MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- MUFTI PERAK KANTOI LAGI
- JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI
- SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!
| Posted: 25 Jul 2010 10:00 PM PDT Oleh: Mandor MUFTI Perak jelas kantoi kali ini. Tiada perjumpaan di antara beliau dengan pemimpin PAS berkaitan perpaduan atau penyatuan Umno - PAS. Sekadar pertemuan berkenaan penyatuan Melayu dan tidak lebih dari itu. Penyatuan Melayu bermakna meliputi semua orang Melayu samada dari PAS, Umno, PKR mahu pun dari yang tidak berparti termasuk berbagai pertubuhan (NGO) Melayu. Ini hakikat dan faktanya seperti yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali dan Mufti Perak juga turut mengakuinya. Boleh baca selanjutnya di sini. Oleh yang demikian, siapa yang berbohong? Mufti ? Masakan Mufti berbohong? Dr Hassan Ali secara berterus terang menafikan pertemuan itu untuk membincangkan penyatuan Umno - PAS. Dr Hassan Ali juga tidak berbohong kerana Mufti Perak tersebut akhirnya mengakui apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan Ali. Seandainya Mufti Perak didapati berbohong, amat malang sekali kita mempunyai Mufti sedemikian rupa. Adakah demi kerana Umno, maka perlunya `bohong sunat'? Apakah selepas ini kita akan berfikir seribu kali sebelum menerima percakapan dari Mufti berkenaan? Syabasm Dr Hassan Ali kerana berani dedahkan semua ini. Kesilapan Dr Hassan cuma kecil sahaja iaitu datang untuk belajar dari Mufti berkenaan semata-mata Mufti terbabit telah berpengalaman 30 tahun. Tetapi, Dr Hassan tidak mengkaji selama 30 tahun itu, apakah kejayaan Mufti berkenaan yang boleh kita banggakan? Adakah kejayaan rampasan kuasa di Perak itu boleh kita letakkan kredit ke atas Mufti Perak tersebut? Adakah kejayaan menukar nama `Sure Heboh' kepada `Jom Heboh' itu satu kejayaan buat Mufti Perak? Ilmu apa yang mahu Dr Hassan Ali pelajari dari Mufti Perak? Ilmu penyatuan Melayu? Melayu di Perak tempat Mufti tersebut bertugas itu pun belum tentu bersatu. Tiadakah Ulamak lain yang boleh Dr Hassan Ali jadikan `guru'? Mengapa Mufti Perak yang diketahui giat berkempen di kalangan pelajar luar negara untuk menyokong Umno itu dipilih oleh Dr Hassan sebagai `mentor'nya? Sehubungan itu, diharapkan Dr Hassan Ali mulai sedar siapakah yang mengkhianati beliau dengan mengada-adakan cerita lain dari yang sebenar. Mufti ? Masakan Mufti berbohong. |
| JELAJAH PERTAMA KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR - PULUHAN RIBU HADIR SAKSIKAN BADUT UMNO BERAKSI Posted: 25 Jul 2010 07:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS HAMPIR 250,000 yang hadir, oopss...silap, 250 orang yang hadir di dalam kempen Selamatkan Selangor anjuran Umno Selangor di Shah Alam malam tadi. Begitulah sambutan hebat rakyat Selangor di dalam siri pertama jelajah raja sesumpah Senatak Ezam. Apa intipati ceramah juak-juak yang mahu merampas Selangor ini? Sila klik sini. Seperti biasa nama DS Anwar tidak terlepas dari mulut raja sesumpah Ezam. DS Anwar tali barut Yahudi, malahan Senatak Ezam ini mengaku kununnya dapat layanan istimewa dari puak Yahudi suatu ketika dahulu. Ini bermaksud raja sesumpah dahulu pun `taik' Yahudi juga, patut pun sokong teramat sangat dengan APCO. Hujahnya Apco yang kasi makan rakyat Malaysia ini. Di dalam keadaan Washington Post menulis betapa DS Anwar adalah anti Zionis Israel, raja sesumpah pula menyebut DS Anwar ejen Yahudi. Saling bercanggah, mana satu yang betul? Akhbar terkemuka di Amerika pun tidak mempercayai DS Anwar ejen Yahudi, raja sesumpah pula kata sebaliknya. Sudah dasar sesumpah, begitulah. Maka, ucapan DS Anwar semasa berada di dalam Umno dahulu dimainkan semula kerana sudah kehabisan modal. Jika boleh, raja sesumpah pun akan turut memainkan ucapan Khalifah Saidina Umar atau Sayyidina Hamzah sewaktu mereka belum memeluk Islam. Beliau tidak mainkan kah ucapan beliau yang menyebut `tunjukkan pada saya mereka yang masuk Umno itu ikhlas?" Jika beliau lupa, dalam blog saya ini sentiasa ada klip video ucapannya itu. Sila lihat. Seperti biasa juga, raja sesumpah pun `menjual' nama Allah. `Demi Allah' katanya, beliau tidak dapat duit satu sen pun apabila keluar dari PKR. Mengapa terasa? Kita pun tahu, beliau diangkat jadi Senatak melalui pintu belakang ini adalah kerana apa. Biarkan beliau dengan sesumpahnya. Kempen Selamatkan Selangor hanya dipenuhi dengan cerita basi oleh raja sesumpah. Beliau tidak sebut pun pasal Khir Toyo sewaktu doktor gigi ini menjadi MB Selangor. Pada hal sewaktu di dalam PKR, kesemua hal Khir Toyo ini di dalam poket beliau. Poket sudah bocorkah? Biasalah bila sudah berada di dalam `tong najis' yang sama. Pakat-pakat sama bau cukuplah. Modal lain, permainkan tutur kata MB Selangor yang dikatakan gagap itu. Biarkan saja. Gagap-gagap Tan Sri Khalid pun, beliau menjadi MB Selangor yang dipilih rakyat. Pemimpin Umno yang tidak dipilih itu tidak gagap tapi rasuah. Gagap dengan kaki rasuah, mana lebih mulia di sisi Allah dan masyarakat? Faktanya ada, SPRM sudah bersihkan nama Tan Sri Khalid di dalam banyak isu tuduhan rasuah ke atasnya. Khir Toyo sudah bersihkan? Tiba-tiba raja sesumpah tuduh pula Malaysiakini adalah ejen DS Anwar. Berapa banyak ejen DS Anwar daaa. Luar negeri, dalam negeri dan silap-silap raja sesumpah akan cakap Malaikat dalam kubur itu nanti juga adalah ejen DS Anwar. Lucu sungguh mamat kotak ni. Saya cadangkan pula, oleh kerana raja sesumpah seronok mendengar kisah-kisah lampau DS Anwar, kita hidangkan pula kisah-kisah lampau sewaktu raja sesumpah memaki hamun Umno, Najib dan banyak lagi beserta dengan pengakuannya tidak akan masuk Umno itu. Klip video pengakuan raja sesumpah tidak akan masuk Umno ada juga saya letakkan pada blog saya. Nampaknya, pusingan pertama kempen juak-juak yang menyokong Apco ini ibarat mesyuarat cawangan Umno sahaja dari segi sambutan yang hadir. Tandanya apa? Tandanya rakyat Selangor tidak sebodoh mereka untuk membandingkan mana yang lebih baik mentadbir Selangor. Umno sudah menjual, PR kena beli juga. Kita layan saja persembahan badut Umno Selangor ini sebagai penglipur lara rakyat Selangor. Apa macam? /wfauzdin.blogspot.com |
| SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !! Posted: 25 Jul 2010 11:47 AM PDT GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti. Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan. Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah. Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan