Ahad, 6 Jun 2010

SANGGAHTOKSAGO.COM

SANGGAHTOKSAGO.COM


Kesal PM enggan duduk semeja bincang masa depan Gaza

Posted: 05 Jun 2010 10:05 PM PDT

APCO adalah topeng syaitan Israel dan sekutu Umno!

PAKATAN Rakyat kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengasingkan diri dari bersama rakyat mengutuk tindakan kejam tentera rejim Zionis Israel menyerang aktivis dalam misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat meja bulat pimpinan Pakatan Rakyat bersama badan bukan kerajaan (NGO)di Kampung Baru berkata persidangan 4 Jun lalu telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana ia berjaya diatur dalam masa yang singkat. Beliau turut menyatakan kekesalan kerana tidak ada wakil dari Barisan Nasional (BN) mahupun Najib Razak walaupun jemputan telah diberikan lebih awal.

Turut hadir pada persidangan meja bulat termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Pusat, Ustaz Nasharudin Mat Isa serta pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO. Anwar memaklumkan persidangan meja bulat tersebut telah melakar satu sejarah kepada Pakatan Rakyat dan juga NGO.

"Pelan tindakan keadilan dan keamanan untuk Gaza yang telah dianjurkan 4 Jun 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mengambil pendirian bersama untuk mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan ke Gaza sebagai suatu tindakan ganas dan jenayah ke atas kemanusiaan.

Dengan kesepakatan bersama itu, Pakatan Rakyat mendesak agar jenayah Israel dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan persidangan telah merumuskan seperti berikut:

1. Mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan rejim Zionis Israel keatas aktivis misi keamanan berbilang warganegara.

2. Mendesak agar rejim Zionis Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.

3. Menuntuk supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.

4. Menuntuk semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarik balik.

5. Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.

"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni rejim Zionis Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung," kata Anwar.

Selain pendirian bersama yang telah dipersetujui, persidangan juga memutuskan untuk menghantar surat khas kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui Pegawai Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur selepas dalam perarakan Aman di Kedutaan Amerika Syarikat bagi bantahan kekejaman Israel.

Duta Amerika dikejutkan hampir 20 ribu rakyat bangkit bantah kekejaman Israel

Posted: 05 Jun 2010 09:56 PM PDT





PIMPINAN tertinggi Pakatan Rakyat berjaya menyerahkan resolusi meja bulat kepada wakil Kedutaan Amerika Sarikat jam 3.00 petang 4 Jun lalu bagi mengecam keras kekejaman rejim Zionis Yahudi terhadap rakyat Gaza dan serangan ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Resolusi itu antara lain mendesak agar Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan PBB digerakkan bagi mengenakan tindakan ke atas kekejaman Israel ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza. Penyerahan itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di hadapan pintu pagar kedutaan tersebut.

Turut serta dalam penyerahan itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dengan diiringi hampir 20,000 rakyat yang berhimpun di depan kedutaan tersebut.

Sebelum penyerahan resolusi kepada sekutu Israel itu, demonstran digerakkan dalam perarakan yang dianjurkan Pakatan Rakyat bermula di Masjid Jamek Kampung Baru seusai solat Jumaat. Perarakan dimulakan tepat jam 2.15 petang dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' dan diselang seli pelbagai slogan seperti 'hancur Yahudi' 'jahanam Israel', 'hancur APCO', 'Jahanam Umno', 'Khaibar- Khaibar Ya Yahud' dan banyak lagi.

Sebaik pimpinan utama selesai menunaikan solat Jumaat dan diikuti solat hajat bersama kariah masjid, laungan takbir bergema, anggota Unit Amal memenuhi perkarangan hadapan masjid, sambil demonstran mula bergabung untuk membentuk 'gerombolan' besar.

Terdengar suara-suara beberapa pegawai polis yang berpangkat tinggi berbincang sesama sendiri untuk mengarahkan samada himpunan tersebut dihalang atau sebaliknya. Sebaik melintasi perkarangan Bangunan Bank Pembangunan, kelihatan tujuh trak FRU menanti, namun tiada sebarang reaksi samada mereka mahu memancutkan air dari 'water canon' atau sebaliknya.

Tiada halangan dibuat, walaupun sehari sebelum himpunan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Wira Sabtu Osman telah memberi amaran agar tidak sesiapa menyertai himpunan haram itu. Para jurugambar dan wartawan berlari-lari dan mencari posisi yang menarik untuk merakamkan detik sejarah kebangkitan rakyat Malaysia mengecam kekejaman Israel.

Perarakan dipimpin oleh Anwar, Ustaz Nasharuddin, Salahuddin Ayub, Ustazah Nuridah Salleh, Ustaz Idris Ahmad dan ramai lagi. Tiba di hadapan kedutaan kira-kira jam 2.50 petang yang menyaksikan penggabungan dengan satu lagi himpunan yang dianjurkan NGO bermula dari Bangunan Tabung Haji.

Beberapa pimpinan yang berucap di atas lori yang dijadikann pentas, melaungkan kecaman kepada kerajaan Amerika Syarikat yang masih 'berpeluk tubuh' dengan kekejaman yang dilakukan sekutunya Israel. Mereka turut mendesak kerajaan Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menamatkan kontrak dengan APCO Worldwide sebuah agensi perundingan yang berkepentingan Israel.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu yang juga turut berucap menarik perhatian ramai apabila beliau mengeraskan suara 'Yahudi jahat, dulu, kini dan selamanya' kemudian diikuti oleh demontran. Ia diulang-ulang beberapa kali kemudian beliau melaungkan slogan 'jahanam Yahudi' dan 'halau APCO dari Malaysia'. Himpunan bersurai jam kira-kira jam 4 petang selepas beberapa ucapan pimpinan Pakatan Rakyat dan doa dibacakan oleh Ustaz Nasharudin.

Pakatan Rakyat serah resolusi mahu Amerika ambik tindakan ke atas Israel

Posted: 05 Jun 2010 09:49 PM PDT




TIMBALAN Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa menegaskan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.

Beliau berkata demikian sebaik mengadakan sidang media selepas menyerahkan resolusi meja bulat Pakatan Rakyat berhubung kekejaman Israel kepada Kedutaan Amerik Syarikat. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan Zionis Israel.

Ustaz Nasharuddin mendesak satu tindakan keras dikenakan badan-badan dunia ke atas Israel berikutan kekejaman ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza dan kepungan yang dikenakan ke atas rakyat Gaza sekian lama. Ujar beliau, Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu disebabkan Amerika terlalu berlembut menasihati Israel.

Sementara itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata Anwar ketika berucap di hadapan hampir 20,000 peserta himpunan dan perarakan aman anjuran Pakatan Rakyat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat 4 Jun lalu.

Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebelum itu menyerahkan resolusi kepada Kedutaan Amerika bagi mengutuk dan mengecam kekejaman Israel ke atas Konvoi Bantuan Kemanudiaan Gaza baru-baru ini.

Ketua Pembangkang itu berkata, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur. Amerika tegasnya, telah berlembut menyebabkan Israel bertindak ganas dan beliau minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat di mana-mana negara. Beliau menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan himpunan tersebut membuktikan rakyat negara ini sangat benci kekejaman yang berulang kali dilakukan Israel. Mereka tanpa mengira agama berhimpun bagi menunjukkan tanda protesnya kepada sikap berdiam diri sekutu Israel (Amerika) walaupun masyarakat dunia mengecam keras tindakan itu.

Lulus Lesen Judi Bola Sepak, Umno buat 2 kali kerja haram - Nyahkan judi!

Posted: 05 Jun 2010 09:41 PM PDT






UMAT Islam di negara ini makin sedar kaitan Umno-BN dengan industri perjudian. Diumum sahaja Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Awang Adik kerajaan telah luluskan lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia Julai ini, rakyat terus menyanggah dan menentangnya.

Sekalipun ulama Umno, dan Mufti berdiam diri, tetapi kebangkitan rakyat semua agama sepakat menolak judi. Ia kian mencemaskan Perdana Menteri. Tentangan semakin kuat, dan Julai ini satu Himpunan 100 ribu Rakyat Bantah Judi Bola Sepak akan diadakan. Tujuannya menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong agar "mengharamkan" judi tersebut. PAS mengetuainya.

Memberi kebenaran menjalankan perniagaan yang mengendalikan perjudian boleh dianggap sebagai menghalalkan judi kerana di sisi undang-undang kegiatan tersebut adalah dilarang dan hanya boleh dibuat jika dibenarkan, komen ringkas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran kepada Tan Sri Vincent Tan untuk menjalankan judi bola sepak.

"Itu sebab timbul istilah judi haram. Ertinya, sama juga dengan pelacuran, kegiatan tersebut pada hakikatnya adalah dilarang di sisi undang-undang kerana sebab-sebab yang amat jelas yakni mendatangkan mudarat kepada masyarakat", katanya sambil menyifatkan kerangka itu juga diterima oleh masyarakat sekular Barat.

"Di sana ia dibenarkan dalam bentuk loteri dan pertaruhan tetapi ini dibuat setelah kerajaan mendapat kebenaran dari rakyat. Jadi kalau kita kata negara ini demokratik maka tanyalah dahulu pandangan rakyat sebelum kerajaan beri lesen itu", jelas beliau lagi.

Dua minggu lalu Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak enggan menjawab soalan wartawan mengenai kebenaran yang diberi kepada Vincent Tan itu. Pada tahun 1960-an pentadbiran Tunku Abdul Rahman menubuhkan Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat yang menjual loteri untuk tujuan kebajikan. Bagaimanapun ini dimansuhkan pada awal 1980an.

Ditanya mengenai kuasa Kerajaan Persekutuan Aziz berkata: "Dalam konteks federalisme kita, kuasa itu tidak jelas dan mungkin tidak ada. Ini kerana perlembagaan cuma menyebut kuasa Persekutuan membuat undang-undang mengawal pertaruhan dan loteri. Negeri pula cuma diberi kuasa memberi lesen untuk panggung dan tempat hiburan awam".

Dengan itu, katanya lagi, kuasa membenarkan judi tidak disebut dengan jelas oleh perlembagaan sebagai sumber undang-undang tertinggi negara. Pakar perlembagaan itu berkata kekaburan kuasa itu memberi alasan untuk menuntut kerajaan membentangkan kertas putih mengapa ia memberi kebenaran kepada Vincent Tan.

"Selain kontroversi yang timbul sekarang kerajaan sendiri telah pun membubarkan lembaga loteri meskipun judi-judi yang lain termasuk kasino masih dibenarkan," tambahnya.
Aziz berkata kerangka perlembagaan yang ada sekarang sebenarnya memberi ruang untuk pelaksanaan Islam. "Yang jadi masalah, seperti yang berlaku dalam soal judi ini ialah sikap politik yang enggan mendengar suara rakyat. Undang-undang jelas tidak menggalakkan judi," tegas Aziz lagi.

Di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, lebih 300 ahli kariah Masjid Jumhuriyah bangkit menyatakan tentangan terhadap judi ini. Ia diketuai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bersama pimpinan PAS dan KeADILan Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara dan Kelana Jaya.

Muslimin, muslimat serta kanak-kanak turut menunjukkan sensitiviti mereka dengan judi yang diluluskan oleh Umno-BN ini. Mereka menaikan sepanduk, banner dan pelbagai slogan serta sorakan dimuntahkan sepanjang perhimpunan aman yang diadakan di hadapan masjid.

Tujuan Konvoi Kemanusian Gaza mahu dunia bangkit sanggah syaitan Israel laknatullah!

Posted: 05 Jun 2010 09:36 PM PDT


KONVOI Freedom Fortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar disertai 50 negara termasuklah Malaysia. Rombongan itu melibatkan lebih 700 sukarelawan, manakala beberapa orang dari Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang dikepung oleh rejim Israel. Walaupun sudah menjangkakan terdapat halangan samada dipenjara atau dibunuh oleh rejim Zionis Israel, namun atas semangat kemanusiaan, mereka sanggup mempertaruh nyawa masing-masing. Ikuti temubual wartawan SALMIYAH HARUN bersama Setiausaha Krisis Management Team Life Line For Gaza, Solehuddin Shuib merangkap Pemangku Pengerusi Biro Haluan Palestine.

Konvoi Freedom Fortilla ini telah dijangka akan berdepan dengan halangan yang cukup getir dan berisiko tinggi. Mengapa misi ini tidak diiringi dengan anggota keselamatan contohnya dari PBB?

SOLEHUDDIN SHUIB: Misi ini kita sudah war-warkan awal lagi adalah misi keamanan, dan sukarelawan yang menyertainya adalah aktivis keamanan yang cintakan keamanan dan bercita-cita ingin membantu rakyat di Gaza yang sedia maklum, dipenjara, dikepung secara terbuka. Oleh kerana sekatan-sekatan yang dibuat oleh Israel, jadi ini merupakan inisiatif yang harus dimulakan. Kita hendak meroboh benteng-benteng yang ada agar dapat diangkat, kerana usaha-usaha seperti ini sekali gus akan membuka mata dunia, yang mana mereka akhirnya akan bangkit ke atas sikap rejim Israel. Sikap kita pula sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil sikap takut kepada Allah, daripada inilah juga kita telah melahirkan hero-hero yang berjuang untuk kemanusiaan. Inilah antara perkara yang saya rasa rakyat Malaysia patut menyokong usaha-usaha yang baik ini.

Siapa tidak kenal dengan Israel yang bertindak luar kemanusiaan. Mereka sanggup membunuh kejam hatta orang awam mahupun sukarelawan. Jadi bagaimana nak menanganinya?

Kita sedia maklum perang itu adalah tipu helah. Dalam konteks ini sebagai ikhtiar dan usaha kita mahu menutup keangkuhan rejim Israel pada hari ini. Jadi dengan usaha yang kecil ini sedikit sebanyak akan membuka mata dunia. Walaupun kita mengetahui sikap zalim Isreal yang boleh bertindak membunuh sukarelawan kita bahkan sukarelawan sudah tahu risiko itu sama ada hidup atau terkorban dalam misi ini. Mereka yang mengikuti misi ini sudah bersedia menghadapi segala bentuk kemungkinan. Jadi mereka terkorban dalam keadaan yang mulia kerana niat mereka kerana Allah Taala membantu muslim di sana. Ini adalah kerja yang sangat mulia tidak ada sesiapa yang boleh halangnya. Ia akan dikenang sepanjang sejarah.

Terdapat cadangan supaya perlu ada serang balas terhadap tentera rejim Israel yang bertindak membabi buta terhadap Konvoi Freedom Fortilla...

Kita sedia maklum Israel jadi kuat kerana adanya Amerika yang mempunyai kekuatan tentera yang hebat serta kekuatan pelobi yang ada di Amerika. Kekuatan pelobi daripada Yahudi yang ada di Amerika cukup kuat. Kita berusaha langkah demi langkah bermula dengan diri kita memberi sesuatu yang jelas kepada masyarakat kita daripada dulu langsung tidak prihatin dengan nasib rakyat seagama di Palestine. Kini sudah mula prihatin. Dalam gerakan ketenteraan tidak boleh bawa kemana pun. Perang sekarang ini adalah perang media. Jadi kita kena jelaskan isu ini sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya kepada masyarakat kita di samping memberi kesedaran kepada mereka agar faham isu yang sebenarnya. Kita ambil satu contoh dalam isu boikot barangan Yahudi, kita hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hari inilah peluang masyarakat kita mendapat penjelasan hakikat yang sebenarnya.

Sekiranya konvoi ini gagal, apakah ada misi seterusnya?

Saya difahamkan oleh kerana ada usaha-usaha pada hari ini nampaknya Mesir bersikap lunak akhirnya membenarkan bantuan disampaikan dengan membuka Pintu Rafah. Saya difahamkan juga ada beberapa kapal dari Arab sedang melakukan usaha yang sama. Jadi usaha yang kita buatkan ini sebagai permulaan dan akan ada siri-siri seterusnya daripada pelbagai negara sama ada umat Islam atau bukan Islam dari seluruh dunia. Sehinggalah sekatan yang dikenakan selama ini akan dapat dirobohkan.

Apa harapan Saudara kepada seluruh masyarakat di peringkat antarabangsa?

Pertama sekali harapan kita tidak mahu melihat isu ini bersifat emosional, kerana bersifat emosional ini tindakannya bukan berdasarkan ilmu atau membuat keputusan yang tepat. Jadi kita sebagai orang Islam, kita bertindak mengikut panduan-panduan dan kaedah-kaedah yang diajar agama kita. Daripada konvoi ini insyallah menjadi satu titik untuk kita bermuhasabah dan banyak perlu kita baiki diri kita, keluarga, dan masyarakat agar menjadi sebuah negara muslim contoh, akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kuat dan menjadi model kepada negara-negara lain.

Mana tindakan PBB, OIC dalam menangani kecelakaan yang ditimpakan syaitan Israel terhadap Konvoi Kemanusiaan Gaza?

Posted: 05 Jun 2010 09:29 PM PDT


PBB dan OIC hanya layak menjadi pertubuhan orang kurang upaya kerana 'kelembapan' bertindak dalam menangani isu serangan Israel terhadap misi bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza. Itu antara yang disifatkan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar tentang sikap yang ditunjukkan pertubuhan yang berpengaruh di dunia itu. wartawan Harakah, NYZA AYOB mempunyai butirannya.

Bagaimana Dato' melihat peranan PBB dan OIC dalam menangani serangan Israel yang menyalahi undang-undang antarabangsa?

DATO' MAHFUZ OMAR: Saya menganggap PBB dan OIC ini menjadi pertubuhan Orang Kurang Upaya (OKU). Malah lebih teruk daripada OKU itu sendiri. Sebab pertubuhan OKU hari ini dapat mencungkil bakat-bakat seperti dalam bidang sukan. Maknanya orang tidak ada kaki boleh main bola, tetapi PBB dan OIC ini lebih teruk daripada orang kurang upaya. Saya anggap mereka bukan hanya orang kurang upaya tetapi sudah koma dan hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhir. Saya amat kecewa kedua-dua pertubuhan ini menjadi pak turut kepada Israel dan Amerika. Oleh sebab itu, saya juga melihat negara-negara anggota pertubuhan ini sudah hilang kejantanannya. Mereka inilah yang sepatutnya dimasukkan ke penjara Israel. Jika Israel inginkan tebusan, saya rasa pemimpin-pemimpin OIC dan PBB ini elok dihantar menjadi tebusan kerana mereka imenjadi beban kepada keamanan dan keselamatan dunia. Lebih baik mereka ini berada dalam penjara Israel.

Mengapa PBB, OIC lambat bertindak dalam isu ini?

Kelambatan dan 'kelembapan' PBB, OIC dan NATO kerana mereka dikuasai kepentingan politik Israel. Ini bermakna gerakan zionis antarabangsa yang telah menutup mulut dan mengikat kaki tangan mereka daripada bertindak. Jadi mereka sudah menjadi alat kepada Israel dan Amerika.

Mengapa Israel beriya-iya menghalang misi kemanusiaan yang dilakukan masyarakat dunia?

Saya lihat Israel yang melakukan sekatan terhadap masyarakat Gaza mahu melihat masyarakat Gaza terus ditindas. Mereka mahu penduduk Gaza sengsara dan mahu melihat kemusnahanan Gaza. Misi kemanusian Gaza yang ingin membebaskan Gaza daripada cengkaman Israel bagi memastikan kelangsungan hidup masyarakat Gaza ini dianggap Israel bertentangan dengan apa yang ingin dilakukan mereka. Mereka ingin memusnahkan Gaza dengan cara begini.

Apakah sikap PAS dalam isu ini?

PAS sebagai sebuah parti yang tidak menguasai kerajaan yang mempunyai kekuatan dasar luar, kita berperanan memberikan tuntutan kita terhadap anggota-anggota OIC dan PBB. Ini termasuk Malaysia. Kita mendesak Malaysia supaya menjadi sebuah kerajaan dan Perdana Menteri bertindak sebagai seorang Perdana Menteri dan bukan sebagai 'penghulu kampung pening lalat'. Jika sebagai 'penghulu kampung pening lalat', beliau tidak mempunyai sebarang kekuatan. Saya nampak ini yang menjadi masalah kerana kerajaan tidak boleh bertindak sebagai kerajaan. Perdana Menteri dan Presiden negara-negara seluruh negara tidak bertindak sebagai Perdana Menteri dan Presiden dalam isu ini. Perkara ini amat memalukan kerana mereka mempunyai kuasa tetapi tidak bertindak sebagai orang yang mempunyai kuasa. Acap kali apa sahaja dilakukan Israel, tindak balas kita hanya mengecam sahaja dan tidak ada tindakan lain. Kita mengatakan menghormati undang-undang antarabangsa tetapi Israel tidak pernah menghormati undang-undang antarabangsa. Mavi Marmara ini berada di perairan antarabangsa dan bukan perairan Israel.

Tapi inilah masanya kita 'wake up call'...

Ya! Inilah masa untuk dijadikan 'wake up call' oleh pemimpin-pemimpin dan kerajaan dunia termasuk Kerajaan Malaysia. Ini merupakan 'wake up call' untuk kita bangkit untuk kesejahteraan dan keselamatan dunia. Kita seharusnya memberi tekanan ke atas Israel. Jika ada yang mengatakan kenyataan saya ini keras, jika Israel gunakan tentera, kita hendak gunakan apa? Takkan kita masih hendak menggunakan kertas yang berbentuk memorandum. Kemana arah kita sekarang? Jika PBB tidak boleh bertindak dan tidak boleh membuat resolusi penyerahan tentera, saya rasa semua anggota PBB boleh keluar daripada pertubuhan ini.

Bagaimana Dato' melihat kepentingan misi kemanusian ini terhadap penduduk Gaza dan politik Timur Tengah?

Seharusnya masyarakat Timur Tengah membuka mata daripada misi kemanusiaan ini. Mereka harus melihat ianya sebagai peranan yang harus dimainkan Mesir. Saya juga menghormati sukarelawan seluruh dunia yang menyertai misi kemanusiaan ini. Mereka telah berjaya membuka mata dunia. Apa lagi yang hendak di tunggu pemimpin peringkat dunia. Israel telah menggunakan tentera untuk menyekat misi kemanusiaan ini.

Mengenang "Surat" Tun Mahathir mohon bantuan Israel untuk dana pilihan raya ke-10

Posted: 05 Jun 2010 07:56 PM PDT

Mahathir juga mudah lupa, ketika ini Anwar Ibrahim dalam penjara!

"SURAT" di atas (click pada image untuk besarkan) ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.

Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel. Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO. Mahathir mudah lupa! - Sumber

Tiada ulasan: