Biaqpila |
- SEKEPING SURAT DARI AKU
- Dipaksa bogel, kena pukul 23 kali
- Najib Yang Sudah Hilang Tuah Kini Teramat Bimbang
- Awat Menteri Komunikasi Tak Reti Nak Google?
- Sotong Paul diberi tugasan baru?
- Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam
- Pengguna Genius : Membeli Rumah Adalah Satu Bentuk Perjudian Hidup Yang Tak Patut
- Gagal Jadi TKW, Sutiah Suka Berbogel
- Huruf2 Yang Ditakuti Oleh UMNO Pada Hari Ini...
- Anwar: Fitnah Terbaru Utusan Bongkar Rasa Dendam, Benci Mendalam
| Posted: 14 Jul 2010 03:00 PM PDT DIMANA KAU SEMUA SEKARANG ? ![]() SURAT DARI AKU KEPADA KAU setiap kali aku melihat gambar ini setiap kali aku bertanya dimana kau semua sekarang? gambar pagi 3 disember 74 ini adalah rakaman sejarah setiakawan anak muda dengan kamu tani setiakawan anak muda dengan penoreh getah setiakawan anak muda dengan kaum buruh dimana kau semua sekarang ? setelah kau berijazah dan berdiploma adakah kau masih bersetia dengan janji janji yang kita lakar di sudut pidato janji untuk menegak keadilan pasti kau telah bernikah beranak dan bercucu tidak seperti gambar ini apakah kau telah berperut gendut menjadi pegawai mengutip laba memasang lukah mengumpul harta memungut upti kiri dan kanan berbaju batik dan bederajat tinggi atau kau menjadi susuk yang soleh yang setia kepada janji yang telah kita lafazkan di sudut pidato dimana kau semua sekarang? aku menuliskan surat ini dengan kenangan dan air mata teringat pada janji janji setia ketika bergerak di jalan raya ketika berkumpul dan bersetia ketika di tembak dan di belantan ketika rebah dan bangun semula dimana kau semua sekarang ? tidak kah kau lihat betapa pertiwi sakit sengsara tidak kah kau lihat pedih dan perit negara bangsa tidak kah kau lihat terseksanya anak semua bangsa jika kau membaca surat aku ini jangan kau salah prasangka aku bukan meminta dana aku bukan meminta derajat aku bukan meminta simpati aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia pada janji janji yang dilakar pada pagi itu aku hanya ingin bertanya apakah kau masih setia pada ilmu yang kita pelajari di gedung itu dimana kau semua sekarang? jika pagi ini kau di veranda banglo rumah mu mengira kereta dan speda cucu mu menghitung saham dan luas tanah mu merancang percutian di kota eropah aku meminta kau luang kan sedikit masa lihat kembali gambar ini ingatkan kembali pada janji dan cita cita untuk mendirikan negara bangsa yang adil dan berbudaya dimana kau semua sekarang? jika pagi ini kau bercanda canda dengan kekasih muda mengira-gira saham emas dan bhara mengumpul harta tidak terkata aku meminta kau luangkan sedikit masa lihat kembali gambar ini gambar kita di pagi itu di masjid negara berjanji dan bersetia menentang kezaliman menumpas kebatilan jika surat ini tidak sampai jika surat aku ini tidak dibaca jika surat aku ini tidak dibuka akulah sebenarnya bersalah menulis surat ke alamat berubah p/s wahai agin yang lalu tolonglah sampaikan surat aku wahai angin lalu lakarlah gambar ini dilangit biru agar dapat dilihat oleh kawan kawan aku diseluruh pelusuk seluruh penjuru detik kami melakar janji bersetiakawan untuk duji tukartiub |
| Dipaksa bogel, kena pukul 23 kali Posted: 14 Jul 2010 09:00 AM PDT ![]() JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan mendakwa dipukul 23 kali dalam keadaan bogel menggunakan getah paip di bahagian kaki sehingga menyebabkan tulang jarinya retak, di sebuah penjara di sini, 1 Julai lalu. Akibat insiden itu, mangsa, SP Suppayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak dapat berjalan dengan baik selain menjejaskan pekerjaan dan rutin hariannya kerana terpaksa bercuti sebulan tanpa gaji. Sebelum ditahan di penjara, Suppayah telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencederakan isterinya, CM Premma dan dia kemudiannya didenda RM1,000 atau tujuh hari penjara jika tidak membayarnya oleh Mahkamah Majistret, di sini. Suppayah berkata, selepas hukuman denda dijatuhkan, Mahkamah memberi masa sehingga jam empat petang kepada Premma untuk membayar denda tersebut. "Bagaimanapun, ketika isteri saya sedang mengeluarkan wang, saya telah pun dibawa ke penjara kira-kira jam tiga petang. Sedangkan, waktu sebenar saya patut ditahan ialah jam empat petang. "Isteri saya yang datang pada jam 3.45 petang berasa pelik dan terkilan dengan tindakan mahkamah yang menahan saya lebih awal walaupun telah memberi tempoh masa sehingga jam empat petang," katanya ketika ditemui selepas sidang media anjuran Pas Johor di sini, semalam. Suppayah berkata, ketika dalam penjara, dia mendakwa dibawa masuk oleh dua anggota penjara lelaki yang memakai baju seperti askar ke dalam satu bilik sebelum menyuruhnya menanggalkan semua pakaiannya dan bertindak memukulnya menggunakan getah paip di kaki sejurus berbogel. "Pukulan 23 kali di kaki itu sangat menyakitkan kerana saya menghidapi penyakit kencing manis dan diabetes. Selepas dipukul, mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyuruh saya mengambil pakaian semula dan keluar dari bilik tersebut. "Mereka juga telah mengingatkan saya supaya jangan beritahu pada sesiapa tentang kejadian tersebut selepas peristiwa itu," katanya. Suppayah kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral sejurus dibebaskan keesokannya, sebelum terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah, di sini. Hasil pemeriksaan mendapati tulang jari kakinya retak dan perlu berehat akibat kecederaan itu. Menurutnya, dua anggota polis datang ke rumahnya selepas laporan dibuat untuk mengambil kenyataannya kira-kira jam dua petang dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan. "Kes ini masih lagi dalam siasatan kami," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. SH |
| Najib Yang Sudah Hilang Tuah Kini Teramat Bimbang Posted: 14 Jul 2010 07:00 AM PDT Oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim ![]() Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi. Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung. Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau. Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman. Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib? Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka. Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka. Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya. Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati. Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK. Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri. Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah? Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya. SK |
| Awat Menteri Komunikasi Tak Reti Nak Google? Posted: 14 Jul 2010 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! LAIN KALI TANYA PAK CIK GOOGLE DULU...USAH PERCAYA SANGAT DENGAN UTUSAN MELOYA TU...LA NI SAPA YANG MALU? WAKAWAKA EH! EH! John R Malott Desak Rais Yatim Mohon Maaf Kepada Anwar Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika. "Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar. "Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika. "Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti. "Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini. Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut. "Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku. "Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau. Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram. "Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA? "Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh? "Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi. Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya. "Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan? "Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu. "Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi. Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat "Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang? "Sekiranya Amerika gembira dengan usaha-usaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais. wargamarhaen |
| Sotong Paul diberi tugasan baru? Posted: 14 Jul 2010 03:00 AM PDT ![]() SEPANYOL: Sotong Paul Raja Menilik (SPRM) diberi tugasan baru setelah berjaya melakukan tugasan menilik dengan cemerlang gemilang dan terbilang pada Piala Dunia yang lepas. Masalahnya adakah Sotong Paul Raja Menilik (SPRM) ini ada teloq untuk melakukan tugasan terbaru yang mencabar ini.Silap-silap jadi sotong sumbat c4.... WAKA! WAKA! EH!!! EH!!! |
| Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam Posted: 14 Jul 2010 01:00 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebe Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya. Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara. Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar. Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan ribut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kena menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal. Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah detikdaily |
| Pengguna Genius : Membeli Rumah Adalah Satu Bentuk Perjudian Hidup Yang Tak Patut Posted: 13 Jul 2010 11:00 PM PDT ![]() Dalam seminggu dua ni,aku dengan isteri aku berjalan-jalan mencari location rumah yang mampu dibeli.Agak payah untuk membuat keputusan sebab bila beli dan berhutang lebih 20-30 tahun,benda camni memerlukan satu komitmen yang agak panjang. Aku agak kecewa dengan sistem pembelian rumah di Malaysia yang tidak menetapkan developer wajib menyiapkan rumah sebelum dibeli,ini kerana risiko pembelian rumah tidak jatuh kepada developer.Risiko kerugian ketika pembelian rumah agak berat kepada pembeli,yakni,rakyat Malaysia. Apa yang aku paham setakat ni,daripada yang aku belajar dan tanya-tanya,sesebuah projek perumahan baru akan dikeluarkan pelannya sebelum dirasmikan pelancarannya.Rumah tersebut sudah mampu ditempah oleh pembeli.Untungnya di sini adalah pembeli akan dapat membeli rumah dengan harga yang lebih murah kerana jika sudah pun dilancarkan atau memasuki fasa kedua (dan seterusnya) harga rumah akan melambung naik. Apa yang terjadi pada aku dengan isteri aku adalah apabila timbulnya pressure daripada salesman developer yang mengharapkan agar aku dan isteri booking cepat-cepat rumah.Alasannya,"Nanti sudah launch naik harga maa!" Jadi,apa risikonya kepada kami berdua nanti? 1. Bila dah letak booking dan loan dah approved,interest loan bank akan mula-mula sekali perlu dibayar walaupun rumah belum disiapkan atau siap untuk diduduki.Pernah tengok berita orang beli rumah tapi tak dapat nak duduk rumah sendiri tapi loan dah perlu dibayar?Itu adalah sebab developer lari tapi bank dah start mintak bayar installment. 2. Kalau-kalau aku dah letak booking RM500,katakanlah loan bank tak lepas,duit booking tu akan dipegang oleh developer WALAUPUN diorang tau loan bank kitorang tak lepas. 3. Sebab rumah yang ingin dibooking tu belum pun naik showhouse-nya,jadi gambaran mengenai rupa bentuk dan rekaan rumah tu hanyalah kelihatan dalam bentuk lukisan dan imej 3D.Kualiti dan hasil finishing nya tak nampak depan mata,semua bergantung kepada skrip2 dan air liur salesman tu. 4. Membeli secara buat tuli? Beli baju pun kita boleh masuk changing room dan try baju tu dulu. Aku cukup marah bila undang-undang Malaysia ni tak berapa protect pengguna,dalam bab pembelian rumah satu-satunya benefit yang pengguna akan dapat adalah harga yang lebih murah jika berani beli awal dan gamble.Tak patut.Pembelian rumah adalah satu bentuk investment jangka panjang dan sepatutnya pelanggan dijaga haknya dalam urusan jual beli.Jika developer bankrap atau gulung tikar,tidak ada pun undang-undang yang menjaga kepentingan pengguna. Ada orang yang mampu memperjudikan nasib beli rumah yang hanya ada dalam angan-angan diorang,terpaksa yakin dengan janji-janji kosong developer tapi tak semua orang mampu camtu,kan? Pengguna dan pembeli sudahpun memperjudikan nasib mereka apabila mereka menggamble-kan wang ringgit mereka apabila "melabur" ke dalam satu kawasan atau daerah yang kita sendiri tidak pasti akan "menjadi" atau tidak.Tak sepatutnya pembeli rumah terpaksa juga memperjudikan nasib mereka sama ada rumah yang mereka beli akan wujud atau tidak,puas hati atau tidak. Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan.Jika anda ingin membeli rumah,pilihlah developer yang mempunyai track record yang ok dan bertawakallah.Undang-undang tidak akan menyebelahi anda.Jangan biarkan salesman developer menakut-nakutkan anda. cursingmalay |
| Gagal Jadi TKW, Sutiah Suka Berbogel Posted: 13 Jul 2010 09:00 PM PDT ![]() Gambar Hiasan Lampung – Keinginannya untuk mendapatkan wang yang banyak dengan cara menjadi TKW (Tenaga Kerja Wanita) gagal. Keadaan ini mengakibatkan tekanan buat Sutiah (25 tahun), warga kampung Wirajaya, Kecamatan Tanjungraya, Kabupaten Mesuji. Sejak kepulangannya dari Jakarta pada hari Isnin (12/7) yang lalu, Sutiah hanya mampu meratapi nasibnya dari dalam kamar yang selalu dikunci oleh keluarganya.Ini kerana Sutiah tidak mahu berpakaian. Anak ketiga dari enam beradik pasangan Katirin (alm) dan Sumani (50 tahun) bercita-cita ingin memberikan wang yang banyak kepada ibunya dan membina rumah di kampung tetapi semuanya tinggal impian. Sutiah yang sejak dipulangkan oleh syarikat pembekal tenaga kerja di Jakarta seringkali keluar rumah dalam keadaan bogel. Bimbang terjadi sesuatu terhadap anak gadisnya, Sumani akhirnya memutuskan untuk mengurung anak gadisnya yang tidak mahu berpakaian itu. Selain itu, Sutiah juga seringkali menjerit seperti histeria dan meracau dengan berbagai umpatan. Sumani, ibu Sutiah menceritakan, pada tahun 2009 anaknya mendaftar menjadi calon TKW melalui agen sebuah perusahaan PJTKI. Setelah semua syarat dipenuhi, Sutiah pun dibawa ke Jakarta oleh agennya dan dijaga di pusat penjagaan milik PJTKI tersebut. Setelah berbulan-bulan berada di pusat tersebut, Sutiah tidak juga dihantar ke Malaysia. Pihak PJTKI selalu berdalih dengan bermacam alasan, membuatkan Sutiah sakit zahir dan batin. Dia pun merasa hidup tertekan di pusat penjagaan tersebut. Kemudiannya Pihak PJTKI menghubungi keluarganya agar mengambil anak mereka. Semasa diambil, pihak keluarga tidak mengetahui samada Sutiah sudah mengalami gangguan sakit jiwa. "Kami baru tahu kalau anak saya mengalami gangguan kejiwaan saat habis mandi langsung berlari-lari tanpa pakai baju," ujar Sumani. [poskota/bar] |
| Huruf2 Yang Ditakuti Oleh UMNO Pada Hari Ini... Posted: 13 Jul 2010 07:00 PM PDT ![]() Di antara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya. Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR. Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra. Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR? Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja? Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya. Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita? PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali. DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan? Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar. Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya. Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong. Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat. Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita. Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya. Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata. Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh. Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini. Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar. Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti. Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri. RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan. Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini. TPU - Dalam ramai-ramai orang UMNO, yang dekat atas ni sorang ke yang cerdik... yang lain semua bodoh mengalahkan anak lembu baru beranak... sedakasejahtera |
| Anwar: Fitnah Terbaru Utusan Bongkar Rasa Dendam, Benci Mendalam Posted: 13 Jul 2010 05:00 PM PDT SHAH ALAM 13 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terbaru Umno-Barisan terhadap dirinya melalui apparatus propaganda mereka, Utusan Malaysia yang dipintal daripada sebuah blog menunjukkan ketandusan idea dan hilang integriti sebagai sebuah organisasi media yang bebas. Ketika menghantar komen beliau semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar berkata kempen fitnah yang dilancarkan Utusan Malaysia sekian lama terhadapnya hanya semata-mata berasaskan dendam dan kebencian. "Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah. "Rupa-rupanya tatkala di Makkah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah. "Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. "Terpampang di muka hadapan fitnah 'Anwar Agen CIA'. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian. Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut," jelas Anwar. Anwar menegaskan penafian keras yang dibuat CNN mendedahkan perancangan Utusan Malaysia untuk terus merencana fitnah ke atas beliau. "Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas," kata Ketua Pembangkang lagi. SK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan