Isnin, 26 Julai 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong - Nik Aziz

Posted: 25 Jul 2010 10:48 PM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.


Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.[Utusan Malaysia]

Tergamakkah Hasan Ali Saman Harussani?

Posted: 25 Jul 2010 07:42 PM PDT

**Jangan mimpilah Hasan Ali sanggup buat.. Lagipun Hasan Ali yang dilihat terhegeh-hegeh mengadap Harussani..

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Bagaimanapun, ketika dihubungi selepas mesyuarat tersebut, Siti Mariah enggan mengulas mengenainya.

MUFTI UMNO MUFTI PEMBOHONG

Posted: 25 Jul 2010 05:07 AM PDT

NOTA EDITOR: kenyataan terbaru Dato Hasan Ali membuktikan bahawa Mufti UMNO, HAramsani, adalah seorang pembohong nombor wahid. Begitulah perangai orang UMNO. Mereka yang aliran agama pun boleh berbohong, inikan pula yang tiada pendidikan agama. Lagi teruk pembohong.


Saya masih ingat lagi nasihat kawan saya:

Kalau ada orang UMNO yang kata "Tuhan itu Satu", kamu jangan percaya. Bukan sebab apa dia kata itu salah, tapi sebab yang berkata itu adalah orang UMNO

Berkenaan Dato Hasan Ali, ada beberapa persoalan berkaitan kenyataan beliau:

1.0 Kalau pertemuan tersebut adalah pertemuan rasmi, mengapa bawa Suwardi Yaakob bersama-sama? Apa jawatan Suwardi dalam kerajaan Selangor? Suwardi tu bukan orang Selangor pun?

2.0 Mengapa berjumpa Haramsani di salah sebuah apartment di tengah2 kotaraya? Mengapa tak boleh jumpa di Bangunan SUK di Selangor? Ataupun di bangunan SUK Perak?

3.0 Apa urusan Exco Agama Selangor hendak berjumpa dengan Mufti? Mengapa tidak hanya Mufti Selangor bertemu Mufti Perak?


Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.
Next >

Harussani: ‘Ya, Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik’

Posted: 25 Jul 2010 04:58 AM PDT

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.

Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.


"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.

"Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu," kata Hasan.

Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.

Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

"Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut," katanya.

Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.

"Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

"Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula," katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Tiada ulasan: