan bagi opsyen 5 set tambahan yang ditempah oleh Kerajaan iaitu EURO 2.745 juta setiap set bagi pembelian 8 set EMU 3 gerabak; EURO 2.700 juta bagi set tambahan pertama; EURO 2.640 juta bagi set tambahan kedua; EURO 2.580 juta bagi set tambahan ketiga; EURO 2.520 juta bagi set tambahan keempat; dan EURO 2.460 juta bagi set tambahan kelima.

3. Proses runding terus di arah dan dipersetujui oleh MOF dan bukannya MOT. Dalam hal ini berdasarkan maklumbalas yang diperolehi dari pegawai –pegawai MOF, MOT, JPM dan KTMB, proses runding terus dengan Zhuzhou diluluskan oleh MOF. Tidak pasti sama ada ianya dipohon oleh MOT.

Bagaimana pun, adalah jelas proses rundingan terus yang diluluskan oleh MOF itu telah tidak dilaksanakan secara telus oleh MOT dan juga KTMB sehinggakan Harga Tawaran ZHUZHOU yang begitu mahal itu dianggap munasabah dan diangkat ke MOF untuk mendapat kelulusan membuat tawaran kepada ZHUZHOU.

Proses rundingan terus yang dilaksanakan itu mengambilkira kesegeraan untuk mencapai matlamat NKRA menjelang pertengahan 2012. Malangnya, ZHUZHOU telah mengambil kesempatan dari proses rundingan terus yang diluluskan itu dengan meletakkan harga yang amat tinggi.

Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan, diperingkat MOT, KTMB dan MOF juga dipercayai bersekongkol dengan ZHUZHOU memandangkan mereka mengetahui harga tawaran ZHUZHOU yang terdahulu.

Rumusan

Sehubungan dengan perkembangan ini, kami ingin menggesa Kerajaan agar membatalkan segera LOA yang telah dikeluarkan kepada Zhuzhou dan menyenaraikanhitamkan syarikat tersebut.

Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya pembelian 38 set EMU 6 gerabak diteruskan dengan Zhuzhou. Kami juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai- pegawai tinggi Kerajaan yang terlibat dalam proses rundingan dengan Zhuzhou dipertanggungjawabkan atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada Kerajaan sehingga RM500 juta.

Kami juga ingin menyarankan agar SPRM menyiasat proses pembelian ini bagi mempastikan tidak ada unsur-unsur rasuah yang boleh menyebabkan pihak-pihak tertentu meraih keuntungan besar yang amat tidak munasabah, sementara sekali lagi dana rakyat dikhianati.

Namun, Kerajaan masih boleh meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China dengan memilih pembida lain yang layak berdasarkan tender terdahulu. Pembida terpilih perlu bersedia menawarkan harga terendah sekitar RM35 juta setiap bagi set EMU 6 gerabak atau lebih rendah mengambil kira economies of scale bagi pembelian besar iaitu 38 set EMU 6 gerabak.

Keputusan ini akan mempastikan hubungan baik Kuala Lumpur – Beijing terjaga.

Hutang KERAjaan UBN

Posted: 08 Jul 2010 10:18 PM PDT

Bank Negara says as of 31 March 2010, the total Government debt was RM 378 billion, with approximately half of this burden a result of Dr Mahathir's 22 year administration.

What sometimes fails to get mentioned is the Government's contingent liability which refers to the debt that is made to privatized companies that is guaranteed by the Government. As of 31 March 2010, that number stood at RM 87 billion.

For a majority of these loans, it is for all means and purposes is Government debt. Whilst the debtor may be your favourite neighbourhood GLC or SPV, the Government is the one paying for the interest or making provision for paying off the principle. Examples would be the MAS loan, the KLIA loan, the Sarawak Hidro loan, etc, etc. In fact I think it would be easier to just list down the 1 or 2 which are being paid off by the private company themselves and know that the rest of these loans are being paid through public funds.

I think its slightly over a month back that Idris Jala pricked the bubble of indifference and "tidak apa" attitude that had plauged the country. Jala pronounced national bankruptcy by 2019 but essentially offered no concrete solution apart from the famous refrain of cutting subsidy.

Over the last month or so, nothing has changed for the better. In fact Petronas was forced to issue some clumsily worded statement committing to pay the sum of RM 30 billion a year in dividend whilst at the same time borrowing money from the capital markets to fund the expansion.

Is this a bad thing? Should Petronas continue to pay RM 30 billion a year whilst at the same time issue bonds to fund their expansion? Well it depends on the target debt ratio - I have yet to look at Petronas debt ratio but if the act of borrowing money pushes Petronas debt ratio beyond its optimal structure then this is not good indeed.And since the problems facing the country,a legacy of the founder of Perkasa and his rabble rouser goons are structural then what this means is that this problem is not going away soon. So in all probability we will see Petronas exchange its AAA credit rating for something lower if it cannot afford to pay RM 30 billion a year to the Government but still does so due to "other reasons".

I am awaiting the 2nd Quarter Government revenues. If the number was half as bad as the first quarter then we probably would hit RM 410 B of borrowings by the end of the year. Add to this the contingent liability, and we have a net credit liability of RM 500 billion. Thats more than 60% of GDP and this would affect the cost of Government borrowing.

I wonder why the Perkasa founder is silent on this matter. I for one have always been consistent on letting the Perkasa founder and his goon of a "political son" - the nefarious Ibrahim Ali to get their way.

The outcome of the 22 years of bad governance cannot be altered. But sometimes we should ensure the consequences are faced sooner rather than later so that we will not have to deal with the nincompoops that bark Ibrahim Ali's name at every turn.

~penumpang~

Tertuduh 'saksi puaka' seperti bersalah

Posted: 08 Jul 2010 10:16 PM PDT

Saksi perbiracaan kes menconteng "bini puaka" - yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor - memberitahu mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, seorang tertuduh Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini kelihatan "macam rasa bersalah" ketika malam kejadian.

Rohaizi Ishak, seorang pengawal keselamatan di Universiti Malaya memberitahu, pada 24 Jun, ketika bertugas di sekitar Akademi Pengajian Islam, beliau menemui sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya digelapkan diletakkan di kawasan itu.

Menurutnya, ketika sedang mengintip apa yang berlaku di sekitar kawasan itu, dengan tiba-tiba motovsikal itu kelihatan dipandu oleh seseorang dan keluar menuju ke jalan raya.

Beliau selepas itu mengekorinya sehinggala di Kolej Kediaman ke-11 di mana beliau mendakwa mendapati Mohd Izzudddin sebagai penunggunya. Rohaizi berkata, apabila ditanya kenapa nombor pendaftaran itu digelapkan, tertuduh itu "diamkan diri sahaja".

~MK~

Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri

Posted: 08 Jul 2010 10:14 PM PDT

Pada 7 Julai 2008, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyambut ulangtahun perkhawinan dengan disoal-siasat oleh polis selama lebih enam jam di kedutaan Malaysia di Bangkok.

Selasa lalu, ulangtahun perkahwinannya disambut dengan sidang media di kota London tetapi dalam suasana yang lebih tenang. Watak dan lokasi mungkin berubah, namun fokusnya tetap sama.

"Semua pihak memfokus pada kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan siapa di belakangnya," kata peguam Balasubramaniam - Americk Sidhu.

"Satu lagi isu yang tidak kurang penting ialah cara Balasubramaniam dilayan selepas membuat pengakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008. Dia terus dipujuk, dinasihat, dirasuah, digertak dan kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia."

Rakaman video wawancara Balasubramaniam di Singapura pada November lalu oleh tiga peguamnya menceritakan pengalaman ngerinya bermula 3 Julai 2008.

Antara dakwaan yang memeranjatkan oleh Balasubramaniam adalah kata-kata yang diutarakan oleh Nazim Abdul Razak, adik kepada perdana menteri ketika pertemuan di The Curve , Damansara pada malam selepas beliau membuat pengakuan bersumpahnya:"Jika anda sayang keluarga anda, ikut sahaja arahan Deepak (Jaikishan)."

Kata-dua itu menyaksikan Balasubramaniam menyembunyikan dirinya selepas secara tergesa-gesa menarik pengakuan bersumpah pertamanya melalui pengakuan bersumpah kedua.

Anak-anaknya diberi passport baru dan sebuah van dihantar bagi membawa Balasubramaniam dan keluarganya terus ke Lapanganterbang Changi di Singapura dan dibawa terus dengan pesawat ke Bangkok - semua ini dilakukan dalam tempoh 24 jam.

Selepas disoal-siat oleh pegawai polis bahagian jenayah komersial, Balasubramaniam dan keluarganya diterbangkan ke Kathmandu, kemudiannya New Delhi dan akhir sekali di Chennai, India di mana mereka menetap lebih setahun.

Dakwanya segala perbelanjaan dan sara hidupnya itu dibiayai oleh ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dengan pihak atasan, Deepak Jaikishan. Menurut Balasubramaniam, kemungkinan beliau untuk pulang ke Malaysia amat kecil.

"Jika saya pulang ke Malaysia. Saya mempunyai bilik di kamunting yang menunggu saya. Saya tidak bolek balik. Mereka akan cuba menutup mulut saya atau mereka akan menghumban saya ke Kamunting sehingga sembilan atau 10 tahun," katanya.

Balasubramaniam berkata peluangnya untuk kembali dan menjalani kehidupan harian hanya boleh berlaku jika ada perubahaan dalam kerajaan.

~MK~

Di mana laporan khas operasi SPRM?

Posted: 08 Jul 2010 10:13 PM PDT

Ketua whip DAP, Lim Kit Siang mencabar Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah supaya membentangkan laporannya mengenai operasi tahun pertama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Parlimen Isnin ini.

"Lebih sebulan lalu dan sebelum bermulanya sidang Parlimen sekarang, pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Rasuah, Datuk
Radzi Sheikh Ahmad, meminta laporan itu dibahaskan di Parlimen," kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga ahli parlimen Ipoh Timur memetik Radzi sebagai berkata, langkah membenarkan laporan itu dibahaskan di Parlimen merupakan satu perkembangan yang sihat ke arah memperbaiki prestasi SPRM.

Menurut Akta SPRM, jawatankuasa khas itu mengemukakan laporan tahunannya kepada perdana menteri yang kemudian akan membentangnya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, tidak ada tanda-tanda laporan itu akan dibahaskan dan ini bertentangan dengan komitmen untuk mencapai NKRA (bidang keberhasilan utama negara), kata Lim sambil menambah bahawa laporan tersebut perlu dibahaskan kerana salah satu sasaran NKRA ialah "membasmi rasuah, terutama rasuah besar".

Menurutnya, lebih 18 bulan telah berlalu sejak penubuhan SPRM manakala kepercayaan masyarakat terhadap suruhanjaya itu serta
kempennya membasmi rasuah di kalangan pegawai tinggi, juga semakin terhakis.

Lim berkata, kontroversi berhubung kematian Teoh Beng Hock terus menjadi faktor utama mengapa rakyat belum yakin dengan kebebasan,
integriti dan profesionalisme SPRM.

Katanya, begitu jua dengan banyak lagi kes-kes yang belum diselesaikan, yang turut menghakis keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya tersebut.

Contohnya, kata Lim ialah skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sikap tidak menentu SPRM dalam mengambil kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan dakwaan berhubung kekayaan luar biasa ketua menteri Sarawak.

~MK~

KDN perlu bertindak adil

Posted: 08 Jul 2010 10:12 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak secara adil kepada akhbar milik pembangkang dan jangan menjadi seperti 'budak bodoh' apabila berdepan dengan akhbar milik kerajaan.

Justeru, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat (kanan) menyeru KDN supaya bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam 'melayu'. Begitupun, tegasnya, Pemuda PAS menempelak tindakan KDN yang bertindak menghantar surat tunjuk sebab kepada akhbar Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS.

Sebelum ini, KDN juga telah menggantung permit Suara Keadilan yang dimiliki oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan Suara Keadilan gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.

Suhaizan berkata, tindakan KDN itu jelas ada agenda tersendiri dan tindak tanduk mereka seolah-olah KDN satu badan yang tidak bebas sepenuhnya dan dibayangi oleh kerajaan memerintah.

Buktinya, kata beliau Suara Perkasa yang dikeluarkan oleh Perkasa yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hanya diberikan amaran sahaja sedangkan kenyataan yang dikeluarkan sememangnya berbaur perkauman.

Tambahnya, Suara Perkasa itu sendiri pun tidak melambangkan konsep 1Malaysia yang sibuk dilaungkan oleh Kerajaan Umno BN sekarang ini.

"Kemudiannya jika dilihat pula kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian, kenyataan-kenyataan dan artikel-artikel yang dikeluarkan saban hari memfitnah pembangkang dan membohongi rakyat secara terang-terangan akan tetapi selamat dari sebarang tindakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, akhbar milik kerajaan itu sentiasa cuba memutar belitkan kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan isu yang dimainkan sememangnya jelas berbaur perkauman. Beliau mengambil contoh bagaimana Utusan Malaysia memutar belit kenyataan Anwar Ibrahim dalam isu lawatan beliau ke Washington, baru-baru ini.

Begitu juga, katanya dalam isu tanah Melayu di Pulau Pinang, mereka menggambarkan bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng bertindak sesuka hati merampas tanah orang Melayu tanpa belas kasihan.

Baginya, akhbar berkenaan cuba menimbulkan isu perkauman daripada isu ini.

"Jadi sudah terang dan jelas Utusan bermain api perkauman tetapi mengapa tiada tindakan diambil?

"Bukankah ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak tenteram di antara kaum di negara ini?" soalnya.

Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan mengapa KDN hanya membisu dalam hal itu. Bahkan, ujarnya banyak lagi rencana yang kalau hendak diambil kira sememangnya cukup layak KDN bertindak, namun KDN hanya mengambil sikap butakan mata, pekakkan telinga.

Itu, katanya belum lagi dilihat kepada lambakan majalah-majalah separuh bogel dan berbaur lucah serta kurafat yang boleh memesongkan akidah umat Islam dalam negara kita.

Justeru, tegasnya DPPP mencabar agar KDN bertindak ke atas Utusan Malaysia dan Berita Harian yang saban hari mengeluarkan artikel yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam serta membohongi rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali terhadap pembangkang.

"KDN perlu bertindak secara adil kepada semua. Jangan bertindak hanya kerana akhbar tersebut milik pembangkang namun menjadi seperti 'budak bodoh' bila berdepan dengan akhbar milik kerajaan. Bersikap dan bekerjalah secara profesional, bukan semacam 'melayu'," katanya lagi.

~harakah~

Saman RM480j kontraktor pertahanan ditolak

Posted: 08 Jul 2010 10:11 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman Langkawi Academy Sdn Bhd (Lardac) terhadap Menteri Pertahanan dan dua yang lain bagi menuntut ganti rugi RM480juta kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5.

Hakim, Datuk Abdul Wahab Patail berkata permohonan pihak plaintif (Lardac) ditolak dengan kos. Tiada alasan diberikan apabila Abdul Wahab memberikan penghakimannya dan berkata penghujahan akan diberikan pada Jumaat depan.

Beliau juga mengarahkan Lardac supaya membayar kos RM20,000. Keputusan hari ini dibuat selepas lebih lima tahun Lardac memfailkan saman menuntut pampasan kerana pembatalan kontrak yang tidak sah dan pencabulan syarat kontrak.

Ini berikutan bantahan Lardac yang kementerian melalui cara pintu belakang membenarkan bekas rakannya, Caledonian Airborne Systems Ltd (CAS Ltd), yang berpangkalan di Britain mengambil-alih kerja-kerja menaik taraf, meskipun kontrak telah diserahkan kepada Lardac pada 11 Oktober 2001.

Firma itu juga mendakwa CAS Ltdtidak mempunyai kontrak khusus untuk beroperasi dengan kerajaan Malaysia. Lardac berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum kontrak mereka ditamatkan.

Keputusan hari ini dibuat tanpa mendengar keterangan saksi meskipun bekas ketua setiausaha kementeri pertanan, Hashim Meon, bersedia tampil sebagai saksi Lardac pada April lalu. Lardac diwakili oleh peguam M Manogaran yang juga ahli parlimen Teluk Intan manakala pendakwaraya kanan persekutuan Noramilia Mohd Saad bertindak bagi pihak defendan.

~MK~

Saman Barry Wain jika dakwaan tidak benar

Posted: 08 Jul 2010 10:09 PM PDT

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mencabar kerajaan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penulis, Barry Wain sekiranya dakwaan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad melalui bukunya Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times tidak benar.

Charles berkata, jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti lengkap bahawa tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwa Wain, kerajaan tidak harus takut untuk mengambil tindakan itu bagi membersihkan nama Tun Mahathir.

"Saya minta kerajaan menyaman Barry Wain kalau dakwaan beliau itu tidak betul dan SPRM ada butir-butir lengkap, maka mesti menyaman Barry Wain untuk bersihkan nama Dr. Mahathir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang semalam.

Beliau sebelum itu mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, meminta Perdana Menteri menyatakan samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyiasat dakwaan Barry Wain dalam buku terbarunya yang mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bertanggungjawab atas kerugian kewangan dan 'write-off' berjumlah RM100 bilion semasa beliau menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan itu berkata, SPRM tidak bercadang menyiasat dakwaan itu kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.

Beliau berkata, selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Charles mempertikaikan jawapan itu dan meminta SPRM mendedahkan siasatan yang dilakuakan terhadap Tun Mahathir kepada umum bagi membuktikan kerajaan mengamalkan sikap telus dan bebas daripada rasuah.

"Kalau benar bahawa penyiasatan telah dijalankan terhadap Dr Mahathir, maka kita nak tahu bila ia dijalankan dan apakah rumusan itu dapat dikeluarkan untuk pengetahuan umum.

"Kerajaan kata mereka nak jadi telus, nak menyerang rasuah habis habisan, oleh itu kita nak minta SPRM dan juga Datuk Seri Nazri supaya memberitahu kepada rakyat Malaysia apakah kandungan penyiasatan itu dan mengapa SPRM berfikir bahawa tidak ada unsur rasuah dalam isu ini," katanya lagi.

Sementara itu, ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi pula berkata, Nazri dalam jawapannya tidak menafikan dakwaan Wain bahawa Tun Mahathir telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM100 bilion.

"Saya sudah baca buku ini dan baca juga jawapan Datuk Seri Nazri. Beliau tidak menafikan atau menolak apa yang telah diutarakan oleh Barry Wain yang menyatakan dalam pemerintahan Dr Mahathir telah mengakibatkan kerugian RM100 bilion. Jadi perkara ini harus disiasat secara telus," katanya.

Buku itu pernah ditahan lebih lima bulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan alasan untuk mengkajinya. Disember tahun lalu, KDN telah merampas 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.

~haakah~

SPRM tak siasat Dr M seleweng RM100b

Posted: 08 Jul 2010 10:08 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Wain berkata semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion itu disokong oleh bukti.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ia makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini Mei lalu.

Selain itu, Wain juga mendakwa bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

Buku itu pernah ditahan lebih lima bulan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan untuk mengkajinya. Disember tahun lalu, KDN telah merampaskan 800 naskah buku tersebut di Pelabuhan Klang.

Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion.

Beliau juga meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut, tetapinya ia ditolak.

~MK~

e-Paper Harakah Mudah Dan Cepat

Posted: 08 Jul 2010 10:03 PM PDT

Satu pembaharuan yang baik kepada akhbar Harakah apabila edisi ePaper telah berwajah baru dan lebih cepat. Apa yang menarik Harakah edisi Jumaat telah boleh dibaca seawal hari Khamis.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, Mohd Suhaimi Embong, bagi para pembaca di Sabah terutamanya yang menghadapi masalah edaran Harakah yang tidak menentu bolehlah melayari terus ke epaper.harakah.net.my.

Katanya, melalui teknologi e-paper itu, idea mewujudkannya timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca di luar negara.

Menurutnya, antara kelebihannya ialah dapat membaca sebagaimana membaca Harakah bercetak, dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus, tiada masalah kerana helaian mukasurat boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas.

Tambahnya, ePaper berbeza dengan Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan ianya memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.

~harakah~

Berhati-hati dengan Kitab Siratul Mustaqim

Posted: 08 Jul 2010 04:09 AM PDT

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada umat Islam sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka. Mengapakah UMNO mahu menerima nasihat daripada agen Yahudi? Semoga Allah memberi petunjuk kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang beragama Islam tetapi berperangai seperti Yahudi laknatullah.
Kitab Siratul Mustaqim. Sekali sebut macam kalimah Arab tetapi di dalamnya adalah terjemahan surah-surah dalam al-Quran mengikut citarasa Kristian.
Nama Nabi Muhammad saw langsung tidak tertera tetapi digantikan dengan nama JESUS. Jadi berhati-hatilah jika membeli. Pastikan membaca dahulu isi di dalam sesebuah kitab tak kira apa bahasa terjemahannya.
Sekarang ni Kristian sedang aktif di Seremban. 1900 orang paderi Melayu yang baru tiba dari Singapura berada di sini. Sekarang mereka menggunakan sihir. Berhati-hati apabila menerima (AIR MINERAL). Sama ada diperoleh secara percuma @ dibeli @ mencuri. Ditakuti air-air ini telah dicampur dengan 'HOLY WATER'.

Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan

Posted: 08 Jul 2010 04:08 AM PDT

"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?"

Demikian rintihan Azri Arin (kiri berbaju batik), abang kepada mangsa yang didakwa ditembak mati oleh polis, Mohd Afham, 18, pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Hari ini, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan.

Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor.

Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.

Lim yang menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang turut hadir hari ini tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya dan mendesak siasatan bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana dituduh terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.

~MK~

BN perlu bertanggungjawab

Posted: 08 Jul 2010 04:06 AM PDT

Sebanyak 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor hari ini menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab ke atas tindakan pihak polis melepaskan tembakan sesuka hati sehingga menyebabkan kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ianya berikutan dua kes tembakan rambang secara berasingan yang berlaku di Johor masing-masing melibatkan kematian dua pemuda India dan seorang pemuda Melayu berusia 18 tahun.

Kit Siang selepas menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.

Pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin A/L Mahamenathan, M. Jagathesan dan Siva diserang oleh polis dengan tembakan di Taman Johor.

Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva berjaya melarikan diri.

Pada 20 Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Arin, 18 tahun pula ditembak mati.

Allahyarham Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dikejar dan ditembak mati oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, bahawa tiga peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Pihak polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Firdaus melibas pedang terhadap anggota polis.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya mendesak siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana disyaki terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia kleuar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?" katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S. Arutchelvan.

~harakah~

Pengurusan Harakah sedang kendali isu permit

Posted: 08 Jul 2010 04:06 AM PDT

Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya.

Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika mengulas laporan media hari ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmud Adam dalam kenyataannya hari ini berkata KDN telah memberi surat tunjuk sebab kepada Harakah.

Harakah pula diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat itu. Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkta, pihaknya baru menerima surat itu hari ini. Pada 5 Julai lepas, Taufek telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya yang diketuai Timbalan KSU kementerian itu.

~harakah~

Pegawai KERAjaan yang dipersalahkan

Posted: 08 Jul 2010 04:04 AM PDT

Kerajaan hari ini menjelaskan kekeliruan berhubung pemberian lesen judi sukan yang ditimbulkan di Dewan Rakyat adalah kesilapan pegawai-pegawai kementerian kewangan.

Menurut timbalan menteri kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai kemelut itu berpunca akibat kurang pemeriksaan yang teliti di kalangan pegawainya.

"Pegawai kementerian tidak menyemak jawap dengan betul," katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

Senator itu menjelaskan terdapat 40 soalan berhubung judi sukan yang dikemukakan kepada kementerian kewangan yang perlu dijawap pada sesi parlimen kali ini yang bermula 7 Jun lalu.

"Pegawai berkenaan telah menyediakan jawapan sebelum ini. Seperti yang anda ketahui, terdapat perubahaan keputusan selepas itu," katanya yang merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu yang kerajaan telah menarik balik pemberian lesen judi itu.

Lim berkata beliau pagi ini telah menulis kepada ahli parlimen yang menimbulkan isu berkenaan bagi menjelaskan keadaan. Katanya, kementerian tidak perlu menarik balik jawapan yang diberikan kerana kenyataan yang diberi adalah dalam bentuk bertulis dan tidak dibacakan di dalam Dewan Rakyat.

"Kita tidak cuba mengelirukan sesiapa. Tidak ada apa lagi yang perlu dijelaskan berhubung perkara itu dan saya telah memberikan jawapan kepada semua mereka.

Dalam jawapan Datuk Najib Razak kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam, perdana menteri berkata kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan kerana syarikat itu telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti berkenaan.

Kesilapan jawapan yang diberikan itu bukan perkara baru kerana sebelum ini dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Sim Tong Hin (DAP - Kota Melaka) berkata bangunan Parlimen akan berpindah ke Putrajaya.

Namun, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kemudiannya menjelaskan ia hanya cadangan dan kerajaan belum membuat sebarang keputusan. Mohd Nazri, kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyalahkan salah tafsir di kalangan pegawainya sebagai punca kesilapan itu.

~MK~

3 jawapan kementerian berbeza isu judi sukan

Posted: 08 Jul 2010 04:04 AM PDT

Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.

"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam.

Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.

Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.

Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.

Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.

Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sport Toto di Semenanjung Malaysia.

Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.

Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini.

~harakah~

Petronas hilang kekuatan

Posted: 08 Jul 2010 04:03 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Petronas sudah hilang ekoran keupayaannya melabur untuk cari gali minyak yang baru semakin merosot.

Sehubungan itu, beliau mempertikai keengganan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluluskan usul mengenai perolehan Petronas atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar menyatakan kebimbangan dengan laporan kewangan Petronas yang menunjukkan kegawatan dan tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat pengeluar minyak dunia.

Beliau tidak setuju usul itu tidak perlu disegerakan kerana laporan itu membimbangkan.

Ini, katanya kerana prestasi kewangan dan operasi Petronas memperlihatkan penurunan perolehan 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion.

"Keuntungan pun merosot sebanyak 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion. Keuntungan RM40.3 bilion, tetapi jumlah yang patut diberi kepada kerajaan adalah 70.9 peratus. Maknanya RM30 bilion sebagai dividen.

"Saya bangkitkan ini kerana saya melihat ia bertujuan untuk menampung defisit. Defisit tanpa sumbangan Petronas mencecah lebih 11 peratus, tanpa sumber minyak. Ia memberikan satu ruang sikap yang tidak bertanggungjawab dari sudut pengurusan ekonomi negara," katanya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menegaskan, kekuatan Petronas sudah hilang ekoran keupayaannya melabur untuk cari gali minyak yang baru semakin merosot.

"Kedua, di negara lain atau syarikat antarabangsa lain, termasuk Shell, BP dan Exxon Mobil semuanya membelanjakan 50 hingga 80 peratus untuk pelaburan carigali baru sedangkan Petronas dengan keadaan kegawatan yang berlaku sekarang hanya mampu membelanjakan 20 hingga 30 peratus sahaja.

"Penekanan utama saya ialah hilangnya kekuatan Petronas apabila keupayaan Petronas melabur untuk carigali minyak gali baru terbantut. Petronas berbanding syarikat minyak besar menjadi terlalu kecil," katanya.

Ujarnya juga, dasar Petronas itu berubah kerana terdapatnya campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara langsung dalam pengurusan Petronas.

Menurutnya, dasar itu berubah dengan pengurusan baru yang sepenuhnya dikawal oleh Najib.

"Tahap kewibawaan Petronas dipertikai. Apa yang menjadi kebimbangan kita selain soal menangani defisit ini ialah keupayaan Petronas untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang akan terjejas.

"Saya sediakan analisa menyeluruh berdasarkan kewangan dan prestasi Petronas yang diperjelaskan dengan angka. Kebergantungan untuk menangani masalah defisit, dengan hasil minyak 2009 telah mencecah 7.4 peratus defisit, telah masuk paras bahaya. Tanpa hasil minyak defisit ialah 11.7 peratus pada 2008, dan 15.1 peratus untuk 2009.

"Kemudian bayaran Petronas kepada kerajaan kita lihat memang berdasarkan keuntungan Petronas pada 2008 ialah RM67.6 bilion, 2009 (RM74 bilion) dan 2010 (RM57.6 bilion).

"Tetapi yang kita bangkitkan ini juga ialah peratus sumbangan Petronas kepada pendapatan negara. Kita tengok pendapatan bayaran kepada kerajaan maknanya ketergantungan kepada Petronas itu sangat tinggi," katanya.

~harakah~

Umno sesat dan menyesatkan

Posted: 08 Jul 2010 04:02 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat. Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

"Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini. Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama. Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

"Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

"PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan," ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

"Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga. Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.

~harakah~

Ahmad 'tak ada telur' berdebat dengan Mazlan

Posted: 08 Jul 2010 04:00 AM PDT

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat. Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda. Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.

~harakah~

Harakah digantung

Posted: 08 Jul 2010 03:59 AM PDT

Seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa walaupun permit penerbitannya tamat semalam.

Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.

"Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.

Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.

"Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah empat bulan memohon memperbaharui semula permit penerbitannya. Katanya, kali terakhir pihaknya berhubung dengan KDN pada minggu lalu tetapi dimaklumkan bahawa ia masih "belum siap".

Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan - akhbar rasmi PKR - akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi 'masalah' dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul 'Felda Bankrap' minggu lalu.

Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana "tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya".

Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan.

~MK~

Harakah terima surat tunjuk sebab hari ini

Posted: 08 Jul 2010 03:56 AM PDT

Harakah tengah hari ini baru menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penghantaran setiap salinan akhbar PAS itu.

"Ia dihantar melalui budak penghantar, kata pemangku ketua pengarangnya Taufek Yahya.

Surat tersebut dialamatkan daripada pengarah urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar.

"Bagaimanapun tarikh pada surat itu pada 7 Julai (semalam)," kata Taufek kepada Malaysiakini petang ini.

Katanya, selain alasan gagal menghantar salinan naskhah, dalam surat itu, KDN juga mendakwa akhbar tersebut diedar dan dijual kepada bukan ahli di premis terbuka.

Sebelum itu, awal tengah hari tadi, Harakah menyatakan 'kehairanannya' dengan tindakan KDN yang mahukan penjelasan berhubung penghantaran salinan akhbar itu sedangkan "tiada surat tunjuk sebab dihantar" pada masa itu.

Sehubungan itu, Taufek berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi pegawai di kementerian berkenaan bagi mendapatkan penjelasan sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut."Surat (tunjuk sebab) pun tidak ada, hendak jawap macam mana?" soal Taufek kembali ketika ditanya sama ada pihaknya akan mengabaikan arahan kementerian itu.

KDN hari ini dilaporkan memberi tempoh tujuh hari mulai kelmarin kepada Harakah bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan, termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Beliau dilaporkan berkata, surat tunjuk sebab itu diserahkan kepada Taufek, yang diarah menghadiri sesi pertemuan dengan pegawai KDN di kementerian itu, Isnin lalu. Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Taufek berkata beliau kesal dengan kenyataan Mahmood itu kerana ia didakwa tidak benar.

"Kita tidak gagal hantar, cuma lewat (hantar)," katanya sambil mendakwa isu permit juga tidak disentuh langsung dalam pertemuannya dengan KDN awal minggu ini.

"Dia (Mahmood) sendiri tidak hadir dalam pertemuan hari itu."

Kelmarin, portal berita KDN melaporkan, Harakah dipanggil ke Putrajaya, bagi "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN". Akhbar itu dilaporkan diminta mematuhi garis panduan pemberian permit, antaranya seperti kewajipan menghantar naskhah akhbar sebaik selesai dicetak.

Portal kementeriaan itu juga melaporkan tiada sebarang perbincangan mengenai artikel yang dimuatkan dalam Harakah.

Bagaimanapun Taufek pula mendakwa, dalam pertemuan itu, Harakah diminta "lebih berhati-hati' terutama ketika melaporkan "isu-isu sensitif" seperti isu lesen judi sukan, isu Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) dan isu Jemaah Islamiah.

~MK~

Harakah baru terima surat tunjuk sebab KDN

Posted: 08 Jul 2010 03:55 AM PDT

Harakah sebentar tadi menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas pengarangnya dipanggil 5 Julai lalu. Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata, surat itu amat pelik kerana baru beberapa hari lepas dia sudah dipanggil KDN dan menerangkan beberapa isu yang dibangkitkan.

"Tiga hal jadi isu dalam surat ini iaitu lambat hantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, jual kepada bukan ahli PAS dan jual di tempat yang dibenarkan iaitu pejabat dan markas PAS sahaja," kata Taufek.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Harakah diberikan tujuh hari untuk menjawab surat ini.

"Memandangkan kepada soalan yang ditanya, rasanya yang lebih sesuai menjawab soalan ini adalah Pengarah Urusan, Datuk Kamarudin Jaffar, bukan editorial," kata Taufek.

Dalam pertemuan 5 Julai, lapan pegawai KDN yang diketuai Timbalan KSU KDN menemubual Taufek.

Sebelum menerima surat itu, Taufek memberitahu beliau tidak pernah diberi apa-apa surat termasuk surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu pertemuan dengan pihak kementerian itu Isnin lalu.

Menurutnya, agenda pertemuan itu hanya berkisar kepada perbincangan biasa berhubung isu yang dilapor Harakah dan beberapa ingatan dari KDN agar pihak akhbar itu berhati-hati dalam melaporkan isu yang dianggap sensitif.

Turut dibangkitkan berhubung kelambatan Harakah menghantar lapan salinan ke KDN setiap kali selesai dicetak. Tegasnya, isu surat tunjuk sebab dan permit penerbitan Harakah tidak pernah timbul dalam perbincangan tersebut.

"Saya hadir hanya memenuhi jemputan untuk berbincang dengan KDN," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang mendakwa Harakah telah diberi surat tunjuk sebab berhubung beberapa isu termasuk kegagalan menghantar lapan salinan kepada KDN setiap kali dicetak.

Menurut Mahmood, kegagalan membuat penjelasan dalam tempoh tujuh hari bermula kelmarin akan membawa masalah kepada pembaharuan permit penerbitan akhbar itu.

"Dakwaan itu tidak betul. Kita bukan gagal hantar lapan salinan tersebut, kita cuma lewat sahaja," jelasnya lagi.

Permit penerbitan Harakah berakhir pada semalam 7 Julai 2010.

Isnin lalu, Harakah dipanggil ke KDN untuk satu perbincangan "saling faham memahami" yang dipengerusikan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd Radzi.

Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran. Sementara itu, pihak pengurusan Harakah ketika dihubungi hari ini memaklumkan surat permohonan pembaharuan permit telah dikemukakan kepada KDN April lalu.

Difahamkan, ketika kali terakhir dihubungi pihak Harakah kelmarin, pihak KDN memaklumkan urusan permohonan permit tersebut belum siap.

~harakah~

Tiada ulasan: