BRIGED MP SEGAMBUT |
- PAS PARTI BULAN CANTIK PENUH JERAGAT!!!NANYA BETUL
- AKHIRNYA ANWAR AKAN DIBUNUH?
- JAKIM hantar 'hadhari' ke negeri-negeri
- HARGA BARANG NAIK:KENA SEBUT PELARASAN:APAKATA RAKYAT?
- TENTERA KITA TURUT KE AFGANISTAN:SEDIH GUA BEB
| PAS PARTI BULAN CANTIK PENUH JERAGAT!!!NANYA BETUL Posted: 17 Jul 2010 06:50 AM PDT Seorang bekas pemimpin PAS pernah menggambarkan kepada Agendadaily, PAS macam simbol parti itu, bulan. Bulan kalau dari jauh memang nampak cantik tetapi kalau dilihat dari dekat dan pada permukaannya, penuh dengan macam-macam – macam muka penuh jerawat , katanya. Ditanya kenapa beliau tinggal parti itu sedangkan beliau pernah jadi pemimpin termasuk dalam Pemudanya, bekas pemimpin PAS itu mengulangi cerita bulan itu lagi. "Dulu PAS memang cantik tetapi sekarang dah buruk serba serbi," katanya. Katanya, sama ada segelintir pemimpin mahupun ahlinya, mereka kini sudah jadi macam UMNO yang mereka tuduh dulu gila pangkat, gila kuasa dan kaut kekayaan. "Kini ludah yang pernah dilemparkan pemimpin PAS terkena kemuka sendiri," katanya mengimbas kembali watak beberapa pemimpin PAS yang sudah guna wang untuk jawatan dan sibuk memburu 'harta rampasan perang' di negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihanraya umum lalu. Menurutnya, PAS kini bukan lagi memperjuang atau mempertahankan Islam sebaliknya rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP. Walaupun bukan semua begitu tetapi selagi ada Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS sedang bergerak sebagai parti yang menuju kehancuran dan akan hilang kepercayaan dikalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini. Bukti terbaru, apabila Menteri Besar Kelantan itu mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan UMNO, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat. Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan UMNO kerana PAS sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi UMNO tidak menukar dasarnya. "Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya. Pertikaian Nik Aziz terhadap UMNO semata-mata kerana perkataan Kebangsaan pada UMNO. Sedih sungguh kerana UMNO menghulur tangan demi perpaduan Melayu dan Islam tetapi beliau menjadikan perbezaan politik sebagai alasan berbanding melihat penyatuan Melayu di negara ini yang sudah pecah dengan sebahagian dalam UMNO, PAS dan PKR. Malah, dengan riaknya Nik Aziz menyatakan, hanya UMNO sejak dulu lagi mahu meminta pertolongan daripada PAS sedangkan parti itu sudah berkali-kali menyatakan keengganannya. Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding." Seperti kata bekas pemimpin PAS tadi, ada masanya PAS menghalalkan apa saja yang bawa manfaat kepada mereka begitu juga nampaknya dengan Nik Aziz Beliau sengaja lupa sifat bantu membantu sesama manusia sesuatu yang dituntut. Allah SWT menerusi firman dalam surah al-Maidah ayat 2, "Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya." Manakala Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa berjalan menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya, maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah." Jelaslah, orang Melayu khususnya UMNO tidak dianggap saudara oleh Nik Aziz melainkan Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang diagung-agungkan beliau sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Benarlah kata bekas pemimpin PAS tadi dan betullah tindakannya meninggalkan parti itu kerana bulan memang nampak cantik dari jauh tetapi hodoh dari dekat. Begitu jugalah dengan Nik Aziz barangkali apabila menolak salam perbincangan yang dihulur Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -17/7/2010 http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a |
| Posted: 16 Jul 2010 10:56 PM PDT Agen asing: Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh. Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing. "Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar. "Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen. Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya. Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu. Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun. Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara. Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia. Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar. "12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal. Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri. "Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan. "Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno. "Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar," ujar beliau lagi. Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno. Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini. "Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri). "Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak. "Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen. Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam. "Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini. |
| JAKIM hantar 'hadhari' ke negeri-negeri Posted: 16 Jul 2010 09:48 PM PDT Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan pegawai perhubungan atau "hadhari" di seluruh negara bagi menyelaraskan urusan pentadbiran berkaitan agama Islam antara kerajaan negeri dengan Persekutuan. Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ketika ini pegawai berkenaan hanya ditempatkan di beberapa negeri dan Kelantan adalah antara negeri terawal menerima penempatan itu. Menurutnya, pegawai berkenaan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri masing-masing bertujuan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan agama Islam antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Antara negeri yang sudah mempunyai pegawai terbabit selain Kelantan ialah Terengganu, Perlis dan Melaka. "Kita bercadang untuk mewujudkan pegawai terbabit di semua negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan makan malam sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia ke-83, di Kota Bharu, malam tadi. Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut Wan Mohamad, status penempatan Pegawai Hadhari di Pejabat SUK di semua negeri itu turut dibincangkan dalam kertas kerja berkaitan penyelarasan antara negeri sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-51 pada 25 Mei lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu juga membentangkan kertas kerja mengenai beberapa isu berkaitan agama, termasuk memperkasa program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pelaksanaan mekanisme penyeragaman pensijilan Halal antara JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. "Ia juga merangka rancangan Lima Tahun Menangani Ajaran Sesat Keempat (2010-2014) dan laporan Keberkesanan Pelaksanaan bagi tahun 2008," katanya. Katanya, semua isu-isu ini amat memerlukan penelitian dan pandangan negeri-negeri dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia agar ia seragam dan tidak mengelirukan rakyat. Wan Mohamad berkata, persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam ini dianjurkan jabatannya sejak 1975 membabitkan pembentangan 560 kertas kerja. "Kali ini Kelantan menjadi tuan rumah bagi kali kelima selepas 1979, 1985, 2002 dan 2006," katanya. Menurutnya, antara isu-isu penting yang disepakati dan diguna pakai oleh negeri-negeri hasil persidangan itu ialah penyelarasan isu halal, penyelarasan isu pendidikan Islam iaitu Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) dan penyelarasan isu ajaran sesat. --Bernama |
| HARGA BARANG NAIK:KENA SEBUT PELARASAN:APAKATA RAKYAT? Posted: 16 Jul 2010 07:31 PM PDT Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi". Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan," kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan "rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini. Jangan buat tinjauan rambang Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan," kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji "penjimatan" akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Puji 'keberanian' Najib Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak. Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam. Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu. Media patuhi arahan Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih "harga baru" manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya "subsidi diselaras" Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan "harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai "harga baru". Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil "antara yang terendah di rantau ini". Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk "Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM". Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu |
| TENTERA KITA TURUT KE AFGANISTAN:SEDIH GUA BEB Posted: 16 Jul 2010 05:26 PM PDT Malaysia mengerahkan kontinjen 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia ke Afghanistan menyusuli hubungan yang semakin akrab antara Kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Amerika Syarikat. Dalam operasi 9 bulan ini, kerahan pertama bermula semalam yang terdiri dari 12 anggota perubatan termasuk 10 pegawai tentera, manakala baki 28 anggota akan dikerah September depan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerahan ini dibuat atas permintaan Kabul, dan ATM akan menyertai pasukan tentera Berikat di Wilayah Bamiyan, yang diuruskan New Zealand sejak 2003. Menyatakan rasa bangga kerajaan Umno membantu kerajaan Hamid Karzai yang didokong tentera Berikat, Zahid berkata kerahan kontinjen 40 anggota ATM ini adalah untuk membina prasarana kesihatan serta memberi bantuan perubatan dan khidmat pergigian di wilayah itu. Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Barack Obama di pertemuan April lalu bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu keselamatan bagi memperkasa hubungan antara Kuala Lumpur dan Washington. Najib berkata Malaysia juga bersedia melatih tentera, polis dan pegawai pentadbir awam Afghanistan. Eurasia Review melaporkan Malaysia buat pertama kali menyertai latihan peperangan maritim terbesar di dunia, Rim of the Pacific Exercise ke-22 di bawah pimpinan Amerika Syarikat, yang berlangsung dari 23 Jun hingga 1 Ogos depan. RIMPAC diadakan bagi melatih kesiap-siagaan menghadapi konflik masa hadapan seperti serangan Republik Rakyat China keatas Taiwan |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan