Selasa, 6 Julai 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KEMANA PERGI PAK BAKAQ DAN AL HUSSEYN?

Posted: 06 Jul 2010 05:34 AM PDT

sepi blog tanpamu..kemanakah dikau pergi?

PKR taja Raja Petra, Bala?

Posted: 06 Jul 2010 03:51 AM PDT





GAMBAR yang dipetik daripada laman web Malaysia-instinct.com menunjukkan Raja Petra Kamaruddin (berdiri, kiri) bersama-sama peguam Amarjit Singh Sidhu, Zaid Ibrahim (depan, kiri), Balasubramaniam (depan, tengah) dan seorang individu tidak dikenali di London.




KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana terbukti parti itu melindungi dan dipercayai menaja Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam di United Kingdom iaitu dua individu yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini.
Selain itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari turut menggesa pihak berkuasa menyiasat sama ada PKR turut terlibat menaja sebuah portal propembangkang yang dijadikan medan oleh Raja Petra menyerang kerajaan dari luar negara.
Dalam masa yang sama, Anuar menggesa kerajaan mengekstradisi kedua-dua individu terbabit ke Malaysia untuk didakwa mengikut undang-undang negara.
Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan tersebut kerana gambar yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct.com hari ini jelas memperlihatkan hubungan rapat antara PKR dengan kedua-dua individu terbabit.
''Gambar Datuk Zaid Ibrahim, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct hari ini cukup menggambarkan hubungan antara PKR dan Raja Petra serta Balasubramaniam.
''Apa tujuan Zaid menemui mereka, saya tidak pasti tetapi saya percaya Zaid menjadi utusan kepada Anwar. Gambar ini tidak berbohong dan inilah bukti paling jelas mengenai hubungan antara mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gambar Zaid, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-Instinct hari ini.
Dipercayai, gambar itu dirakamkan di United Kingdom kerana kedua-dua individu berkenaan berada di negara tersebut.
Pada 30 Jun lalu, laman web Malaysia Today menyiarkan gambar Raja Petra bersama Zaid yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.
Balasubramaniam pula menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan sumpah berbeza yang dibuatnya pada tahun lalu berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam pada itu, Anuar percaya kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menjejaki dan membawa mereka pulang ke negara ini dengan segera.
Beliau berkata, ia berdasarkan hubungan baik antara Malaysia dan UK yang terjalin sejak sekian lama.
''Oleh itu, saya amat berharap kerajaan tidak menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini. Begitu juga tindakan terhadap pihak-pihak yang melindungi mereka.
''Jika ditangguhkan, saya kira ia akan memberi impak negatif kepada negara sekali gus boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan dalam menangani kes ini,'' katanya.
Anuar juga tidak menolak kemungkinan segala yang berlaku itu adalah hasil daripada gerakan terancang Penasihat PKR.
''Memanglah Anwar tidak ada dalam gambar tersebut tetapi kita harus ingat Zaid adalah orang kuat PKR. Saya yakin pemergiannya ke UK adalah sebagai utusan Anwar,'' tambahnya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa kerajaan menggunakan segala saluran undang-undang bagi menahan Raja Petra dan Balasubramaniam.
Pihak berkuasa juga, katanya, perlu menyiasat para pemimpin PKR yang jelas dilihat mempunyai kaitan dengan kedua-dua individu tersebut.
Menurutnya, ia terbukti menerusi beberapa keping gambar yang menunjukkan kedua-dua individu itu pernah mengadakan pertemuan dengan salah seorang pemimpin tertinggi PKR di UK baru-baru ini.
''Perbuatan mereka menerusi blog dan portal berita serta ucapan di luar negara memang menipu dan merosakkan nama baik Malaysia.
''Jadi kerajaan perlu guna segala saluran undang-undang termasuk menyiasat PKR bagi menahan Raja Petra dan Balasubramaniam," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

PKR AKAN DIHARAMKAN?

Posted: 05 Jul 2010 11:51 PM PDT

PKR Kena Hadapi Undang-Undang Kalau Terus Terbitkan Suara Keadilan
PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad berkata: "Kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar itu belum mendapat jawapan KDN.
Tian Chua dipetik akhbar dalam talian Malaysiakini semalam sebagai berkata, PKR akan meneruskan penerbitan akhbar itu kerana kerajaan masih tidak memberikan sebarang perkembangan atau kedudukan sebenar kes tersebut.
Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel "Felda Bankrap" yang dianggap berunsur fitnah.
Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel itu.
Akhbar itu juga sebelum itu diberi surat tunjuk sebab sebanyak tiga kali iaitu pada Januari, Februari dan April tahun ini dan dilaporkan akhbar itu menjawab pada 29 Jun lalu tetapi KDN tidak berpuas hati.
Zaitun sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sementara itu ketika ditanya pendirian kementerian berhubung isu akhbar Suara Perkasa, beliau berkata perjumpaan seterusnya dengan pihak akhbar itu akan diadakan esok.
"Sebarang tindakan akan ditentukan selepas kami bermesyuarat esok," katanya. - BERNAMA 
mstar

EKONOMI LEMBAB SEPARUH KEDUA 2010? ANDA SEDIA?

Posted: 05 Jul 2010 09:49 PM PDT

PM: Malaysia hadapi kelembapan ekonomi separuh kedua 2010

July 06, 2010
PUTRAJAYA, 6 Julai — Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat bersedia untuk menghadapi kemungkinan kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, perkembangan yang dilihat boleh menyebabkan sasaran pertumbuhan negara mengalami risiko. Menurut perdana menteri, kelembapan ini adalah ekoran faktor-faktor luaran.
"Oleh itu, adalah penting bagi kita mempunyai permintaan domestik yang teguh untuk memacu dan imbangkan ekonomi," kata beliau pada sesi perbincangan Bajet 2011 di Kementerian Kewangan hari ini.
Malaysia menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini, menjadikan pertumbuhan positif sepanjang dua suku tahun berturut-turut.
Pentadbiran Najib cuba untuk memperkenalkan pembaharuan ekonomi dan mengurangkan perbelanjaan, langkah yang mencetuskan suasana tidak senang.
Selain itu Najib juga berusaha untuk memperbaiki profil Malaysia sebagai destinasi pelaburan dengan membantu negara mencapai purata pertumbuhan sekurang-kurangnya enam peratus setahun sepanjang lima tahun akan datang.
Awal bulan lalu Najib membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10.
Bajet 2011 dijangka dibentangkan September ini.

SOALAN SPRM UNTUK PI ALTANTUYA( BALA) DIHANTAR DENGAN TEKSI

Posted: 05 Jul 2010 08:49 PM PDT

Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

balasubramaniam holiday villa 060710Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

balasubramaniam holiday villa 060710SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

balasubramaniam holiday villa 060710Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.

GADIS SUNTI DIROGOL BERAMAIRAMAI:CILAKA PUNYA JANTAN

Posted: 05 Jul 2010 06:33 PM PDT

MELAKA TENGAH - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu.

kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa.

"Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta.

"Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, hari ini.
@UMUR IITAHUNNSUDAH PUNYA PAKWE..ADA TEMAN MESRA GITU
@BEJATNYA MORAL ANAK SEKARANG SANGAT MELAMPAU LAMPAU.

AMARAN TANPA TINDAKAN? PERKASA?

Posted: 05 Jul 2010 05:05 PM PDT


Lidah rasmi gerakan Perkasa dilepaskan dari sebarang tindakan dengan amaran dari Kementerian Dalam Negeri.
Portal Malaysiakini melaporkan Ketua Editor Daud Ibrahim berkata rencana yang menggesa Menteri MCA ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak membantu keharmonian negara dan Perkasa diingatkan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan.
Daud tampil ke KDN untuk menjelaskan muka hadapan akhbar itu.
Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, bagaimanapun tidak menerima layanan yang sama dari pemerintah. Akhbar rasmi PKR ini diancam penarikan permit selepas mendakwa Felda muflis.
KDN menolak penjelasan sidang redaksi Suara Keadilan.

NAJIB TAKUT PADA BALA DAN RAJA PETRA KAMARUDDIN?

Posted: 05 Jul 2010 09:09 AM PDT

Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil.
Begitu jugalah Bala. Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa? Yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan saya dengan Raja Petra. Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?
Sebenarnya, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini. PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain.
Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang.http://myzaidibrahim.wordpress.com/2010/07/05/lakonan-komedi-ala-p-ramlee/

KURANG GULA RUPANYA DIJUAL PADA SINGAPURA CISSS!!1

Posted: 05 Jul 2010 07:58 AM PDT



Dzulfikar & Nazri   
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.
Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.
"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).
Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.
"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.
"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.
Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.
Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.
Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.
Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.
"Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.
Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan.

Tiada ulasan: