Rabu, 14 Julai 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki MENANGIS & TAMPAR Diri Selepas Ditangkap dengan Pelacur

Posted: 14 Jul 2010 08:14 AM PDT

Seorang lelaki, 28 tahun, menampar diri dan menangis selepas ditangkap oleh polis bersama-sama dengan pelacur di sebuah bilik - berlaku di Guangxi, China - dia mengaku berbuat silap dan meminta maaf kepada ibu dan syarikat dia bekerja - dia dikhabarkan telah menampar dirinya sebanyak 8 kali sambil mengaku bahawa dia baru pertama kali berkunjung ke situ - nasi sudah menjadi bubur!

Saya petik:
[DC] A 28-year-old man cried out loud and slapped himself when police caught him naked in a room with a prostitute.

He also admitted that he was wrong and apologised to his mother and company.

Last week, a police team in China carried out a series of anti-vice operation at six prostitution hubs in Guangxi.

When they raided a spa centre, they heard a voice in a room saying: "Faster put on your clothes."

And when they stormed into the room, they saw a man and a woman in nude.

Upon knowing he was caught red-handed, the man in the room sat on the bed and cried.

The man also slapped himself eight times on the face, telling police that it was his first time there.

"I drank a little and was feeling dizzy. Then I remembered some people said sauna can help to sober me up and I come... I'm sorry mother," he said.

The woman, who was also in tears, told police that she had worked at the spa centre for two months and was paid 100-odd yuan (RM47) for each customer. - Agencies

Siasatan Scorpene: Polis Perancis Sebut Nama "Najib" & "Rosmah"

Posted: 14 Jul 2010 01:06 AM PDT


(Pasangan suami isteri yang kian popular dalam kalangan polis Perancis)

Saya petik:


"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.

Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.


*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Gaji RM17 Ribu, Enggan Beri Nafkhah Anak, Abai Keluarga

Posted: 13 Jul 2010 10:23 PM PDT

Jika benar dakwaan si bapa dan laporan akhbar di bawah ini, maka setiap orang yang membaca kisah ini wajar bertanya: "Nasrun, manusia jenis apakah kamu?"

Ibunya sampai menitiskan air mata mengenang sikap anak sulungnya itu. Ayahnya (gambar) pula terpaksa menebalkan muka turun naik mahkamah untuk menuntut nafkah cucunya yang ditinggalkan oleh ayah kandung tanpa khabar berita.

Perincian kisah sedih ini dapat anda baca melalui petikan akhbar di bawah ini:
[HM] KUALA TERENGGANU: "Saya terpaksa buat begini kerana ini saja cara untuk bertemu semula dengan dia," kata Mustafa Ismail, 64, yang memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anak kandungnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Mustafa selaku plaintif membuat tuntutan terhadap Nasrun Mustafa, 37, supaya membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya yang juga anak defendan, sejak dia menjaga dua beradik itu tujuh tahun lalu sebanyak RM20,000 serta bayaran nafkah RM800 sebulan secara potongan gaji.

Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain.

Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanya menyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah.

Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah dan menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula.

"Kita tunggu sajalah 24 Ogos ini, dia (Nasrun) ada masa dan saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik," kata Mustafa ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Beladau Kolam di sini, semalam.

Mustafa berkata, dia buntu memikirkan masa depan dua cucunya dan terpaksa memilih jalan terakhir dengan membawa perkara itu ke mahkamah bagi membolehkan dia bertemu Nasrun.

Pesara syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini bersekolah dalam tingkatan satu dan tiga.

"Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemunya. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kedua-dua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya. Kami mahu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan bapa dengan baik," katanya.

Sementara itu, isterinya, Mariam Abdullah, 54, berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997, dan perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.

Katanya, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga bekas menantunya sehingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin baru, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya itu kepada dia dan suami.

"Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan anak-anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, tapi sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.

"Bercakap dengan mak ayah pun sopan santun, sembahyang tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih bila perkara begini terjadi pada keluarga...tanya hati masing-masinglah," katanya sambil mengelap air mata dengan tudung dipakainya. - Mohd Nasif Badruddin

Tiada ulasan: