Isnin, 19 Julai 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Silap Arah: Umat Islam Indonesia Solat Menghadap ke Arah Afrika

Posted: 19 Jul 2010 07:23 AM PDT

Kesilapan manusia. Saya tertarik akan kata-kata Maaruf Amin di bawah ini. Antaranya, "kesilapan itu tidak memberikan kesan terhadap kekuasaan Tuhan mendengar solat dan doa mereka. Allah memahami bahawa manusia melakukan kesilapan. Allah sentiasa mendengar doa mereka.Saya petik:
[The Sun] WORSHIPPERS in the world's most populous Muslim country have been facing Africa — not Mecca when praying, it emerged today.


Indonesia's highest Islamic body has admitted making a mistake when issuing advice on which direction followers should pray in.

It has now asked Muslims to turn slightly to the north so they are facing Mecca when they pray.

The holy city in Saudi Arabia is the centre of the Muslim world.

But the Indonesian Ulema Council wrongly announced in March this year that Mecca was due west of Indonesia.

The east coast of Africa is actually due west of the Asian country — whereas Mecca is several degrees to the north.

One of the council's prominent clerics Ma'ruf Amin said today: "After a thorough study with some cosmography and astronomy experts, we learned they've been facing southern Somalia and Kenya.

"We've revised it now to the northwest."

He said Indonesians need not worry, however, adding: "The miscalculation did not affect God's ability to hear their prayers.

"God understands that humans make mistakes. Allah always hears their prayers."...

Kenali Ahli Perniagaan yang Dikaitkan dengan PM Bersama Paris Hilton

Posted: 19 Jul 2010 02:35 AM PDT

Blog ini pernah menyiarkan artikel tentang gaya hidup mewah dan maklumat ringkas Taek Jho Low yang dikatakan rapat dengan PM. Anda boleh membacanya di sini. Hari ini HD melaporkan hal yang berikut:

[HD] KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

Tiada ulasan: