Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Nilai Tanaman Semula Felda, Najib Razak Nyata Cuba Berbohong Bila Kenyataannya Bercanggah Dengan Pendedahan Ahmad Maslan
- Panas: Balasubramaniam Kecewa Pegawai SPRM Tiba-Tiba Membatalkan Rancangan Untuk Rekod Keterangan Tentang Kes Altantunya Di London !!
- Piala Dunia Fifa: Sepanyol Berjaya Layak Ke Akhir
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tetapkan Pada 8 Disember 2010 Untuk Bicara Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Terhadap Si Khairy Jamaluddin !
- Edisi Pahang: 40 Peneroka Felda Wilayah Jengka Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Hari Peneroka
- Panas: Kerajaan UMNO BN Tipu Rakyat Lagi, 300 Orang Asli Kampung Tanam Di Rompin Berpiket Membantah Ladang Sawit Mereka Di Musnahkan
| Posted: 07 Jul 2010 07:30 PM PDT ![]() Ramai yang terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak tentang isu Felda pada pelancaran Hari Peneroka 2010 di perkarangan MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak di Sungkai . Kenyataan yang dibuat seolah-olah tanpa merujuk kepada menteri yang berkenaan iaitu Ahmad Maslan. Beliau dengan bangga mengatakan bahawa Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya tetapi dituduh bankrap oleh mereka yang sebenarnya bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan. Najib juga berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. katanya. Beliau juga menegaskan mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Kononnya, pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka tetapi cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya. "Kita ada RM4 bilion kita labur, bukan joli katak bukan songlap. kita melabur untuk kesejahteraan peneroka,""Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya. Soalnya sekarang, siapa yang mendedahkan di lobi parlimen berkenaan rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.45 bilion pada 2009. Bukankah kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO si Ahmad Maslan?. Maka, kenapa Najib mengatakan ianya satu fitnah?. Jumlah nilai menyusut mencecah berbilion menunjukkan pihak pengurusan agensi terbabit telah gagal sebenarnya menunjukkan bahawa mereka tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan. Maknanya Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Felda gagal mengurus tadbir agensi itu dengan sempurna. Maka, apakah menjadi kesalahan jika kita mahu mengatakan Felda Muflis atau Bangkrap dengan kehilangan nilai risab yang begitu banyak itu?. Salahkah rakyat untuk menilai kegagalan itu sebagai satu kesilapan?. Maka kenapa isu "Felda Bangkrap" yang dijadikan sebagai isu untuk mengelirukan golongan peneroka. Sepatutnya, isu kehilangan rizab tunai itu yang wajar diperbesarkan sebenarnya. Najib Tipu Peneroka Soal Belanja Tanam Semula Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan ialah dalam sedar atau tidak, angka-angka dijadikan bahawa "lawak" untuk Najib menipu para peneroka di Sungkai. Sama ada dia sedar apa yang diucapkannya itu kita tidak pasti. Namun, apa yang jelas Najib telah sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda yang digunakan itu sebenarnya. Dalam sidang media di lobi parlimen sebelum ini juga, Ahmad Maslan mendedahkan bahawa RM2 bilion wang dibelanjakan untuk tanaman semula. Biar pun jawapan itu mengelirukan kerana semua peneroka telah dibuat caruman RM40 sebulan sejak 30 tahun lalu sebagai "tabung tanaman semula". Makanya purata setiap peneroka mempunyai RM17,000 untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Makananya kenapa RM2 bilion itu digunakan pula?. Bukankan ini menjadi kemusykilan kepada sebahagian besar peneroka?. Mana datangnya duit RM2 bilion itu?. Apakah ia sekadar tempelan untuk menunjukkan itu yang dibelanjakan oleh Felda atas menyusutnya rizat tunai sebanyak RM2.7 bilion itu?. Mungkin juga ia ada kebenaran, sedangkan hakikatnya jauh sama sekali. Semua orang boleh bercerita kepada rakyat tentang berapa wang yang digunakan untuk menolong rakyat. Namun bukti jelas angka itu hanya direka cipta untuk menyedapkan halwa telingan peneroka mendengarnya. Akhirnya, bagai ditakdirkan maka Najib telah mencipta satu lagi angka baru untuk tujuan tanaman semula ketika berucap di Sungkai baru-baru ini. Antara lain kata Najib, Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula. "Kalau pokok dah tua mana nak keluar buah (sawit) atau susu (getah)," katanya. Inilah bukti pembohongan yang nyata dilakukan oleh Najib dan Ahmad Maslan untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Mereka mencipta angka-angka tertentu bagi membuktikan kononnya wang tersebut dibelanjakan ke jalan yang benar. Padahal, entah ke mana perginya wang itu pun kita tidak tahu. Bukan mahu menfitnah atau menuduh yang bukan-bukan. Tetapi itulah hakikatnya.[Najib boleh berbangga mengatakan itu dan ini ketika melancarkan Hari Peneroka di Sungkai baru-baru ini. Namun, beliau juga harus sedar bukan semua peneroka boleh tertipu dengan kenyataannya itu. Felda dizaman Tun Razak memang jelas berhasrat untuk membela nasib rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Namun, sejak Najib bertanggungjawab terhadap Felda maka berbagai idea mengarut telah diperkenalkan termasuk menutup peluang generasi kedua untuk menyertai Felda lagi. Beliau menjadikan Felda sebagai bisnes korporat dengan menggunakan duit penerokan sewenang-wenangnya. Felda Plantations diwujudkan untuk membolehkan agensi itu menjadi seperti estet dan bukan lagi tanah rancangan seperti diilhamkan oleh arwah bapanya dulu. Itu belum termasuk Felda Technoplant yang banyak menipu serta menindas peneroka. Kini penerokan terhimpit antara jasa ayahnya dengan penipuan yang dilakukan. Justeru itulah mereka terus memberontak sekarang ini]. |
| Posted: 07 Jul 2010 01:37 PM PDT ![]() LONDON, 8 Julai - Bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam dan barisan peguamnya melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan rancangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangannya di sini. Balasubramaniam telah sampai di sini dari India selepas pegawai SPRM menghubungi peguamnya untuk menyampaikan hasrat mengambil keterangannya mengenai perakuan sumpah yang ditarik balik berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbu. Dalam sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu, Balasubramaniam bersama barisan tiga peguamnya berkata: "kini semuanya terletak di tangan SPRM". "Kami ingin menegaskan bahawa kami kini berada di sini dan anak guam kami, Balasubramaniam sentiasa bersedia dan sanggup membantu SPRM jika mereka mahu menemubualnya,"" kata peguam Americk Sidhu. "Sekiranya SPRM ingin menemubual Balasubramaniam maka kali ini mereka perlu mematuhi syarat kami sepenuhnya kerana mereka terlepas peluang keemasan," katanya. Americk mendakwa SPRM bimbang untuk datang ke London bagi mendengar kisah sebenarnya. Menurut salah seorang peguam, Manjeet Singh Dhillon, bahawa pihaknya berhasrat supaya Balasubramaniam menonjolkan kisah keseluruhan yang berkisar dalam hal Altantunya jika pegawai SPRM datang ke sini. Manjeet berkata polis telah merekodkan tidak kurang lima kenyataan daripada Balasubramaniam. Balasubramaniam merupakan penyiasat yang diupah oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda selepas Altantunya didakwa mengganggu dia untuk tuntutan bayaran komisen selepas pembelian kapal selam. Abdul Razak didakwa bersuhabat dalam pembunuhan wanita itu tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt 2008, selepas hakim mendapati tiada kes prima facie terhadapnya. Selepas kematian Altantunya, Balasubramiam membuat perakuan sumpah berhubung pembunuhan itu tetapi menarik balik perakuan itu sehari selepas itu menerusi perakuan sumpah keduannya. "Cara Balasubramaniam dilayan selepas perakuan sumpah pertama pada 3 Julai, 2008, dia segera ditahan, disuap, dipujuk, diugut dan dibuang dari Malaysia," kata Manjeet. Balasubramaniam mengakui bahawa beliau bimbang untuk kembali ke Malaysia dan mendakwa beliau mungkin ditahan. Katanya beliau akan disoal oleh pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai ini berhubung bayaran komisen bagi pembelian kapal selam itu sebelum kembali ke India untuk bertafakur di pergunungan Himalaya. "Apabila SPRM meminta saya datang ke London, saya datang," katanya. Sidang akhbar itu turut dihadiri ahli-ahli media alternatif, salah seorang pemimpin kanan PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan pengendali blog 'Malaysia Today', Raja Petra. [Terkadang kita jadi hairan dengan sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes yang jelas telah menjatuhkan imej dan maruah negara ini. Biar pun ramai pihak yang menganggap kes tersebut telah selesai selepas keputusan perbicaraan mengesahkan Sirul dan Azilah yang melakukan pembunuhan Altantunya. Manakala Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah, namun rakyat yang cintakan keadilan masih belum percaya 100% keputusan tersebut. Tambahan pula, mana mungkin Sirul dan Azilah (foto) boleh menggunakan bom C4 untuk membunuh Altantunya tanpa sebarang arahan pihak atasan. Walhal ketika itu mereka yang merupakan UTK dan bertugas dengan seorang pembesar negara. Jika pun mereka disabitkan kesalahan, pihak polis perlu mencari maklumat siapa yang mengarahkan mereka dan bagaimana bom C4 boleh dikeluarkan sesuka hati. Juga, kemusykilan timbul kenapa rekod perjalanan Altantunya dihilangkan oleh pihak Imigresen?. Ini semua mengundang seribu persoalan yang masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Malah, ramai yang menganggap hukuman terhadap Sirul dan Azilah adalah "gimik untuk melepaskan pihak tertentu". Malah, mereka juga mengaku di mahkamah telah menjadi "kambing hitam", soalnya siapa yang mengarahkan mereka. Justeru itulah pendedahan demi pendedahan yang bakal dibuat oleh Balasubramaniam menakutkan pihak tertentu. Akhirnya terpaksalah mengarahkan supaya pegawai SPRM membatalkan hasrat merekodkan keterangan penyiasat persendirian terbabit di London baru-baru ini]. |
| Piala Dunia Fifa: Sepanyol Berjaya Layak Ke Akhir Posted: 07 Jul 2010 01:31 PM PDT DURBAN, 8 Julai - Pasukan Sepanyol akhirnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia Fifa 2010, apabila menang bergaya ke atas Jerman di Stadium Moses Mabhida. Jaringan tunggal Carles Puyol berjaya membantu Sepanyol mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jerman. Keputusan perlawanan tersebut mengulangi aksi akhir Euro 2008 dengan Sepanyol mencatat jaringan yang sama cuma kali ini melalui Puyol yang melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut Xavi Hernandez pada minit ke-73. Aksi terbaik Sepanyol di Piala Dunia ialah memenangi tempat keempat pada 1950. Mereka akan bertemu Belanda dalam perlawanan akhir Ahad ini di Soccer City. |
| Posted: 07 Jul 2010 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR 7 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan dua hari mulai 8 Disember ini untuk mendengar saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu hari ini selepas bertemu peguam Anwar, S. Prakash, dan Badrul Munir Bukhari, yang mewakili Khairy dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan. Anwar, 63, mengemukakan saman tersebut pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007, dan kenyataan berunsur fitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos 2007. Katanya, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai orang Melayu, tidak menitikberatkan perjuangan dan hak mereka, serta boleh mengkhianati bangsa itu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini. Anwar mendakwa Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi yang bertujuan menghancurkan karier politiknya, selain berniat jahat ketika membuat kenyataan bohong, tidak berasas dan tidak benar itu.[Khairy sebenarnya adalah anak didik Anwar yang perlu menghormati pemimpin terbabit. Malah Khairy juga pernah menggemparkan negara apabila hadir ke rumah Anwar untuk menguruskan hal imigresen selepas Anwar dibebaskan dari penjara dulu. Beliau sebenarnya amat sebati dengan Anwar, makanya tindakan menfitnah mantan TPM itu jelas sekali satu sikap kurang ajar terhadap tok gurunya sendiri. Kini Khairy tidak punyai apa-apa lagi selepas Pak Lah mengundur diri. Jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO pun hanyalah sekadar "badut" yang telah diprogramkan, sedangkan majoriti ahli menganggap Mukhriz adalah ketua mereka. Riwayat politik Khairy bakal berakhir bila terdapat khabar angin dia tidak akan menjadi calon lagi di Parlimen Rembau dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Kasihan Si Khairy @ KJ!]. |
| Edisi Pahang: 40 Peneroka Felda Wilayah Jengka Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Hari Peneroka Posted: 07 Jul 2010 02:10 AM PDT BENTONG 7 Julai - Hasrat sekumpulan empat puluh orang peneroka dan kakitangan Felda dari Wilayah Jengka untuk menghadiri Hari Peneroka di Maktab Rendah Sains Mara, Trolak, Perak, tidak kesampaian apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. Kemalangan di Kilometer 48.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada pukul 1.45 pagi itu berlaku apabila bas terbabit terlanggar belakang sebuah treler membawa muatan besi semasa melalui jalan tersebut. Berikutan itu, empat penumpang parah termasuk pemandu bas, K. Surenthiran, 21, yang patah kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh. Seramai dua belas orang lagi penumpang mengalami cedera ringan dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Bentong. [Kami mengucapkan salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat. Mujurlah tiada yang maut dalam tragedi itu. Walau pun mereka gagal untuk melihat Perdana Menteri Najib Razak "jual minyak" di Hari Peneroka Felda di Trolak itu, namun sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk hadir ke sana dengan elaun khas yang disediakan oleh pihak Felda. Namun, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan. Semoga semuanya tabah dan bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa berlaku. Jika tidak sudah pasti ia akan lebih tragis lagi]. |
| Posted: 06 Jul 2010 08:59 PM PDT ROMPIN, 7 Julai - Kira-kira 300 Orang Asli Kampung Tanam (foto) mengadakan piket pagi ini bagi membantah tindakan Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) dan Pejabat Tanah Dan Daerah Rompin yang mahu memusnahkan kawasan ladang sawit seluas 400 hektar yang diusahakan mereka. Bantahan tersebut dibuat akibat rasa tidak puas hati mereka dengan janji-janji palsu kerajaan UMNO BN untuk membela mereka selama ini. Untuk makluman, Parlimen Rompin adalah diwakili oleh Jamaluddin Jarjis yang kini menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Sebelum ini banyak pihak yang percaya bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap permasalahan orang-orang asli di kawasan ini. Malahan terdapat maklumat ada dikalangan orang asli yang dihadiahkan tanah pertanian dan penternakan oleh kerajaan supaya mereka kekal mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang. Namun, terdapat maklumat juga tanah-tanah itu kini banyak yang menjadi milik tokey-tikey Cina yang mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan orang asli terbabit semata-mata mahukan tanah tersebut. Malah, kawasan Rompin kini banyak kawasan tanah terjual begitu sahaja kepada orang asing akibat kecuaian Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan banyak projek untuk mereka. Jamaluddin Jarjis juga dikatakan menjadi penyebab mengapa begitu banyak tanah-tanah di Rompin yang terjual kepada orang asing. Inilah sikap pemimpin UMNO yang sanggup mengadaikan negara demi kepentingan peribadi masing-masing. Oleh itulah, kita tidak hairan orang Asli Kampung Tanam ini akhirnya ditipu hidup-hidup oleh mereka.[Sememangnya kes-kes penipuan tanah orang Asli ini memanh sudah menjadi lumrah kerajaan UMNO BN. Mereka hanya perlukan orang asli untuk undi pilihanraya semata-mata, sebaliknya kaum tersebut akan dinafikan hak dan diperlakukan sesuka hati mereka bila tiba saat yang diperlukan. Mereka tahu, untuk membeli undi orang Asli bukannha susah sangat. Sponsor dan bagi rasuah anjurkan acara sewang tiga hari tiga malam, bagi minum arak dua tiga botol dan kemudian panggil artis bersama Radio Asyik FM maka sudah pasti undi mereka dapat dibelia dengan mudah. Pendek kata orang Asli ni adalah umpan yang paling mudah buat UMNO BN untuk mengekalkan kuasa di Pahang selain dari kawasan penempatan Felda itu sendiri. Inilah hakikat sebenarnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan