A Mum Of Three Mohd |
- Tak selesai selagi tak langsai
- Kalau tak pandai.... jangan memandai-madai
- Diskriminasi Subsidi
- Rakyat Untuk Rakyat [1]
- Datang dengan harapan. Pulang dengan kecewa.
| Tak selesai selagi tak langsai Posted: 17 Jul 2010 07:44 AM PDT ![]() Aku lupa dekat mana aku baca berita tentang perjuangan yang belum selesai versi Muhyiddin Yassin. Rasanya semalam.... tapi tak ingat di mana. Kata Muhyiddin.... perjuangan takkan selesai selagi equiti 30% bumiputera tidak dipenuhi. Lebih kurang begitulah intipatinya. Nak penuhkan 30% , ya...?? Jadi... perjuangan akan diteruskan ler, ya?? Belum selesai lagi..., ya?? Nak tanya sikit ler..... sikit jer. 30% tu nak diisikan oleh siapa?? Melayu terbanyak..... tanpa mengira fahaman politik atau untuk Melayu mazhab UMNO. Pulak tu... jika untuk Melayu mazhab UMNO, siapa mereka?? Yang dok berjawatan yang hat di atas-atas tu, atau.... yang jadi balaci-balaci dok di bawah-bawah ni?? Siapa yang kenyang makan isi dan siapa pulak yang dapat taik gigi... Lepas tu, nak tanya lagi. Sikit jer.... Sebenarnya.... ini soalan yang ditanya oleh Lim Guan Eng. Tapi soalan ini, soalan cepu mas.... jadi aku pun nak tumpang sekaki ler. Isy... tak panjang, sekaki jer.... Dedulu.... RM52 Billion dari RM54 Billion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera dibawah Dasar Ekonomi Baru dapat kepada siapa, ya?? Aku guna approach lebih lembut.... 'dapat kepada siapa' tapi Guan Eng.... fuuuhhhh, guna approach yang lebih brutal.... 'siapa yang curi'?? Baca kat sini. Ada berani mahu kasi tau?? Kalau ditengokkan gelagat, kerakusan dan nafsu serakah para pemimpin UMNO, mereka tak jawab pun, orang dah tau jawapannya. It's as easy as ABC. RM52 billion hak orang Melayu dicuri.... Bukan orang Cina yang curi. Bukan orang India yang curi. Bukan orang Punjabi yang curi. Ini ialah angkara..... orang Melayu jugak. Melayu UMNO!! Melayu curi Melayu ler, ya?? Ciiittt.... binawe betoi!! Oh... patutler perjuangan mereka belum selesai. Selagi kesemua 30% equiti tu tak langsai mereka kebas, mana nak selesai.... Perjuangan hanya selesai, apabila kesemua 30% tu, mereka langsaikan sesama mereka. Dasar penyamun tarbus!! Syabas UMNO!! Teruskan perjuanganmu yang belum selesai. Takut-takut tak sempat nak selesai..... udah masuk kubor!! Mampooih UMNO!! |
| Kalau tak pandai.... jangan memandai-madai Posted: 17 Jul 2010 04:00 AM PDT ![]() Dalam salah satu N3 aku terdahulu.... aku ada menyebut pasal sebuah negara bernama Maha-Lah-Jis 69. Maha-Lah-Jis ialah singkatan kepada nama 2 orang mantan PM Malaysia serta nama bagi PM 1Malaysia.... the present PM!! Isa, sahabat aku dari blog IkutSukaAku bertanya.... 69 itu apa?? Mungkin dia tak paham kot... Ha... ha... ha... pemahaman dia ke lain!! Tak pa... tak pa... biasalah tu. Biar M3M terangkan di sini. 69 itu merujuk kepada keadaan negara sejak mula diterajui oleh Mahadir... and then, Dolah dan diikuti pula oleh si Najib yang imejnya bernajis!! Bagaimana keadaan negara sejak itu?? Apa jadi pada sistem pemerintahannya?? Negara porak-peranda.... sistemnya pincang.... institusi yang menjadi tiang untuk menegakkan demokrasi menjadi lintang-pukang.... tonggang terbalik. Malang sungguh rakyatnya..... mereka menderita akibat kepincangan dan kemungkaran yang berlaku hasil kerja, tangan-tangan durjana 3 PM malaun ini. Pagar sepatutnya jaga padi, tapi.... dia pulak yang 'kerja'kan padi. Yang fitnah jadi benar.... yang benar dikatakan fitnah. Yang sepatutnya menjaga amanah dan harta rakyat... sebaliknya menjadi perompak pulak. Negara yang sepatutnya diperintah secara demokrasi kini sudah menjadi kuku besi. Institusi yang sepatutnya menjadi tiang demokrasi, kini sudah menjadi lembu-lembu yang dikasi. Tak ke tongang terbalik namanya.... macam angka 6 adan 9?? Terkini.... 1Malaysia adalah dalam tangan Najib. Najib.... anak bekas PM kedua kita iaitu Tun Razak..... seorang hero rakyat yang disanjung tinggi kerana jasa-jasanya. Too bad.... si anak tidak serupa bapaknya. Kalau si bapak.... berjasa membangunkan negara, si anak pulak..... dalam proses nak menghancurkan negara. Sebagai rakyat... tak ke ngeri isu perut mendengarnya?? Najib mengambil baton pemerintahan negara dengan membawa terlalu banyak excess baggage bersamanya. Dia menjadi PM dalam keadaan imejnya tercemar dengan pelbagai skandal. Intergritnya dipersoal.... reputasinya tercemar dan capabalitinya dicurigai. Dia yang ingin ber'imej'kan glokal, hanya dilihat sebagai jaguh ayam kampung. Dalam negeri... dia kelihatan hebat, sebab mendapat sokongan dan perlindungan lembu-lembu kasinya tetapi di peringkat antarabangsa... he's nobody. Dia dilihat sebagai seorang PM yang problematik. Tiada aura.... tiada karisma!! Dunia tak respek dia!! Dunia mentertawakan dia!! Ini bukan cakap kosong, tetapi cakap yang ada alasan. Di mana saja dia berada.... masalah akan muncul. Tak payah ambil contoh lama-lama dulu.... kita ambil contoh semasa yang sedang meletup. Senang orang nak absorb.... Pegang Felda.... Felda ruyup kuncup. Pegang Menteri Pertahanan.... enjin jet lesap. Scorpene, tak boleh menyelam... Kapal terbang, tak boleh terbang.... Tanker, tersadai... Duit rakyat berbillion ringgit lesap begitu saja. Itu belum lagi tabungan Petronas yang semakin susut dan kecut... Ini menunjukkan track record Najib tidak baik. Apabila jadi PM.... lagi banyak terbongkar. Sime Darby rugi.... Pos Malaysia rugi.... MAS rugi...!!! Rugi!! Rugi!! Rugi!! Yang dipilih untuk diberi tanggung jawab, tak pandai dan tak reti. Demi kroni..... inilah yang terjadi. Rugi!! Rugi!! Rugi!! Itulah akibatnya kalau PM nak jadi Superman. Semua nak dikontrolnya... Semua nak diletakkan di celah kangkangnya. PM pegang dua jawatan sekali gus. Kedua-duanya ialah jawatan penting pulak tu. JPM dan Kementerian Kewangan. Ajernya tamak.... Last-lastnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicior. Yang jadi mangsa RAKYAT!!! Ketamakan dan keghairahan mereka didorong kerana keinginan nak jadi PM Superman..... Kalau Superman cerdik tak per.... ini??? Ha... ha... ha... Superman bodoh yang bertindak kerana ada udang di sebalik batu. Ehem... ehem... You know what i mean??? Sebab itu... Tengku Razaleigh sarankan di sini, agar PM tak usah sibuk-sibuk nak mengetuai perbendaharaan, kerana ia akan mengakibatkan pengurusan kewangan jadi lemah. Bahaya... bahaya... Kesannya, negara boleh jatuh bangkrap akibat kelemahan dan salah urus kewangan negara. Kalau tak pandai.... jangan memandai-mandai dan kalau tak efisyen.... jangan nak eksen. Bukan senang nak jadi ketua penjaga perbendaharaan negara. Kalau tak betul-betul.... silap-silap, negara boleh hancuuusss!!! Oleh itu, dengarlah nasihat pakar.... insan yang luas pengalamannya dan yang mahir dalam sepak terajang pentadbiran dan pengurusan kewangan negara. Sumber gambar: Malaysian Insider |
| Posted: 17 Jul 2010 12:58 AM PDT Harga barang naik kerana subsidi dikurangkan. Yang menentukan subsidi ini ialah kerajaan. Kerajaan yang memerintah buat masa ini ialah kerajaan 1Malaysia Najib, yang diterajui UMNO/BN/APCO Berilah apa alasan sekalipun.... gunakanlah apa istilah sekali pun, apa yang rakyat tahu ialah.... harga barang naik. Naiknya harga barang yang dibuat serentak itu, akan memberi kesan berantai yang akan melibatkan harga barangan lain. Harga barangan lain pasti akan naik. Up... up... up... dan terus up!! Biasanya tidak akan turun semula. Itulah musibah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Namun, yang menjadi tanda tanya dan yang menimbulkan kemarahan rakyat ialah..... mengapa subsidi untuk keperluan asas rakyat dikurangkan. Kurang.... kurang dan semakin dikurangkan. Sedangkan... subsidi pada satu pihak yang lain terus diberi dan dikekalkan terutamanya kepada IPP. Subsidi diberi.... tapi tarif elektrik terus naik. Keadaan sebeginilah yang menyakitkan hati.... Mereka ini mengaut keutungan lumayan, hasil dengan subsidi yang diberi oleh kerajaan. Rakyat, sebaliknya... terus terbeban dengan lepas satu demi satu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Inilah yang dinamakan kroni didahulukan, rakyat.... lu orang boleh pergi mati!! Adilkah...?? Wajarkah tindakan kerajaan berkepalakan Najis ini?? Jika, dalam pemberian subsidi pun, ada dsikriminasi dan dibuat secara selective.... dengan mengutamakan kroni daripada rakyat, apa lagi yang rakyat nak harapkan daripadanya??? Mereka tarik sini.... mereka sorong sana!! Yang disorong dengan subsidi..... bertambah kaya, yang ditarik subsidi.... terus menderita. Haprak punya Barisan Najis!! Sumber di sini. |
| Posted: 16 Jul 2010 10:38 PM PDT ![]() Aku bukan ahli kepada mana-mana parti politik. Tidak PAS, tidak PKR, tidak DAP.... malah jauh sekali ler MIC dan MCA. Errrmmm.... UMNO, lagi tak aku sior!! Aku cuma pemerhati.... yang memerhati gelagat dan tindakan parti politik dan para politikus mereka. Mana yang aku rasa betoi..... aku sokong. Mana yang sudah terpesong dan menyeleweng.... aku tolak. Aku warga negara Malaysia.... rakyat terbanyak negara ini. Kehidupanku biasa-biasa jer. Sebagai rakyat.... pasti aku mahu melihat kebajikan dan kesejahteraan kami terjaga dan terpelihara. Rakyat untuk rakyat!! Lantas.... apa-apa tindakan kerajaan yang membelakangkan dan menjejaskan kepentingan rakyat dan negara, akan dikritik dan dipertikaikan. Malah.... akan ditentang. Aha.... ditentang dengan cara tersendiri. Kerajaan yang memusuhi rakyat dan yang membelakangi kepentingan rakyat, tidak akan mendapat sokongan..... akan ditolak!! Bagi aku.... parti politik tak penting tapi apa yang diperjuangkan dan keikhlasan serta komitmen mereka memperjuangan hak dan kebajikan rakyat terbanyak, itu yang menarik perhatian dan yang akan aku sokong. Dan.... tanggungjawab jawab ini diserahkan kepada mereka yang dipilih oleh rakyat. Mereka ialah YB-YB kita. Pada rakyat..... mereka ialah "Yang Berkhidmat" Kita pilih mereka untuk berkhidmat kepada kita..... berjuang untuk kepentingan kita dengan memainkan peranan mereka di Parlimen. Namun demikian.... apa yang sepatutnya MP-MP dan YB-YB kita buat, sudah jauh menyimpang daripada tanggung jawab mereka yang sebenarnya. Ini jelas berlaku pada YB-YB atau MP-MP daripada UMNO/BN. Mereka jadikan tiket MP untuk mencari peluang dan lubang bagi mengayakan diri. Diri..... menjadi keutamaan mereka dan rakyat.... mereka tolak ke tepi. Mereka hanya perlukan rakyat apabila pilihan raya menjelma. Masa itu.... rakyat dirayu, rakyat ditatang.... rakyat disogok dengan pelbagai sogokan duniawi. Semuanya..... kerana ingin tiket MP atau YB kekal berada dalam tangan mereka. Habis pilihan raya..... rakyat mampuih pi!! Bagi rakyat yang celik..... malaun-malaun seumpama ini, akan ditolak. Malangnya.... bagi rakyat yang celik tapi buta... staus quo MP-MP dan YB-YB ini akan mereka kekalkan. Inilah rakyat yang tidak bijak menggunakan hak mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Mereka gelap mata..... mereka jadi buta dengan sekupang dua duit serta serba sedikit pembangunan segera yang ditaburkan kepada mereka. Murahnya nilai maruah mereka!! Rakyat celik tapi buta seperti inilah yang menjadikan MP-MP atau YB-YB malaun ini, menjadi besar kepala, angkuh dan ego. Sebab.... mereka tahu, mereka buatlah apa angkara dan kemungkaran sekali pun, rakyat tetap akan memilih mereka. Mereka dipilih atas dasar parti. Peliknya... walau pun kepentingan dan kebajikan rakyat mereka abaikan, rakyat yang buta celik ini, tetap dengan setianya memangkah MP atau YB yang 'berkepala besar' daripada parti-parti tertentu ini, dalam pilihan raya yang datang 5 tahun sekali. Inilah senario yang berlaku. Keadaan ini mesti diubah. Mereka mesti disedarkan. Minda mereka perlukan satu anjakan paradigma untuk menghidupkan semula demokrasi yang semakin layu di bumi Malaysia. Jika mind set rakyat sukar diubah.... maka parti mesti memainkan peranan. Parti mesti mula mengorak langkah untuk berubah. Berubah supaya ia menjadi kukuh dan berintegriti dengan selarikan perjuangan mereka dengan kehendak rakyat. Dasar parti mesti dinamik, adil dan rakyat-friendly. Dan... pelaksaaan promosi bagi dasar-dasar ini adalah tanggungjawab MP-MP dan YB-YB mereka. Politikus-politikus inilah yang menjadi cermin kepada parti. Hebat para politikus ini memainkan peranan mereka, maka parti itu akan kelihatan hebat. Bertepuk tidak boleh sebelah tangan. Tidak ada kesannya...... kurang impaknya!! Rakyat... MP/YB dan parti.... mesti sama-sama berubah. Berubah menjadi lebih dinamik dan lebih fokus dalam melaksanakan peranan masing-masing. Para politikus yang bergelar MP atau YB ini juga ialah rakyat.... Rakyat yang dipilih untuk berbakti untuk rakyat. Semangat slogan "Dari Rakyat Untuk Rakyat" ini mesti dipulihkan semula, demi kesejahteraan rakyat dan negara. Jangan jadikan ia retorik semata-mata!! Manipulate slogan ini untuk membangkitkan semangat rakyat kerana undi untuk anda di tangan rakyat. Jadi.... antara banayk-banyak bintang yang dilahirkan dalam persada politik negara, khususnya dari pihak Pakatan Rakyat, siapakah rakyat bertuah yang dipilih oleh rakyat..... yang boleh diibaratkan bintang yang bersinar.... yang telah menarik perhatian rakyat?? Sinarnya.... auranya dan karismanya dapat menerangi kehidupan rakyat dan negara agar lebih sejahtera, insyaAllah. Bintang rakyat untuk rakyat!! |
| Datang dengan harapan. Pulang dengan kecewa. Posted: 16 Jul 2010 10:34 AM PDT ![]() Hello... hello.... Lend me your eyes. Baca di bawah ni dan continue lagi di sini Dulukan, ada orang tu kata.... UMNO Terengganu dah ok dah. Masalah dah setel! Tak der problem lagi. Tapikan.... lain pulak yang berlaku semalam. Dahsyat..... dahsyat.... Semalam.... apabila Muhyiddin Yassin masuk dalam tong taik berjenama UMNO di Setiu Terengganu, tertiba dia dapati, ia berulat. Yerrkk!!! Taik dah berulat!!! Dia datang dengan harapan tapi pulang dengan kecewa. La..... kesiannya ngko TPM. Apa sudah jadi?? 4 ADUN boikot persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu. Mengapa pulak?? Tak tau ke yang nak datang merasmikan tong taik Setiu tu, TPM 1Malaysia?? Weh.... respek ler sikit. Mana rasa hormat you all pada pemimpin atasan parti Tong Taik berjenama UMNO. See.... you all dah buat dia berduka cita. What la you all ni..... Sekali lagi aku nak bertanya. Apa sudah jadi?? Mengapa you all tak tunjuk muka. Aha.... macam yang Muhyiddin suspek.... ini tentu ulat-ulat taik berebutkan jawatan dan kedudukan dalam tong taik tu, ya?? Tak puas hati tentang tu. Tak puas hati tentang ni. Tak semiak dengan orang tu. Tak gam dengan orang ni. Mengapa Melayu tong taik berpecah sampai macam tu??Bersatulah.... Eh... eh... Melayu tong taik kena bersatu dulu. Kalau Melayu tong taik terus haru biru.... malu ler. Melayu lain tengok pun lari, tak tunggu... Buat apa tunggu tong taik yang dah nak terbarai. Kalau terbarai.... habis berlemoih taik. Baunya pulak, jangan cakap ler!! Tapi.... padan dengan muka TPM 1malaysia. Asyik menyibuk menjaga hal rumah tangga orang lain.... rumah tangga sendiri porak peranda. Si Hishamuddin ni pun satu hal. Tong taik penuh dengan ulat di dalamnya, dia kata tong taik di Terengganu semua ok-ok belaka. Ini yang dikatakan sindrom denial yang dialami oleh para pemimpin Tong Taik UMNO. Ada masalah, tetapi... kata tak da masalah. Weh.... nak tunjuk hebat agar KPI naik ke?? Ada cita-cita nak jadi TPM kot. Kalau ya pun nak naikkan KPI diri..... janganler sampai cakap tak serupa realiti. Dulu cakap macam ini.... Sekarang apa macam?? Ciittt!!! Tipu punya orang!! |
| You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan