DIALOG RAKYAT |
- MCA Tak Mungkin Kekal Lama Di Dalam BN
- kONFLIK DALAMAN UMNO BERLARUTAN
- Baja akan dibekal mengikut kesesuaian tanah kawasan padi: Noh
- Mahkamah Dengar Rayuan Khairy, 23 September Ini
- Isu Enjin Jet Hilang, Keselamatan N Tharmendran Perlu Dijamin
- Perbicaraan Fitnah II Ditangguh Ke 2 Ogos
- Judi Piala Dunia: Polis Lakukan 270 Serbuan Libatkan Taruhan RM417.7 Juta
- Pengeluar, Peniaga Setuju Tidak Naikkan Harga Makanan, Minuman
- Perketat Penguatkuasaan Bendung Aktiviti Korek Pasir Tidak Terkawal
- Permit Ditarik Jika Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing - Ismail Sabri
- African Scam: Tak Logik tapi berlaku - Polis
- Ketua UMNO Kelana Jaya Merajuk....
- KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA
- Program PAS Untuk Semua Di Kubu Gajah Berjaya
- Pertandingan Keceriaan Kibar Jalur Gemilang bermula 1 Ogos
- Koperasi anak Felda ditubuh
- Sungai tong sampah
- Muhyiddin: Guru berasal dari Sabah, Sarawak akan ditempatkan di negeri sendiri
- Sultan Kelantan selamat jalani prosedur angiogram dan angioplasty
- Subsidi minyak untuk nelayan diteruskan: Noh Omar
- Kerajaan ada lebihan pendapatan RM10b tanpa selaras subsidi: Ahmad Husni
- Air : Pusat Digesa Bekerjasama, Bukan Tuding Jari
- Bila Hampir Pilihanraya, Propaganda Nasib Bangsa Melayu Ditiup
- K'jaan S'gor: Laporan petik MB tidak tepat
- Editor Suara Keadilan disoalsiasat polis
| MCA Tak Mungkin Kekal Lama Di Dalam BN Posted: 19 Jul 2010 03:48 AM PDT KELAB GREENBOC
Pilih parti atau kerajaan? - ABDUL AZIZ BARIPerkembangan dalam UMNO dan PKR bulan lalu membangkitkan isu tentang hubungan antara parti dan kerajaan. Di Selangor PKR membuat perubahan dalam struktur kepemimpinan parti dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mengetuai parti di peringkat negeri. Sementara itu, perkembangan dalam UMNO menimbulkan soalan siapa yang memerintah: kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO? Kedudukan UMNO sebagai sebuah politik timbul ekoran kebenaran menjalankan judi bola kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan. Pada mulanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi lampu hijau. Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal apabila UMNO tidak bersetuju. MCA tidak senang kerana pada rakan UMNO dalam Barisan Nasional itu keputusan berkenaan terletak di bawah kuasa kerajaan - yakni kabinet - dan bukan UMNO. Soalan-soalan itu berbangkit kerana parti politik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perjalanan kerajaan. Dan walaupun perlembagaan tidak menyebutnya kita faham bahawa kewujudan dan pengaruh parti-parti politik amat penting dalam menentukan perjalanan perlembagaan. Minggu lepas saya menyebut betapa tarikh pilihan raya tetap perlu dan lebih baik. Walaupun sebelum itu saya menyatakan ia tidak boleh dibuat dalam sistem Westminster saya rasa kita perlu realistik; yakni kita jangan mengharapkan kerajaan akan jatuh melalui undi tidak percaya. Ini kerana parti politik tidak akan memperjudikan nasib mereka secara terbuka. Sekiranya mereka tidak senang dengan pemimpin mereka yang mengetuai kerajaan mereka akan membuat perubahan melalui proses dalam parti. Dengan kata lain parti-parti politik tidak akan menyembelih orang mereka sendiri di dalam dewan, di depan musuh mereka. Ia adalah pendekatan yang lebih logik kerana mereka tidak mahu kehilangan kuasa. Inilah yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Itulah juga yang PKR hendak lakukan apabila Ketua Umum PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim – diletakkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Walaupun caranya berbeza pendekatan yang sama diambil oleh Parti Konservatif apabila Perdana Menteri Margaret Thatcher dipaksa berundur pada 1990 dan digantikan dengan John Major. Beliau dapat bertahan sehingga 1997 apabila Konservatif tewas di tangan Parti Buruh yang dipimpin oleh Tony Blair. Memang ada contoh di mana parti menjatuhkan orang mereka sendiri melalui undi tidak percaya; yakni satu proses di luar parti dan secara terbuka. Inilah yang berlaku ke atas Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor pada 1975. Tetapi ini harus difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya perancangan UMNO Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tidak selesa dengan pengaruh Harun. Dalam pada itu Pas pernah menjatuhkan Datuk Mohamed Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan pada 1977. Tetapi perlu diingat bahawa itu dilakukan kerana Mohamed dianggap tali barut UMNO dan tiada cara lain yang boleh dibuat untuk membuang ahli parti yang menimbulkan masalah. Ketika krisis itu berlaku Pas berada dalam Barisan. Tentang UMNO dalam isu judi bola pada saya bukanlah masalah besar. Apa yang penting ialah ada sikap yang konsisten dan jelas. Tidak berdolak-dalik. Dan semua anggota kabinet perlu akur. Dalam isu judi ini MCA dan MIC setuju dengan keputusan awal membenarkan lesen judi bola itu. Kabinet mungkin hanya sekadar mengesahkan keputusan UMNO. Tetapi ini tidak salah. Seperti yang saya katakan tadi apa yang penting ialah keputusan itu tetap dan konsisten. Perlembagaan menetapkan syarat ini supaya kabinet boleh dipegang dan rakyat boleh menghukumnya. Inilah sebabnya mengapa perlembagaan mensyaratkan prinsip tanggung jawab bersama kabinet. Atas dasar itu tidak salah bagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikai kedudukan UMNO kerana Presiden MCA itu bukan anggota kabinet. Tetapi ia pastinya meletakkan anggota-anggota MCA dalam keadaan sukar: ikut presiden parti atau Najib sebagai ketua kerajaan? | ||||
| kONFLIK DALAMAN UMNO BERLARUTAN Posted: 19 Jul 2010 03:28 AM PDT
Dr Syed Azman berkata, ia dapat dibuktikan dengan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen Setiu ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, Jumaat lalu. | ||||
| Baja akan dibekal mengikut kesesuaian tanah kawasan padi: Noh Posted: 19 Jul 2010 03:20 AM PDT SINAR HARIAN GURUN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membekalkan baja mengikut kesesuaian tanah bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk setiap kawasan tanaman padi. | ||||
| Mahkamah Dengar Rayuan Khairy, 23 September Ini Posted: 19 Jul 2010 03:15 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar rayuan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta pada 23 Sept ini. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof akan mendengar kes tersebut. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof menetapkan tarikh tersebut ketika bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamar apabila kes itu Pada 31 Mei lepas, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menolak dengan kos permohonan Khairy untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Anwar pada 4 Dis 2008, selepas Khairy gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Nazri memutuskan serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaannya. Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda Umno ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. bertajuk 'Anwar and kin no threat'. Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Feb 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam | ||||
| Isu Enjin Jet Hilang, Keselamatan N Tharmendran Perlu Dijamin Posted: 19 Jul 2010 03:13 AM PDT Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Salahuddin Ayub hari ini menyeru kerajaan Malaysia agar memastikan keselamatan Sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran atas dakwaan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM. Beliau yang ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur pagi tadi berkata perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan Tharmendran dan keluarganya. Dalam pada itu beliau juga berharap pihak kerajaan dapat mengambil satu langkah yang segera bagi memastikan keselamatannya. "Saya menyatakan tentang isu keselamatan Tharmendran yang akan dibicarakan nanti, saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri menjamin keselamatan beliau. Perkara ini perlu ditekankan kerana ia telah berlaku sebelum ini, kita melihat kes pembunuhan warga negara Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga kes Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Bagi saya isu kehilangan enjin jet ini tidak akan berlaku disebabkan oleh seorang individu sahaja, ketika itu dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan sekarang Najib telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. "Bila melihat kepada senario ini saya berkeyakinan proses perbicaraan secara biasa tidak akan dapat menyelesaikan kes tersebut dan saya berharap pembentukan satu Suruhanjaya Di Raja yang akan melakukan penyiasatan secara menyeluruh terhadap kes tersebut. Perbicaraan secara telus akan dapat dijalankan jika terbentuknya suruhanjaya tersebut," jelasnya. Salahuddin juga menjelaskan tidak masuk akal jika perkara itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah sedangkan kes itu melibatkan penghantaran enjin jet ke negara luar. "Tak masuk akal langsung jika kejadian itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah, kita tahu kehilangan enjin jet ini melibatkan negara luar di Uruguay. Tanpa penglibatan mereka yang berpangkat besar tidak mustahil enjin tersebut boleh dihantar ke sana. "Apa yang kita inginkan adalah keselamatan Tharmendran terjamin termasuk keluarganya serta pembentukan Suruhanjaya Diraja agar perbicaraan dijalankan secara adil. "Apa yang saya tahu beliau sekarang tidak diketahui berada di mana dan pihak KDN mahu pun kerajaan perlu pastikan keselamatannya jangan biarkan perkara yang sama berulang, disebabkan kesalahan orang berprofil tinggi maka yang berpangkat rendah menjadi kambing hitam," sambungnya lagi. Sebelum itu, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Bagi kesalahan tersebut, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Selain Tharmendran, Pengarah sebuah syarikat pembekal, K Rajandran Prasad, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. | ||||
| Perbicaraan Fitnah II Ditangguh Ke 2 Ogos Posted: 19 Jul 2010 03:12 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersetuju untuk menunda perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 2 Ogos depan. Ini berikutan perrmohonan daripada peguam utama pembelaan, Karpal Singh yang diberikan cuti sakit akibat jangkitan paru-paru. "Mahkamah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Param Cumaraswamy. Jaminan dari Param bahawa kes itu akan tetap diteruskan tanpa mengira sama ada Karpal akan hadir kemudian hari nanti. "Seorang daripada peguamnya mesti meneruskan perbicaraan jika diperlukan nanti," kata Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah . Dalam pada itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden tidak membuat bantahan. Perbicaraan kes Fitnah II dijangkakan akan disambung semula sepanjang bulan Ogos. Karpal Singh yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-70 kelmarin, diberikan cutikan sakit selama 15 hari. Beliau kini sedang berehat selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Peguam pembantu, Sankara Nair memaklumkan kepada media di luar mahkamah, bahawa Karpal dikejarkan ke hospital pada 9 Julai lalu akibat pneumonia. Menurutnya jika Karpal masih belum pulih, seorang lagi peguam dalam pasukan mereka akan menggantikan tempat Karpal. "Kita telah berjanji kepada mahkamah, kita juga mahu perbicaraan disambung semula. Beliau mempunyai dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Saya yakin beliau akan sempat pulih sepenuhnya," kata Sankara. Selain Karpal, Param dan sankara, peguam lain yang mewakili Anwar ialah CV Prabhakaran, Wan Anuar Syahadat, Melissa Christopher Fernando dan ahli jawatankuasa pusat PAS Mohd Hanipa Maidin Menurut anak Karpal Ram Singh Deo, bapanya hanya dibenarkan keluar dari hospital pada hari Khamis yang lalu dan kini sedang berehat dirumahnya di Pulau Pinang selepas diberikan antibiotik. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. | ||||
| Judi Piala Dunia: Polis Lakukan 270 Serbuan Libatkan Taruhan RM417.7 Juta Posted: 19 Jul 2010 03:11 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu polis berjaya menumpaskan aktiviti judi tidak berlesen membabitkan pertaruhan RM417.7 juta sepanjang berlangsungnya bola sepak Piala Dunia 2010. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, sepanjang tempoh itu polis melakukan 270 serbuan ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan tersebut menerusi 'Ops Soga'. "Daripada jumlah serbuan itu sebanyak 151 serbuan diklasifikasikan berjaya iaitu seramai 227 orang telah ditangkap kerana disyaki terlibat melakukan pelbagai kesalahan seperti menjadi penganjur dan mengutip wang pertaruhan haram atau bookie. "Sejumlah RM99,266 wang tunai yang digunakan dalam pertaruhan juga telah berjaya dirampas sewaktu serbuan dijalankan," katanya menjawab soalan Senator Zainun A. Bakar di sini. Zainun ingin tahu bilangan yang ditangkap dan didakwa kerana kesalahan perjudian haram ketika berlangsungnya bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini, serta jumlah pertaruhan yang dirampas. Lee berkata, setakat ini tiada pertuduhan dibuat ke atas mana-mana suspek dan semua kes masih dalam siasatan. Katanya, pihak polis juga berpendapat 'Ops Soga' yang dilaksanakan selama sebulan bermula 11 Jun hingga 12 Julai lepas telah mencatatkan kejayaan kerana berjaya menembusi dan menumpaskan banyak operasi sindiket perjudian menerusi talian. Kejayaan itu katanya, adalah hasil penubuhan satu pasukan khas bagi memantau secara khusus kegiatan pertaruhan tidak berlesen sepanjang tempoh kejohanan tersebut, selain bekerjasama dengan polis antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan lain. | ||||
| Pengeluar, Peniaga Setuju Tidak Naikkan Harga Makanan, Minuman Posted: 19 Jul 2010 03:09 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Harga makanan dan minuman yang mengandungi gula di seluruh negara tidak akan dinaikkan, walaupun harga bahan itu naik 25 sen minggu lepas. Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan persatuan terlibat, di sini hari ini. Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu, lebih 500,000 pengeluar dan peniaga makanan, yang diwakili 34 persatuan komited untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman yang mengandungi gula. "Saya harap dengan komitmen yang diberikan persatuan pada hari ini akan melegakan pengguna dan mereka boleh melaporkan kepada kementerian jika terdapat sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu. Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Pemborong Malaysia, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Kumpulan Pengeluaran Makanan Malaysia (MAFMAG), Persatuan Pengilang-Pengilang Roti Malaysia, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma). Ismail Sabri berkata, persatuan dan pengeluar makanan itu memahami keperluan kerajaan menstruktur semula subsidi dan mereka sedia menyerap kesan kenaikan harga gula itu kerana ia tidak terlalu tinggi. Pegawai penguatkuasa dan pemantau kementerian akan sentiasa memantau harga makanan dan minuman bergula di seluruh negara dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika mana-mana pihak didapati menaikkan harga, katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Datuk Mohamad Mahmud berkata, beliau menerima langkah kerajaan menaikkan harga gula kerana ia dapat mengelak masalah kekurangan bekalan. "Daripada kita sukar untuk mendapatkan bekalan, lebih baik kerajaan naikkan harga gula kerana kebanyakan ahli menggunakan gula ini dalam perniagaan masing-masing," katanya. Beliau berkata, penjelasan juga akan diberi kepada lebih 400,000 anggota persatuan itu supaya mereka tidak menaikkan harga makanan, namun tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit penyesuaian dari segi saiz makanan. Presiden Primas, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, satu edaran akan dibuat kepada lebih 1,300 anggota persatuan itu yang melibatkan lebih 5,000 restoran di seluruh negara untuk memaklumkan mengenai hasil pertemuan hari ini bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga makanan dan minuman. Beliau berkata, walaupun ia akan meningkatkan kos, ia hanya menyebabkan kenaikan yang nominal dan boleh diserap. | ||||
| Perketat Penguatkuasaan Bendung Aktiviti Korek Pasir Tidak Terkawal Posted: 19 Jul 2010 03:06 AM PDT BERNAMA PETALING JAYA: Kerajaan Pusat dan Selangor disaran memperketatkan lagi penguatkuasaan sebagai jaminan agar kegiatan perlombongan pasir secara tidak terkawal yang mengancam habitat hidupan liar dan alam sekitar dapat dibendung. Anggota Lembaga Pentadbir Landskap Malaysia, Datuk Yahya A. Jalil mendakwa, kegagalan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada menyebabkan syarikat perlombongan yang diberi lesen semakin rakus mengaut hasil yang memberikan keuntungan tanpa mengambil kira impak kepada alam sekitar serta penduduk setempat. Beliau mendakwa penguatkuasaan kini begitu lemah kerana undang-undang dilihat hanya pada sekeping kertas dan tidak diterjemahkan melalui tindakan. "Kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan, jangan ambil ringan tentang perkara ini. Kalau benda ini (perlombongan pasir) tak dihentikan segera, saya ingat Wetlands ini akan hilang selama-lamanya," katanya pada sidang media di pejabat Landskap Malaysia di sini, hari ini. Lembaga itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan atas inisiatif bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah itu. Yahya juga menggesa kerajaan Selangor menghentikan serta-merta aktiviti perlombongan pasir di kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat kerana ia memberi kesan yang buruk kepada ekosistem di Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil. Beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan laporan terperinci kepada kerajaan pusat dan negeri mengenai tahap kemusnahan yang dialami Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands yang juga Rizab Tanah Lembap Negara selepas melawat kawasan tersebut. Kerajaan Pusat dan Selangor disaran menghantar pakar ekologi dan pakar lain ke kawasan berkenaan dengan segera agar dapat menentukan tahap sama ada ia kritikal atau tidak, katanya. Dalam pada itu, beliau mengingatkan syarikat perlombongan supaya tidak tamak dan rakus mengerjakan hasil bumi tanpa memikirkan akibat yang perlu ditanggung oleh generasi akan datang. Sebelum ini, kegiatan melombong pasir yang tidak terkawal di beberapa tempat di Selangor mendapat perhatian serius pelbagai pihak. Kegiatan itu semakin tidak terkawal apabila 20 hektar tanah, kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil yang juga rizab Tanah Lembap Negara, diceroboh untuk mendapatkan hasil tersebut sehingga mengancam sistem ekologi taman berkenaan. Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kegiatan melombong pasir berhampiran Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands itu adalah di bawah pengetahuan kerajaan Selangor dan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Abdul Khalid bagaimanapun mendakwa kegiatan itu mempunyai permit yang sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit dan bukannya di Bukit Changgang. Yahya berkata, kegiatan itu jika tidak diberhentikan dengan segera, bakal memusnahkan habitat hidupan liar, alam sekitar dan juga pencemaran air yang teruk. | ||||
| Permit Ditarik Jika Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing - Ismail Sabri Posted: 19 Jul 2010 03:05 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Pengusaha stesen minyak di seluruh negara akan berdepan tindakan permit ditarik balik sekiranya didapati menjual petrol RON95 kepada kenderaan asing apabila larangan penjualan itu dikuatkuasakan 1 Ogos ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian akan memantau pematuhan larangan itu dengan kerjasama agensi lain seperti polis, Rela dan Unit Pencegah Penyeludupan khususnya di kawasan sempadan. "Pemantauan larangan ini akan lebih mudah daripada peraturan menyekat pembelian melebihi 20 liter sebelum ini kerana kita hanya perlu melihat petrol jenis apa yang mereka isi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan persatuan pengeluar dan peniaga di seluruh negara, di sini hari ini Beliau yakin peraturan baru itu tidak akan menyebabkan kemarahan pengguna asing kerana mereka masih boleh mengisi petrol RON97 di negara ini sebanyak mana yang mereka mahu. Malah, katanya, harga RON97 di negara ini lebih murah daripada harga RON95 di Thailand. "Jadi saya rasa mereka tak mungkin akan rasa marah kepada kita walaupun kita sekat mereka beli RON95 tapi dia beli RON97 pun lebih menguntungkan daripada di negara mereka," katanya. Ismail Sabri berkata kerajaan menetapkan 1 Ogos untuk menguatkuasakan larangan itu supaya penjelasan dapat diberikan kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak dan untuk menyiapkan poster berkaitan untuk diletakkan di stesen-stesen minyak di seluruh negara. Menteri itu sebelum ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Ogos depan, semua kenderaan asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95 dan hanya boleh membeli RON97. Beliau berkata ia selaras dengan dasar kerajaan bagi memastikan bahan api subsidi adalah khusus untuk rakyat Malaysia sahaja. | ||||
| African Scam: Tak Logik tapi berlaku - Polis Posted: 19 Jul 2010 03:01 AM PDT
KUALA LUMPUR: African Scam adalah satu bentuk jenayah merentasi sempadan yang tidak hanya melanda negara ini, tetapi turut melibatkan negara seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Indonesia kerana ia bersifat global. Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sindiket itu menyelusup masuk ke negara ini sejak 10 tahun lalu. African Scam bergerak seiring perkembangan teknologi maklumat dengan sindiket dari benua Afrika itu sentiasa mencari jalan dan mencipta modus operandi terkini dalam memastikan matlamat mereka untuk menipu mangsa terlaksana. Terkini, taktik yang digunakan ialah mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaum wanita dan menggunakan pendekatan psikologi. "Sudah jadi trend orang kita, terutama wanita suka berhubung melalui internet. Mereka melayari laman web sosial, bersembang di chatroom untuk cari kenalan di seluruh dunia. "Bila berkenalan dan sering berbual di internet, lama-lama mereka akan terpengaruh dengan rakan mereka itu walaupun baru kenal. Selepas dua-tiga bulan, hubungan pun jadi lebih erat," katanya, mengulas bagaimana detik permulaan sebelum seseorang wanita menjadi mangsa sindiket terbabit. Berdasarkan kes, kebanyakan wanita yang menjadi mangsa mengaku terpedaya dengan layanan, madah dan pujuk rayu teman Internet masing-masing walau hanya berbual di telefon. Rohaimi juga tidak menafikan dengan hanya menatap gambar yang dihantar melalui e-mel dan melihat wajah teman ketika berbual di webcam juga mampu membuatkan ramai wanita seolah-olah menjadi angau kerana terpikat dengan ketampanan wajah teman mereka. "Ramai wanita kena tipu sebab kenalan mereka itu sebenarnya tidak menunjukkan wajah dan identiti sebenar mereka. Mereka tunjuk gambar model-model kacak di Internet dan mengaku gambar itu gambar mereka. "Bagi yang berbual melalui webcam, mereka juga tertipu kerana apa yang dilihat adalah sekadar rakaman video," katanya sambil mengakui kemahiran dan kelicikan penjenayah-penjenayah antarabangsa itu. Lanjutan daripada ikatan yang terjalin, penjenayah menarik perhatian mangsa dengan barangan mahal, wang ringgit atau hadiah pula. "Wanita sekali lagi terpedaya apabila teman mereka memberitahu akan menghantar bungkusan atau wang ringgit dalam jumlah yang banyak sebagai tanda cinta. "Malah, ada juga penjenayah yang mengaku telah menghantar wang yang banyak dalam Dolar Amerika atau Pound Sterling," katanya. Mangsa sekali lagi tertipu apabila mereka mendapat tahu bungkusan hadiah yang dihantar 'terkandas' di lapangan terbang atas masalah tertentu dan mereka perlu membayar pelbagai jenis bayaran untuk tujuan pelepasan. "Panggilan demi panggilan akan dibuat meminta mangsa membayar caj pelepasan. Mereka yang menelefon mengaku sebagai wakil kastam dan akan memberikan nombor akaun supaya mangsa dapat memasukkan wang," katanya. Menurut Rohaimi, jalan cerita yang diilhamkan mat Afrika ini sememangnya nampak tidak logik dan diterima akal apatah lagi jika melihat kepada mangsa yang terdiri daripada golongan cerdik pandai termasuk pendidik, pensyarah, eksekutif dan kakitangan kerajaan. Malah, jika dilihat dengan teliti pada dokumen yang dihantar sindiket kepada mangsa, terdapat beberapa kesilapan yang jelas seperti kesilapan logo, ejaan dan fakta. "Dalam kes tipu wasiat misalnya, mereka hantar dokumen daftar surat mati dengan logo Kementerian Kesihatan, sedangkan di Malaysia surat mati dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara," katanya. Pun begitu, beliau tidak menafikan ada juga lelaki yang menjadi mangsa tetapi penipuan lebih menjurus kepada sikap tamak, bisnes dan penipuan wasiat. | ||||
| Ketua UMNO Kelana Jaya Merajuk.... Posted: 18 Jul 2010 05:18 PM PDT BERNAMA "Kehilangan Mat Taib Dipersoal KUALA LUMPUR: Kegagalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda-tanya. Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pentadbiran negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain. Beliau mendakwa tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab. "Beliau telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya di sini pada Ahad. Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa telah tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas. Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, malah Muhammad yang merupakan bekas ketua Umno Hulu Selangor sejak 1982 hingga 1998, juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. "Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," katanya. Mohd Puad berkata sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke pengetahuan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) dalam masa terdekat agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan. Beliau berkata MT tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlarutan di mana keputusan segera mengenai kedudukan Muhammad sebagai Ketua Bahagian perlu diputuskan demi kebaikan bersama. "Saya akan bawa isu ini ke mesyuarat MT terdekat dan terserahlah kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukannya tetapi yang pasti perlu ada keputusan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah itu, apatah lagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang di Selangor," katanya. Kedudukan Muhammad sebagai Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya mula dipersoalkan apabila baru-baru ini terdapat saranan daripada anggota bahagian itu agar beliau melepaskan jawatannya dengan segera kerana gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja-kerja parti. Mereka juga mendakwa beliau gagal mengetuai parti dalam merealisasikan semua objektif dan fungsi yang ditetapkan. | ||||
| KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA Posted: 18 Jul 2010 05:16 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS GELAGAT dua tokoh Melayu ini kadangkala menjadi satu hiburan buat kita. Mungkin juga satu lawak pula bagi kaum bukan Melayu apabila memerhatikan tingkah laku dua tokoh Melayu tersebut iaitu KJ selaku Ketua Pemuda Umno dan Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. Kisah mereka berdua seolah-olah kita memerhati seekor monyet dan kera bertarung. Masing-masing berkata merekalah paling hebat memanjat pokok. Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim Ali atau lebih dienali sebagai `raja katak' Pasir Mas menyarankan agar KJ Ketua Pemua Umno meletakkan jawatan sahaja atau tidak lagi bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno. Mungkin lebih menyakitkan hati KJ, apabila raja katak Pasir Mas ini menyindir dengan berkata `inilah penyakit naik kerana mertua'. Pedih juga ayat raja katak tersebut. Oleh kerana terlalu ingin tunjuk hebat, raja katak Pasir Mas ini lupa bahawa dia naik jadi MP Pasir pun kerana siapa? Kerana dia bekas pemimpin Umno Pasir Mas? Kerana dia bekas seorang Menteri di zaman Mahathir dulu? Atau kerana beliau Presiden PERKASA? Raja katak mungkin lupa berapa kali beliau bertanding di Pasir Mas semenjak beliau ditendang keluar oleh Umno dan pernah hilang deposit atau tidak? Kemudiannya, siapa yang pungut `katak' bawah tempurung ini serta memberikan beliau kerusi yang beliau duduki sekarang? Meskipun KJ tidak dinafikan naik begitu cepat di dalam politik adalah sewaktu era mertuanya menjadi PM, tetapi beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di atas tiket yang sah iaitu Umno. Dikatakan KJ terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu bertanding, itu perkara lain dan ianya normal bagi sebuah parti bernama Umno. Rasuah politik wang bukan `dosa besar' di dalam Umno. Jika ianya satu dosa besar, masakan Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka. Jika KJ naik di atas pengaruh mertuanya ketika itu atau pun kerana politik wang, Ibrahim Ali pula naik di atas belas ikhsan PAS, walaupun kemudiannya beliau menjadi `Si Tanggang'. Pada pandangan anda di antara kedua-duanya siapa lebih bermaruah? Kedua-duanya Melayu. Bagi saya, jika disuruh pilih di antara dua Melayu iaitu KJ, Ibrahim Ali dan seorang berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng, sebagai Melayu saya terpaksa juga memilih Lim Guan Eng walaupun beliau Cina. Saya malu mahu pilih KJ apatah lagi raja katak. Bagi saya orang Melayu mestilah mempunyai maruah diri. Masalahnya dua-dua Melayu ini adakah punyai maruah diri? KJ dan raja katak 2 kali 5, 5 kali | ||||
| Program PAS Untuk Semua Di Kubu Gajah Berjaya Posted: 18 Jul 2010 05:03 PM PDT Oleh Misbahul Munir Program "PAS Untuk Semua" PAS Perak yang diadakan di DUN Kubu Gajah berjaya diadakan walaupun ada cubaan oleh BN untuk menggagalkan. Program yang bermula sejak semalam sehinggalah hari ini cuba dihalang dan digagalkan oleh UMNO Bahagian Larut. Mereka menggunakan JKKK, polis dan pihak pengurusan Felda bagi menghalang program ini dari diadakan di Felda Ijok, RTBK (Rancangan Tanah Belia Khas) dan di Kampung Bagan Baru. Di RTBK pihak polis cuba menghalang majlis BBQ yang diadakan di Padang Klinik RTBK malam tadi, JKKK kampung tersebut telah membuat laporan polis kononnya PAS menganjurkan ceramah di situ tanpa permit, pada hal program tersebut hanyalah berbentuk santai sambil makan ikan bakar. Berlaku sedikit kekecohan pada petang semalam antara polis dengan penganjur, tetapi Alhamdulillah kekecohan berjaya diatasi dan program tersebut berjaya menghimpunkan anak-anak muda dengan kehadiran yang luar jangka. Di Felda Ijok, pihak Felda tidak membenarkan semua permis digunakan walaupun untuk tujuan khidmat perubatan, majlis ramah mesra, ceramah, dialog dan jamuan. Pihak felda mengugut penganjur dan peneroka dengan ancaman mengambil tindakan keras dan kemungkinan menggunakan pihak polis untuk membuat tangkapan. Penganjur tidak kekeringan idea, program diganti dengan ziarah rumah ke rumah, melawat warga felda yang uzur, majlis tahlil dan kenduri. Gotong royong juga berjaya diadakan di masjid, surau dan tanah perkuburan. DI RTBK pagi tadi, beberapa acara yang diadakan di Padang Kelinik berjaya menghimpunkan warga muda RTBK, kaum India juga turut kelihatan. Sebenarnya UMNO BN semakin ketakutan dengan kebangkitan rakyat di Kubu Gajah. Pada pilihanraya yang lalu calon PAS hanya kalah 65 undi sahaja kepada calon BN. Ini yang membimbangkan UMNO BN Larut. Pusat Khidmat PAS Dun Kubu Gajah pula begitu aktif menjalankan kegiatannya, setiap hari dan malam Pusat Khidmat PAS sentiasa dikunjungi orang ramai, banyak masalah rakyat berjaya dibantu oleh Pusat Khidmat PAS, berbeza dengan Pusat Khidmat DUN BN yang bersebelahan sahaja dengan Pusat Khidmat PAS, pejabatnya sentiasa sunyi dan tutup. Orang ramai yang mahu berurusan terpaksa meminta tolong Pusat Khidmat PAS bagi membantu menyelesaikan masalah mereka. UMNO saban hari mengajak PAS bersatu dengan mereka demi perpaduan Melayu, tetapi PAS yang mahu menganjurkan program di kawasan Melayu dihalang oleh UMNO BN. Program 'PAS For All' merupakan program PAS yang mahu mendekati dan menjalin hubungan dengan orang Melayu termasuk UMNO melalui majlis ramah mesra, rawatan perubatan, futsal, dailog, sukan rakyat dan sebagainya tetapu UMNO pula yang cuba menghalangnya. | ||||
| Pertandingan Keceriaan Kibar Jalur Gemilang bermula 1 Ogos Posted: 18 Jul 2010 04:59 PM PDT UTUSAN ONLINE KUALA TERENGGANU - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan pertandingan Keceriaan Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan bulan depan. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdullah Morad berkata, kementerian itu merancang mengadakan pertandingan yang akan berlangsung selama sebulan itu bermula 1 Ogos ini. Menurut beliau, pihaknya sedang merangka terma rujukan serta syarat dan mereka yang boleh menyertai pertandingan tersebut bagi menarik penglibatan meluas dalam program menyemaikan rasa cinta dan banggakan negara. Katanya, program itu dijadual dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 1 Ogos ini di Perlis. Menurutnya, pertandingan itu diadakan kerana sebelum ini ada pihak yang mengambil bahagian dalam memasang bendera besar tetapi tiada penghargaan diberikan kepada mereka. "Pertandingan ini juga akan menjadikan negara kita ceria dan meriah dengan bendera," katanya selepas Pertandingan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Wisma Darul Iman di sini semalam. Abdullah berkata, pihaknya bercadang mengadakan pertandingan tersebut mengikut kategori iaitu peringkat kampung, taman perumahan, gedung perniagaan dan pejabat swasta. Sementara itu, dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Katanya, kerjasama penduduk akan membantu kerajaan merencana usaha yang lebih berkesan dalam membangunkan rakyat dan negara. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 04:54 PM PDT
TAMPIN - Sebuah koperasi untuk anak-anak peneroka Felda, Koperasi Anak Felda akan ditubuh bagi memberi peluang kepada generasi peneroka mendapat peluang perniagaan di tanah rancangan tersebut. Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail berkata, penubuhan koperasi tersebut akan dicadangkan kepada pihak kerajaan penghujung tahun ini dan dibuat selepas satu mesyuarat dengan anak-anak peneroka baru-baru ini. Kata beliau, pada masa depan, semua anak peneroka daripada generasi kedua, ketiga dan keempat berhak menyertai koperasi tersebut walaupun tidak tinggal di tanah rancangan Felda lagi. "Ini merupakan salah satu cara untuk kita mengumpul dana kerana koperasi ini boleh menyalurkan faedah kepada semua anak peneroka. Kalau kita buat syarikat, yang ada nama cuma seorang dua, jadi ramai yang tidak puas hati," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas taklimat isu-isu semasa berkaitan Felda di Palong 6, Gemas di sini hari ini. Rozali berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh tanah air untuk bertemu dan berbincang dengan anak-anak peneroka Felda yang diharapkan membawa kepada persetujuan ke arah penubuhan koperasi tersebut. "Penghujung tahun ini kita akan kemukakan cadangan tersebut dan tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Cadangan ini akan dibuat setelah semua anak peneroka bersetuju. "Kesemua anak peneroka boleh menjadi ahli dan mendapat faedah daripada perniagaan yang bakal diusahakan," katanya. Beliau pada masa sama menafikan penubuhan koperasi tersebut untuk bersaing dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mana 50 peratus sahamnya dipegang oleh peneroka sendiri iaitu generasi asal peneroka tanah rancangan itu. "Jumlah anak peneroka sekarang ini sudah hampir kepada 600,000 orang. Sebahagiannya masih duduk di tanah rancangan manakala yang lain duduk di luar. Ramai dari kalangan anak peneroka ini sudah banyak duit dan mereka boleh melabur dalam koperasi ini," katanya. Beliau menjelaskan, penubuhan koperasi itu bagaimanapun turut bergantung kepada peneroka asal tanah rancangan memandangkan mereka adalah pemilik tanah. Tambahnya, koperasi tersebut juga bakal membolehkan anak-anak peneroka menguruskan tanah-tanah Felda yang terbiar selepas pemilik asalnya meninggal dunia. "Ada tanah yang terbiar ini, kita nak tengok mana-mana tidak keluarkan hasil kita nak tingkat hasil supaya keuntungannya boleh dikongsi bersama. Ini yang kita nak bantu anak-anak Felda iaitu macam mana nak uruskan ladang tinggal ini. "Masalah tanah terbiar ini bagaimanapun tidak serius. Ada yang diuruskan oleh Felda melalui buruh asing sebagai tenaga kerja dan ada anak peneroka tubuhkan syarikat untuk menguruskan tanah rancangan jiran mereka yang sudah meninggal dunia," katanya. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 04:50 PM PDT UTUSAN ONLINE
AKIBAT tangan-tangan manusia yang mengotorkan sungai-sungai dengan timbunan sampah sarap mahupun bahan buangan pusat komersial atau industri, kerajaan terpaksa mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk memulihara dan merawatnya. Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada tujuh lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3, 4 dan 5. Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati air dari sungai-sungai ini mengandungi logam berat yang berbahaya kepada habitat dan juga manusia seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink. Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia kira-kira sebulan mendapati, pencemaran sungai berpunca daripada budaya tidak ambil peduli dan menjadikan sungai sebagai tong sampah oleh masyarakat. Ditambah pula pencemaran daripada aktiviti pertanian, penternakan, penempatan serta perindustrian berhampiran sungai yang tidak terkawal. Siri 1 Laporan khas hari ini mendedahkan hasil penemuan wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID serta jurugambar AZRUL EDHAM MOHD.AMINUDDIN dan DJOHAN SHAHRIN SHAH yang menyelusuri sungai-sungai di Lembah Klang bagi mengetahui punca-punca pencemaran. | ||||
| Muhyiddin: Guru berasal dari Sabah, Sarawak akan ditempatkan di negeri sendiri Posted: 18 Jul 2010 04:49 PM PDT BERNAMA KOTA KINABALU – Kementerian Pelajaran sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di negeri asal masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata proses itu sudahpun dimulakan berdasarkan permintaan dari kedua-dua negeri itu sendiri, namun proses tersebut akan memakan masa dan dijalankan secara berperingkat. "Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak, mereka (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya budak lebih faham. "Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung, dan hantar (kembali) guru Sabah (dan Sarawak), kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepanggar, disini. Beliau memberi contoh senario sekiranya Sabah memerlukan 500 guru namun hanya ada 200 guru berasal dari negeri itu, maka tidak sesuai untuk menunggu sehingga ada guru berasal dari Sabah untuk mengisi kekosongan itu yang akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketika diminta mengulas isu projek makmal komputer di sekolah di Sabah yang majoritinya belum dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Muhyiddin berkata kementerian mengambil berat perkara tersebut dan tindakan akan diambil untuk menanganinya secepat mungkin. Exco pelajaran negeri Datuk Masidi Manjun baru-baru ini berkata Sabah telah memohon 300 makmal komputer, yang mana 250 buah telah diluluskan untuk dibina di sekolah-sekolah di seluruh negeri. Namun hanya tiga dari jumlah tersebut yang telah disiapkan setakat ini disebabkan kelewatan kontraktor. | ||||
| Sultan Kelantan selamat jalani prosedur angiogram dan angioplasty Posted: 18 Jul 2010 04:47 PM PDT BERNAMA KOTA BAHARUi – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dilaporkan selamat menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasty di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam. Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata ketika ini baginda masih menerima rawatan daripada pakar-pakar perubatan di hospital tersebut. "Syukur Alhamdulillah, baginda Al-Sultan telah selamat menjalani presedur Angiogram dan Angioplasty pada 17 Julai 2010 (semalam). "Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda baginda merasa amat gembira dengan perkembangan ini," katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini. Abdul Halim berkata Pemangku Raja Kelantan akan mengatur penerbangan pulang baginda ke sini seberapa segera walaupun pada mulanya baginda dijadual untuk berangkat pulang pada Rabu ini. Beliau berkata Pemangku Raja Kelantan sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayahanda baginda dan mengharapkan rakyat turut sama mendoakan agar Sultan Kelantan segera sembuh daripada kegeringan. "Pemangku Raja Kelantan telah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap ia dapat diteruskan oleh rakyat baginda," katanya. Sehubungan itu semua pihak diingatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau kenyatan bagi kepentingan diri masing-masing. "Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah agar tidak mengaibkan keluarga Diraja Kelantan. Biarkan segala kemelut diselesaikan secara kekeluargaan. "Berat mata kita memandang, berat lagi keluarga Diraja memikul. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T," kata Abdul Halim. Sultan Kelantan telah berlepas ke Singapura, Khamis lalu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut. Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan. Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lepas. Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. | ||||
| Subsidi minyak untuk nelayan diteruskan: Noh Omar Posted: 18 Jul 2010 04:45 PM PDT BERNAMA KANGAR – Subsidi diesel yang dinikmati golongan nelayan di negara ini akan diteruskan meskipun kerajaan melaksanakan penyelarasan subsidi membabitkan bahan itu berkuat kuasa Jumaat lepas. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan juga tidak bercadang menghapuskan subsidi kepada golongan itu buat masa ini. Bagaimanapun kajian akan dilakukan bagi meneleiti keberkesanan sistem itu, katanya kepada pemberita selepas melawat nalayan yang menjadi mangsa ribut di Kuala Perlis, hari ini. Beliau berkata kerajaan juga akan meneruskan insentif pendaratan ikan yang diperkenal pada September 2008, iaitu pembayaran 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan. Ketika lawatan hari ini, Noh menyampaikan bantuan keseluruhan kira-kira RM47,000 kepada 46 keluarga nelayan bagi membaiki rumah mereka yang rosak akibat kejadian ribut pada Khamis lepas. Setiap keluarga menerima antara RM400 dan RM7,500 bergantung kepada tahap kerosakan rumah masing-masing. Sementara itu ketika melawat jeti nelayan di Kampung Seberang Alor, Noh turut mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih sebuah pelantar ikan lama bagi menampung keperluan nelayan di kampung tersebut. | ||||
| Kerajaan ada lebihan pendapatan RM10b tanpa selaras subsidi: Ahmad Husni Posted: 18 Jul 2010 04:37 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER IPOH – Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak penyelarasan subsidi dilakukan bagi menampung pendapatan negara yang berkurangan akibat boros berbelanja.
"Hasil pungutan cukai terancang Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerajaan memperoleh pendapatan RM158 bilion tahun ini berbanding RM148 bilion ketika pembentangan belanjawan tahun lepas. "Kerajaan mampu untuk berbelanja. Pelarasan subsidi merupakan satu inisiatif yang amat penting yang memerlukan belanjawan tambahan, jadi ia bukan isu boros," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas laporan media parti pembangkang yang mendakwa kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi untuk menampung pendapatan negara yang semakin berkurangan kerana sikap boros kerajaan. Ahmad Husni (gambar) berkata pengurangan subsidi bertujuan menjadikan ekonomi lebih efisien khususnya bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. "Bagaimana boleh dikatakan boros sedangkan kita ada Unit Pengurusan Projek untuk mengkaji setiap bulan pencapaian ekonomi kita," katanya. Beliau sebelum itu menyampaikan peruntukan berjumlah RM450,000 untuk pembesaran Surau Taman Chepor Damai di sini. – Bernama | ||||
| Air : Pusat Digesa Bekerjasama, Bukan Tuding Jari Posted: 18 Jul 2010 04:34 PM PDT TV SELANGOR Kerajaan Negeri Selangor tidak harus dipersalahkan andai berlakunya krisis air yang diuar-uarkan melanda Lembah Klang sebelum 2014. Hal ini kerana menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, setiap negara seharusnya sudah membuat persiapan awal untuk berhadapan dengan perubahan iklim termasuk Malaysia. " Pada pandangan saya, isu air ini mesti ditangani dengan beberapa perspektif. Satu kita ada satu masalah yang dipanggil perubahan iklim.Semua negara dalam dunia ini termasuk Malaysia mesti bersedia" ujar belian kepada Tv Selangor. "Oleh kerana itu semua negeri di Malaysia harus peka terhadap masalah ini bukan sahaja Selangor atau Kula Lumpur. Semua negeri" tambahnya lagi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan tanpa projek Langat 2, Lembah Klang terpaksa membuat catuan air menjelang 2014. Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail juga terus mendesak dengan berkata paras loji air syarikat itu hanya cukup untuk menampung bekalan air bersih secara harian kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Charles bagaimana meminta Syabas dan kerajaan BN untuk membentangkan data-data yang menyokong dakwaan mereka itu. " Saya hendak tanya mereka manakah nombor-nombor yang mengatakan bahawa Selangor dan Wilayah Persekutuan akan mengalami masalah air". "Sehingga hari ini mereka mengatakan Selangor akan mengalami kekurangan air. Tetapi mereka tidak memberikan apa-apa maklumat untuk memberi satu gambaran kepada orang ramai bahawa kemungkinan besar bahawa air tidak cukup" soalnya lagi. Terdahulu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri mahu menyelesaikan isu berhubung pembinaan loji Langat 2 bersama rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor. "Bagaimanapun, kerajaan persekutuan pula mahukan dua isu itu dibincangkan berasingan. Tetapi kami (kerajaan negeri) merasakan kedua-dua isu harus dilihat dan dibincangkan sebagai satu isu" ujar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik dari BERNAMA. Menurut Charles, kerajaan seolah-olah terdesak apabila terus-terusan menekan kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembinaan pembinaan loji rawatan air Langat 2. " Sekarang mereka bertubi-tubi menyerang dan menentang kerajaan negeri Selangor khususnya mereka dalam Barisan Nasional sebab mereka hendak tanah untuk pembinaan terowong-terowong untuk membawa air dari Pahang ke Selangor". " Mereka juga telah pinjam wang dari Jaica. Jaica ialah bank pembangunan di Jepun dan mereka harus bayar balik faedah dan sebagainya. Oleh kerana itu, jika projek ini dilambatkan, maka kos itu akan naik.Itu yang dia takut" ulas Charles. Dalam pada itu, Charles juga mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor turut bersedia berhadapan dengan masalah perubahan iklim ini dengan langkah yang lebih proaktif tanpa melibatkan sebarang pembaziran. Bahkan Charles juga menggesa agar hutan-hutan terus dipelihara dan digazetkan sebagai hutan simpan bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak diingini. " Pada saya kerajaan negeri Selangor juga harus menangani masalah ini dengan membawa dasar-dasar yang baru. Satu cara yang harus diperaktikkan ialah tadahan air hujan". | ||||
| Bila Hampir Pilihanraya, Propaganda Nasib Bangsa Melayu Ditiup Posted: 18 Jul 2010 04:31 PM PDT TV SELANGOR Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis. Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik. "Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah 50 tahun," kata Nik Nazmi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu. Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu. Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu. "PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad. | ||||
| K'jaan S'gor: Laporan petik MB tidak tepat Posted: 18 Jul 2010 04:28 PM PDT
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan berkata apa yang dimaksudkan Abdul Khalid ialah beliau tidak menyedari kadar harga pasir yang dikenakan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), telah menjejaskan pengusaha kecil pasir khususnya Bumiputera. "Menteri Besar berkata harga yang dikenakan KSSB itu sesuai dengan pasaran sekarang ini tetapi akan meminta KSSB membuat kajian semula kadar harga itu jika ia benar-benar telah menyukarkan pengusaha pasir Bumiputera," katanya sebagai menjelaskan laporan media berkenaan, lapor Bernama. Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan di Selangor dan baru mengetahui terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir. Beliau mengulas rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusa-Pengusaha Pasir Melayu Selangor kelmarin bahawa royalti dikenakan KSSB untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan. Abdul Khalid dalam kenyataan itu juga berkata, KSSB menjalankan program pemulihan selepas kerja-kerja melombong pasir selesai dan kos itu berbaloi jika kawasan yang terlibat adalah luas. Beliau berkata kerja pemulihan bekas tapak perlombongan pasir tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini dan oleh itu banyak lubang-lubang ditinggalkan. "Kerana itulah harga pasir yang dikenakan agak tinggi kerana ia sudah dikira dengan kos kerja-kerja pemulihan," katanya. | ||||
| Editor Suara Keadilan disoalsiasat polis Posted: 18 Jul 2010 04:27 PM PDT
"Mereka hanya mengambil kenyataan saya. Mereka sedang menyiasat kami di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Dzulkarnain ketika dihubungi Malaysiakini. Ia ekoran laporan polis yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 12 Julai - satu, mendakwa penerbitan dokumen-dokumen rahsia di muka depan akhbar Keadilan yang diedarkan oleh parti tersebut dan satu lagi dakwaan ialah penerbitan menggunakan permit yang telah luput. Permit penerbitan Suara Keadilan tamat pada 7 Julai dan KDN tidak memperbaharuinya, selepas mengeluarkan empat surat tunjuk sebab tetapi kementerian tersebut didakwa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. Menurut Dzulkarnain, semasa disoal siasat selama sejam itu, seorang pegawai berpangkat ASP merakamkan kenyataannya mengenai penyiaran dokumen OSA dalam Keadilan. "Mereka juga ingin tahu tentang penerbitan Keadilan, sesiapa yang terlibat, bila dan bagaimana," katanya. Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam, menemani Dzulkarnian sewaktu sesi soalsiasat tersebut. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

BULETIN ONLINE

Sebaliknya kata beliau, kerajaan masih mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion pada tahun ini sekalipun tanpa penyelarasan subsidi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan