Isnin, 14 Jun 2010

Manjadda wajada

Manjadda wajada


Kata2 S.Umar al-Khatob

Posted: 13 Jun 2010 08:54 PM PDT

Yang aku paling tertarik dgn kata2 S.Umar al-Khatob "kalau ada rakyatku yg lapar,akulah org pertama yg merasainya dan kalau ada rakyatku yg kenyang,akulah org terakhir yg menikmatinya".Subhanallah,agungnya peribadi Umar.Jauh sekali dari yg aku lihat di depan mataku sendiri.Bukan kata jauh,nak kearah itu pun tidak.menyebut2kannya pun tidak,mcmmn nak mencontohi?

Belajar Dari Dua Umar

Disamping kesibukan mengafal dan membaca kitab utk exam,sempat juga aku mencuri-curi masa untuk membelek buku lain yg tidak berkaitan dgn subjek exam aku.buku ni pada mulanya aku tak teringin pun nak baca,hanya terduduk di atas meja study aku tanpa aku sentuh.tapi 2 hari lepas tiba2 hatiku terdetik nak menjamah buku tu.buku yg aku maksudkan ialah buku 'BELAJAR DARI DUA UMAR' hasil karangan HEPI ANDI BOSTANI dari Indonesia.

Pada mulanya aku berniat utk hanya menjamah sikit dari mukasuratnya,tetapi,stlh lama dijamah,aku jadi terikat dan terpaut utk membacanya terus.walaubagaimanapunaku tetap membacanya skip2 mengikut tajuk yg aku minat.

Buku ni berkonsepkan penceritaan sirah yg mana pada akhir penceritaan diselitkan dgn realiti yg melanda dunia sekarang.

Buku ni mengangkat dua pemimpin agung kaum muslimin utk dijadikan teladan kpd para pemimpin zaman skrg.Dua Umar yg dimaksudkan ialah khalifah ke-2 Umat Islam iaitu Umar al-Khatob dan cucunya Khalifah Umar Abd Aziz.Dua tokoh ini adalah teladan pemimpin terbaik selepas RASULULLAH S.A.W.Menggunakan harta kekayaan negara sebaik mungkin tanpa ada sedikitpun niat di hati utk 'menculik' walau sebiji gandum harta rakyat.Mana mungkin dicari lagi pemimpin begini di akhir zaman ini.

Yang aku paling tertarik dgn kata2 S.Umar al-Khatob "kalau ada rakyatku yg lapar,akulah org pertama yg merasainya dan kalau ada rakyatku yg kenyang,akulah org terakhir yg menikmatinya".Subhanallah,agungnya peribadi Umar.Jauh sekali dari yg aku lihat di depan mataku sendiri.Bukan kata jauh,nak kearah itu pun tidak.menyebut2kannya pun tidak,mcmmn nak mencontohi?

Buku ini juga menyelitkan pandangan sisi T.G Nik Aziz yg juga MB Kelantan hampir 20 thn.Kemakmuran yg dibawa oleh T.G tak ada siapa lg boleh menyangkalnya.Inilah cnth Umar alkhatob Malaysia.

Kredit kpd:

http://redqalbi.blogspot.com/


REBUT PELUANG DAN GANAJARAN HEBAT DARI ALLAH

Posted: 13 Jun 2010 08:46 AM PDT

Berita Baik dan Ganjaran hebat

Esok isnin bersamaan 1rejab 1431

Sabda Nabi saw "Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku".

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Di antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w. berdoa:






"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan"

Maka ayuh kita bersama sama beramal didalam bulan Allah ini semoga kita semua mendapat kelebihannya. Aminnn….dibawah ada fadilat tentang ibadat dibulan rejab.



1- "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

2 - "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

3- "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

4 - "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

5 - "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

6 - "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

7 - "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

8 - "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

9 - "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

10 - "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

11 - "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

12 - "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

13 - "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

14 - "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

15 - "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

16 - "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

17 - "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

18 - "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

19 - "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

20 - "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

21 - "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Kredit: Batu vs Kayu

NIK AZIZ! TOLONG BAGI TAHU PADA UMNO?

Posted: 13 Jun 2010 06:03 AM PDT

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Malaysiakini

Krisis BN di Perak - parah ?

Posted: 13 Jun 2010 04:15 AM PDT

By albanjari at Sunday, June 13, 2010, 4:05 PM


"Barisan Nasional dan Umno Perak sedang mengalami krisis dalaman yang parah, rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah, sikapnya yang memberi keistimewaan kepada Adun bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno.

"Layanan istimewa yang diberikan oleh Zamry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada Adun malah kepada Ketua-ketua bahagian,"
--
Barisan Nasional Perak hari ini bakal menerima tamparan hebat apabila terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka akan mengambil tindakan mengumumkan untuk keluar parti bagi menyertai Pakatan Rakyat - KEADILAN kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Cerita selanjutnya: albanjari online

Tiada ulasan: