Isnin, 19 Julai 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA [TIRAM]

Posted: 19 Jul 2010 12:49 PM PDT

Impian yang lama. Tapi belum tercapai.

Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?

Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan. Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat. Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.

Ditengah-tengah politik adu domba, satu kumpulan kaum dianggap musuh kumpulan kaum yang lain, untuk mengekalkan kuasa bagi merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat semakin menderita.

Fitnah dan serangan peribadi membuta tuli bertalu-talu lalu menutup kebebasan media yang menjadi teras sebuah bangsa merdeka yang berdaulat di bumi sendiri.

Yang dekat dijarakkan, yang jernih menjadi keruh, yang benar diputarbelitkan, yang sesat dijunjung, yang keparat menjadi sanjungan.

Hidup sehari-hari terasa haru biru dari Perlis sampai ke Sabah. Pertentangan, pergisiran, jenayah, ancaman, ugutan, bebanan, pembohongan dan kepungan.

Sampai bila harus begini?

Dari hari ke hari terasa semakin sempit bagai ditolak menuju lubang kubur semata-mata untuk sebuah kuasa bernama BN terus bertakhta. Terakhir, kenaikan mendadak lima dalam satu untuk menyambung hayat kerajaan yang sedang retak menunggu rebah ini.

Adakah kita semua dilahirkan hamba? Terpenjara?

Segala impian murni melihat tertegaknya 'kerajaan kita' dari rakyat untuk rakyat tidak pernah ada ruang untuk bernafas dan mengambil tempat dalam alam nyata?

Di tengah kepungan media dan salah guna instrumen kuasa, wajib bagi kita semua yang masih bernyala dalam dada sebuah impian murni bangkit mengumpul kekuatan.

Sebuah dana untuk menambah kekuatan untuk mengorak sebuah perubahan akan dilancarkan dengan nama Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) pada 7 Ogos 2010, beberapa hari sebelum Ramadhan.

Majlis Makan Malam Perdana sempenan pelancaran akan diadakan.

Saudara saudari boleh melayari laman web khusus kami dalam sehari dua lagi untuk mengambil bahagaian dalam apa jua cara . [Sudah siap - sila layari tiram-malaysia.blogspot.com]

Harapkan kerjasama anda semua.

sumber : cetusan-hati

H 1 N 1 : Harussan1, Naj1b

Posted: 19 Jul 2010 10:45 AM PDT

MENUJU NEGARA ISLAM DALAM TEORI TASAWWUF

Posted: 18 Jul 2010 11:01 PM PDT

Tidak ada sesuatu kejayaan itu terus terlaksana melainkan perlu berhadapan dengan fasa-fasa tertentu. Bayi yang baru lahir, tidak terus boleh berjalan, tetapi terpaksa berhadapan dengan fasa merangkak, bertatih dan berjalan.

Dalam ilmu tasawwuf, proses pembersihan hati pun berhadapan dengan tiga fasa, iaitu fasa takhalli [pengosohan jiwa dari sebarang unsure dunia], tahalli [pengisian unsure-unsur akhirat dalam jiwa] dan tajalli [nyata menjadi hamba Allah yang sebenar]. Maka begitujuga untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Di sini, dipaparkan fasa-fasa dalam usaha penubuhan negara Islam yang dicadangkan mengikut teori tasawwuf. Ia seperti berikut;

FASA SATU [TAKHALLI]: JATUHKAN BN

Jatuhkan kezaliman, dan bina negara 'as-sulh', iaitu Negara yang tidak boleh digelar sebagai Negara islam, tetapi negara itu bebas dari sebarang rasuah, penyelewengan harta rakyat, tidak ada ISA, kebebasan media, system kehakiman yang terjaga dan sebagainya.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]

[surah hud : 117]

Dalam membahaskan maksud ayat ini, Dr yusuf Al-Qaradhawi menyebut, "makna zalim dalam ayat ini adalah syirik. Ini disandarkan kepada firman Allah dalam surah luqman ayat 13 yang bermaksud, "Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] sesama mereka" [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al islami : 355]

FASA DUA [TAHALLI] : PENGISIAN

Apabila media sudah bebas, SPR sudah tidak dikongkong lagi dan ISA sudah terhapus, maka disitu mempunyai ruang yang cukup terbuka dalam mengemukakan Islam kepada rakyat.

Firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ

Maksudnya;
"Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmat [kebijaksanaan]"

(Surah An-nahl : 125)

FASA TIGA [TAJALLI] : TERLAKSANA NILAI-NILAI ISLAM DALAM NEGARA

Hasil dari kerja keras, menyebabkan rakyat faham Islam. justeru, mereka sendiri membentuk negara yang mempunyai nilai-nilai islam, seperti berkebajikan, kasih sayang, tidak ada penindasan, bebas dan sebagainya.

Firman Allah;

كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

Maksudnya;
"Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"

(Surah As-Saba' : 15)

PENUTUP

Seseorang yang berada dalam proses pembersihan jiwa sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar [tajalli], dia berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan, seperti mendapat tekanan dari unsure keduniaan, propaganda dari bisikan iblis, dan banyak lagi.

Maka begitujuga dalam usaha melaksanakan nila-nilai islam dalam negara. Ia pasti akan berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan, seperti tekanan dari keduniaan [kerajaan BN] seperti melayu tergugat, kouta melayu, dan sebagainya. Juga, propaganda dari bisikan iblis [UMNO] yang bernama "perpaduan melayu" dan sebagainya.

Yang perlu diingatkan adalah, "teruskan berjalan. Jangan hiraukan anjing-anjing yang menyalak. Kerana, ia adalah gangguan dalam kejayaan untuk sampai ke destinasi"

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
19 Julai 2010 * 2:02 petang

DUA KOSONG, DUA KOSONG : DUNIA KOSONG, AKHIRAT KOSONG

Posted: 18 Jul 2010 10:15 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wawasan negara dan komited untuk mencapai wawasan itu.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, walaupun Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Mahathir, tapi kita sudah menerimanya sebagai wawasan negara dan sesiapapun selepasnya (Tun Mahathir) adalah komited untuk mencapai Wawasan 2020," katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara hari ini.(sila klik)



Tiada ulasan: