MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- MCA KESAL UMNO YANG BUAT KEPUTUSAN BATAL JUDI
- KERANA PERKOSA, UMNO SAMA UMNO BERBALAH...
- POTONG JARI KALAU UMNO BERANI BERDEBAT
- DIA KATA KITA SESAT, DIA TU KAFIRKAH?
| MCA KESAL UMNO YANG BUAT KEPUTUSAN BATAL JUDI Posted: 05 Jul 2010 10:52 AM PDT
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.
"Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka," kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan. Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.
Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno. Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya. "Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan. "Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan," katanya. Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini./Malaysiakini | ||||||
| KERANA PERKOSA, UMNO SAMA UMNO BERBALAH... Posted: 05 Jul 2010 03:31 AM PDT Khairy jangan lantang kritik Perkasa GEORGETOWN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diingatkan tidak terlalu lantang mengkritik usaha dilakukan oleh Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali kerana ia boleh mengundang perpecahan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Khairy mengkritik Ibrahim seolah-olah beliau tidak menghormati kaum Melayu kerana tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim adalah untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Melayu. "Siapa Khairy ni? Dia ni baru jadi Ketua Pemuda tiga empat hari, jangan terlalu lantang mengkritik Ibrahim Ali kerana saya lebih mengenali Ibrahim Ali, kami sama-sama ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam negeri) kerana memperjuangkan bangsa Me:layu. "Ibrahim Ali ada caranya tersendiri untuk mempertahankan hak-hak Melayu, dan dia (Khairy) seharusnya menyokong usaha-usaha yang dilakukan Perkasa dalam memperjuangkan bangsa," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. Tajuddin berkata, Perkasa telah banyak menganjurkan program untuk membangunkan ekonomi orang Melayu di negara ini. "Kita seharusnya berganding bahu bersama Perkasa dalam memperjuangkan hak-hak Melayu bukanya menunjukkan kehebatan masing-masing. "Semua mesti bergabung bagi memantapkan Melayu di negeri ini dan untuk memantapkan lagi Melayu, kita perlu mengukuhkan ekonomi barulah bangsa kita dihormati," katanya./Sinar | ||||||
| POTONG JARI KALAU UMNO BERANI BERDEBAT Posted: 05 Jul 2010 03:13 AM PDT
| ||||||
| DIA KATA KITA SESAT, DIA TU KAFIRKAH? Posted: 05 Jul 2010 02:17 AM PDT
PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat. Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.
"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".
Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat. Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan