:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| Posted: 18 Jul 2010 12:35 AM PDT Orang dalam gambar ini ajak PAS gabung dengan UMNO. Orang ini adalah agamawan, atau lebel lunaknya "ulama". Ramai mendakwa, ulama adalah golongan yang walau tidak ma'sum pun, tetapi ia setengah dari ma'sum. Lalu ada mendakwa, kenyataan ulama wajib diwala' dan disiqah.Siapa yang mahu siqah dan wala' dengan kenyataan "ulama" ini? sekian |
| MELAYU TUKAR DASAR KUFUR KEPADA DASAR ISLAM Posted: 18 Jul 2010 12:19 AM PDT Melayu nak hebat bukan dengan gabung PAS - UMNO. Tetapi melayu jadi hebat, apabila melayu tukar dasar - daripada dasar kufur kepada dasar Islam. SB Harussani menyebut, "melayu hilang kuasa selepas PRU-13". Peliknya, kenapa melayu boleh hilang kuasa sedangkan selama ini negara diperintah oleh parti UMNO yang mendakwa perjuangkan melayu. Dari mantiq SB Harussani ini, menunjukkan bahawa UMNO merupakan punca kehilangan kuasa melayu. Kehilangan kuasa ini berpunca apabila melayu meninggalkan Islam, berfahaman kebangsaan dan perkauman sempit. Justeru, jika SB HArussani dan UMNO sayangkan melayu, sila tukar dasar UMNO daripada kebangsaan sempit kepada Islam. Jika benar sayang kepada melayu, desak MP-MP UMNO dan ADUN-ADUN UMNO agar menukar parti - daripada UMNO kepada PAS. seseorang berbangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan menafikan hak bangsa selain melayu. seseorang berbangsa Melayu yang beragama islam akan menganggap cina dan india sebagai adik beradik. Seseorang berbangsa Melayu yang Islam akan menghormati hak bangsa lain, waima berbeda agama sekalipun. Inilah melayu Islam yang ikut aturan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia berbeda dengan seseorang berbangsa melayu "beragama" UMNO. sekian baca sama: Melayu hilang kuasa pada PRU 13? Nik Aziz : politik melayu kukuh jika UMNO tukar dasar Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg buloh 18 Julai 2010 * 3:29 petang |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan