| Skandal Peterporn: Krisdayanti dan Bunga Citra Lestari, Antara Nama yang Dikaitkan dengan Video Seks Ariel Posted: 18 Jul 2010 08:36 AM PDT Saya petik: [HM] JAKARTA: Setelah menangkap juruteknik muzik kumpulan Peterpan, RJ, atas dakwaan menyebar video seks, polis kini melancarkan siasatan terhadap 32 adegan panas dalam komputer riba milik bekas penyanyi utama kumpulan berkenaan, Ariel. Ada laporan mendakwa 32 adegan panas dalam komputer riba Ariel itu membabitkan artis lain selain Luna Maya dan Cut Tari.
Antara nama yang disebut ialah Bunga Citra Lestari, Aura Kasih, Wulan Guritno, Krisdayanti dan Audy Item. Dalam pada itu, beberapa pihak berkata, RJ yang bertanggungjawab menyebarkan video seks Ariel itu ialah Reza Rizaldy.
Reza pernah terbabit dalam penerbitan beberapa lagu Peterpan. - Agensi |
| "Subsidi: Kepentingan rakyat utama"---->Kepentingan KEPALA HOTAK! Posted: 17 Jul 2010 07:30 PM PDT Komen saya ada pada tajuk kiriman ini. Agak kasar tetapi bertepatan dengan retorik bodoh kerajaan BN apabila bercakap tentang kepentingan rakyat. Ringkas! Komen yang sedemikian akan lebih berkemandang menjelang bulan Ramadan apabila semua barang termasuk berus pencuci tandas akan dinaikkan oleh peniaga. Saya petik: Subsidi: Kepentingan rakyat utama
[UM] IPOH 17 Julai - Kerajaan perlu mengambil langkah menyelaraskan subsidi bagi menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara dalam usaha mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa yang sama, kerajaan tetap akan mengutamakan kepentingan rakyat iaitu dengan memastikan pelarasan yang dilakukan tidak keterlaluan.
''Walaupun pada awalnya sasaran potongan subsidi ini jauh lebih besar tetapi memikirkan kesejahteraan rakyat dan sasaran mengutamakan rakyat, Kabinet ambil keputusan mengurangkan pada kadar paling minimum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pembinaan bangunan tambahan Pasar Manjoi di sini hari ini.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun diminta mengulas penyelarasan subsidi bahan api dan gula yang berkuat kuasa semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, 10 sen sekilogram bagi gas petroleum cecair (LPG) dan 25 sen sekilogram gula.
Sementara itu, petrol RON 97 tidak lagi diberikan subsidi sebaliknya tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harganya ditentukan oleh mekanisme harga automatik.
Ahmad Husni berkata , beliau yakin rakyat dapat menerima dan memahami keputusan kerajaan itu kerana hasil penjimatan tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan akan memberi penerangan dari semasa ke semasa kepada rakyat berhubung pengurangan subsidi tersebut.
Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi itu membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta tahun ini.
Berkaitan: * Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik' * Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik |
| Mereka Naikkan Harga Minyak, Mereka Mainkan Isu Melayu! Posted: 17 Jul 2010 04:47 PM PDT Retorik berkenaan Melayu hilang kuasa ini sudah banyak kali ditulis oleh blogger dan penganalisis politik. Blog ini juga ada menyentuh perkara yang berkaitan. Oleh itu, tidak perlulah menulis panjang. Cukuplah sekadar menimbulkan persoalan-persoalan yang berkaitan. Benarkah Melayu akan hilang kuasa jika PR yang memerintah negara, walhal hak orang Melayu itu terpelihara daslam Perlembagaan? Adakah terbela Melayu sejak UMCO memerintah negara? Siapa yang menjual kepentingan Melayu selama ini? Siapa yang menghakis kuasa Raja Melayu? Siapa yang bertanggungjawab membua persempadanan pilihan raya sehingga kawasan Melayu semakin terancam? Siapa yang menderhaka kepada raja Melayu? Siiapa yang melepaskan Singapura,Pulau Batu Putih, 2 blok minyak, dan tanah KTM di Singapura? Siapa yang memonopoli saham dan kepentingan orang Melayu dalam ekonomi? Siapa yang menggadaikan/menjual tanah Melayu kepada cukong? Siapa yang menggadaikan tanah Melayu kepada Singapura? Siapa yang menaikkan harga minyak dan produk lain demi membayar syarikat Yahudi? Siapa yang bersekongkol dengan Yahudi? Siapa yang menghina hukum Islam? Siapa yang menolak hukum Islam? Cuba perhatikan ayat yang dimerahkan dalam petikan di bawah ini. Siapa pemimpin PAS yang memohon "petunjuk" daripada tuan mufti ini? Adakah agama menyuruh kita mengasihi orang yang menentang hukum Allah? Adakah agama menyuruh kita bekerjasama dengan orang yang bergelumang dengan pelbagai maksiat dan salah laku? Adakah agama menyuruh kita bersekongkol dengan orang yang "menghalalkan" judi dan arak? Seperkara lagi, tuan mufti ini bercakap tentang keutamaan. Katanya, perkara yang perlu diutamakan ialah agama. Harap-harap orang UMCO mengambil perhatian terhadap kata-kata tuan mufti ini. Mereka menaikkan harga minyak dan 4 barangan lain, mereka cuba tutup isu tersebut dengan memainkan isu Melayu. Jangan terpedaya! Pilihan raya semakin dekat. Saya petik: Melayu hilang kuasa pada PRU-13? [UM] IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.
''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.
Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.
Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.
''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.
''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.
Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:
''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.
''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.
''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.
Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.
Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya. - Siti Mariam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan