Isnin, 26 Julai 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


SAYA TIDAK BERBOHONG!!! ANDA HAKIM MENILAINYA...

Posted: 25 Jul 2010 08:16 PM PDT

Berita ini saya copy dari Bernama - sumber bukan pro PAS atau PR. Anda boleh menilai siapa benar dalam isu ini...Harusani pernah menyebut dalam siaran berita yang disaksikan seluruh negara " Saya mufti, saya tak berbohong!" nilailahlah kenyataan ini dengan jujur tanpa prasangka dan kepentingan kelompok sendiri.. benarkah Harusani tidak berbohong??


17 julai-Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari ini.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Bagi mencapai perpaduan, beliau berkata pemimpin yang beragama akan memahami erti perpaduan yang akan membawa ke arah kebaikan.

"Adakah agama menganjurkan kita mengamalkan sikap degil. Sifat degil merupakan satu perbuatan keji dalam agama kerana ia tidak menguntungkan rakyat. Mereka perlu sedar perkara ini," katanya.

Semasa merasmikan majlis tersebut, Harussani berkata sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

"Namun kini umat Islam bukan sahaja berbeza pendapat malah berpecah belah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran mereka," katanya.

Beliau berkata umat Islam kini, termasuk golongan akar umbi, pertengahan, pemimpin malah kumpulan agama telah tersalah menilai dan tidak tahu meletakkan keutamaan dan kepentingan mereka.

"Contohnya, bangsa lain mengutamakan pendidikan tetapi kita (umat Islam) mengutamakan hiburan. Dalam pendidikan pula, kita lebih mengutamakan akademik daripada agama Islam.

"Agama diutamakan sebagai pelajaran dan bukan sebagai didikan. Kalau dari segi pelajaran agama, orang Yahudi dan Barat sebenarnya lebih pandai mengenai agama Islam daripada kita sendiri," tegas beliau.

--Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.

Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.

"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan.

Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.

Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut," katanya.

Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.

"Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

"Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula," katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

BERITA YANG DINANTI

Posted: 25 Jul 2010 07:43 PM PDT

PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz menegur beberapa akhbar berbahasa Tamil kerana tidak menyiarkan berita berfaedah untuk tatapan umum.

Dari segi etika, katanya, akhbar perlu menyediakan maklumat yang membawa manfaat kepada umum dan oleh itu perlu mengelak daripada diperalatkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik.

"Adalah tidak betul untuk menggunakan akhbar bagi mencapai motif peribadi kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan pihak berkepentingan...ini tidak sihat dalam mengurus akhbar.

"Akhbar perlu memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan tertentu supaya ia tidak menimbulkan keresahan kepada pembaca," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun kelima acara 'Bug O Rama 2010' Kelab Volkswagen Beetle Malaysia di Subang Jaya, dekat sini.

Mengenai dakwaan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Senator Datuk T. Murugiah untuk mendapatkan kira-kira 200,000 penyokongnya menyertai parti MIC yang baru disertainya, D'Cruz berkata beliau tidak melihat sebarang masalah dengan langkah itu.

"Pada hakikatnya, tiada ahli dari PPP melompat ke MIC atau melakukan langkah seperti itu. Lebih-lebih lagi Murugiah bukan lagi ahli PPP," katanya yang juga naib presiden PPP.

Bagaimanapun, katanya, PPP boleh bekerjsama dengan MIC dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

-- BERNAMA

Saya menanti teguran serupa dibuat kepada akhbar melayu. Walaupun maksud timbalan menteri itu lebih kepada isu politik , tetapi teguran itu wajar dilihat secara meluas. Akhabar melayu bukan hanya menyiarkan berita tak berfaedah malah terlalu banyak berita penyelewengan fakta dan fitnah.

Adalah amat malang jika akhbar melayu yang dipimpin seorang muslim tidak melaksanakan etika yang diajar oleh agamanya. Agak malang juge bagi menteri Islam yang tak memperdulikan isu tersebut berbanding timbalannya seorang bukan muslim. Rasia Yatim lebih terkehadapan dalam memperjuangkan Mak Yong dan Kuda Kepang dari menjaga kebudayaan melayu yang berteraskan islam.

Inilah yang dikatakan oleh ulama silam bahawa Islam terhalang dengan sebab orang islam sendiri. Berita sebegini sedikit memalu kan saya sebagai seorang Islam kerana ia keluar dari mulut orang bukan Islam. Dimana menteri Islam yang menjaga pelbagai kementerian malah menteri agama pun tidak menyentuh isu ini???

Kalau dalam pakatan Rakyat orang bukan islam mendekati untuk memahami Islam melalui PAS dan pemimpin Islam lain, namun dalam Barisan Nasional nampaknya pemimpin bukan Islam terpaksa mengajar secara sindiran pemimpin Islam.. di mana Jamil Khir dalamisu ini??? Apakah medan Forum Perdana yang tiada kuasa lebih berguna dari medan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga agama??? Yang lain tak payah Tanya….

BERPADALAH DALAM BERPOLITIK...

Posted: 25 Jul 2010 04:46 PM PDT

Kekadang aku nak kata umNo memang bijak dan APCO memang berjaya menasihatkan umNO merancang politik negara. Di saat umNO sedang bergelombang, kapalnya tebuk sana sini, air masuk mencurah curah.... BN pulak dan porakporanda antara MIC dengan PPP dan Gerakan sesama MCA... mereka berjaya mewujudkan tumpuan baru.

Kini seluruh tumpuan dihalakan kepada perpaduan melayu yang disasarkan kepada PAS.Ia hanya lontaran dari spesis buangan Lokman Nor Adam dan mufti nak pencen Harusani. Ia di sambut dan diusung ke merata alam. Perpecahan melayu dalam umNo hingga beberapa bahagian tak dapat melaksanakan mesyuarat agong kerana bergaduh seakan tak timbul. PAS dilihat sebagai parti yang menolak perpaduan walaupun berulangkali ditegaskan PAS bersedia bersatu dengan sesiapa sahaja asalkan atas nama Islam. Bukan perpaduan sempit ketika terdesak yang menjadi modal umNO!

Isu perpaduan kini menjadi tajuk umNO... Walaupun mereka sangat tahu PAS langsung tidak berminat untuk bersama umNO, tetapi pemimpin umNO tak tahu malu terus menerus memujuk PAS kononnya. Sebenarnya umNO bukan mahu bersatu, mereka hanya mahu menyelamatkan bahtera mereka. Terbuktiisu perpaduan melayu bukan hanya memperlihatkan umNO sayangkan melayu ditambah penyertaan mufti dan intelek cap ayam, kini isu itu berjaya melagakan PAS pulak.

Kita sukar untuk memastikan aapakh pemimpin umNO bijak atau pemimpin tertentu dalam PAS bodoh? Terbaru desakan Dr Mariah agar Dr Hasan Ali menyaman Harusani.... baca apa ni??? macam ni punya politik nak jadi Naib Presiden PAS? Harusani telah menyatakan bahawa pertemuan dengan Hasan tiada menyentuh isu perpaduan umNO PAS. Tang mana nak samannya? baca. malah dilihat jawapan Harusani ini satu jawapan melepaskan diri... mungkin pertemuan dengan Hasan Ali ini bukan maksud asal beliau. tetapi dari dilihat sebagai penipu... lebih baik mengaku....

Apakah Mariah juga ada agenda tersendiri ? Berulangkali disebutkan bahawa Harusani bukan isu besar. Bergaduh dengan Harusani hanya menghabiskan peluru kita.Orang melayu pedalaman masih menghormati institusi mufti sebagai mulia. Bile kita bergaduh dengan mufti nampak kita memusuhi institusi agama. Dulu kita marah Gerakan hentam mufti, tetapi sekarang kita pulak cari masalah.

Cukup cukuplah Harusani kita tinggalkan dengan mengingau dia di tengah hari. Jangan dilayan orang dah senja ni... Tumpukan peluru kepada umNO!!!! umNO!!!! umNO musuh kita...!!!! Sedikit sebanyak bile kita lawan mufti, orang kampung akan terkesan. Mungkin Dr Mariah tak perasan kerana dia tinggal di kawasan elit yang banyak orang bukan melayu , jauh sekali melayu tradisi. Sebab itu beliau pernah mencadangkan dalam muktamar lalu agar kenduri kita jangan hidang lembu sebagai menghormati orang Hindu, sedangkan lembu selamanya halal buat kita. Wakil pemuda telah perjelaskan isu itu dalam muktamar...

Saya tidak pasti apakah Mariah ada agenda tertentu dalam mendesak Hasan Ali begitu. Begitu juga Khalid Samad. Saya juga tak pasti apakah mereka tidak mahir berpolitik atau sedang bermain politik dengan Hasan Ali. saya lebih cenderung kepada tanggapan kedua kerana Mariah dan Khalid bukan baru dalam politik. Jika benar, sangat mengecewakan kerana kita masih berpolitik sesama kita ... budaya umNO yang tak sepatutnya wujud dalam jamaah Islam.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa berpolitik dengan Harusani sesuatu yang merugikan. Orang di Perak sangat kenal siapa Harusani terutama yang mengikuti sejarahnya sejak mula menjadi mufti. Jangan menghabiskan masa berpolitik dengan bukan orang politik. Musuh sebenar berpesta dan berterusan memarakkan api perkauman.Lebih mengecewakan bile berpolitik sesama sendiri. sekali lagi LUPAKAN HARUSANI...cukuplah pemimpin kecil yang melayan HARUSANI.... mungkin peringkat cawangan di Gopeng sudah memadai melayan kerenah beliau mencampuri urusan politik yang pernah difatwanya agar disangkut di pagar masjid!

Tiada ulasan: