SharpShooter |
- Selepas GAS kini ada GAZ di Perak
- Jerman berpesta gol...
- Judi dan rasuah punca utama bolasepak Malaysia lemah
- Mahathir sokong judi bola sepak.
- Ustaz Hassan Shukri kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah
| Selepas GAS kini ada GAZ di Perak Posted: 14 Jun 2010 02:37 AM PDT Barisan Nasional Perak bakal menerima tamparan hebat apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu dikartakan bakal mengambil tindakan nekad mengumumkan untuk melompat menyertai KEADILAN dalam masa terdekat.Ini berpunca rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap sikap pilih kasih dan diskriminasi yang di amalkan Menteri Besar 'Mahkamah', Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam pentadbirannya hingga ADUN BN terbabit merasakan sumbangan dan jasa mereka kepada parti dan negeri Perak tidak dihargai. Malah Dr Zambry dikatakan lebih menjaga kepentingan dan kebajikan tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat sebagai anggota Bebas. Pada satu sidang media yang diadakan, Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa ADUN BN telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Dr Zambry. "Barisan Nasional dan Umno Perak sekarang sedang mengalami krisis dalaman yang agak parah, terdapat beberapa ADUN mereka telah berjumpa dengan kita serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah. "Mereka menjelaskan polisi kerajaan BN sudah semakin tidak stabil dan dilihat sudah jauh tersimpang dari agenda perjuangan sebelum ini. Sikap Zambry yang memberi keistimewaan kepada ADUN Bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno. "Layanan istimewa yang diberikan oleh Zambry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada ADUN malah juga kepada Ketua-ketua Bahagian Umno," jelasnya. Zulkifli juga memberitahu kalangan ADUN dan pemimpin Umno Perak yang tidak berpuashati dengan stail kepimpinan Dr Zambry telah memulakan Gerakan Anti Zambry (GAZ) yang dikatakan sedang bergerak aktif dan mendapat sokongan dari setiap bahagian Umno dinegeri itu. "Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang berada di dalam Umno bahawa satu gerakkan GAZ juga sudah bergerak secara aktif sejak sebulan yang lalu, pergerakkan ini mendapat sokongan dari setiap bahagian yang kecewa dengan Zambry. "Pergerakkan tersebut dilakukan oleh Pemuda Umno sendiri dan melalui pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN Perak mereka hanya menunggu isyarat yang sesuai untuk turut bersama dengan KEADILAN. "Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN. "Pengumuman penting ini akan dilakukan oleh kepimpinan KEADILAN Perak bila tiba masa yang sesuai nanti. Kita tidak mahu kejadian yang lama berulang kembali," kata beliau lagi. Zulkifli memberitahu rakyat dan kepimpinan Umno Perak kecewa dengan tindakan pemimpin tinggi Umno-BN yang mengamalkan rasuah untuk memancing tiga ADUN Pakatan Rakyat untuk lompat parti awal 2009 sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat diambil alaih secara haram oleh Dr Zambry. "Umno Perak dan seluruh rakyat sudah menilai kerja kotor pimpinan tertinggi BN dengan menawarkan sejumlah wang yang besar kepada ADUN Pakatan dan mereka kecewa amalan rasuah bertambah teruk di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Mereka menyifatkan Umno menggunakan jalan yang salah untuk memastikan kedudukan terjamin di Perak sehingga menghalalkan yang haram seperti mana kelulusan lesen judi," katanya lagi. Zulkifli menambah kebanyakan ADUN BN yang bertemu dengannya menjelaskan akan berlaku kemerosotan kerusi BN pada pilihan raya umum yang akan datang, selain terdapat Orang Asal yang marah dengan kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakan segera tentang soal tanah mereka. Beliau juga tidak menolak akan berlaku usaha yang dilakukan oleh BN bagi menghalang usaha ketiga-tiga ADUN tersebut untuk menyertai KEADILAN. Beliau juga tidak pasti tindakan lompat parti sekiranya berlaku akan menyebabkan pembubaran DUN kerana pembentukan kerajaan sudah memasuki tahun ketiga. Turut hadir sama pada sidang media tersebut termasuk Ketua Biro Strategi Negeri Perak, Md Nasib Rahim dan Ketua Biro Orang Asal Negeri Perak, Arsian Napiteopoeloe. Sharpshooter :- Keadilan Perak tidak perlu terlalu ghairah melayan puak-puak umno yg kurang kasih sayang Zamri. Apa beza dgn puak-puak Keadilan yang melompat kerana kurang kasih sayang Anwar. Mereka bertindak demikian hanya kerana mahu Zamry tumpukan KASIH SAYANG pada mereka saja...Bagi Projek selesai masalah.... Nak sertai Keadilan biarlah kerana prinsip bukan kerana kurang kasih sayang Zamri. Nanti bila sudah sertai Keadilan...bila kurang kasih sayang Anwar..merajuk dan lompat pula... Pergi mampus dan jahanamlah dengan puak-puak macam ni. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 14 Jun 2010 02:20 AM PDT Ketiadaan Micahel Ballack dalam skuad Jerman kali ini tidak mencacatkan rentak Jerman untuk membelasah negara Kanggaru, Australia awal pagi tadi. Kemenangan 4-0 di jaringkan oleh Lukas Podolski '8, Miroslav Klose '26, Thomas Mueller'68, dan Cacau '90+2. Selepas ketinggalan 2-0, hasrat Australia utk kembali bersaing semakin sukar setelah Tim Cahil dibuang padang kerana dilayangkan kad merah. Jerman bermain dengan cemerlang selepas itu dengan menambah dua gol menarik. Kemenangan besar ini membolehkan Jerman mendominasi kumpulan D setelah Ghana menang ke atas Serbia semalam. JERMAN (4-0) AUSTRALIA Lukas Podolski '8 Miroslav Klose '26 Thomas Mueller'68 Cacau '90+2 STATISTIK MAN OF THE MATCH Sharpshooter - Tunggu Brazil beraksi...masih adakah lagi rentak samba dalam pasukan Brazil.. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Judi dan rasuah punca utama bolasepak Malaysia lemah Posted: 14 Jun 2010 02:07 AM PDT Mutu sukan bola sepak negara bakal mengalami kemerosotan yang serius jika judi bola sepak dihalalkan kerana tumpuan rakyat Malaysia akan bertukar daripada aktiviti sukan itu sebagai riadah kepada permainan yang diatur oleh proksi syarikat judi bagi mengaut keuntungan.Jurulatih bola sepak Kedah, Radhi Mat Din berkata sebagai bekas pemain yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam sukan bola sepak di peringkat negeri dan kebangsaan beliau berasa kecewa dengan sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional yang meluluskan lesen judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi masalah judi haram yang berleluasa di negara ini. "Bola sepak tidak ada kaitan langsung dengan judi, malangnya sukan ini sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. "Ini umpama lain yang sakit lain pula yang diubatnya dan kerajaan sepatutnya mengetatkan pemantauan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membanteras gejala tersebut. "Bola sepak mempunyai sejarahnya tersendiri, Malaysia pernah dilihat sebagai antara negara yang terkehadapan dari segi mutu permainan satu masa dulu. Kita setaraf dengan Jepun dan Korea, kini kita ketinggalan jika dibandingkan dengan negara tersebut," kata Radhi pada ceramah perdana sempena dengan Muktamar PAS ke-56 di sini Sabtu lalu. Menurut beliau pada tahun 1996 seramai 126 pemain telah disabitkan dengan kesalahan rasuah bola sepak dan lebih kurang 42 pemain telah didapati bersalah dan dibuang daerah atas kesalahan terlibat secara langsung dalam skandal rasuah bola sepak negara. Di kalangan mereka yang terlibat dalam jenayah itu termasuk pemain harapan dunia bola sepak yang bakal menggalas tugas dan tanggungjawab untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Yang menyedihkan lagi hampir keseluruhan skuad pra-Olimpik negara 1996 terlibat dalam jenayah rasuah tersebut. "Di Malaysia lebih 80 peratus pemain bola adalah anak muda, mereka banyak terdedah kepada judi bola. Tanpa judi bola pun mereka dengan mudah bermain judi melalui internet tanpa kawalan daripada pihak kerajaan, bayangkan apa yang terjadi kepada generasi ini jika judi bola ini dihalalkan oleh kerajaan. "Justeru itu, jika usia yang masih muda telah terjebak dengan judi maka mereka akan meneruskan sehingga dewasa sehingga menjadi darah daging mereka dan keluarga mereka akhirnya menjadi 'keluarga judi'. "Saya menyeru agar kita sama-sama turun ke Himpunan 100,000 rakyat Malaysia pada hari Sabtu 3 Julai 2010 di Kuala Lumpur bermula di Masjid Negara dan terus ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan ini. "Saya dengan ini juga menjemput tokoh-tokoh besar dalam negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan ramai lagi tokoh besar sama-sama turun dalam himpunan nanti," kata beliau lagi. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Mahathir sokong judi bola sepak. Posted: 14 Jun 2010 01:51 AM PDT ![]() Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata. Katanya, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa. "Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi. "Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak)di sini hari ini. Dr Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya PAS berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam. "DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak. "Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (PAS) kata yang ini saja tak boleh," katanya. Kerajaan sebelum ini menimbang untuk mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia. Bagaimanapun kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, kerajaan masih belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia. Najib dilaporkan berkata, pihak kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia. - BERNAMA Sharpshooter :- Mahathir dan UMNO sokong judi...Pakatan Rakyat tolak ..Guan Eng berkata..saya rela ke penjara kerana mengharamkan judi bola di P.Pinang... Lu fikir la sendiri.. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Ustaz Hassan Shukri kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah Posted: 14 Jun 2010 01:11 AM PDT ![]() Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi. Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah beliau masih lagi di hospital kini. Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar. "Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah. Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan