Jumaat, 9 Julai 2010

al-brangi

al-brangi


Oh, Takut Kepada Bayang-Bayang Sendiri ye......

Posted: 08 Jul 2010 07:35 AM PDT

Di'bunuh' semua pembawa-pembawa berita dan segala macam maklumat. Kononya pembawa-pembawa berita ini berkata bohong dan membawa berita fitnah.

Maka tinggallah semua penyebar-penyebar berita yang ada di mana sifatnya mengampu, membodek, men'jilat' dan memuji.

Maka orang yang sentiasa takut kepada bayang-bayangnya sendiri, mereka akan sentiasa berasa takut selama-lamanya......mereka akan sentiasa berasa cuak dan curiga selama-lamanya.....

Akhirnya orang ini akan berasa resah dan gelisah......maka sesama sendiri akan wujud perasaan curiga mencurigai, saling tidak percayai mempercayai sesama sendiri.

Nota:

Buatlah apa yang dibisikkan oleh hati, sekatlah selagi kuasa berada ditangan......sampai masa dan ketikanya.....seekor beruk yang handal melompat dari dahan ke dahan, dari ranting ke ranting, mengikut adatnya jarang ia jatuh.....tapi ia akan jatuh merudum di ketika angin ber'tiup' sepoi-sepoi bahasa.

Zahrai-nocerous dan Zulkif-liar masuk kampong

Posted: 07 Jul 2010 11:15 PM PDT


Tok Selampit dan Pak Badut akan memasuki kampong halaman anda. Diharap anda semua terhibur dengan gerak-kata badut-lucunya.

[sumber.]

Nota:

Teringat akan lagu zaman pop yeh-yeh 1960an......'Semoga Berjaya'.....dendangan A.Rahman Hassan.

Tiada ulasan: