Senyum Tangis Sendu |
| 51 Jahitan Setelah Diserang Seekor Ikan Posted: 05 Jul 2010 03:38 PM PDT
Seorang remaja Amerika Syarikat (AS), Koral Wira berumur 14 tahun menerima 51 jahitan apabila dia diserang seekor ikan pelagik semasa dia memancing dari atas sebuah kapal layar bersama keluarganya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kejadian berlaku semasa mangsa yang sedang duduk di dalam bot di perairan Venice, Florida dekat sini tiba-tiba diserang ikan tersebut yang melompat dari dalam laut. Ikan itu pada mulanya makan umpan daripada joran bapanya, Rob Parker yang sedang memancing. "Ikan itu menyambar umpan pancing saya dan kemudian melompat keluar dari laut dan menyerang lengan kanan anak perempuan saya namun saya berjaya membunuhnya dengan menggunakan sebilah pisau daging," kata Parker. Ikan sepanjang 1.2 meter dan memiliki gigi tajam umpama ikan jerung itu dilaporkan melompat lebih satu meter untuk menyerang gadis tersebut. Serangan itu menyebabkan bahagian lengan kiri remaja tersebut umpama dihiris dengan pisau. Ibu Koral, Dina berkata, keadaan ketika itu amat menakutkan seperti serangan ikan jerung dan keluarga tersebut berhasrat untuk tidak lagi datang ke perairan berkenaan ekoran peristiwa berkenaan. Sumber: Agensi | ||
| Posted: 05 Jul 2010 09:09 AM PDT Gambar hiasan Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu. kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan. Pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa. Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta. Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain. |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan