Isnin, 14 Jun 2010

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


KS vs KJ?

Posted: 13 Jun 2010 10:35 AM PDT

eh eh! Rasa macam kenal? Kau Ketua Pemuda kan?
Ayuh kita beradu tenaga!!


Eleh, nak beli tapi malu-malu...

Tadi KJ dan Nori datang ke Annexe CM, tengok pesta buku indie. Kami suruh dia beli Isu Dalam Kartun.

"Kau nak suruh aku beli? Hisyyyy!!"
"Ok aku bagi free!"
"Hiii tak mahulah aku!"
" Ambil gambar dengan buku ni ok?"
"Ok, tapi jangan minta aku baca. Dahlah aku tak jadi menteri, karang apa pun tak jadi kang."
HAHAHAHAHAHAHA! Semua orang ketawa.
"Apa pandangan kau tentang judi KJ?"
"semalam aku dah bagi statement dah. Tunggulah kerajaan bertindak."
"Kalau kau keluar umno jadi BEBAS kami sokong kau."
"Hahhaha! Tak mahulah! Ibrahim Ali dah kontrol. Citt! Menyesal aku masuk sini, ramai budak PKR. Hahaha!"

Woit KJ?
Betul gua cakap....lu masuk Bebas jelah....

paling kelakar bila aku terbelek2 semua buku cari mana part kami belasah dia. Dia pun tertunggu2 kartun mana dia kena belasah.
last2 aku cakap, "ko jarang kena belasah sebab kau kurang berkesan!"
kami semua ketawa termasuk KJ yang cool...ehem... i minat dia lahhhh..

foto ehsan: Sham dan Dalyanoon

Tiada ulasan: