Biaqpila |
- Najib Naik Harga Barangan Sebab Tidak Pandai Urus Ekonomi
- Protes naik harga dilancar 28 Julai
- Subsidi tanggungjawab negara
- Kiblat Indonesia arah Kenya, Somalia
- Jurutera bunyi didakwa curi video seks Ariel
- Pengguna: Jangan Naik Petrol Tanpa Rombakan Sistem Pengangkutan
- Pakej GRO goyang payudara
- Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan
- Lawak Ahad: Harimau yang beriman
- Layanan seks hanya dengan belanja makan dan upah
| Najib Naik Harga Barangan Sebab Tidak Pandai Urus Ekonomi Posted: 18 Jul 2010 03:00 PM PDT Oleh Faizal Ezzany ![]() SHAH ALAM 18 Julai - Kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengumumkan kenaikan harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula berkuatkuasa 16 Julai lalu sejurus tamat sidang Dewan Rakyat dibidas kerana gagal menstruktur semula subsidi dan bukannya menekan rakyat dengan mengurangkan subsidi barangan keperluan asas. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kenaikan tersebut bersifat diktator dengan menafikan hak anggota parlimen untuk membahaskan perkara tersebut sambil menyifatkan ia adalah sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap rakyat Malaysia. "Saya melihat tindakan kerajaan membuat pengumuman selepas tamatnya sidang Dewan Rakyat satu sikap tidak menghormati ahli parlimen. Najib tidak bertanggungjawab dalam hal ini kerana menafikan hak seorang ahli parlimen untuk membahaskan isu yang berkaitan dengan hak rakyat. "Selain itu saya melihat Najib menekan rakyat dengan menaikkan harga keperluan tersebut dengan alasan untuk mengurangkan subsidi serta tanggungan kerajaan. Perkara ini telah saya tekankan sebelum ini di parlimen, kerajaan perlu melakukan penstrukturan semula subsidi yang diberikan kepada syarikat besar seperti Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan konsesi tol. "Najib perlu mengurangkan subsidi kepada syarikat tersebut bukannya menarik subsidi yang telah diberikan kepada rakyat. "Beliau perlu melihat terlebih dahulu kesan rantaian daripada kenaikan tersebut yang akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga makanan, kos pengangkutan termasuk juga kos tambang kepada perkhidmatan bas sekolah. Kesan ini akan memberi tekanan yang teruk kepada mereka yang berpendapatan rendah. "Kerajaan harus memikirkan kesan tersebut dan ini akan berlaku ketidak sama rata ataupun ketidak adilan terhadap rakyat berpendapatan tinggi dan juga yang berpendapatan rendah. "Mungkin bagi yang berpendapat tinggi tidak memberi kesan yang teruk tetapi apa akan jadi kepada yang mereka mendapat gaji yang rendah, peratusan kenaikan tersebut memberi impak yang besar kepadanya," jelas beliau kepada Suara Keadilan. Mengenai alasan kerajaan bahawa pengurangan subsidi mampu mengurangkan perbelanjaan RM750 juta setahun selain meningkatan perkhidmatan sektor pengangkutan, Dr Dzulkefly berpendapat kenyataan tersebut adalah tidak berasas. "Penjimatan RM750 juta setahun menjadi alasan Najib selain meningkatkan perkhidmatan sektor pengangkutan adalah satu yang tidak berasas. Kita lihat lebih banyak lagi kerajaan boleh berjimat seperti mengurangkan subsidi kepada IPP mahupun tol. Kerajaan boleh berjimat melebihi daripada apa yang diperkatakannya tetapi kenapa perkara ini tidak diambil. "Alasan meningkatkan perkhidmatan sektor pengangkutan tidak kena pada keadaan untuk meningkatkan perkhidmatan bukannya dengan pengurangan subsidi dan disalurkan kepada sektor tersebut tetapi dengan cara melakukan tender terbuka kepada perkhidmatan sektor itu. Akibat daripada sikap kerajaan yang tidak mahu lakukan tender terbukalah menjadikan pengangkutan awam negara ini berada pada tahap yang teruk sehinggakan sentiasa mendapat rungutan dari pengguna. "Tanpa tender terbuka menyebabkan berlakunya ketirisan, dari ketirisan inilah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Sikap kerajaan cukup senang tanpa fikirkan nasib rakyat bila melihat kerugian yang besar subsidi dikurangkan. Saya desak kerajaan mengkaji dan lakukan penstrukturan semula subsidi dan jangan lagi menekan rakyat bila tersilap mentadbir ekonomi negara," tegas beliau lagi. Ditanya berkenaan penjelasan kerajaan terhadap rasionalisasi subsidi beliau meminta kerajaan menjelaskan apa jaminan yang diberikan kepada golongan yang layak ke atas pengurangan subsidi tersebut. "Alasan yang tak masuk akal dan saya ingin Najib menjelaskan apa jaminan beliau terhadap golongan sasaran itu mendapat seperti apa yang beliau katakan. "Saya tidak nampak ia boleh menjamin perkara itu boleh berlaku kerana situasi ini telah lama berulang, kita tidak melihat ada satu pun langkah yang diambil oleh kerajaan selepas pengumuman tersebut seperti pemberian kupon mahupun rebet tertentu. Perkara sama sebelum kenaikan harga dan saya rasa golongan kaya mahupun syarikat besar akan terus dengan keadaan sebelum ini begitu juga yang berpendapatan rendah. "Kerajaan jangan membuat alasan yang tidak munasabah serta cuba memperbodohkan rakyat, sepatutnya sebelum membuat pengumuman pastikan dulu langkah yang ingin diambil bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah mendapat perlindungan. Bagi saya Najib gagal dalam pentadbirannya sekarang dan beliau tidak bertanggungjawab dalam memastikan rakyat negara ini terbela. "Apa yang saya tahu kenaikan ini adalan diperingkat pertama, saya pasti rakyat akan terkejut dengan pengumuman kenaikan harga yang baru dalam masa yang terdekat," jelasnya lagi. SK |
| Protes naik harga dilancar 28 Julai Posted: 18 Jul 2010 09:00 AM PDT ![]() Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini. Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur. Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu. Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut. "Pada hari itu (28 Julai) kita akan menyusun cadangan aktiviti seperti penyelerasan risalah dan maklumat dan tarikh 'road show' di seluruh negara. "Kita juga akan mencadangkan tarikh demonstrasi yang dilihat sangat berkesan (sebagai bantahan kepada kerajaan)," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah pengarah strategi PKR Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dan wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suaram dan Dema. Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang ramadan, Dr hatta berkata beliau lebih cenderung untuk mengumumkan pada hari pelancaran itu. "Kalau boleh kita nak buat segera. Kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya. Beliau menyifatkan demonstrasi itu sebagai acara kemuncak kempen bantahan itu terhadap keputusan kerajaan itu. Menurutnya, ini kerana cadangan untuk mengadakan demonstrasi itu adalah susulan daripada kesan kejayaan bantahan rakyat terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan pemberian lesen judi sukan. Dr Hatta yang juga bendahari PAS berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mengajak lebih banyak NGO bersama dengan gabungan itu membantah kenaikan harga barangan itu. "Kita akan gerakkan NGO, kesatuan sekerja dan pelajar untuk bersama-sama (dengan PROTES)," katanya. Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan bantahan di seluruh negara khususnya kepada kelompok yang menanggung kesan kenaikan harga barang seperti rakyat berpendapatan rendah dan rakyat yang menghadapi defisit perbelanjaan setiap bulan. "(Jadi) dasar anti orang miskin adalah sangat pelik (diamalkan) di sesebuah negara (seperti Malaysia)," katanya. Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata, kenaikan harga bahan bakar dan bahan makanan itu adalah "tidak wajar" semata-mata untuk menyelamatkan RM750 juta bagi menanggung membiayai projek klinik 1Malaysia dan program pendidikan oleh Permata. "Tidak wajar kalau kerajaan mengambil duit daripada rakyat untuk wujudkan program 1Malaysia," katanya. Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Arutchelvan berkata kesan kenaikan harga bahan api dan gula itu bakal dirasai oleh rakyat dalam beberapa minggu lagi dan lebih terkesan apabila menjelang musim perayaan bulan depan. Manakala Tian Chua mendakwa kenaikan harga bahan-bahan tersebut adalah satu permulaan dan menjangkakan bahan-bahan asas yang lain juga akan terbabit susulan potongan subsidi. MK |
| Posted: 18 Jul 2010 07:00 AM PDT Solidariti Mahasiswa Malaysia Kenaikan harga bahan bakar dan gula telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam sidang parlimen yang berakhir kelmarin. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan sebab dan tujuan kenaikannya, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengakui, penarikan subsidi ini sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan negara. Seperti yang dipetik daripada ucapan perdana menteri, negara akan menjimatkan kira-kira RM750 juta untuk tahun ini. Namun, yang menjadi kekesalan, penjimatan ini juga bakal membebankan rakyat, khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah sebagai majoriti rakyat Malaysia. Isu berkenaan subsidi ini telah lama diperbincangkan. Sebahagian daripada rakyat tidak bersetuju dan sebahagian daripadanya bersetuju. Bagi SMM, subsidi ini adalah tanggungjawab negara. Negara harus seberapa banyak juga menyediakan belanja untuk menampung keperluan rakyat ini. Sekalipun subsidi ini dirasakan perlu untuk membantu perjalanan ekonomi negara, maka ia tidak seharusnya dipotong daripada bahan seperti minyak dan gula. Ini kerana, penarikan subsidi menyebabkan kesan yang buruk kepada rakyat. 'Kesan domino' akan berlanjutan dan menyusahkan masyarakat, khususnya rakyat yang tidak berkemampuan. Nasihat lucu Minyak akan meningkatkan kos dan menyebabkan kenaikan harga kebanyakan barang keperluan. Begitu juga gula sebagai keperluan asas masyarakat. Hal ini telah terbukti apabila Syarikat F&N Dairies (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga produknya kemungkinan akan 'turut naik' atau tidak stabil disebabkan keputusan kerajaan itu. Bagi SMM, hal ini bukan lagi kemungkinan, tetapi pasti berlaku. Kesan kenaikan ini akan dirasai oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam konteks kesungguhan kerajaan pimpinan perdana menteri untuk menjimatkan perbelanjaan negara, SMM mencadangkan agar keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh menteri dan anggota kabinet - sendiri seperti pemberian AP, pengecualian tol dan minyak kenderaan rasmi - ditarik balik sebagai usaha bersama dengan rakyat 'menjimatkan perbelanjaan'. SMM juga melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap reaksi lucu kerajaan dengan usaha untuk 'menasihati' pengarang media arus perdana beberapa jam sebelum pengumuman kenaikan harga barang, untuk sekadar menggunakan terma 'pelarasan harga' dan 'rasionalisasi subsidi' serta dilarang menggunakan terma 'barang naik'. Hal ini merupakan cubaan halus untuk merendah-rendahkan nilai intelek serta kesedaran warga Malaysia dan menutup kefahaman sebenar berkenaan hakikat yang dialami oleh seluruh masyarakat. SMM sebagi warganegara yang sedar dengan keputusan yang tidak sihat ini, akan bersama-sama dengan seluruh lapisan masyarakat membantah kenaikan harga barang. Dan kami juga menyeru kepada mahasiswa dan seluruh anak muda bersama-sama bangkit di kala sebilangan kelompok elit penguasa tidak langsung merasai kesan daripada kenaikan harga ini. malaysiakini |
| Kiblat Indonesia arah Kenya, Somalia Posted: 18 Jul 2010 05:00 AM PDT ![]() JAKARTA - Umat Islam di Indonesia semalam diberitahu Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa selama ini mereka mengerjakan solat bukan menghadap Mekah tetapi ke arah Kenya dan Somalia. Keadaan itu berlaku kerana pada Mac lalu, MUI meminta penganut Islam di negara itu menghadap arah Barat semasa mengerjakan solat. "Namun keputusan itu menyebabkan semua masjid sebenarnya menghadap ke arah Somalia atau Kenya, dan kami memutuskan umat Islam perlu mengubah sedikit kedudukan betul ke arah Barat Laut," kata Ketua MUI, Cholil Ridwan. "Perubahan kecil itu tidak memerlukan kita untuk mengubah kedudukan bangunan masjid tetapi jemaah hanya perlu mengubah sedikit arah kiblat ketika mengerjakan solat," katanya. Ridwan berkata, masyarakat Islam tidak perlu berasa bimbang kerana telah silap menghadap kiblat. "Semua solat yang dilakukan masih didengar oleh Allah," katanya. Namun, ketua pertubuhan Nahdatul Ulama, Said Agil Siradj memberitahu sebuah akhbar tempatan, kekeliruan yang dilakukan oleh MUI itu merupakan satu pengajaran buat penduduk Islam. Sebelum ini, MUI membuat fatwa terlalu cepat dan pernah mengeluarkan fatwa kontroversi seperti pengharaman merokok. - Reuters |
| Jurutera bunyi didakwa curi video seks Ariel Posted: 18 Jul 2010 03:00 AM PDT ![]() Ariel Peterpan JAKARTA - Polis akan menangkap jurutera bunyi kumpulan Peterpan, RJ yang didakwa mencuri dan menyebarkan rakaman video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam. RJ ketika ini sedang disiasat oleh pihak polis wilayah Bandung membabitkan penyebaran rakaman video seks Nazriel Irham atau Ariel Peterpan bersama wanita seriras wajah pengacara Luna Maya dan Cut Tari baru-baru ini. Ketua Divisyen Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia, Edward Aritonang berkata, RJ dipanggil pihak polis di sini untuk menjalani siasatan lanjut. Menurutnya, pihak polis telah membawa RJ berjumpa penyiasat polis di Bandung semalam. Bagaimanapun, suspek tidak akan ditahan sehingga siasatan selesai dilakukan. - Agensi kosmo |
| Pengguna: Jangan Naik Petrol Tanpa Rombakan Sistem Pengangkutan Posted: 18 Jul 2010 01:00 AM PDT ![]() Tindakan kerajaan menaikkan harga petrol bakal memberi kesan langsung kepada seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan persendirian setiap hari. Hal ini bertambah parah apabila kerajaan sendiri gagal memastikan rakyat Malaysia mempunyai pilihan kedua atau ketiga untuk menjimatkan kos hidup lantaran kenaikan harga bahan bakar itu. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor, Datuk Dr. Jacob George, tindakan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 5 sen untuk RON 95 yang kebanyakannya digunakan oleh kenderaan di negara ini, jelas membebankan pengguna. " Bila kita hendak buat sesuatu, kita kena beri rakyat satu alternatif," kata Jacob. Ujarnya, Malaysia masih berhadapan dengan masalah sistem pengangkutan yang tidak sistematik. Justeru langkah kerajaan tidak mengurus sistem pengangkutan awam di negara ini agar ia lebih berkesan dan mesra pengguna akan hanya membebankan mereka yang berpendapatan rendah. Hal ini katanya, menyebabkan rakyat tidak punya pilihan selain berhadapan dengan kesukaran untuk ke tempat yang dituju bahkan terpaksa menampung perbelanjaan yang tinggi pula jika menaiki kenderaan persendirian. "Saya amat dukacita. Apa yang mustahak ialah pengguna awam, dan jaringan pengangkutan awam sedia-ada yang menyusahkan masyarakat," kata Jacob. Walaupun tidak dapat menafikan bahawa negara kita turut memiliki sistem pengakutan aliran ringan (LRT) dan sistem pengangkutan gerak cepat (MRT), namun kita ketinggalan dari sudut perancangan. " Kita ada LRT dan MRT seperti Singapura, tetapi bezanya adalah sistem sokongan seperti feeder di sana lebih berkesan dan cekap. Sebaik sahaja mereka turun, sudah boleh dapat teksi," ujar Jacob. "Masalah sistem sokongan dan jaringan pengangkutan awam di Malaysia masih belum diatasi dengan baik. Ini mengundang tanda-tanya apakah pegawai-pegawai perancang di sini merancang atau mengancam rakyat dengan dasar yang lemah," tambah beliau. tvs |
| Posted: 17 Jul 2010 11:00 PM PDT ![]() SEBAHAGIAN GRO yang ditahan pada serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru tengah malam semalam. JOHOR BAHRU - Belanja 'ladies drink' (minuman istimewa), boleh dapat payu dara 'goyang'. Itu antara pakej yang ditawarkan oleh 94 wanita pegawai perhubungan pelanggan (GRO) 'bernombor' di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini. Bagaimanapun, semuanya berakhir selepas pusat hiburan itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada pukul 12 tengah malam semalam. Kesemua 63 GRO warga China, dua warga Vietnam dan bakinya wanita tempatan berusia di antara 20 hingga 35 tahun itu dicekup dengan berpakaian menjolok mata serta mengghairahkan di sebuah bilik rahsia di dalam pusat hiburan tersebut. Difahamkan, GRO terbabit yang mendapat bayaran minuman 'ladies drink' berharga RM60 segelas akan mula beraksi ghairah menggoyangkan payu dara masing-masing untuk tatapan dan dipegang pelanggan berhidung belang. Mereka juga mempunyai nombor masing-masing untuk kemudahan pelanggan memilih semula ketika berkunjung semula ke premis hiburan tersebut. Penolong Pengarah Pencegahan D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Sanusi Sidek berkata, kesemua GRO terbabit dipercayai bekerja di premis itu sejak enam bulan lalu. "Pada serbuan itu, kita turut menahan empat wanita tempatan yang disyaki bertindak sebagai ibu ayam yang mengawal dan menguruskan GRO terbabit serta seorang lelaki berusia 53 tahun dipercayai pemilik premis," katanya ketika ditemui. Difahamkan, premis terbabit telah diserbu sebanyak sepuluh kali sebelum ini namun pemiliknya tidak serik-serik. kosmo |
| Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan Posted: 17 Jul 2010 09:00 PM PDT ![]() KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak. Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini. "Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau. Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat. Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat. Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini. Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara. Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri. Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara). harakahdaily |
| Lawak Ahad: Harimau yang beriman Posted: 17 Jul 2010 07:00 PM PDT ![]() Alkisah... Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh keatas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. inibukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangka dia dah tak boleh bergerak lagi. 'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini ..jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah! Aminnn..' Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..' aminharakah |
| Layanan seks hanya dengan belanja makan dan upah Posted: 17 Jul 2010 05:00 PM PDT Oleh Hadzlihady Hassan 2010/07/17 AMPANG: Modal yang dikeluarkan hanya membelanja setiap mangsa makan dan memberi sedikit wang sebagai upah, habuan diterima pula layanan seks mangsa yang kebanyakan remaja belasan tahun. Itu helah digunakan dua lelaki yang menggunakan taktik terbabit dengan menjadikan remaja di sebuah kawasan perumahan di Ampang sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu mereka. Bagaimanapun, perbuatan terbabit terbongkar apabila ada jiran yang pelik kerana hampir setiap hari melihat remaja bersilih ganti keluar dan masuk ke rumah seorang daripada lelaki terbabit. Jiran berkenaan mula menyiasat sebelum dia terkejut apabila mendengar pengakuan seorang daripada remaja itu yang mengatakan dia diberikan wang oleh lelaki terbabit untuk mengadakan hubungan seks. Sejurus itu, jiran berkenaan memberitahu kepada keluarga remaja terbabit sebelum mereka membuat laporan polis. Menurut sumber polis, hasil siasatan mendapati ada beberapa remaja yang turut menjadi mangsa pemuas nafsu dua lelaki terbabit. "Polis menerima empat lagi laporan dibuat remaja yang pernah menjadi mangsa rogol dua lelaki terbabit. "Susulan itu, polis membuat serbuan, Selasa lalu dan menahan dua lelaki terbabit yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan," katanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu saling mengenali dan mereka juga menggunakan modus operandi sama dan membayar wang RM50 hingga RM100 kepada semua mangsa. "Selain membayar wang, dua suspek terbabit turut membelanja mangsa makan dan berpesan kepada setiap remaja itu supaya tidak membocorkan rahsia itu. "Siasatan juga mendapati aktiviti tidak bermoral itu berlaku sejak hampir sebulan lalu," katanya. Sumber berkata, setakat ini, siasatan mendapati sekurang-kurangnya 10 lagi remaja yang menjadi mangsa dan mereka diminta tampil membuat laporan. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit. Menurutnya, dua suspek berusia 30-an itu kini direman hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes terbabit yang di disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. HM |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan