Kerabu Bersuara ® |
- 3 perkara wajib bagi Najib-Rosmah
- Hentikan Ganguan Seksual Terhadap Lelaki
- Perpindahan pelajar IKYS ke Inpens tak jejaskan yuran, biasiswa
- Kesatuan guru setuju mansuh UPSR dan PMR dengan bersyarat
- Peluang Umno – PAS akan hilang jika tidak bersungguh-sungguh, kata Hishammuddin
- Isu pasir Selangor, agenda tersembunyi BN
- Jabatan Perdana Menteri Sendiri BOROS!
- Warga kerja Selangor perlu telus: MB
- Isu Enjin Jet Hilang, Keselamatan N Tharmendran Perlu Dijamin
- Isu pasir: ‘Jangan tunduk pada UMNO’
- Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS
- Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal
- Perpaduan penting dalam Islam, kata penasihat agama PM
- MB: Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal
- Fatwa ESQ: ‘Jangan tembak orang serah diri’, kata bekas mufti Kedah
- Kenaikan Harga Barang Menambah Beban Rakyat Miskin
- Suara Keadilan Terima Writ Saman Daripada Ibrahim Ali
- Ong Tee Keat,100 hari selepas mati...
- Teka Gambar TerSembunyi: Mencari Khir
- KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN MENGENAI RAWATAN SUSULAN SULTAN KELANTAN (2)
- Ku Li: CORRUPTION
- Dakwaan Noh Omar Tidak Bertanggungjawab Dan Salah Fakta
- KSSB nafi dakwaan Noh Omar, sedia SPRM siasat
- PAS Selangor: Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno
- Umno ayam daging, PAS ayam kampung
| 3 perkara wajib bagi Najib-Rosmah Posted: 19 Jul 2010 08:30 AM PDT Hishamuddin Rais Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai. Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini. Tiga pekara ini ialah: 1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan; 2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan 3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan Ketiga-tiga perkara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib-Rosmah, tiga perkara ini lebih penting daripada dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke-10. Kerana rancangan ini begitu penting sekali, maka kerajaan Najib-Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan. Kerajaan Najib-Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah, jika Anwar 'diketepikan' maka Pakatan Rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi. Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan apparatcik politik Najib-Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar. Dalam strategi politik, langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet, bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat, Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan diyakini umum. Strategi baru Langkah pertama ialah mengaitkan Anwar dengan Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan kes liwat yang diadukan oleh Saiful, telah diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu melalui kes seumpamanya terhadap Azizan Abu Bakar. Apabila Saiful diberitakan tidak membuang air besar selama dua hari kerana menyimpan bahan bukti di dalam duburnya, maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Senario telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan. Seperti kes Azizan, kes liwat Saiful juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib-Rosmah. Propaganda kes Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan. Dengan cepat para apparatcik dan jentera Najib-Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strategi baru – ejen asing. Harus disedari bahawa surah - ejen asing - ini juga telah mula muncul pada 1998. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998, memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ejen CIA. Apabila berita ini tersebar, kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat. Menurut Pak Duta John R Malot - kerajaan Malaysia telah diberi amaran - jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai, maka surah Anwar ejen Amerika pun mati tak berasap. Pasti perkara yang sama juga telah terjadi sekali lagi, kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini, tidak lagi melaung-laungkan surah ejen asing ini. Pentabiran di Rumah Putih melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman - tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA, maka pasti pentabiran Obama ini, seperti tahun 1998, telah mengambil pendirian yang sama. Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh apparatcik dan jentera Najib-Rosmah ialah memastikan parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah langkah yang amat strategik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika PAS dapat dipisahkan dari Pakatan, maka dengan segera Pakatan Rakyat akan luntur dan pecah. 'Merebut kuasa' Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam - ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka di sinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab sosialis atau kapitalis. Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi - kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya - yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telur. Warna, corak, rekabentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai. Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, ada pemimpin PAS yang akan, yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya, kes cerai bekas ADUN PAS dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu bahawa sang suami - ketika berkuasa dahulu - pasti ada tanah di sana dan tanah di sini, Ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa. United Malays National Organisation sedar hal ini. PAS bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. PAS seperti PKR dan DAP, hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik. United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi menteri besar dalam PAS. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh 'dimakan' di dalam PAS. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam - pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib-Rosmah. Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari. United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk 'berunding' dengan PAS. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan PAS menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik, yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpeluang menobatkan dirinya dan mengumpul harta. Waspada! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib-Rosmah untuk berunding dengan PAS ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan PAS maka Najib sang anak, juga akan berunding dengan PAS. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warung Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa. Keinginan berunding dengan PAS ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari-hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan, perpaduan Pakatan Pakyat yang kompak, wajib dilemahkan. Setiakawan Pakatan Kota yang kukuh wajib dibocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau-bilaukan. PAS wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua, sebahagiannya. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa. Lalu kita sampai ke strategi ketiga - mengharu-birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu-gugat kerana slogan 'kita semua Melayu dan kita semua Islam.' Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi 'slow sikit' kerana DAP ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli DAP.Malah DAP ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum. Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu-gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau, masjid, kuil, sekolah, kasut, punggung - malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor - akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong. apparatcik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib-Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada ADUN PKR yang akan berpaling tadah. Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab. Di mana akhirnya semua ini? Dalam merancang realpolitik, Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini strategi utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib-Rosmah, susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Sarawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula ejen-ejen CIA yang lain? Apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti kes Saiful, senjata dan propaganda akan memakan tuannya. Dalam realpolitik ada yang lebih 'real''. Yang lebih 'real' ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim. Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan: mengajak PAS datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau PAS minta Najib melempang Muhyiddin - pasti Muhyiddin akan kena satu pelempang. Kalau PAS mahu Najib menampar Khairy Jamaluddin - pasti Khairy akan ditampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang, Najib akan melakukan apa sahaja kecuali PAS tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. |
| Hentikan Ganguan Seksual Terhadap Lelaki Posted: 19 Jul 2010 08:00 AM PDT |
| Perpindahan pelajar IKYS ke Inpens tak jejaskan yuran, biasiswa Posted: 19 Jul 2010 07:30 AM PDT Jamilah Kamarudin PETALING JAYA: Perpindahan pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Sabak Bernam ke Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) Kuala Selangor tidak akan menjejaskan yuran dan biasiswa pelajar terbabit. Malah pelajar IKYS akan mendapat beberapa manfaat tambahan termasuk berpeluang cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan Diploma di Kolej Inpens, kata Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki. Ilham berkata, keputusan perpindahan itu dibuat kerajaan negeri dan pihaknya selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk pertindihan fungsi dua agensi kerajaan yang sama. "Kami ingin menegaskan bahawa perpindahan ini tidak akan menganiayai mana-mana pelajar kerana tidak akan ada sebarang perubahan dari segi kursus atau program, tenaga pengajar, pengiktirafan pensijilan, dan mutu pengajaran kecuali perubahan tempat sahaja. "Dengan perpindahan ini juga tidak akan menjejaskan terma dan syarat yang telah ditawarkan dan mereka juga tidak akan dikenakan sebarang kos tambahan. "Maka pelajar IKYS akan meneruskan pelajaran mereka seperti biasa di Kolej Inpens bermula pada Ogos ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today. Beliau juga berkata penyerapan pelajar IKYS ke Kolej Inpens juga disebabkan terdapatnya faktor pertindihan silibus yang sama antara dua agensi kerajaan terbabit. "Tujuan penyerapan program kemahiran Pendawaian (PW2 dan PW4) serta Kursus Penghawa Dingin Tahap 1 dan Tahap 2 adalah bagi menamatkan pertindihan program atau kursus kemahiran yang dijalankan oleh Yayasan Selangor dan Kolej Inpens di mana kedua-duanya adalah agensi dibawah kerajaan negeri Selangor. "Jika membabitkan kos dan aktiviti yang sama, adalah lebih baik jika pelajar IKYS dipindahkan ke Kolej Inpens. Pembaziran sumber juga dapat dielakkan. "Kolej Inpens yang bertapak kukuh sejak 10 tahun lalu juga mempunyai infrastruktur yang lebih kondusif dan mempunyai kemudahan yang lebih lengkap, disamping lokasinya yang terletak di tengah bandar Kuala Selangor mampu memberi keselesaan kepada pelajar. "Malah pelajar yang berjaya dan lulus pada tahap PW4 boleh meneruskan ke pengajian yang lebih tinggi di Inpens," katanya. Sementara itu, Ilham menyatakan kekesalannya mengenai isu ini yang dipolitikkan beberapa pihak tertentu. "Perkara ini sebenarnya telah dirancang pada tahun 2007, tetapi baru diputuskan Lembaga Pengarah pada April lalu serta mendapat persetujuan Menteri Besar pada Jun lepas," katanya. Beliau juga menafikan dakwaan kononnya Kolej Inpens hanya mengendalikan kursus profesional dan tiada kursus kemahiran serta vokasional. "Kursus profesional yang pernah di kendalikan oleh Kolej Inpens telah diserahkan sepenuhnya kepada Universiti Industri Selangor (UNISEL) pada April 2007 dan semenjak itu Kolej Inpens hanya mengedalikan kursus vokasional dan kemahiran. "Penggabungan seumpama ini pernah dilakukan antara Kolej Inpens dan UNISEL di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebelum 2008 lagi. Ilham berkata melalui penyerapan ini juga, Yayasan Selangor kini mampu memberi fokus kepada objektif asalnya yang menyediakan peluang pendidikan melalui pemberian biasiswa. "Yayasan Selangor berperanan khusus untuk tujuan pembinaan modal insan melalui pendidikan di peringkat rendah dan menengah dengan menyediakan dana untuk membiayai pelajar sehingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS). "Dengan langkah ini juga, kami dapat memfokuskan pengurusan aset untuk tujuan biasiswa," katanya. Mengenai masa depan kompleks IKYS, Ilham berkata ia tidak akan ditutup tetapi akan dimanfaatkan sebagai pusat motivasi pembinaan modal insan yang lain untuk rakyat. "Sekali lagi kami kesal, lebih-lebih lagi pihak yang sudah mengetahui hal ini, sengaja mengambil kesempatan membuat tuduhan liar, dan mungkin sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan yang sempit dan berniat jahat," katanya. |
| Kesatuan guru setuju mansuh UPSR dan PMR dengan bersyarat Posted: 19 Jul 2010 07:23 AM PDT PUTRAJAYA, 19 Julai — Rata-rata kesatuan guru yang menghadiri perbincangan meja bulat yang pertama mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, bersetuju dengan cadangan kerajaan itu. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Loke Yim Pheng berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu tetapi dengan syarat mempunyai kaedah lain untuk menilai prestasi pelajar. Langkah itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima oleh pelajar dan mengelak mereka dan guru hilang tumpuan, katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbincangan meja bulat itu yang dihadiri hampir 140 wakil golongan pendidik dan kesatuan guru termasuk dari Sabah dan Sarawak, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Mohd Sabri Mohd Arshad juga bersetuju kerana menganggap fungsi kedua-dua peperiksaan itu didapati kurang jelas. Katanya ia dilihat lebih kepada penilaian kognitif, iaitu berdasarkan penilaian dari segi intelektual semata-mata. "Penilaian berdasarkan pensil dan kertas semata-mata. Jika kita lihat di negara lain, seperti New Zealand, tidak ada peperiksaan berpusat. "Langkah ini (mansuh) baik kerana dapat menjimatkan wang seperti kos percetakan, elaun peperiksaan dan pengangkutan. Beban tugas guru juga akan berkurangan dan tidak perlu memberi tumpuan pada kelas-kelas tertentu," katanya. Beliau berkata beban ke atas ibu bapa juga akan berkurangan kerana tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan guru juga tidak perlu membuat kelas tambahan. "Tugas guru akan lebih fokus untuk mengatasi masalah defisit pembelajaran seperti program 3M, disiplin pelajar dan sebagainya. "Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga yang mahu para pelajar serba boleh turut akan dapat dicapai, termasuk hasrat kerajaan untuk memiliki modal insane bertaraf dunia," katanya. Presiden Kesatuan Guru-Guru Sabah Sarawak William Ghani Bina turut bersetuju dengan cadangan pemansuhan itu tetapi dengan syarat tidak membebankan tugas guru. "Kalau boleh, guru-guru sekarang digantikan dengan guru-guru terlatih. Tidak ada lagi guru sandaran atau guru sandaran tidak terlatih. "Langkah ini akan mengawal mutu pendidikan dengan lebih baik berikutan kapasiti sesebuah kelas akan menjadi kecil. Sekarang, kelas terlalu besar, dan tidak ada hubungan antara pelajar dan guru," katanya. Bagaimanapun, Presiden Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaya P. Pharmal Lingam pula tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu kerana mendakwa tidak ada kayu pengukur untuk membuat penilaian terhadap guru dan murid. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pelbagai pandangan diterima daripada perbincangan yang diadakan selama kira-kira tiga jam itu. Bagaimanapun, katanya, tiada keputusan dibuat pada mesyuarat itu kerana ia bertujuan mendapatkan pandangan untuk dianalisis. "Kita menggunakan empat jenis input untuk mendapatkan pandangan iaitu melalui pengumpulan berita daripada media, pandangan orang ramai melalui e-mel dan surat. "Selain itu, melakukan kajian di sekolah dengan mengedar soalan bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan guru, dan input daripada dua perbincangan meja bulat ini," katanya. Beliau berkata laporan akhir akan siap pada akhir bulan Ogos ini selepas semua input diteliti sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. — Bernama |
| Peluang Umno – PAS akan hilang jika tidak bersungguh-sungguh, kata Hishammuddin Posted: 19 Jul 2010 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Peluang mewujudkan kerjasama Umno dan PAS yang menjurus kepada perpaduan akan hilang sekiranya kedua-dua pihak masih tidak bersungguh-sungguh, kata Datuk Seri Hishammuddin Husein. "Tujuan itu akan 'dirampas' oleh beberapa pihak yang tidak menginginkan usaha itu berlaku pada masa depan berikutan pendekatan sama ingin dilakukan sebelum ini seringkali terbantut. "Kadang-kala pertimbangan lain dicampur aduk dengan politik, peribadi dan ego seperti isu keselamatan yang dibincangkan dalam persidangan hari ini dicampur aduk dengan politik dan polemik, akhirnya yang bermaharajela adalah pihak militan (sebagai contoh)," kata naib presiden Umno itu kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pertubuhan akademi kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 di sini, hari ini. "Keikhlasan itu perlu jika hendak duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan ummah dan memikirkan cara untuk meniti cabaran dalam persepsi terhadap Islam dan jihad pembangunan ummah. Kita tidak boleh dalam satu keadaan hendak duduk semeja tetapi dalam keadaan yang lain masih ada mencaci maki dan menghina antara satu sama lain," katanya. Menurutnya, perkara itu tidak mungkin menjadi realiti apabila kepentingan politik dan agenda masing-masing masih tidak diketepikan oleh kedua-dua pihak Persidangan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh kira-kira 200 peserta, antara lain akan membincangkan isu kerjasama antarabangsa bagi menangani keganasan dan pemerdagangan manusia di rantau ini. Pertubuhan itu dianggotai oleh 17,000 anggota penguatkuasa undang-undang profesional dari seluruh dunia. |
| Isu pasir Selangor, agenda tersembunyi BN Posted: 19 Jul 2010 06:30 AM PDT Oleh Rahmah Ghazali SHAH ALAM: Tiba-tiba isu perlombongan pasir ini menjadi wadah utama bagi Barisan Nasional (BN) untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor. Tidak mustahil wujudnya sebahagian besar simpanan berharga di bawah pasir itu, yang menyebabkan BN tidak mahu ia ditemui sedangkan mereka terlupa bahawa Selangor kini berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Malah Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini juga mendesak agar kerajaan negeri supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang agar Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan. Memorandum yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasanya Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid menyeru agar kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada setiap tuntutan BN tersebut. Pemimpin Umno minggu lalu menuntut kerajaan negeri memecat Pengarah Kumpulan Semesta, malah dalam pertikaian itu juga mereka mahu agar mereka yang terlibat bertanggungjawab dalam hal tersebut yang dilihat semakin berleluasa. raja kamarudinMenurut Raja Kamaruddin, kumpulan mereka tidak terkejut jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo cuba berlagak sebagai 'hero' dalam isu berkenaan. Menurutnya, bekas menteri besar itu gagal dalam bertindak ke atas cadangan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Selangor berpotensi dalam meneroka perlombongan timah. "Mereka takut kerana kami mungkin melombong dengan lebih dalam dan jumpa timah dibawah. Ini akan membuatkan Selangor akan lebih kaya," katanya. "Apa yang paling menakutkan kami, bila mereka tanya mengenai kerajaan negeri yang membatalkan operasi permit untuk tanah milik negeri. Ini menunjukkan bahawa mereka cuba untuk menghentikan pembangunan dalam negeri ini." Raja Kamaruddin berkata bahawa perlombongan pasir haram ini lazimnya berlaku ketika Khir menjadi Menteri Besar. "Kami bukan bodoh atau buta,' katanya. "Beribu-ribu pemandu lori boleh menjadi saksi bahawa aktiviti haram ini berlaku ketika tempoh pemerintahan BN." Dalam pada itu, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari turut menerima 11 perkara memorandum bagi pihak kerajaan negeri. Kira-kira 100 orang kontraktor, penyokong Pakatan dan pegawai kerajaan hadir bagi menyaksikan penyerahan memorandum tersebut. Yaakob berkata "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menemui sebarang bukti rasuah dalam kerajaan negeri walaupun pembantunya disiasat sebelum ini." Beliau merujuk perkara itu berhubung pembantu beliau Hussein Ahmad, yang disoal siasat SPRM awal tahun ini. |
| Jabatan Perdana Menteri Sendiri BOROS! Posted: 19 Jul 2010 06:00 AM PDT RM12 Bilion Bajet Untuk JPM Sahaja Oleh Rusnizam Mahat SHAH ALAM 18 Julai - Disaat rakyat menanggung beban subsidi dengan kenaikan harga minyak, kerajaan pula sewenangnya boros menguruskan perbelanjaan tanpa mengetahui kesan kepada ekonomi negara dan rakyat keseluruhan. Terbaru, kerajaan dilaporkan memperuntukkan sebanyak RM12 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri, yang merupakan sepuluh kali ganda dengan perbelanjaan kerajaan Negeri Selangor pada 2010. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, dalam tulisannya di laman The Malaysian Insider mendedahkan keborosan kerajaan membelanjakan jumlah sebanyak RM12 bilion bagi JPM dan bukannya RM4 bilion seperti yang dijelaskan menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz. Pada 15 Julai lalu, Nazri ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengenai perbelanjaan mengurus JPM dari 2003 hingga 2010 menyatakan sebanyak RM3.9 billion diperuntukkan kepada JPM untuk perbelanjaan operasi pada 2010, di mana peruntukan itu melebihi sekali ganda daripada 2003. Nazri berkata, peruntukan untuk JPM dikatakan meningkat kerana pertambahan agensi di bawah pentadbirannya seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi, dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Kos itu juga bagi menampung seramai 43,544 orang kakitangan. Bagaimanapun Chin Tong mendakwa Nazri tidak memberikan satu lagi maklumat mengenai perbelanjaan pembangunan oleh JPM. "Di bawah satu kategori berasingan iaitu pembangunan, JPM menerima RM 8.238 bilion. Maka, jumlah belanjawan untuk JPM pada 2010 ialah RM12.1 bilion, seperti didedahkan oleh perbelanjaan persekutuan," tegas Chin Tong. "Dalam keseluruhan tempoh Rancangan Malaysia ke lapan (2001-2005), belanjawan pembangunan JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus dari peruntukan. Ini bermaksud peruntukan pembangunan untuk 2010 sahaja (RM 8.2 bilion) mengatasi jumlah peruntukkan bagi lima tahun pertama," katanya lagi. Jelas beliau, peningkatan besar bajet JPM pada 2009 dan 2010 tidak pernah berlaku sebelum ini di mana jumlah perbelanjaan operasi dan pembangunan untuk 2009 ialah RM14 bilion; hampir sekali ganda RM7.1 bilion diperuntukkan bagi 2008. Sekiranya dibuat perbandingan, jumlah perbelanjaan untuk 2005 hanya RM4.1 bilion. "Satu lagi boleh dilihat ialah belanjawan pembangunan untuk 2009 (RM10 bilion) adalah lima kali daripada 2005 (RM2 bilion) manakala dalam 2010 (RM8.2 bilion), ialah empat kali daripada tahun asas,"katanya. Menurut Chin Tong, kerajaan Malaysia terlalu menumpukan kepada Jabatan Perdana Menteri sehingga terdapat lima menteri penuh di jabatan itu dan kira-kira 45 agensi di bawahnya. Tambah beliau, akibatnya jabatan itu kini dibebani dengan pelbagai agensi-agensi yang dilihat tidak praktikal di bawah jabatan itu. "Beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Hak Asasi, Biro Aduan Awam, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepatutnya diletakkan di bawah bidang kuasa parlimen,"katanya. |
| Warga kerja Selangor perlu telus: MB Posted: 19 Jul 2010 05:45 AM PDT SHAH ALAM, 19 Jul – Kerajaan Negeri meminta warga kerja Selangor memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya dalam menjalankan tanggungjawap masing-masing terhadap pelanggan. Menteri Besar , Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pegawai-pegawai Selangor perlu memahami tugasan mereka dan saling bantu membantu antara satu sama lain bagi memperkasakan sesebuah pentadbiran yang diterajui mereka. "Harapan saya ialah perkara-perkara perlu diperbincangkan bersama supaya tidak jadi satu keadaan di mana ahli majlis dan warga kerja sama-sama faham tentang tugas mereka. "Saya berharap ini adalah agenda terpenting dakan usaha pembangunan negeri Selangor kerana persefahaman dalam pentadbiran memang biasa, agenda pertama ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya. Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 700 kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Dewan Jubli Perak pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor di sini pagi tadi. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang kejayaan MPS setakat ini dan memberitahu MPS berjaya membuat kutipan melebihi RM120 juta untuk pelbagai cukai di daerah itu. "Selayang mempunyai lebih daripada 700 pekerja dan keluasannya luas merangkumi daerah Gombak dan juga daerah Hulu Selangor dan di samping itu telah dapat mengutip kutipan melebihi RM120 juta setahun dan Selayang mempunyai lebih daripada 80 peratus kawasan yang merupakan kawasan perumahan," katanya. Selain itu beliau turut mengingatkan warga kerja MPS supaya sentiasa bersikap telus dalam menunaikan kewajipan mereka selari dengan dasar kerajaan negeri selalu tekankan iaitu ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran. "Kedua saya telah mengingatkan warga kerja kerajaan negeri supaya bersikap telus dalam tanggungjawap dan di samping mempunyai sikap tidak mementingkan diri dan menghindarkan keadaan konflik dalam membuat apa-apa keputusan. "Jika terdapat dalam keadaan konflik, cara yang sebaiknya ialah tidak terlibat dalam membuat keputusan dan kedua ialah tidak membuat pengumuman yang konflik. Jadi saya minta satu usul supaya kita dapat menegakkan supaya dapat mengamalkan intergriti dalam pentadbiran di negeri Selangor," katanya. Turut hadir pada majlis perhimpunan tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Cham Khim dan Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Azim. – TVSELANGOR |
| Isu Enjin Jet Hilang, Keselamatan N Tharmendran Perlu Dijamin Posted: 19 Jul 2010 05:30 AM PDT Oleh Faizal Ezzany KUALA LUMPUR, 19 Julai - Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Salahuddin Ayub hari ini menyeru kerajaan Malaysia agar memastikan keselamatan Sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran atas dakwaan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM. Beliau yang ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur pagi tadi berkata perkara itu menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan Tharmendran dan keluarganya. Dalam pada itu beliau juga berharap pihak kerajaan dapat mengambil satu langkah yang segera bagi memastikan keselamatannya. "Saya menyatakan tentang isu keselamatan Tharmendran yang akan dibicarakan nanti, saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Dalam Negeri menjamin keselamatan beliau. Perkara ini perlu ditekankan kerana ia telah berlaku sebelum ini, kita melihat kes pembunuhan warga negara Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan juga kes Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Bagi saya isu kehilangan enjin jet ini tidak akan berlaku disebabkan oleh seorang individu sahaja, ketika itu dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan sekarang Najib telah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. "Bila melihat kepada senario ini saya berkeyakinan proses perbicaraan secara biasa tidak akan dapat menyelesaikan kes tersebut dan saya berharap pembentukan satu Suruhanjaya Di Raja yang akan melakukan penyiasatan secara menyeluruh terhadap kes tersebut. Perbicaraan secara telus akan dapat dijalankan jika terbentuknya suruhanjaya tersebut," jelasnya. Salahuddin juga menjelaskan tidak masuk akal jika perkara itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah sedangkan kes itu melibatkan penghantaran enjin jet ke negara luar. "Tak masuk akal langsung jika kejadian itu dilakukan oleh mereka yang berpangkat rendah, kita tahu kehilangan enjin jet ini melibatkan negara luar di Uruguay. Tanpa penglibatan mereka yang berpangkat besar tidak mustahil enjin tersebut boleh dihantar ke sana. "Apa yang kita inginkan adalah keselamatan Tharmendran terjamin termasuk keluarganya serta pembentukan Suruhanjaya Diraja agar perbicaraan dijalankan secara adil. "Apa yang saya tahu beliau sekarang tidak diketahui berada di mana dan pihak KDN mahu pun kerajaan perlu pastikan keselamatannya jangan biarkan perkara yang sama berulang, disebabkan kesalahan orang berprofil tinggi maka yang berpangkat rendah menjadi kambing hitam," sambungnya lagi. Sebelum itu, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi. Bagi kesalahan tersebut, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Selain Tharmendran, Pengarah sebuah syarikat pembekal, K Rajandran Prasad, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. |
| Isu pasir: ‘Jangan tunduk pada UMNO’ Posted: 19 Jul 2010 05:16 AM PDT SHAH ALAM, 19 Jul – Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan. Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal. "Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah UMNO akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari. Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini. "Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi. Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian. "Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN UMNO. "Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN UMNO memerintah," katanya lagi. Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang. "Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir). "(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan? "Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha Bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar. Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya. "Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media). "Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya. Tambahnya, dakwaan yang dibuat Khir Toyo bahawa hasil pasir sebanyak RM220 juta dalam tempoh tiga minggu di Bukit Canggang juga membuktikan kajian yang dibuat oleh KSSB. "Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasi di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya. Katanya lagi, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah. Tambahnya, Khir Toyo bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan. Katanya lagi, usaha untuk menjalankan perlombongan bijih timah bagaimanapun tidak sempat dijalankan kerana pilihan raya umum ke-12 berlangung, yang menyebabkan BN kehilangan kuasa di negeri itu. Selepas menerima memorandum tersebut, Yaakob memberi jaminan bahawa Selangor tidak akan tunduk kepada tuntutan pembangkang. Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir. "Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi. Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut. Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.- MALAYSIAKINI |
| Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS Posted: 19 Jul 2010 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai "satu fitnah dan pembohongan." Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. "Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan," kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini. Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali. "Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini," kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu. Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau memandangkan komponen Pakatan Rakyat tidak pernah berbuat demikian. Salahuddin menjelaskan, beliau dan Mahfuz lazimnya menghadiri kesemua mesyuarat utama parti tetapi setahu mereka PAS tidak pernah membincangkan langkah untuk menghantar wakil menemui Harussani bagi tujuan tersebut. "Kami sudah memutuskan... kami sudah tutup bab tentang perbincangan mengenai kerjasama politik dengan Umno," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. "Kalau PAS ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu," katanya lagi. Ketika ditanya sama ada ada pihak tertentu dalam PAS yang menemui Harussani, Salahuddin berkata, "yang itu saya tidak tahu." Mahfuz bagaimanapun menambah, beliau menghargai kenyataan terbuka Mufti Perak bahawa "kuasa orang Melayu di bawah pimpinan Umno" akan hilang. "Saya tabik kepada Tan Sri Harussani kerana dapat membuat tilikan politik dengan tepat, dan membuat perakuan macam itu, tetapi orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal tetapi menerusi kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat, kuasa Melayu akan lebih mulia dan dihormati tanpa Umno-BN," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata kenyataan Harussani dengan sendiri menunjukkan bahawa akan wujud "satu kuasa baru orang Melayu dengan kerjasama pelbagai kaum" menerusi Pakatan Rakyat. "PAS akan menghadapi pilihan raya umum dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat," katanya. Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Harussani agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu. Idris memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu. Kelmarin, Harussani mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS. "Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak. Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak. |
| Auto debit: PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal Posted: 19 Jul 2010 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal. Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini. Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara. "Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Sehubungan itu Salahuddin (gambar) mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal. "Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini," kata beliau. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal. "Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?" katanya. |
| Perpaduan penting dalam Islam, kata penasihat agama PM Posted: 19 Jul 2010 04:30 AM PDT BESUT, 19 Julai — Isu perpaduan perlu diambil serius oleh umat Islam sendiri kerana ia merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin. Beliau berkata wajib bagi umat Islam terutamanya pemimpin supaya menyatukan kembali perpaduan Melayu di negara ini kerana dibimbangi jika perpecahan dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian negara tetapi juga kemuliaan agama Islam itu sendiri. "Perpaduan itu adalah sesuatu yang wajib manakala perpecahan pula hukumnya haram," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas isu berkaitan perpaduan antara Umno-PAS. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bertolak ansur dalam memastikan perpaduan di kalangan Umno-PAS dapat direalisasikan dengan mengetepikan soal-soal kepentingan parti. Abdullah turut menyokong langkah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti itu kerana langkah itu bertepatan demi perpaduan umat Islam. "Banyak hadis berkaitan perpaduan yang kita ketahui menganjurkan tentang perpaduan dan oleh kerana itu soal perpaduan tidak patut dipertikai oleh umat Islam itu sendiri," katanya. — Bernama |
| MB: Keputusan pindahkan pelajar IKYS kekal Posted: 19 Jul 2010 04:15 AM PDT SHAH ALAM, 19 Julai — Langkah memindahkan lebih 200 pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Bagan Terap, Sabak Bernam ke INPENS International College (INPENS) di Kuala Selangor, akan diteruskan disebalik bantahan oleh beberapa kumpulan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu diambil bertujuan untuk menyelaraskan semua institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri. Khalid (gambar) berkata IKYS akan digunakan sebagai pusat latihan bagi pembangunan modal insan dan latihan kemahiran insaniah dalam masa terdekat. "Adalah lebih baik ibu bapa pelajar menyokong perpindahan itu. Semua ini dilakukan demi masa depan pelajar kerana kemudahan di INPENS jauh lebih baik daripada di IKYS. "Lagipun, graduan INPENS mempunyai peluang lebih baik untuk diambil bekerja kerana INPENS mempunyai hubungan dengan para pengusaha industri yang membenarkan latihan amali diadakan di syarikat mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini. Semalam, sekumpulan lebih 200 pelajar IKYS yang disertai ibu bapa mereka, berhimpun di depan pintu utama institut itu sebagai membantah keputusan Yayasan Selangor menutup institut itu. — Bernama |
| Fatwa ESQ: ‘Jangan tembak orang serah diri’, kata bekas mufti Kedah Posted: 19 Jul 2010 04:00 AM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 19 Julai — Program motivasi ESQ yang kini menjadi kontroversi tiada unsur yang bercanggah dengan akidah ataupun membawa unsur-unsur liberalisme agama yang didakwa memurtadkan umat Islam, kata bekas mufti Kedah Datuk Paduka Syeikh Hasbullah Abd Halim malam tadi. "Apabila saya hadir sendiri dalam program ini, saya fikir, saya baca sendiri bahan-bahan yang diberikan, saya mendapati program ESQ ini diadakan untuk mentarbiyahkan, mendidik, membina insan supaya manusia menjadi manusia," kata beliau pada Forum Konsep dan Kesan Ke Atas Pelan Transformasi Besar SPRM dan Tekun di sini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Tekun Malaysia merupakan antara lebih 3,000 agensi kerajaan dan swasta yang telah mengikuti program ESQ sejak empat tahun lalu. "Itu yang saya faham... tiada benda lain yang saya nampak," kata beliau yang juga ahli Panel Syariah ESQ sambil mengakui fatwa terbaru telah menyebabkan umat Islam terkeliru. Kata beliau, umat Islam terkeliru kerana ada fatwa yang membolehkan program itu diikuti dan satu lagi tidak membenarkan khususnya di Wilayah Persekutuan. "Mereka di luar (umat Islam) keliru kerana ada fatwa yang menghalalkan dan ada fatwa yang kata haram... yang mana satu?," kata Hasbullah lagi. Ahli Panel Syariah ESQ dilantik dengan restu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi mempertahankan unsur keberkecualian. Perakuan Hasbullah itu menekankan bahawa elemen-elemen yang ditekankan oleh program ESQ kelihatan "benda yang baru untuk memberi suntikan kepada fikiran kita dan hati kita tentang dari mana kita datang dan ke mana kita hendak pergi." Sambil mengakui program itu menekankan asas ajaran agama, contohnya tentang keperluan berpuasa dan bersembahyang, Hasbullah menjelaskan, ia tidak menyebabkan pengikut sesat ataupun keluar agama Islam. Malah kata beliau, program ESQ juga tidak memaksa peserta bukan Islam memeluk agama Islam. "Ia cakap pasal keperluan berpuas, perlu sembahyang... kalau hendak tahu dengan mendalam pasal sembahyang, dia kena cari sendiri (di tempat atau pihak lain)," kata beliau. "Adakah kita dengar ada orang keluar Islam, berapa ramai yang menyertai (program ini) murtad... saya dapati tiada unsur tentang liberalisme (agama)?" kata Hasbullah sambil berkata, beliau telah banyak kali menghadiri program ESQ. Sehubungan itu Hasbullah berkata, jika ada kelemahan mereka yang menganjurkannya harus diberi peluang untuk membetulkan program tersebut. "Kalau dia (penganjur) dari serah diri (sanggup nak memperbaiki kelemahan), tak akan kita hendak menembak dia, kita kena berlaku adil," kata beliau dengan merujuk kepada kesediaan pengurusan ESQ untuk mengubah kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam modul motivasi. "Saya sertai program ini, kalau ia bercanggah dengan akidah, selepas 60 tahun (terlibat dalam bidang syariah), tak akan saya hendak melenyapkan keimanan saya dengan menyokong ESQ, saya tidak mendapat apa-apa keuntungan (dengan saya mengatakan ini)," kata tokoh ini yang berusia 70 tahun. Hasbullah bersara sebaga mufti tahun lalu. "Janganlah kita tutup (ruang untuk berbincang), agama mengatakan kita kena berpakat, kena berbincang tetapi jangan sampai tidak mahu jumpa, jangan angkuh, kita sebagai seorang alim ulama kena fikir banyak-banyak," katanya lagi. "Tak rugi kalau kita berbincang," kata beliau dengan mencuit kira-kira 200 orang peserta forum malam tadi yang dilihat sebagai usaha ESQ untuk memulihkan imej yang tercalar. Pada forum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim, Pengarah Siasatannya Mustafar Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan berkongsi sebab agensi masing-masing mengikuti program ESQ. Sejak 2006 lebih 60,000 peserta tempatan telah mengikuti program berkenaan yang lazimnya diadakan selama tiga hari. Program motivasi ESQ, syarikat yang diasaskan oleh rakyat Indonesia satu dekad lalu dan dikembangkan ke Malaysia pada 2006 menjadi tumpuan selepas ia diharamkan menerusi mufti Wilayah Persekutuan bulan lalu. Setakat ini lebih 800,000 orang dari seluruh dunia telah menyertainya. Pada 14 Julai lalu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ. Pengerusi jawatankuasa itu Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam kursus tersebut boleh diperbetul dan diperjelaskan. Katanya, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti dan perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam. Dalam respons pertama lalu Jumaat lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah. Beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama. Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak. Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus. Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia. |
| Kenaikan Harga Barang Menambah Beban Rakyat Miskin Posted: 19 Jul 2010 03:30 AM PDT Oleh Norasikin Samsi KUALA LUMPUR 19 Julai - Ahli Dewan Negara, Senator Dr Syed Husin Ali menyangkal tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikkan harga barangan baru-baru ini tanpa mempertimbangkan bebanan yang terpaksa dihadapi rakyat. Beliau berkata, keputusan kerajaan tersebut secara tidak langsung bakal menambah bebanan rakyat apabila barangan lain juga turut dinaikkan dalam masa yang sama. "Saya bimbang kenaikan harga barang sekarang ini diakibatkan oleh penarikan subsidi terutamanya ke atas minyak dan gula akan mempunyai akibat-kaibat lain di negara ini dan paling teruk sekali menangung beban ini adalah bagi golongan susah. "Kita lihat bagi mereka yang kaya misalnya subsidi yang diberikan kerajaan kepada IPP (Pengeluar Tenaga Bebas), subsidinya 19 bilion tetapi tidak ditarik balik. Maksudnya yang kaya diketepikan tetapi yang susah akan dibebankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri persidangan dewan negara di lobi Parlimen, di sini hari ini. Hadir sama, Senator S Ramakrishnan (DAP), Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP) dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff (KEADILAN). Dr Syed yang juga Timbalan Presiden KEADILAN turut mempertikai kerajaan kerana mengemukakan alasan menaikkan harga gula disebabkan faktor penjagaan kesihatan. "Saya marasa geli hati sedikit mendengarkan bahawa alasan menaikkan harga gula untuk memastikan kesihatan. Kalau itulah alasannya, daging boleh menyebabkan darah tinggi, telur barangkali boleh menaikkan kolestrol begitu juga mentega. Jadi adakah dengan alasan kesihatan, kita boleh menaikkan harga barangan ini? tegas beliau. Tambah Dr Syed, percubaan kerajaan untuk menyekat media daripada menggunakan perkataan 'barang naik' itu tidak mempunyai asas kerana hakikatnya barangan tersebut sememangnya mengalami kenaikan. Beliau turut mengkritik tindakan kerajaan membuat perbandingan dengan negara luar berhubung kenaikan harga barangan berkaitan. "Hujah kerajaan membuat bandingan dengan negara lain tidak betul kerana ada negara yang harga berasnya lebih murah, ada negara yang harga daging dan juga buah-buahannya jauh lebih murah daripada sekarang. "Soal membandingkan harga dengan negara luar adalah tidak boleh. Kita mesti membandingkan dengan negara kita sendiri yang dulu dengan yang sekarang. "Apa justifikasinya sekarang kerajaan menaikkan harga barang lebih daripada yang dulu," soal Dr Syed. Sementara itu, Ramakrishnan membidas kerajaan kerana tidak mempedulikan bantahan dari pemimpin-pemimpin politik ke atas kenaikan harga barangan termasuk pembaziran kerajaan meneruskan projek mega. "Kenaikan (barang) yang berlaku sekarang mendapat banyak bantahan dari pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan tidak ambil peduli mengenainya malah terus menaikkannya. "Misalnya kerajaan memberikan subsidi kepada IPP juga tiga permit AP yang diberikan kerajaan kepada kroni-kroni. "Baru-baru ini laporan bagi projek pelabuhan Batu Maung yang terbengkalai mendapati kerajaan telah memberi surat sokongan kepada kroni-kroni. Jadi sekarang kerajaan kena tanggung kos itu dan kesannya kepada seluruh rakyat," katanya. Bercakap dalam sidang media yang sama, Dr Syed turut mempertikai penolakan dewan negara yang menolak soalan-soalan yang dikemukakan oleh Senator Pakatan Rakyat. "Peluang untuk mendapat jawapan kepada soalan ditolak, ramai di antara kami yang mengemukakan soalan telahpun ditolak. "Soalan saya ialah mengenai berapa bilangan 'special branch' (cawangan khas) di negara ini termasuk berapa peruntukan sebenar dan apa tugas-tugas mereka tetapi soalan itu ditolak. "Ia perlu bagi memastikan ketelusan berhubung peruntukan yang dibuat bagi mengetahui perkara sebenar," katanya. |
| Suara Keadilan Terima Writ Saman Daripada Ibrahim Ali Posted: 19 Jul 2010 02:45 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 19 Julai - Suara Keadilan menerima writ saman daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung penyiaran berita dalam akhbar tersebut berkenaan ucapan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dalam Dewan Rakyat yang didakwa mengaitkan Ibrahim dengan syarikat judi kepunyaan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan. Dalam surat penyataan tuntutan yang dilampirkan bersama writ saman yang bertarikh 3 Jun itu, Ibrahim berkata Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN telah "secara palsu dan berniat jahat menyebarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap plaintif". "Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan pembabitan di dalam syarikat perniagaan yang asda kaitannya dengan Vincent Tan, seorang tauke judi. "Seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang agama, pejuang Melayu tulen, bukanlah aneh namanya kalau mempunyai kepentingan perniagaan dengan tauke judi terkenal di negara kita. jadi barabgkali kerana saya dedahkan satu hakikat seperti itulah maka emosi beliau itu keterlaluan dan cuba untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. "Dan seperti mansa sasya diminta memberikan penjelasan oleh Speaker, itulah yasng sebutkan semalam. Hkikatnya saya mendedahkan wajah seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan dengan tauke judi," kata Ibrahim memetik kenyataan Saifuddin pada perbahasan rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010 di Dewan Rakyat pada 23 April lalu. Kenyataan Saifuddin itu kemudiannya dimuatkan dalam artikel bertajuk "Perkasa Pejuang Melayu: Baik Dengan Tauke Judi" dalam keluaran 229 bertarikh 27 April hingga 4 Mei 2010. Writ saman daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur yang difailkan melalui peguambela, Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co dan dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib serahkan di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya Jumaat lalu. Surat daripada firma guaman tersebut menyatakan Dzulkarnain mempunyai tempoh 12 hari daripada penyampaian writ untuk memberi respon kepada tindakan saman yang diambil oleh Ibrahim. Dzulkarnain berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya. "Hak Ibrahim untuk menyaman Suara Keadilan tapi apa yang kami laporkan adalah kenyataan yang dibuat di dalam parlimen yang sepatutnya beliau maklum dilindungi oleh imuniti ahli parlimen. "Tapi jika dia nak saman juga terpulanglah dan kita akan menghadapinya," kata beliau. |
| Ong Tee Keat,100 hari selepas mati... Posted: 18 Jul 2010 09:30 PM PDT Baru hari ini gurkah-gurkah politik di'port' telah mengiktiraf Ong Tee Keat sebagai seorang 'Viking', seperti mana yang dia selalu dakwa diri dia adalah seorang 'viking' dan kali terakhir dengar perkataan 'viking' ini semasa dia tewas ditangan Chua Soi Lek pada pemilihan EGM MCA 100 hari lepas bila dia kata .." I am dead, dead as a viking.." Tup..tup Tee Keat sudah muncul di-Penang kelmarin ... macam biasa gurkah politik yang jaga dia semasa dia di-sini, yang akan bawa dia ke-hulu kehilir telah menemukan kami dengan Tee Keat 'over a cup of hot coffee' ditengah-tengah malam untuk setengah jam. "YB..,ingat sudah pencen politik" "No..No..No..politik mana boleh retire!"... Tee Keat tetap dengan semangat yang tidak pernah memadamkan hasratnya sebagai ahli politik biarpun telah di-benam oleh Chua Soi Lek pada EGM MCA Mac lepas. Tidak seperti Ong Ka Ting yang telah mengambil keputusan untuk duduk diam-diam selepas kena penendang oleh ahli-ahli MCA, Tee Keat telah banyak buat kerja-kerja 'ground works' secara diam-diam dan telah menyatakan hasratnya untuk mencari platfom baru untuk meneruskan perjuangan politiknya sekiranya dia di-gugurkan dari barisan calon MCA pada PRU-13 akan datang. "Kalau saya di-gugurkan sebagai calon dari pada PRU-13 nanti, ini bukan bermakna saya yang tinggalkan MCA dan BN..okey?!" Tee Keat tidak menafikan yang dia ada dihampiri oleh gurkah-gurkah politik dari lain-lain parti politik selepas sebelum dan selepas pemilihan EGM MCA. "Kalau you masuk and join lain parti, nanti ini MCA/BN bikin 'road tour' dan cakap macam-macam... You khianat parti , you tak kenang jasa, you tarak setia sama MCA. Dia orang akan kasi busuk you punya nama". Selepas 100 hari kalah kerusi nombor satu MCA, Tee Keat semakin kuat bekerja daripada sebelum ini, memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pandan dan pusing Malaysia berjumpa dengan 'taiko-taiko' dalam kumpulan orang-orang cina. Hanya mereka-mereka yang diluar dari MCA dan BN saja yang berani menjemput Tee Keat untuk apa-apa juga program dan 'functions'. Cina-cina dalam MCA pula sudah mula lupakan dia selepas dia tidak lagi berkuasa. Akhir perbualan Tee Keat kata ... " saya ingat next GE, ini Pandan punya kerusi pun boleh terbang, sebab itu tempat dia orang mau kasi sama Donald Lim". dollah yankee - Boleh rasa yang Tee Keat sedang menghitung hari nak join Pakatan Rakyat. http://dollahyankee.blogspot.com/2010/07/ong-tee-keat100-hari-selepas-mati.html |
| Teka Gambar TerSembunyi: Mencari Khir Posted: 18 Jul 2010 08:26 PM PDT Kecoh dalam paper utusan,jurucakap yang dilantik khir tolol mengulas panjang. Tapi dalam gambar ini abang tempe tak dah? Sepatutnya kena ada perkataan cuba cari gambar tersumbunyi.. |
| KENYATAAN MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN MENGENAI RAWATAN SUSULAN SULTAN KELANTAN (2) Posted: 18 Jul 2010 08:08 PM PDT PEJABAT SULTAN KELANTAN KENYATAAN MEDIA ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T. 1. Saya ingin memaklumkan mengenai rawatan yang dibuat ke atas KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan. Baginda Al-Sultan telah selamat berangkat ke Singapura pada 15 Julai 2010 jam 11.00 pagi. Ribuan terima kasih kepada pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia yang telah menyediakan pesawat khas untuk membawa Baginda Al-Sultan ke Singapura. 2. Keberangkatan Baginda Al-Sultan adalah bertujuan untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth. Syukur alhamdulillah, Baginda Al-Sultan juga telah selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty pada 17 Julai 2010. Buat masa ini Baginda Al-Sultan masih lagi dirawat oleh pakar-pakar perubatan di hospital berkenaan. 3. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda Baginda merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Baginda Pemangku Raja Kelantan akan mengatur penerbangan pulang Baginda Al-Sultan ke Kota Bharu seberapa segera walaupun pada mulanya Baginda Al-Sultan dijadualkan untuk berangkat pulang pada 21 Julai 2010. 4. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada ayahanda Baginda. Baginda Pemangku Raja Kelantan mengharapkan agar semua rakyat turut sama mendoakan yang terbaik kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan agar Baginda Al-Sultan cepat sembuh dari kegeringan. 5. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap ianya dapat diteruskan oleh rakyat Baginda. 6. Saya sekali lagi ingin memberi ingatan kepada semua pihak agar tidak pandai-pandai membuat andaian atau kenyataan. Janganlah kita mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah agar tidak mengaibkan keluarga DiRaja Kelantan. Biarkan segala kemelut diselesaikan secara kekeluargaan. Berat mata kita memandang, berat lagi keluarga DiRaja memikul. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah s.w.t.. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. DATO' HJ. ABDUL HALIM BIN HJ. HAMAD Pengelola Istana D'Raja Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan Bertarikh: 18 Julai 2010 |
| Posted: 18 Jul 2010 06:30 PM PDT The word "corruption" comes from a Latin word meaning "to break" or "to destroy". Corruption is a cancer that steals from the poor, eats away at governance and moral fibre, and destroys trust. Although corruption exists in both the private and public sector, the corruption of the public sector is a more fundamental evil. This is because the public sector is the enforcer and arbiter of the rules that hold us together, the custodians of our common resources. Corruption is the abuse of public office for personal gain. • Corruption exacts a huge toll on our economy o In a survey of more than 150 high ranking public officials and top citizens from over 60 developing nations, these officials ranked corruption as the biggest obstacle to development and growth in their countries. o Corruption empties out the public purse, causes massive misallocation of resources, dampens trade and scares away investors o The World Bank estimates that corruption can reduce a country's growth rate by 0.5 to 1 percentage points per year. Where there is a lack of transparency and a weak court system, investors stay away. o Corruption is a form of theft. But it is a form of theft that also damages what is not stolen. This is because corruption involves the capture of decisions involving public funds. Corrupt decisions mis-allocate public resources and cause tremendous waste in the expenditure of public money. Public money is poured down the drain when projects are selected not because of the value they deliver to the public but because of what can be skimmed from them. • But corruption is more than an economic cost. It is a curse that attacks the root of the tree. Corruption destroys trust, which is nothing less than the glue holding a society and its institutions together. When it becomes rampant and is conducted with impunity, it also demoralizes even those public servants not involved in it. The common people's experience with government breeds the expectation that they need to pay before things will move. Small businesses suffer as city hall officials come on their rounds to collect mandatory "donations." It is time we recognized corruption as the single biggest threat to our nation. In our economy, corruption is the root of our inability to to make the economic leap that we know we are capable of. There is no other reason why a country so blessed with natural resources, a favourable climate and such immense talent should not have done a lot better than we have. In our political system, corruption is the real reason why our political parties refuse to reform. In the party I belong to it has debased a once noble nationalism and a concern with the welfare of marginalised people into a rush for the gravy train. The economic development we must bring our people is reduced to nothing more than patronage, and patronage is inflated into a right. The root cause is in our political parties. It is an open secret that tender inflation is standard operating procedure. Within the parties and among politicians, it is already an understood matter that party followers must be 'fed'. Politics is an expensive business, after all. Where else are we to get the funds? Thus theft of public goods is normalised and socialised among an entire community, and what we had planned to attain by capability is seen by some as something to be attained through politics. Politicians are the villains in this piece, but they themselves the villains but they themselves are also trapped. The leadership is trapped because they are beholden to political followers who demand that they are looked after. They demand patronage, and the turn the party's struggle for the welfare of a community into their sense of entitlement to that patronage. So they take their slice of the project. By the time they they and each person down the line all the way down to the contractor takes a lot and there is not enough left to do a decent job, bridges collapse, highways crack, stadiums collapse, hospitals run out of medicine, schoolchildren are cheated in their textbooks. Corruption may look to its perpetrators like a crime without victims, but it leaves a trail of destruction. No domain seems safe. The humble school canteen is the domain of Umno branch chiefs. The golf course become a favoured way to pass the cash over. We can place bets for RM5000 a hole. For some reason one party keeps losing. And there are 18 holes. Money thus obtained is legal. It can be banked. We spend billions on the refurbishment of defence equipment; on fighter jets, frigates and submarines. Whe a supplier lays on an exorbitant commission to some shadowy middleman, that commision is built into the price the government pays. That money comes from the ordinary Malaysian. Military toys are very expensive. I remember from my time in the Ministry of Finance. Even then, patrol craft cost about RM280mil each. We loved Exocet missiles. As Minister, I had to sign each time the military fired an Exocet missile for testing. Every time we test fired one of them, RM2mil literally went out with a bang. When the UK went to war against Argentina, the UK Government came back to borrow them from us because outside of the UK we had the most of them in the world. We must have been under some extraordinary military threat which I did not understand. The list is long: procurement of food and clothing for the military, medicine for hospitals and so on. In all these things the Government has been extraordinarily generous. And paid extraordinarily high prices. Government servants have to face pressure from politicians who expect to be given these contracts because they need money for politics. This corruption is justified because the party's struggle is sacred. The civil servants can either join the game or be bypassed. For every government job big or small that goes down, someone feels entitled to a slice of the pie, not because they can do the job, not because they have some special talent or service to offer, but because it is their right. They do not realise that what they demand is the abuse of power for the sake of personal gain, or party gain. They elect those leaders among themselves who are most capable of playing this game. So we get as our leaders people who have distinguished themselves not by their ability to serve the public but at their long proven ability to be party warlords, which is to say, distributors of patronage. And that is a euphemistic way of saying that because of corruption the old, stupid and the criminal are elevated to positions of power while young, talented and honest individuals are frozen out. Corruption destroys national wealth, erodes institutions and undermines character. And it also destroys the process by which a community finds its leaders. The consequence of this is that the majority are marginalized. Government contracts circulate among a small group of people. Despite all attempts at control and brainwashing, the majority soon catch up to the game. This game cannot last forever. The longer it is played the more people hate the government and the governing class. They vote against the government, not for the Opposition. They resent the government of the day. In 2008 we saw how the Malaysian people feel about the abuse of power and incompetence caused by corruption. Since party funding has become the excuse and the vehicle for wholesale corruption, any measure we take to fight it must include the reform of political funding. It is time we enact a law regulating donations to political parties. Donations must be capped. No donor is to give more than a specified limit, on pain of prosecution. This it to try to prevent special interests from dominating parties. Such money is source of corruption. Let us limit political donations by law. On top that let the government set up a fund to provide funding to registered political party for their legitimate operational needs. This money can be distributed based on objective criteria and governed by an independent panel. This would close off the excuse that the parties need to raise political funding through government contracts. Another idea is that we should freeze the bank accounts of people who are being investigated for corruption. Public servants and politicians are by law required to be able to demonstrate the sources of their assets. Those with suspiciously ample asssets should have these assets frozen until they can come up with evidence that they have accumulated them by political means. This may sound harsh, but only because we live in a country in which almost no one ever gets nabbed for corruption. In China, those found guilty are shot. In Malaysia we read about MACC investigating this and that but there are no convictions. No one has been punished. We are the nation with no consequences. The MACC finds no fault. The courts do not convict. And our newspapers do not have the independence and vigour to follow up. We have an MACC with no results. It was a good idea to model our anti-corruption agency after one of the most successful in the world, Hong Kong's ICAC. However we have taken just bits and pieces of that model. So really this will be no more than PR exercise unless we adopt the model wholesale. We should repeal the OSA so that people can go to the MACC and the authorities with documentary information on corrupt practice. As things stand, any document which might be incriminating to corrupt public officials is stamped an Offical Secret. A whistleblower risks 7 yrs jail for being in possession of such documents. We need to identify rot eating through our roots as a nation. It is corruption. We cannot expect the corrupt to embrace reform. It is time for our citizens to stand up and call corruption by its name, and demand reform. Tengku Razaleigh — Speech at the launching of the book The Shafee Yahaya Story – Estate Boy to ACA Chief by Datin Kalsom Taib Saturday, 19.6.2010 Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia, Bukit Kiara, Kala Lumpur |
| Dakwaan Noh Omar Tidak Bertanggungjawab Dan Salah Fakta Posted: 18 Jul 2010 05:30 PM PDT PETALING JAYA 18 Julai - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh tersebut salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir. "Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat. "Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa. "KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," kata Abdul Shukor. Beliau berkata semua tuduhan dan dakwaan dibangkitkan pelbagai individu dan kumpulan akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kelak. "Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan. "Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. Malah, sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan kami telah memberi kerjasama penuh," jelas beliau lagi. Abdul Shukor menjelaskan KSSB bimbang serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu. "Kami menegaskan bahawa syarikat ini menguntungkan dan telah melaksanakan polisi serta garis panduan telus untuk menyekat amalan rasuah. KSSB merupakan syarikat kerajaan yang profesional serta tidak menerima sebarang amalan seleweng atau salah laku dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar polisi KSSB," tambah beliau. |
| KSSB nafi dakwaan Noh Omar, sedia SPRM siasat Posted: 18 Jul 2010 05:00 PM PDT SHAH ALAM, 18 Julai – Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, hari ini menolak dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor. KSSB berkata pemberian diskaun kepada mana-mana pelanggan yang membeli pasir secara pukal adalah amalan biasa dalam perniagaan bagi meningkatkan jualan. Syarikat itu berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa ada bukti menunjukkan wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh syarikat itu dalam penjualan pasir kepada syarikat kontraktor. Kenyataan KSSB itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan. Menurut kenyataan itu, semua tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap KSSB akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dalam masa terdekat. "Malah, kami juga mengalu-alukan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan siasatan," katanya. Dalam sidang media semalam, Noh mendakwa sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli. Beliau juga mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit. – Bernama |
| PAS Selangor: Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno Posted: 18 Jul 2010 04:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Julai — PAS Selangor menegaskan pendiriannya menolak sebarang pertemuan Umno-PAS sambil memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jikapun Umno diketepikan dalam pilihan raya umum ke-13. Oleh itu PAS Selangor pimpinan Datuk Dr Hasan Ali (gambar) berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil. "Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Pada muktamad PAS 2008 dan 2009, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri dan Pesuruhjaya PAS Selangor dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno. Mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Roslan berkata, isu perpaduan Melayu yang kembali dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang sudah tidak relevan oleh PAS Selangor. "PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahbelahkan perpaduan erat dalama Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor sejak Mac 2008 sehingga ke saat ini, di mana PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya. Kata Roslan, orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PAS dalam memimpin mereka. "Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan kepimpinan cemerlang kerajaan Pakatan Rakyat, Umno Selangor akan ditolak oleh orang-orang Melayu sendiri," jelas beliau. Roslan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat termasuklah akar umbi kini sudah bersedia untuk mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan masyarakat. "PAS Selangor memberi jaminan kepada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir kerana kiranya Umno hilang kuasa, maka kuasa politik itu akan diambil alih oleh PAS dan PKR," katanya lagi. Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS. "Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini. "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya. Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak. |
| Umno ayam daging, PAS ayam kampung Posted: 18 Jul 2010 04:00 PM PDT http://aspanaliasnet.blogspot.com Kekeliruan politik negara amat jelas dan keadaan ini belum pernah kita alami. Kita beranggapan di zaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini merupakan zaman yang paling tidak menentu. Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini. Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang di dewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen. Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam 'state of denial' dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk. Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai di kalangan pemimpin Umno kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya. Baru-baru ini timbul keinginan setengah pihak untuk melihat PAS dan UMNO duduk di meja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya. Muhyiddin nampaknya memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Muhyiddin mungkin ada kesedaran yang cadangan itu adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyk isu. Tetapi di sebaliknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus ke dalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini. Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Di mana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini. Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuat kan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri. Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar bila beliau mengatakan UMNO masih kuat. Di mana letaknya kekuatan UMNO itu? Bagi saya andaian itu, jika banar memanglah baik bagi parti, tetapi didalam naluri orang ramai mereka tidak langsung nampak kebenarannya. UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi di Sarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi di Semenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu. Sekarang tekanan terhadap BN di kedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air. Di Sarawak kehadiran parti-parti pembangkan akhir-akhir ini mendapat sokongan dari orang ramai kerana kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk memimpin bumi kenyalang itu. Sehingga kehari ini di Sarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidask boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai 'fixed deposit' bagi BN. Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4,000 undi di dalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi. UMNO di cawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan tidak pastas bekerja untuk parti maka tidak ada asas bagi seorang pemimpin seperti Najib bercakap seperti orang yang takbur dan mendabik dada kerana mempercayai yang UMNO itu masih kuat. Saya berharap apa yang saya fikirkan ini adalah salah. Jika apa yang saya fikirkan ini benar maka kita akan melihat satu demi satu kubu yang tinggal kepada kita jatuh berderai maka akan bermulalah episod baru politik tanah air. Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita. Ahli-ahli UMNO ini serperti 'ayam daging', sentiasa mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai 'ayam kampung' yang biasa dengan mencari makan sendiri. Itulah sebabnya ayam daging selalunya gemuk tetapi dagingnya lembik dan jika dimasak terlalu lama dagingnya akan hancur. Di sebaliknya ayam kampung lebih keras dagingnya jika dimasak berjam-jam lamanya untuk dimasak rendang rasanya lebih sedap. Itu sebabnya ayam kampong harganya RM11 tetapi ayam daging harganya tidak boleh lebih dari RM 7 seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri baru-baru ini. Harga ayam daging ini jauh lebih murah dari harga ayam kampung. Lagi pun jika ayam daging dilepaskan dari sangkarnya ayam itu tidak akan mampu mencari makan dengan sendiri dan jika kita kejar pun dia tidak akan dapat lari kerana terlalu gemuk disebabkan makan terlalu banyak. Tetapi akhir-akhir ini ayam daging pun sudah tidak dapat makanan yang secukupnya kerana tuannya sedang menghadapi kegawatan ekonomi. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara ® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan