Anak Sungai Derhaka |
- Mat Said terpijak tahik di Besut?
- Harga Gula Turun Jika Pasaran Berubah?.. Jangan Mimpilah..
- Khairy dihentam lagi...
- UMNO nak Tangkap Pencuri atau Nak jadi Pencuri?
- Najib tak wajar Ketuai Perbendaharaan!
- UMNO Setiu ada krisis dalaman rupanya..
| Mat Said terpijak tahik di Besut? Posted: 17 Jul 2010 04:38 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahari Mat Said terpijak tahik di Besut? Ingat cerdik sangat. Dikatakan 2,000 orang ramai yang berhimpun. Peringkat awal Mat Said terkejut dan merasa bangga dengan kedatangan orang ramai yang menghadiri program bagi menyambutnya turun ke daerah Besut. Selama ini orang meluat tengok ke Mat Said di Besut. Sehingga tiada gambar Mat Said sebagai MB di Besut tetapi gambar mantan MB masih lagi tertampal megah di pejabat dan di jabatan-jabatan. Ketika berucap, bukan main lagi Mat Said dengan bangga mengumumkan untuk meneruskan segala projek Di Besut. Di hadapan 2,000 penduduk, beliau mengumumkan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Keruak, Hulu Besut dengan Gunung Bongsu, Hulu Terengganu dengan peruntukan RM500 juta. Beliau juga melawat Jerteh Souq selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu, di Tembila, Besut. Mat Said juga merasmikan majlis pecah tanah membina rumah pangsa di Kuala Besut. Selepas itu tersebar sms dan gossip bahawa semua yang diumumkan oleh Mat Said itu adalah projek mantan MB, Idris Jusoh. Mat Said jadi Wok Yek saje. Tukang umum projek dan kelulusan dana sahaja. Yang bijak adalah Idris dan kalau segala projek terbengkalai di Besut, Idris boleh lari kepala. Bukan salah dia tetapi salah Mat Said kerana menyekat peruntukan kewangan. Kehadiran ramai penduduk dalam majlis itu adalah untuk menunjukkan kepada Mat Said bahawa Idris mendapat sokongan ramai di Besut. Semua kaki-kaki Ideris Jusoh pun turut hadir. Termasuk bekas SUK yang disingkirkan Mat Said yang merupakan penyokong setia Idris Jusoh. Rupanya program tersebut bukannya hanya untuk menyambut Mat Said sebagai MB. Tetapi nak buktikan bahawa Idris Jusoh masih berkuasa. Dalam siri perebutan kuasa kini, signal Idris kepada Mat Said ... "jangan main-main dengan aku". Sebenarnya ini adalah pulang paku buah keras sahaja. Kerana ayat itu pernah dihamburkan kepada Idris semasa MB ketika di Kijal apabila nama Mat Said takde dalam senarai calon 2004 dulu. Bengang dengan apa yang berlaku di Besut, Mat Said baru perasan bahawa beliau 'terkena' kepada Idris Jusoh lalu beliau juga ingin mempamerkan kepada musuh politiknya bahawa beliau juga ramai penyokong dan juru-kakanya di Kemaman. Ketika lawatan kerja diadakan di Daerah Kemaman. Meskipun itu kawasann jajahannya sendiri dan beliau pun sentiasa ada di Kijal atau Kemaman tetapi beliau tetap mengadakan program bersama MB. Timbulnya kenyataan terpapar: 'Program selama tiga hari dua malam itu menemukan beliau dengan 3,000 guru, 2,000 kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan, 2,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, 2,000 pesilat selain Orang Asli, remaja dan pemimpin politik tempatan...' "Secara keseluruhannya lawatan kerja tiga hari Menteri Besar ke Daerah Kemaman 9 hingga 11 Julai lalu amat berjaya." ucap Mat Said Ini nak menunjukkan angka 9,000 bersama Mat Said di Kemaman. Betul ke tidak angka tersebut tetapi realitinya beliau ingin menunjukkan kepada puan Deris Jusoh bahawa beliau berkuasa dan mendapat sokongan di Daerah Kemaman. Masing-masing menunjukkan kuasa masing-masing. Sumo utara dan Sumo selatatan bertempur. Bimbangnya rakyat yang jadi mangsa. Gendang perang Pru-13 sudah dipalu, masing-masing ingin mempertahankan survival masing-masing. Kalau kali ini terlepas, melapaslah jawabnya. Mat Said pun telah menuntut supaya diserahkan kembali jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada beliau. Hal ini sudah tentu ditentang oleh puak Deris. Yang terbaru 4 adun Setiu pula memulaukan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat. Ini megecewakan Timbalan PM Tan Seri Muhyidin yang hadir merasmikan perhimpunan tersebut. Sedangkan ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam program tersebut. Mohd Jidin merupakan team tegar Idris Jusoh. Nampaknya episode pertempuran ini belum berakhir tetapi kini makin hangat. Sebab pilihanraya makin dekat. Siapa yang bergelar juara dan siapakah yang kecundang? Rakyat Terengganu mengharapkan Umno yang akan kecundang. Rakyat sudah jemu melihat perbalahan yang tidak kesudahan tetapi mengaku juara rakyat dan ingin membela rakyat. Kalaulah masalah dalaman hancur lebur bagaimana nak membela rakyat. Jom selamatkan Terengganu. Kita humban Umno-BN ke laut cina selatan dalam pru ke 13 nanti. Sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ |
| Harga Gula Turun Jika Pasaran Berubah?.. Jangan Mimpilah.. Posted: 17 Jul 2010 03:30 AM PDT Mustapa Mohamed berkata turun-naik harga satu-satu komoditi itu berkait kepada pasaran antarabangsa. Beliau memberi jaminan harga gula akan dikurangkan jika harga pasaran gula antarabangsa turun. Ya lah tu.. Janji-janji yang ditabur untuk menyejukkan hati rakyat yang panas kerana kenaikkan harga komoditi itu.. Contoh terbaik kita lihat harga Minyak, dulu bila kerajaan hendak menaikkan harga atau ayat terbaru yang pentadbiran Najib gunakan ialah 'menyelaraskan' mereka akan berkata untuk mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan selari dengan peningkatan harga minyak antarabangsa, kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak.. Minyak tu komoditi yang berkait kepada pasaran antarabangsa.. kadang kala naik.. kadang kala turun.. tapi di Malaysia naik saja, tak turun-turun.. Harga gula tu pun rasanya macam tu lah.. Jangan Mimpi nak turun.. nak naik lagi adalah.. Najib kat menyelaraskan harga barangan tu.. tapi dia selaraskan dengan harga dari negara mana ya? Menteri: Harga Gula Turun Jika Pasaran Berubah Kerajaan hari ini cuba menjelaskan keperluan memansuhkan subsidi RM1billion ringgit untuk gula, walaupun bantuan itu banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan gula adalah keperluan asas.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasil cukai yang dikutip dari rakyat tidak sewajarnya digunakan untuk membantu pengguna kerana kepenggunaan gula berlebihan menjejaskan kesihatan. Bercakap kepada agensi berita Bernama, Mustapa berkata turun-naik harga satu-satu komoditi itu berkait kepada pasaran antarabangsa. Beliau memberi jaminan harga gula akan dikurangkan jika harga pasaran gula antarabangsa turun. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian semasa mengulas program rasionalisasi subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi keatas gula yang diumum kerajaan Khamis lalu. "Sudah pasti kerajaan akan lihat semula kadar subsidi tersebut dan pada masa yang sama, kalau harga turun, penyelarasan akan dibuat bagi mengurangkan harga," kata Mustapa. Untuk rekod, TV Selangor gagal mengesan data yang menunjukkan kerajaan pernah menurunkan harga gula. Datuk Seri Mustapha Mohamed mengakui kenaikan harga akan memberi kesan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana, tetapi boleh dikawal jika pengusaha berkenaan lebih bijak menguruskan perniagaan. "Kita tidak boleh pertahankan (harga pada) keadaan semasa. Malah subsidi bermakna kita mengambil hasil cukai untuk bantu pengguna," katanya. "Langkah mengurangkan kandungan gula tidak akan menyebabkan kos melambung. PKS boleh ubah suai dan struktur kos dapat dikekalkan," tambah Mustapa. Khamis lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi gula dan bahan api akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat. Harga gula dinaikkan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol RON 95 dan diesel masing-masing dinaikkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas petroleum cecair (LPG) dinaikkan sebanyak 10 sen sekilogram. Suara Keadilan |
| Posted: 17 Jul 2010 02:56 AM PDT Waaa.. pedihnya ayat ni.."Kalau sayang Pemuda dan tidak keterlaluan, saya merasakan patut undur sekarang. Inilah penyakit bila naik kerana mertua," Ibrahim diiktiraf 'Jaguh Kampung', gesa Khairy berhenti segera KUALA LUMPUR, 17 Julai — Datuk Ibrahim Ali yang terlibat dalam "perang kenyataan" dengan Khairy Jamaluddin sejak tiga minggu lalu, hari ini meneruskan serangan dengan menggesa beliau agar tidak menunggu lama untuk meletakkan jawatan ketua Pemuda Umno.Presiden Perkasa itu yang semalam diiktiraf sebagai "Jaguh Kampung" oleh penduduk Pasir Mas semalam berkata, Khairy wajar meletakkan jawatan sebagai ketua Pemuda Umno sekarang jika merasakan sudah tidak mampu lagi memimpin. "Kalau sayang Pemuda dan tidak keterlaluan, saya merasakan patut undur sekarang. Inilah penyakit bila naik kerana mertua," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas dalam kenyataannya hari ini. Ibrahim berkata, Pergerakan Pemuda Umno sekarang masih hebat seperti masa-masa lalu tetapi masalah ialah kepimpinan Khairy. Sambil mendakwa Khairy tidak banyak melakukan untuk Pemuda Umno, Ibrahim berkata, "jadi amat tepat kalau mahu undur sebagai ketua Pemuda Umno atau tidak akan pertahan jawatan KP lagi." Berdasarkan laporan media hari ini, Ibrahim yang pulang ke kawasannya semalam disambut kira-kira 1,500 orang dengan membawa banting yang mengiktirafnya sebagai "jaguh kampung". Kumpulan itu mengadakan Majlis Sambutan Jaguh Kampung Pahlawan Melayu Tok Him. Sambutan tersebut adalah simbolik kepada gelaran jaguh kampung yang telah diberikan oleh Khairy kepada Ibrahim baru-baru ini. Dalam kenyataan terbaru semasa ditemu bual oleh Agenda Daily yang disiarkan kelmarin, Khairy menegaskan, beliau tidak kisah dengan matlamat Perkasa yang mahu membantu orang Melayu, tetapi tidak setuju dengan cara ketua mereka iaitu Ibrahim memperjuangkan dasarnya. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk membantu orang Melayu. "Tapi pendekatan macam Ibrahim Ali buat tu, salah. Saya menentang mana-mana kumpulan ekstrem, baik Ibrahim Ali atau Siqiu atau Hindraf. "Mana-mana pihak yang guna perkauman keterlaluan, saya akan tentang. Saya tak ada masalah dengan perjuangan menolong orang Melayu tetapi kita kena buat dengan cara yang boleh membantu orang Melayu," kata menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini. Akhir bulan lalu Khairy melabelkan Ibrahim, Presiden Perkasa sebagai "gedebe politik" dan juga sebagai "jaguh politik kampung" ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa. Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri. Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa dan beliau dipertahankan oleh Khairy. Oleh itu, Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah "menggadaikan maruah bangsa" semata-mata kerana mempertahankan Wee. The Malaysian Insider |
| UMNO nak Tangkap Pencuri atau Nak jadi Pencuri? Posted: 16 Jul 2010 11:40 PM PDT Itulah yang pertanyaan dari Lim Guan Eng ditujukan kepada Muhyiddin Yassin TPM dari Johor , negeri yang telah kehilangan lebihkurang RM250 juta akibat kecurian pasir yang telah berlarutan sejak dari 3 tahun yang lepas.lapora penuh sila baca di SINI Lim Guan Eng telah membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin semalam yang mengatakan perjuangan UMNO belum selesai selagi Melayu tidak menguasai ekonomi."Muhyiddin sepatutnya menggesa UMNO agar mencari siapakah diantara mereka yang mencuri RM52 Billion dari RM54 Billion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera dibawah Dasar Ekonomi Baru, yang akan membolehkan sasaran melayu untuk menguasai ekonomi tercapai" kata Guan Eng. "Dia (Muhyiddin) patut bertanya kepada dirinya sendiri 'adakah UMNO mahu menangkap pencuri atau menjadi pencuri?'" tambah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. Kah.. kah.. kah.. adakah UMNO mahu menangkap pencuri atau menjadi pencuri? Yang dapat 30% saham yang diperuntukkan itu tentunya dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.. aku tulis pemimpin bukan pencacai.. Jadi kalau 30% saham tu hilang sudah tentu ia disebabkan oleh Pemimpin UMNO sendiri yang menggelapkannya.. Mana mungkin Pencuri nak tangkap Pencuri Mr. CM ooiiii… ********************************************* Guan Eng: Umno's struggle is catching thieves of RM52b equityPENANG, July 17 — DAP secretary-general Lim Guan Eng has mocked Tan Sri Muhyiddin Yassin's contention on Umno's struggle, saying the Malay party should go after those who stole RM52 billion in equity dished out under the New Economic Policy (NEP). The deputy prime minister had said yesterday that Umno's struggle is not over until the 30 per cent Bumiputera equity target is achieved, noting that the NEP's spirit must continue as Bumiputera equity only stood at 18 per cent in 1990. "Muhyiddin should tell Umno to go after the thieves that stole RM52 billion out of the RM54 billion in equity given out under the NEP. Then they can meet the target. "He should ask himself this question, 'does Umno want to catch the thief or be the thief?'" the Penang chief minister told The Malaysian Insider today. Lim said Muhyiddin's arguments were flawed as the Umno deputy president was trotting out old figures minus the context of the government's admission that most of the Bumiputera equity had been sold off. Muhyiddin said in Kuala Terengganu yesterday that as the Malays' foray in the economy is still unsatisfactory, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has stated that as long as the 30 per cent target is not met, national leaders will continue with the struggle. He said, however, the policy would be different from before, when non-Bumiputera companies were compelled to have a 30 per cent Bumiputera stake and observe other restrictions. The Umno deputy president said as the world economy was becoming more competitive, the government adopted a more open and liberal policy to help the Malays based on meritocracy, potential and capabilities. He said poverty would be eradicated regardless of race, with the subject being constantly raised in the Cabinet and administration. In agriculture, although dominated by Malays especially in farming, livestock breeding and fishing, he said their income was meagre and they were categorised as either middle income or poor. He said this was because the technology used was outdated, resulting in low productivity with poor returns. The Malaysian Insider |
| Najib tak wajar Ketuai Perbendaharaan! Posted: 16 Jul 2010 10:37 PM PDT Menurut Ku Li yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus. Sepatutnya begitulah.. tapi disebabkan mereka mempunyai agenda tersembunyi maka mereka terus memegang portfolio tersebut.. seolah-olah merekalah manusia yang amat bijak yang mampu menguruskan segalanya.. Ku Li: PM tak wajar ketuai Perbendaraan, urusan dana lemah Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 17 Julai — Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen "check-and-balance" dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah. Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam. Menjawab soalan yang dirujuk kepada kontroversi yang timbul berkaitan dengan Felda baru-baru ini, Razaleigh berkata, ia sepatutnya boleh dielakkan jika agens-agensi kerajaan seperti Felda diletakkan di bawah penyeliaan rapi Kementerian Kewangan. "Pada masa-masa lalu, Kementerian Kewangan mengamalkan prosedur ketat dalam soal pelaburan. Keputusan pelaburan dilakukan oleh kami (Kementerian Kewangan)... tetapi kini dilakukan oleh agensi masing-masing," katanya. Amalan seorang perdana menteri turut memegang portfolio menjadi tradisi sejak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998 dan diwujudkan dua kerusi menteri kewangan. Di bawah pendekatan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Razak turut memegang portfolio Kementerian Kewangan. Jelas Razaleigh, Felda yang sepatutnya berada di bawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi diketuai oleh Perdana Menteri. "Perdana Menteri memutuskan apa yang perlu dilakukan di Felda," kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider. Kelmarin, Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) mahu Parlimen menyiasat penyalahgunaan dana oleh Felda yang dikaitkan dengan kemerosotan rezab tunai lembaga itu. Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak juga akan bertemu dengan Razaleigh supaya mengetuai perkara ini di Parlimen. "Kita akan menemui Tengku Razaleigh dan memintanya untuk memimpin perkara berkaitan Felda di Parlimen kerana berliau adalah seorang ahli politik veteran dalam Kabinet dan juga terlibat dalam pembangunan Felda," kata Mazlan. Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004. Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda. Kini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneliti pihak pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia Berhad bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu. Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM964 juta akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti. Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu. PAC tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dengan Pos Malaysia. Bagaimanapun minggu ini, Najib yang juga Menteri Kewangan mempertahankan Sime Darby dan Pos Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan. Mengulas pendiriannya, Razaleigh berpandangan bahawa perdana menteri tidak seharusnya memegang sebarang jawatan selain sebagai ketua Kabinet. "... ini bukan amalan yang baik, perlu ada unsur sekatan dan imbangan," kata Razaleigh. Razaleigh juga berpendapat banyak agensi kerajaan seperti Felda dan syarikat-syarikat lain seperti Sime Darby kini berhadapan dengan krisis kewangan sebab tidak berada di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan. Pengasas Petronas ini berkata, pentadbiran Najib seharusnya mengkaji semula amalan ini bagi membolehkan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab penuh ke atas penggunaan dana kerajaan. "Ketika masa saya (sebagai Menteri Kewangan), saya mengawal (penggunaan) wang, kesemua kontrak. "Ketika itu, kesemua ketua (jabatan dan agensi awam) memberi saya taklimat apa yang mereka hendak lakukan dengan wang di pelbagai kementerian," kata Razaleigh sambil menambah walaupun ia kelihatan birokrasi tetapi penyeliaan dapat dilakukan dengan baik. Menurut pemimpin politk veteran ini, ketika era kepimpinan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir, Kementerian Kewangan mempunyai kawalan ke atas perbelanjaan kesemua kementerian. Jelas beliau, jika sesebuah kementerian hendak melantik kontraktor bagi sesuatu projek, mereka perlu berunding dengan Kementerian Kewangan dan kementerian akan memastikan sistem tender terbuka diamalkan sebelum projek diluluskan. "Dan, apa sahaja diputuskan oleh Kementerian Kewangan perlu melalui Parlimen... sudah pasti dulu lebih terbuka kerana menteri kena melaporkan kepada Parlimen, kepada Kabinet," katanya lagi. Bagaimanapun menurut beliau, kini setiap kementerian boleh membelanjakan apa yang mereka mahukan. "Tiada mekanisme yang betul untuk memastikan sekatan dan imbangan," katanya. Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika beliau menjadi menteri kewangan negara tidak berhadapan dengan masalah hutang. "Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa kita tidak membazirkan wang rakyat," kata beliau lagi. The Malaysian Insider |
| UMNO Setiu ada krisis dalaman rupanya.. Posted: 16 Jul 2010 07:29 PM PDT Patutlah depa beria-ia nak bersatu dengan PAS banyak masaalah sangat sekarang ni.. Saya Kecewa - Muhyiddin Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan ketidakhadiran empat wakil rakyat UMNO pada mesyuarat perwakilan bahagian Setiu semalam, dan mahu semua pemimpin parti mengetepikan pergeseran dalaman dan mendahulukan kepentingan parti bagi menjana kekuatan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.Timbalan Presiden UMNO berkata, perpaduan dalaman perlu terus diperkukuhkan kerana parti berada dalam situasi mencabar berikutan berlaku perubahan ketara dalam senario politik negara terutama dengan mengambil kira keputusan dan suasana luar biasa selepas pilihan raya umum lalu. "Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin. "Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian itu di sini, semalam. Bagaimanapun, empat wakil rakyat UMNO dalam Parlimen Setiu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat yang juga Ketua Pemuda; Adun Langkap, Asha'ari Idris (Timbalan Ketua Bahagian), Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh (Naib Ketua) dan Adun Jabi, Ramlan Ali tidak hadir pada majlis itu. "Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak menyebelah mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai Timbalan Presiden saya rasa agak kecewa," katanya. "Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubung kait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya sambil menambah beliau berharap masalah di kawasan itu dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan