Dunia Berwarna Luna Version 2 |
| Deyyyy..K’jaan akan kerugian RM500 juta lagi ka??? Adoi (2) Posted: 08 Jul 2010 07:46 PM PDT Oleh: Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor Mantan Menteri Pengangkutan YB DS Ong Tee Keat mengulas dalam blog beliau bahawa perbahasan dalam parlimen tentang pembelian 38 EMU 6 koc lebih banyak menaburkan tohmahan dan tidak punya asas serta hujjah yang kukuh. Beliau lantas menyimpulkan bahawa dakwaan yang dibuat pihak-pihak yang berhujjah ketika perbahasan itu tanpa menyebutkan mana-mana MP adalah seumpama membuat perbandingan buah epal dan oren, tak sama tegas beliau. MP Kuala Selangor adalah antara yang berhujjah hari tersebut, menyanjungi inisiatif Mantan Menteri ini dan ingin mendapat ulasan ini seterusnya supaya benar-benar dapat dikenalpasti siapa yang tidak punya hujjah yang kukuh. Pembaca di minta merujuk kepada blog ongteekeat.net. Apa yang kemukakan sebagai perkara penting yang disebutkan sebagai tidak diambil kira dalam penghujjahan MP tidak benar sama-sekali kerana Kuala Selangor telah menyebut kesemuanya termasuk perkara yang saya lanjutkan dalam penulisan saya yang diterbitkan oleh Harakah. Sila YB rujuk Hansard parlimen ntuk pengesahan. Beliau menyebutkan dalam blognya bahawa "I'm amazed by the conspicuous absence of the following key points in the procurement: a) The 2008 KTM tender of 8 sets of 3-car EMU trains was cancelled and not awarded, in the light of new demands and needs highlighted by the National Key Result Area (NKRA) for Urban Public Transportation that surpassed those contained in the tender; b) The quantity under the procurement is for 38 sets X 6 car, as compared to the original tender for 8 sets X 3 car. Any price comparison must always be based on the technical specifications or we run the risk of comparing apples with oranges; c) The direct negotiation for the procurement was not directed and endorsed by the Ministry of Transport, but by the Ministry of Finance. Dengan ini saya berasa bertanggungjawab kepada rakyat untuk sekali lagi menegaskan beberapa perkara yang didakwa oleh mantan menteri ini. Sebutan beliau tentang MOF lebih mencurigakan kami apakah mereka telah disilapnasihat oleh MOT atau sebaliknya mereka juga mahukan satu yang lebih mahal dengan sebab yang hanya diketahui oleh MOF sendiri.. aneh dan sukar nak difahami..mungkin 'more than meet the eyes' dgn izin. Ketika negara berdepan denga pengurusan timpang dan kebocoran di segi pelbagi perolehan mega-berbilion RM khususnya di Kementerian Pertahanan dan Pengangkutan, Scorpene, PKFZ dan kini tentang isu MRT-Gamuda-MMC-SPAD serta pelbagai projek yang dirunding langsung- direct nego Sungai Buloh, Sungai Besi dll serta penguncupan pendapatan Petronas, kerugian GLCs – Sime Darby, Pos Malaysia, adalah tanggungjawab kami sebagai MP-MP samada Pakatan mahupun BNBBC supaya tidak mengizinkan pengurusan pincang seperti ini berterusan. Ketelusan dan pertanggungjawaban adalah kemestian yang wajib ditunaikan oleh pentadbiran PM Najib, kalau tidak sama sahajalah dengan yang lama – satu mockery besar kepada segala ucapan molok beliau dalam RMK-10 dan MEB.Siapa yang mahu dibela Najib ketika tidak mahu mendkalsifikasikan perjanjian konsesi dengan Syabas. Siapa yang mahu dilindungi? Rakyat atau kroni? Rakyat Dahulu atau Kroni Dahulu? Jangan ulangi kesilapan lama kerana rakyat telah BOSAN dan MARAH dengan meranapkan khazanah kekayaan negara ini dengan cara sebegini. Dana RM500 juta boleh di wujudkan bagi "Biasiswa Untuk Future Nobel Laureates". Itu cadangan MP Kuala Selangor. Saya turun penjelasan tentang semua dakwan DS OTK di bawah ini dan harap beliau respons dengan baik. Saya berharap bahawa Pengerusi PAC akan segera menjalan perbincangan dan siasatan bagi memberi rakyat 'Value for Money' untuk setip perolehan kerajaan. Menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan mantan Menteri Pengangkutan, Y.B Dato' Sri Ong Tee Keat melalui artikel "The Full Story on EMU Train Procurement" yang disiarkan dalam blog beliau pada 1 Julai 2010. Sebenarnya sebahagian besar dari jawapan saya telah pun disiarkan oleh akhbar Harakah edisi Isnin, 5 – 8 Julai 2010. Bagaimana pun, akhbar tersebut terhad kepada ahli PAS dan Pakatan sahaja. Oleh itu jawapan penuh kepada persoalanyang ditimbulkan oleh Y.B mantan Menteri Pengangkutan itu saya jelaskan disini. 1. Tender membekal 8 set EMU 3 gerabak dibatalkan susulan keperluan baruyang digariskan oleh National Key Result Area (NKRA) bagi Pengangkutan Awam. Saya sedar dengan keperluan 38 EMU 6 gerabak yang ditetapkan melalui NKRA. Persoalannya, tender membekal 8 set EMU 3 gerabak (Tender KTMB/TC 11/2008) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, lama sebelum NKRA diumumka pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity period) telah diperbaharui selama 5 kali, setiap satunya untuk tempoh 90 hari, sehingga yang terakhir pada 26 Mei 2010. Walau pun NKRA diumumkan YAB PM pada 11 Julai 2009, keperluan 38 set EMU 6 gerabak diputuskan oleh Delivery Task Force (DTF) pada 19 Oktober 2009. Hakikatnya, Tender KTMB/TC 11/2008 tidak dapat dimuktamadkan lebih setahun. Dari maklumat yang saya terima, MOT sebenarnya menginginkan set EMU yang dibekalkan oleh Marubeni, Jepun (dari pengeluar ROTEM, Korea). Disebabkan keinginan tersebutlah maka proses penilaian tender terpaksa dilaksanakan sebanyak 3 kali. Penilaian peringkat awal telah menyaksikan 3 pembida paling rendah, kesemuanya pengeluar EMU milik Kerajaan China, yang menawarkan EMU berspesifikasi sama pada harga lebih sekali ganda rendah, iaitu sekitar RM140 juta untuk 8 set EMU berbanding harga melebihi RM300 juta yang ditawarkan oleh Marubeni/ROTEM. Bagaimana pun, pada 4 Januari 2010, MOF akhirnya telah memilih untuk menawarkan kepada Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd. dari China untuk membekal 8 set EMU 3 gerabak. Apabila keputusan ini dibuat keperluan NKRA telahpun ditetapkan. Maka Tender KTMB/TC 11/2008 dianggap tidak lagi relevan dan dibatalkan pada 27 April 2010. Bagaimana pun, sebelum tender tersebut dibatalkan MOT telah memulakan proses rundingan terus dengan Zhuzhou untuk membekal 38 set EMU 6 gerabak seperti yang ditetapkan oleh NKRA. 2. Perbandingan perolehan 8 set EMU 3 gerabak dan 38 set EMU 6 gerabak perlu diasaskan kepada spesifikasi teknikal or we run the risk of comparing apples with oranges (petikan dari blog Y.B Dato' Sri Ong). Mengulas lanjut dengan pandangan Y.B bekas Menteri Pengangkutan, saya turun penghujjahannya disini. (a) Merujuk kepada Statement of Needs (SON) yang dikeluarkan oleh KTMB bagi tender membekal 8 set EMU 3 gerabak (Tender KTMB/TC 11/2008) dan 38 set EMU 6 gerabak. Klausa 5.12 SON bagi 38 set EMU 6 gerabak menyebut bahawa "The six (6) car SCS (i.e. 6-car Electric Multiple Units) train formation shall consist of two (2) sets of three (3) car units…" Klausa 5.13 SON pula menyebut bahawa "The three (3) car units of MC1–T1–M1 and MC2–T2–M2 shall be operated independently for maintenance purpose." Ini jelas menunjukkan bahawa konfigurasi yang tetapkan oleh KTMB bagi set EMU 6 gerabak sebenarnya ialah 2 set EMU 3 gerabak mengambil kira keupayaan depoh KTMB sedia ada yang hanya boleh menampung keperluan penyelenggaraan EMU sepanjang 3 gerabak sahaja. Berdasarkan hakikat ini, saya telah membuat perbandingan harga yang betul, iaitu membandingkan epal dengan epal dan bukannya dengan oren seperti yang cuba digambarkan oleh Y.B mantan Menteri Pengangkutan. (b) Membandingkan harga 1 set EMU 6 gerabak berasaskan harga 1 set EMU 3 gerabak yang ditawarkan oleh Zhuzhou melalui Tender KTMB/TC 11/ 2008 iaitu EURO 2,745,000 atau bersamaan RM13.725 juta (berdasarkan kadar pertukaran wang asing pada Julai 2008). Harga yang ditawarkan Zhuzhou di atas adalah sah sepanjang tempoh sah laku tender (sebelum ianya dibatalkan) sehingga 26 Mei 2010. Oleh itu, mengandaikan harga 1 set EMU 6 gerabak berasaskan harga 2 set EMU 3 gerabak iaitu RM27.45 juta. Namun, mengambil kira pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kos seperti kadar inflasi, kadar pertukaran wang asing, peningkatan kos bahan mentah, kos modal dan sebagainya, saya mengandaikan kos 1 set EMU 6 gerabak bernilai RM35 juta. (c) Persoalannya, mengapakah harga yang ditawarkan Zhuzhou melalui proses runding terus iaitu RM48 juta bagi 1 set EMU 6 gerabak jauh lebih mahal dari harga yang sepatutnya iaitu RM35 juta. Perbezaan harga ini boleh menyebabkan negara kerugian sehingga RM500 juta sekiranya pembelian 38 set EMU 6 gerabak diteruskan dengan Zhuzhou. (d) Harga yang ditawarkan Zhuzhou iaitu RM48 juta bagi setiap set EMU 6 gerabak itu juga adalah jauh lebih mahal dari harga yang pernah ditawarkan Zhuzhou iaitu RM30 juta untuk 1 set Electric Train Set (ETS) 6 gerabak (yang berspesifikasi lebih tinggi dari spesifikasi set EMU 6 gerabak) ketika membuat tawaran membekal 5 set ETS 6 gerabak pada November 2007. (e) Harga Zhuzhou, RM48 juta untuk setiap set EMU 6 gerabak, itu tidak termasuk pakej maintenance, repair dan overhaul (MRO) yang perlu dirundingkan secara berasingan dengan Zhuzhou. (f) Saya telah meneliti SON bagi 38 set EMU 6 gerabak dan 8 set EMU 3 gerabak untuk melihat sama ada terdapat perbezaan spesifikasi yang ketara yang membolehkan harga setiap set EMU 6 gerabak dinaikkan begitu tinggi. Namun, saya dapati tidak terdapat perbezaan spesifikasi yang ketara kecuali keperluan permasangan CCTV dan Side Destination Panel pada set EMU 6 gerabak yang tidak akan meningkatkan kos set EMU secara begitu mendadak. Perbezaan paling ketara diantara spesifikasi set EMU 3 gerabak yang ditetapkan dalam tender terdahulu dengan set EMU 6 gerabak yang baru ialah keperluan mempastikan bekalan alatganti EMU adalah untuk tempoh selama 30 tahun bagi set EMU 3 gerabak dan hanya 25 tahun bagi set EMU 6 gerabak. Ini sepatutnya membabitkan pengurangan harga bagi set EMU 6 gerabak memandangkan jangka hayatnya dianggar selama 25 tahun sahaja berbanding jangka hayat dalam tender terdahulu selama 30 tahun. Perkara-perkara lain yang pernah dibangkitkan di Parlimen pada 29 Julai 2010 lalu oleh Y.B Timbalan Menteri Pengangkutan iaitu tempoh penghantaran set EMU yang lebih cepat dalam jangka waktu 24 bulan, set EMU yang menepati International European Standard dan set EMU yang diperbuat dari aluminium maka ianya adalah lebih ringan dan menjimatkan tenaga bukanlah terma baru yang boleh mengakibatkan harga setiap set EMU 6 gerabak lebih mahal sehingga RM13 juta berbanding harga 2 set EMU 3 gerabak. Kesemua perkara yang telah di bangkitkan oleh Y.B Timbalan Menteri itu adalah merupakan terma sama yang turut ditawarkan Zhuzhou dalam tender membekal 8 set EMU 3 gerabak. (g) Kerajaan sepatutnya mampu meraih penjimatan melalui economies of scale dengan pembelian EMU dalam kuantiti yang besar iaitu 38 set EMU 6 gerabak. Bagaimana pun, harga yang ditawarkan Zhuzhou iaitu RM48 juta bagi setiap setEMU 6 gerabak tetap sama walau pun untuk pembelian 38 set EMU6 gerabak. Sebaliknya, melalui tender membekal 8 set EMU 3 gerabak, Zhuzhou telah menawarkan penjimatan bagi opsyen 5 set tambahan yang ditempah oleh Kerajaan iaitu EURO 2.745 juta setiap set bagi pembelian 8 set EMU 3 gerabak; EURO 2.700 juta bagi set tambahan pertama; EURO 2.640 juta bagi set tambahan kedua; EURO 2.580 juta bagi set tambahan ketiga; EURO 2.520 juta bagi set tambahan keempat; dan EURO 2.460 juta bagi set tambahan kelima. 3. Proses runding terus di arah dan dipersetujui oleh MOF dan bukannya MOT. Dalam hal ini berdasarkan maklumbalas yang diperolehi dari pegawai –pegawai MOF, MOT, JPM dan KTMB, proses runding terus dengan Zhuzhou diluluskan oleh MOF. Tidak pasti sama ada ianya dipohon oleh MOT. Bagaimana pun, adalah jelas proses rundingan terus yang diluluskan oleh MOF itu telah tidak dilaksanakan secara telus oleh MOT dan juga KTMB sehinggakan Harga Tawaran ZHUZHOU yang begitu mahal itu dianggap munasabah dan diangkat ke MOF untuk mendapat kelulusan membuat tawaran kepada ZHUZHOU. Proses rundingan terus yang dilaksanakan itu mengambilkira kesegeraan untuk mencapai matlamat NKRA menjelang pertengahan 2012. Malangnya, ZHUZHOU telah mengambil kesempatan dari proses rundingan terus yang diluluskan itu dengan meletakkan harga yang amat tinggi. Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan, diperingkat MOT, KTMB dan MOF juga dipercayai bersekongkol dengan ZHUZHOU memandangkan mereka mengetahui harga tawaran ZHUZHOU yang terdahulu. Rumusan Sehubungan dengan perkembangan ini, kami ingin menggesa Kerajaan agar membatalkan segera LOA yang telah dikeluarkan kepada Zhuzhou dan menyenaraikanhitamkan syarikat tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya pembelian 38 set EMU 6 gerabak diteruskan dengan Zhuzhou. Kami juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai- pegawai tinggi Kerajaan yang terlibat dalam proses rundingan dengan Zhuzhou dipertanggungjawabkan atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan kerugian kepada Kerajaan sehingga RM500 juta. Kami juga ingin menyarankan agar SPRM menyiasat proses pembelian ini bagi mempastikan tidak ada unsur-unsur rasuah yang boleh menyebabkan pihak-pihak tertentu meraih keuntungan besar yang amat tidak munasabah, sementara sekali lagi dana rakyat dikhianati. Namun, Kerajaan masih boleh meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari China dengan memilih pembida lain yang layak berdasarkan tender terdahulu. Pembida terpilih perlu bersedia menawarkan harga terendah sekitar RM35 juta setiap bagi set EMU 6 gerabak atau lebih rendah mengambil kira economies of scale bagi pembelian besar iaitu 38 set EMU 6 gerabak. Keputusan ini akan mempastikan hubungan baik Kuala Lumpur – Beijing terjaga. Bacaan berkaitan : Kerajaan Bakal Rugi 500juta |
| Inilah Hutang Kerajaan UMNO/BN..Tak Pecaya ka?? Posted: 08 Jul 2010 05:49 PM PDT Bank Negara says as of 31 March 2010, the total Government debt was RM 378 billion, with approximately half of this burden a result of Dr Mahathir's 22 year administration. What sometimes fails to get mentioned is the Government's contingent liability which refers to the debt that is made to privatized companies that is guaranteed by the Government. As of 31 March 2010, that number stood at RM 87 billion. For a majority of these loans, it is for all means and purposes is Government debt. Whilst the debtor may be your favourite neighbourhood GLC or SPV, the Government is the one paying for the interest or making provision for paying off the principle. Examples would be the MAS loan, the KLIA loan, the Sarawak Hidro loan, etc, etc. In fact I think it would be easier to just list down the 1 or 2 which are being paid off by the private company themselves and know that the rest of these loans are being paid through public funds. I think its slightly over a month back that Idris Jala pricked the bubble of indifference and "tidak apa" attitude that had plauged the country. Jala pronounced national bankruptcy by 2019 but essentially offered no concrete solution apart from the famous refrain of cutting subsidy. Over the last month or so, nothing has changed for the better. In fact Petronas was forced to issue some clumsily worded statement committing to pay the sum of RM 30 billion a year in dividend whilst at the same time borrowing money from the capital markets to fund the expansion. Is this a bad thing? Should Petronas continue to pay RM 30 billion a year whilst at the same time issue bonds to fund their expansion? Well it depends on the target debt ratio - I have yet to look at Petronas debt ratio but if the act of borrowing money pushes Petronas debt ratio beyond its optimal structure then this is not good indeed.And since the problems facing the country,a legacy of the founder of Perkasa and his rabble rouser goons are structural then what this means is that this problem is not going away soon. So in all probability we will see Petronas exchange its AAA credit rating for something lower if it cannot afford to pay RM 30 billion a year to the Government but still does so due to "other reasons". I am awaiting the 2nd Quarter Government revenues. If the number was half as bad as the first quarter then we probably would hit RM 410 B of borrowings by the end of the year. Add to this the contingent liability, and we have a net credit liability of RM 500 billion. Thats more than 60% of GDP and this would affect the cost of Government borrowing. I wonder why the Perkasa founder is silent on this matter. I for one have always been consistent on letting the Perkasa founder and his goon of a "political son" - the nefarious Ibrahim Ali to get their way. The outcome of the 22 years of bad governance cannot be altered. But sometimes we should ensure the consequences are faced sooner rather than later so that we will not have to deal with the nincompoops that bark Ibrahim Ali's name at every turn. ++penumpang -haa..buat penacai2 UMNO kat group perisik rakyat..aku mintak hangpa nafikan beserta fakta dan bukti.....silakan..aku tunggu...mampus UMNO/BN.. |
| You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan