Ahad, 6 Jun 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


National Geographic Unique Moments Part 2

Posted: 06 Jun 2010 03:16 AM PDT

Baca Hososkop Solat Tidak Diterima?

Posted: 06 Jun 2010 03:08 AM PDT

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam.

Perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta."

Tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop? Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini.

Golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka. Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.

Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak.

Kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Larangan Mempercayai Tukang Tilik

Dari Aisyah r.a. katanya : Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda: "Mereka itu tidak benar." Mereka bertanya lagi: "Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi.

Bagaimana itu?" Jawab Rasulullah SAW, "Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih." (Hadis riwayat Muslim)

Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah 'orang pintar', paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.

Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.

Allah telah berfirman yang maksudnya, "Katakanlah, 'Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah', dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan." (Surah an-Naml, ayat 65)

Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Hadis riwayat Muslim)

Dari Shafiyah r.a., dari sebagian para isteri Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW sabdanya, "Siapa mendatangi tukang tenung, lalu dia menanya sesuatu kepada tukang tenung itu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam." (Shahih Muslim)

Taksub dengan ramalan

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.

Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan?

Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.

Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik.

Baju Batik PKR Ala UMNO

Posted: 06 Jun 2010 03:05 AM PDT

Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional (PKN) dari dulu lagi. Dalam sejarah awalnya, parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang agak chic dan mahal.

Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh.

Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi perdana menteri. Maka mereka pun melabur. Melabur untuk parti politik ini adalah teras hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistion.

Dalam pilihan raya tahun 1999 - ramai juga lelaki berperut gendut dan berbaju batik yang menampil diri dan melabur lagi. Perlaburan mereka jatuh meleset. Maka berakhirlah zaman 'pink form Anwar Ibrahim'.

Maka bermulalah zaman realis bahawa kuasa bukan di tangan individu atau kerana retorik individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak kerajaan zalim BN.

Saya datang ke kongres parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal.

Saya menghadirkan diri untuk memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.

Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002 - satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.

Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memaki baju-t berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM.

Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.

Kongres di tokong amat radikal

Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di dewan perhimpuan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda. Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.

Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan. Kali ini di Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.

Jika hotel dilamar - hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong.

Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.

Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.

Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.

Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa yang terdapat di kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali.

Mereka datang kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi. Ini juga sebagai pelabur saham. Budaya germbolan datang sekali lagi dalam PKR.

Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat kongress ke-6PKR. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah sesudah 8 Mac 2008 - ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya Pakatan Rakyat.

Hilang indentiti

Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai Cahaya Bulan. Saya sampai awal pagi. Ketika saya sampai, apa yang saya dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak lumayan berbanding dengan tokong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur. Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.

Untuk saya gerakan anak muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti politik yang boleh berkembang. Bila saya menjenguk muka ke dalam dewan persidangan AMK - saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR muda sedang berdebat dan berbincang.

Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju biru. Mungkin ini baju rasmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang berseragam sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat cool.

Anak muda cool pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana harus berbaju atau berseluar. Yang suka berseragam adalah mereka yang suka ditarik hidung. Pakaian seragam diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya tersenyum - bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.

Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center. Saya pun tidak faham kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan bahasa Inggeris ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang menggunakan "I" dan "You" untuk membuktikan bahawa para pelakon drama ini berilmu.

Dalam dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari PKR.

Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan telah cuba mengempiskan perut.

Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka yang telah lari meninggalan PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka juga sering dilihat memakai baju batik berlengan panjang.

Untuk saya baju batik berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation.

Saya anggap perkara yang paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakonkan yang baru.

Kita bukan sahaja wajib menolak parti gerombolan. Kita juga wajib menolak budaya yang disebarkan oleh gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang adalah budaya gerombolan.

Ini wajib dilupuskan. PKR wajib melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas hanya dan menerima baju batik berlengan panjang sebagai budaya. Kerana malas, maka perut jadi gendut.

~Hishamuddin Rais~

Isu panas dalam kerajaan Melaka

Posted: 06 Jun 2010 03:03 AM PDT

Gomo semalam menerima Emel yang datangnya dari nama pena Anak sejati Melaka. Penghantar emel ini menyampaikan kepada Gomo untuk di sebarkan cerita ini agar tindakan selanjutnya dapat di jalankan oleh pihak yang berkenaan di dalam pentadbiran Datuk Seri Ali Rustam.

Katanya juga kerana sayang kepada Melaka dan menghormati kepimpinan D.S. Ali Rustam maka kerana itulah beliau mengkritik isu yang akan di sampaikan ini.

Emmm... Gomo juga sayang kepada UMNO yang mentadbir kerajaan Melaka. Cukuplah projek Eye yang Jahanam. Jangan jadikan isu yang akan di bawa ini pula yang membawa rebah. D.S.Ali Rustam perlu pantas dalam menyelesaikan isu ini. Moga pembaca dapat menilainya dan bersama sama kita menegur kepimpinan Kerajaan BN Melaka. Amin.......

Anak Melaka Sejati Said.....

Arena pentadbiran Datuk Seri Ali Rustam (DSAR) sekali lagi akan tercalar selepas episod pemilihan perwakilan UMNO yang lepas. Kejujuran dan kebaikan DSAR sekali lagi disalahgunakan oleh pegawai bawahannya. Kali ini pergolakan dan mungkin juga korupsi berlaku di salah sebuah anak syarikat dibawah Kerajaan Negeri Melaka iaitu Planetarium Melaka Sdn Bhd (PMSB).

Setelah Kerajaan Negeri Melaka membelanjakan hampir RM30juta untuk pembinaan PMSB yang lengkap dengan segala macam kemudahan pada lebih kurang 2 tahun yang lepas, minggu ini rata-rata pengunjung dan juga lapisan masyarakat terkejut dengan langkah Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) mengeluarkan

"TENDER PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KOMPLEKS PMSB".

Desas-Desus mengatakan pengurusan PMSB sekarang yang diterajui oleh seorang bekas pekerja industri korporat yang berstatuskan "Phd." telah gagal dan menyebabkan PMSB rugi dan seterusnya tidak mampu lagi menguruskan sendiri kompleks PMSB.

Daripada kaji selidik tidak rasmi, hampir keseluruhan kontraktor yang terlibat untuk pembinaan, penyelengaraan dan juga pasukan pengurusan PMSB adalah di kalangan kroni individu tertentu. Kaji selidik tidak rasmi ini juga mengatakan bahawa terdapat seorang individu yang menjadi "Mastermind" didalam mengatur segala urusan perniagaan dan peluang projek di PMSB.

Individu tersebut juga adalah anak kepada bekas orang kenamaan di Melaka. Individu ini juga telah terlibat secara langsung dimasa permulaan pembinaan PMSB kira-kira pada dua tahun yang lepas dimana individu ini telah mengaut keuntungan jutaan ringgit bagi projek kompleks PMSB ini.


Persoalannya disini,

Apakah Kerajaan Melaka tidak sedar akan percaturan yang sedang berlaku ini


Ataupun ianya didalangi ataupun dilindungi oleh "Orang Dalam"?
dan mengapakah Kerajaan Melaka masih berurusan dengan individu tersebut?
Adakah semua yang berlaku ini diketahui oleh DSAR?

Segala permainan individu yang tidak bertanggungjawab dan keuntungan yang telah dikaut selama ini, telah terbukti menyebabkan PMSB gagal mendapat keuntungan dan seterusnya gagal menguruskan sendiri kompleks dan perniagaan PMSB.

Masyarakat dan pihak-pihak yang mengetahui masalah ini pastinya sedih dengan keadaan yang berlaku dan pastinya Ketua Negeri Melaka DSAR tidak mengetahui hal sebenarnya kerana selama ini ianya dilindungi oleh individu tertentu yang tidak bertanggungjawab.





Harapan masyarakat agar DSAR dapat menyiasat hal ini bagi mengembalikan semula hak masyarakat untuk menikmati kemudahan dan keistimewaan PMSB yang pada mulanya dibina hanyalah untuk tatapan rakyat.

~Anak Melaka Sejati~

Pembangkang minta 'keajaiban ketiga' dari rakyat

Posted: 06 Jun 2010 03:00 AM PDT

Ekoran 'keajaiban' DAP merampaskan kerusi parlimen Sibu baru-baru ini, parti itu kini rakyat menggunakan kuasa undi mereka untuk 'keajaiban ketiga' dengan menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menjadi ahli politik pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Naib presidennya, M Kula Segaran berkata: "Dalam pilihanraya umum akan datang, rakyat mesti memberi keajaiban ketiga - untuk mengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan pusat."

Beliau yang juga timbalan pengerusi DAP Perak dan ahli parlimen Ipoh Barat berkata, negara sehingga ini telah menyaksikan dua kejadian politik: Pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana Pakatan memenangi lima negeri dan BN hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan baru-baru ini, DAP merampas kerusi parlimen Sibu dari tangan BN.

Kula menegaskan demikian ketika berucap di forum politik Pakatan anjuran DAP di Dewan Chin Woo di Ipoh malam tadi.

Kira-kira 1,500 penyokong Pakatan membanjiri forum tersebut. Penceramah lain ialah pemimpim veteran DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pengerusi Pakatan Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan pengerusi PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Kit Siang, Guan Eng dan Nizar mendapat tepukan gemuruh para penyokong yang bangun berdiri menyambut ketibaan mereka di dewan yang penuh sesak itu.

Kata 'cukup' kepada BN
.
Kula menegaskan bahawa kemenangan di Sibu merupakan satu pukulan hebat terhadap kedudukan parti pemerintah dan membuktikan bagaimana satu impian boleh menjadi kenyataan.

Dan menurutnya lagi, ia telah memberi harapan politik kepada pemimpin Pakatan untuk meneruskan impian untuk sampai ke Putrajaya dengan kuasa rakyat.

"Roket (lambang DAP) sedia untuk terbang ke Putrajaya, tetapi kita perlu bahan bakar dari sokongan pengundi untuk mencapai matlamat slogan Pakatan, 'dari Sibu ke Putrajaya'," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Kula juga menggesa mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian bagi membantu menjadikan impian Pakatan ke Putrajaya satu kenyataan.

~MK~

Tentera Israel memang berniat membunuh

Posted: 06 Jun 2010 03:00 AM PDT

Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.

~Bernama~

12 sukarelawan M'sia selamat tiba di tanahair

Posted: 06 Jun 2010 02:59 AM PDT

Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas, tiba di tanahair pukul kira-kira 5.40 pagi tadi.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.

Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) Jumaat dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanahair Sabtu petang.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki "Mavi Marmara", yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan.

Sehubungan itu, Anifah dan beberapa pegawainya berlepas ke Amman Rabu lepas bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia tersebut.

Kumpulan sukarelawan itu dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya kira-kira 9 pagi ini.

~Bernama~

Penaja misi Rachel Corrie tuntut pembebasan segera

Posted: 06 Jun 2010 02:59 AM PDT

Pertubuhan Damai Perdana Global (Perdana Global) menuntut pembebasan segera tanpa syarat kesemua aktivis damai, pekerja bantuan kemanusiaan dan anak-anak kapal Rachel Corrie yang dirampas secara haram oleh Pasukan Pertahanan Israel.

Penasihatnya Datuk Mukhriz Mahathir berkata delegasi Malaysia terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3.

Mereka disertai di atas kapal oleh bekas Penolong Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu Dennis Halliday, Pemenang Hadiah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham dari Free Gaza Movement dan pembikin filem dokumentari Fiona Thompson.

"Tindakan tidak bermoral dan tidak dapat diterima itu oleh Pasukan Pertahanan Israel merampas Rachel Corrie dari perairan antarabangsa sebelum sampai di pelabuhan Gaza adalah satu tindakan lanun," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Beliau berkata: "Israel telah melakukan jenayah serius di lautan lepas. PGPO menuntut semua rakyat Malaysia dan warga negara lain di atas kapal Rachel Corrie dibebaskan segera tanpa diapa-apakan".

Mukhriz mengulas rampasan MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepong Israel, oleh tentera laut regim itu pada kira-kira 2.45 ptg (Waktu Malaysia) hari ini dan kemudian dikemudi ke pelabuhan Ashdod.

"Tindakan primitif dan unilateral seumpama itu (oleh Israel) mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Kami menggesa rakyat Malaysia dari semua agama dan kepercayaan agar mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang diculik, begitu juga anggota-anggota lain kapal bantuan kemanusiaan itu," kata beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia mesti bersatu menentang ketidakadilan dan kekejaman rejim Zionis terhadap anggota-anggota kapal perdamaian untuk menamatkan kepungan yang tidak boleh diterima dan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza yang berani dan tidak berdosa.

Misi bantuan itu ditaja oleh Perdana Global, sebuah NGO Malaysia. Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena seorang wanita Amerika yang terbunuh oleh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika membantah perobohan rumah-rumah oleh rejim itu.

~Bernama~

Derma tidak akan menghalalkan judi

Posted: 06 Jun 2010 02:57 AM PDT

Janji hartawan Tan Sri Vincent Tan untuk 'menderma' kepada yayasannya adalah 'gula-gula' untuk cuba memujuk rakyat Malaysia supaya menerima sebagai halal apa yang mereka tahu memang haram, kata setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta, yang ditabur atas nama kebajikan.

"Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti beliau. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Tan - yang memiliki syarikat Ascot Sports yang mendapat lesen judi sukan - untuk menderma RM525 juta, hasil jualan Ascot kepada Berjaya Corps - konglomerat yang dikuasainya.

Tan dilaporkan berkata, sumbangan kepada Better Malaysia Foundation, yang menyediakan biasiswa dan bantuan perubatan, adalah untuk menolak dakwaan yang beliau meraih keuntungan daripada hasil jualan Ascot.

Suhaizan berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan derma tersebut.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.

"Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, GMJ akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan," tambahnya.

~MK~

Pulau Pinang tetap larang judi sukan

Posted: 06 Jun 2010 02:56 AM PDT

Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp. Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan. Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram. Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut. Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.

~MK~

Umno membuka pekung di dada

Posted: 06 Jun 2010 02:55 AM PDT

~Drs Harun Jaafar~

Rombakan kecil kabinet telah dilaksanakan. Tindakan itu dilihat sebagai satu usaha terancang yang hanya menyerlahkan kedudukan kelam-kabut dalam kerajaan. Hal ini disebabkan oleh terlalu banyak masalah yang perlu diselesaikan.

Janji kepada MIC terpaksa ditunaikan. Kuota untuk MCA terpaksa dipenuhi. Kemerosotan sokongan rakyat Sarawak terhadap BN pun diambil kira. Kesemuanya dibuat untuk memenangi hati pihak-pihak tersebut. Namun demikian, kita dapat melihat banyak petanda negatif daripada rombakan tersebut.

Pertama, Umno memberi lebih perhatian kepada parti lain jika dibandingkan dengan dirinya sendiri. Adakah mereka mahu rakyat berkata Umno tidak gila kuasa? Gila atau tidak bukan terletak kepada jumlah anggota kabinet. Tindak-tanduk jahat mereka terhadap lawan yang menjadi ukurannya.

Kedua, UMNO kurang percaya kepada anggotanya sendiri. Sebab itu, ramai timbalan menteri Umno disingkirkan. Langkah ke belakang ini hanya memperlihatkan ketidakbolehan pemimpin UMNO memberi perkhidmatan yang memuaskan. UMNO memalit arang ke muka sendiri.

Ketiga, Kerajaan UMNO-BN hilang kepercayaan kepada kemampuan Ahli Dewan Rakyat mereka sendiri. Sebab itulah kepercayaan diberikan kepada Senator. Hal ini membuktikan bahawa semua Ahli Dewan Rakyat UMNO-BN yang ada sekarang ini tiada kualiti, kredibiliti, dan integriti.

Sungguh malang nasib rakyat Malaysia yang memilih mereka. Kesilapan sedemikian tidak boleh diulang lagi. Kita perlukan wakil rakyat yang berwibawa untuk menyemarakkan kemakmuran negara.
Hanya dengan cara itu kita boleh berkongsi kekayaan negara ini dengan adil dan saksama dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara tercinta ini.

UMNO-BN telah membuktikan ketidakberkesanan mereka sebagai pemerintah. Mengapa kita membiarkannya? Gantikan mereka dengan orang lain.

Lagi penafian Pemuda Umno terkilan

Posted: 06 Jun 2010 02:54 AM PDT

Pergerakan Pemuda Umno tidak terkilan walaupun Ketuanya Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin Umno tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak, dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di Kota Bharu pada Sabtu.

Pergerakan itu juga katanya memahami hak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dalam membuat rombakan tersebut.

"Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan... agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai 'kehangatan' isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin isu itu tidak akan menimbulkan keresahan pada kalangan pemimpin Umno khususnya pada kalangan Pemuda sendiri.

Sementara mengulas isu berlainan, Razali berkata Pemuda telah melancarkan kempen khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bernilai 50 sen bagi setiap SMS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Kutipan daripada kiriman SMS itu akan disumbangkan kepada tabung bantuan kemanusiaan, katanya.

~Bernama~

Kebaikan di dunia

Posted: 05 Jun 2010 10:07 AM PDT

Allah beri bermacam-macam kebaikan di dunia buat hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka. Bagaimana kita hendak tahu kita telah mendapat kebaikan di dunia atau tidak? Apa kata para ulama mengenai kebaikan di dunia itu?

Ulama-ulama dahulu termasuk Ibnu Katsir, telah menyenaraikan apa itu kebaikan di dunia di dalam kitab-kitab mereka. Apa yang mereka senaraikan itu semuanya dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam hidup.

Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut: kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang. Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.

Ada juga ulama mengatakan kebaikan di dunia itu meliputi tiga perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan yang sabar (dalam menanggung ujian Allah). Tiga perkara ini terkandung dalam doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Senarai kebaikan di dunia oleh ulama-ulama ini bukan hanya dilihat pada perkara-perkara lahir yang dapat dipandang mata tetapi juga perkara-perkara batin yang dapat dirasai oleh hati. Perkara-perkara itu adalah pokok-pokok kebaikan di dunia.

Pokok-pokok Kebaikan Di Dunia

Apa rasionalnya mereka mengatakan demikian? Kenapa dikatakan semua itu kebaikan di dunia? Mari kita lihat dan cuba huraikan:

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah SWT

Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang dibantu oleh Allah untuk mengamalkan Islam. Islam bererti "selamat". Orang Islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh beruntung orang yang beragama Islam…" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abi Zar r.a., Rasulullah SAW bersabda, (Hadith Qudsi) "Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.

Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.

Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..." (Hadis Riwayat Muslim)

2. Diberi kefahaman dalam agama

Untuk amalkan Islam perlukan kefahaman. Siapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dapat berbuat amalan soleh

Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu".

Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Az-Zumar, ayat 10)

4. Mendapat ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara baik dan selamat. Sebab itu Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah manfaat kepadaku dari apa-apa Engkau ajarkan kepadaku dan ajarkan daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku." (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.

Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.

5. Mendapat isteri yang solehah

Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya. Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.

Sabda Rasulullah SAW : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri." (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

1. Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

2. Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

3. Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

4. Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

5. Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab.

Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Namun ada juga orang yang Allah beri kebaikan walaupun tidak mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi kerenah pasangannya.

6. Mendapat zuriat penyejuk hati

Betapa sejuknya hati kalau anak-anak taat, hormat dan tahu berbakti. Tanpa tiga perkara ini, tidak ada erti kepandaian, kedudukan dan jawatan tinggi yang dibangga-banggakan pada anak. Anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita terus mengalir kepada kita dan kita juga menerima kebaikan dari doa mereka.

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

1. Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

5. Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

6. Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

7. Mendapat kawan-kawan yang solihin

Perkara ini juga disebut dalam hadis sebagai tanda kebahagiaan. Kawan yang baik akan tegur kesalahan kita dan mengajak kita buat baik. Kawan yang soleh atau solehah ini akan bawa kita ke jalan hidup selamat. Mereka tempat berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar.

Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

8. Kesihatan, kesejahteraan dan kelapangan

Dengan kesihatan yang baik, banyak perkara dapat dilakukan dalam hidup ini. Orang Mukmin memanfaatkan kesihatan untuk buat sebanyak mungkin kebaikan sebelum datangnya sakit. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Rasulullah SAW memohon: "Ya Allah, 'afiatkanlah tubuh badanku dan 'afiatkanlah pendengaranku." (Hadis Riwayat Ibnu Syaibah)

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit. Seseorang itu janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai.

Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat kemenangan begitu juga sebaliknya.

9. Panjang umur di dalam ketaatan

Hampir setiap orang mahu hidup lama, kecuali orang yang putus asa dengan hidup. Paling baik kalau dapat panjang umur sambil berbuat ketaatan kepada Allah. Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur di dalam mentaati Allah." (Hadis Riwayat Khotib daripada Abdullah dari bapanya)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya." (Hadis Riwayat Jabir r.a.)

10. Mendapat rezeki yang halal

Rasulullah SAW menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia akan memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: "Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari usaha yang halal." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Dari Abdullah bin Amru bin 'Ash r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh amat beruntunglah orang yang Islam (berserah diri) dan merasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW telah menasihatkan kita agar melihat kepada orang yang di bawah. Jangan melihat kepada orang yang di atas (lebih bernasib baik) kerana yang demikian itu akan membuatkan kita menjadi tidak bersyukur.

Namun itulah masalahnya yang berlaku pada setiap daripada kita. Sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Tetapi ini bukan pula bererti bahawa kita tidak boleh mengejar yang lebih baik. Rezeki itu hak dan kepunyaan Allah. Maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada keizinan daripada-Nya.

11. Beroleh keimanan dan ketakwaan

Dengan iman dan takwa, seseorang itu mulia di sisi Allah dan di sisi manusia. Siapa yang tak sukakan kemuliaan? Sabda Rasulullah SAW : "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda : "Hendaklah kamu bertakwa, kerana ia merangkumi semua kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Ya'ala)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)." (Hadis Riwayat Muslim)

Yang dimaksudkan dengan kaya di sini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah SWT ialah :

1. Bertaqwa
2. Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)
3. Tidak menonjolkan diri

Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan mertabat kemuliaan manusia itu sendiri.

12. Banyak mengingati Allah SWT

Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan. Orang Mukmin adalah orang yang hidupnya penuh ketenangan. Firman-Nya: "...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenteram (tenang)." (Surah Ar-Ra'ad, ayat 28)

Sabda Rasulullah SAW : "Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Hadis Riwayat ad-Dailami)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Orang yang mencintai Allah SWT dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

Dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.

Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.

Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah SWT, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

13. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah

Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci, keluh-kesah dan lain-lain sifat mazmumah. Tidak hairanlah dikatakan, orang yang bersih hatinya dari sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan di dunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah.

Misalnya jika ada orang terganggu dengan turunnya hujan pada waktu hujan itu 'tak diperlukan', dia sentiasa mencari hikmah di sebaliknya. Bila dapat nikmat pula, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah. Firman Allah Taala: "Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyuci (membersihkan) jiwanya." (Surah Al-A'la, ayat 14)

14. Mati di dalam kebaikan (Husnul Khatimah)

Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia. Firman Allah SWT : "….demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka) Salamun 'Alaikum." (Surah An-Nahl, ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW : "Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah." (Hadis Riwayat Abu Na'im)

Para ulama yang beramal dengan ilmunya melihat sesuatu dengan mata hati. Oleh itu, dalam senarai kebaikan di dunia yang mereka turunkan di atas, tidak ada perkara-perkara berbentuk nikmat zahir semata-mata.

Misalnya mereka tidak kata kebaikan di dunia itu ada pada rumah besar, kedudukan tinggi, isteri cantik, duit banyak, nama popular, kenderaan mewah dan lain-lain yang sering kita buru hari ini. Semua ini tidak ada dalam senarai para ulama. Bermakna, mendapat semua itu belum bererti mendapat kebaikan yang hakiki.

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hamba Allah yang taat – hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl ayat 122 dinyatakan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. hasanah (kebaikan) di atas kehidupan dunia.

Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah akan beri kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendaki. Walaupun mengutamakan akhirat, Allah akan dahulukan bermacam-macam kebaikan buat mereka di dunia lagi. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka.

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

[2.200] "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." [2.201] "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

Sentiasa menjaga iman

Posted: 05 Jun 2010 10:05 AM PDT

Satu hari, Imam al-Ghazali bertanya kepada anak-anak muridnya, "Pertama, apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Kerana itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati, seperti firman-Nya yang bermaksud, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah ali-'Imran, ayat 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua, "Apa yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah "MASA LALU".

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan mampu kembali ke amsa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama kita.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar, kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU". Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah al-A'raaf, ayat 179)

Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat Imam Ghazali adalah, "Apakah yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH", seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh..." (Surah Al-Ahzab, ayat 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana mereka tidak mampu memegang amanah mereka.

Pertanyaan kelima yang ditanya oleh Imam al-Ghazali adalah, "Apakah yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Disebabkan kesibukkan dalam menjalankan tugas atau pekerjaan mahupun menghadiri mesyuarat dan sebagainya, kita tinggalkan solat.

Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Imam al-Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab denga serentak, pedang... Benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, manusia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Islam pada nama atau Islam keturunan

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku telah redha untuk menjadikan Islam itu sebagai agama kamu." (ayat terakhir yang diturunkan, surah al-Maa'idah sebahagian daripada ayat 3).

Saidina Abu Bakar r.a. menangis apabila mendengar ayat ini. Beliau faham tentang ayat ini diturunkan di mana Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka kerana telah cukup segala ajaran yang disampaikan kepada seluruh manusia. Selang beberapa bulan kemudian, Rasulullah SAW wafat dan meninggalkan kepada manusia dua perkara, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Sekarang ini, ramai yang mengaku Islam, tetapi hanya sekadar pada nama atau Islam keturunan dan tidak mahu memahami apa itu Islam yang sebenarnya. Sepatutnya kita perlu memahami ajaran Islam kerana Islam adalah agama yang sejahtera (selamat, bahagia, sejahtera).

Nescaya apabila kita menganut agama Islam engan hati yang tulus ikhlas, kita akan mendapat kesejahteraan, ketenangan dan keamanan. Sepatutnya kita berbangga dengan agama Islam yang kita anuti.

Sebenarnya orang yang merasakan dirinya dapat menghiburkan orang lain sebenarnya dirinya tidak terhibur. Inilah apa yang terjadi kepada penyanyi-penyanyi popular. Kita sepatutnya merenung diri kita, adalah kita telah menghayati ajaran Islam seperti yang sepatutnya?

Kalau manusia tidak mengenal Islam pada sudut yang sebenarnya, perkara-perkara buruk mustahil boleh berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa belajar agama dan mengenal cara yang betul. Saidina Umar r.a. pernah berkata, "Sesungguhnya ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit bila ada individu tidak mengenal ajaran dan perbuatan Islam dan mengamalkan hidup Jahiliyah."

Berteras pada akidah

Oleh itu, kita perlulah mengikis segala sifat-sifat Jahiliyah yang ditinggalkan dan meninggalkan dengan sifat-sifat Islam dan menunaikan tuntutan-tuntutan Islam dalam hidup kita. Segala sesuatu yang dilakukan hendaklah berteraskan kepada kidah Islam yang sebenarnya.

Sebaliknya jika tidak, maka tamadun manusia itu akan runtuh dan masyarakat akan rosak akhlak. Orang yang berada dalam keadaan desak iaitu ketika hendak menemui ajal dan tetap berdegil dengan kesilapan yang lalu, maka dia tergolong dalam golongan orang yang bongkak.

Orang yang melakukan sesuatu yang boleh membuatkan orang lain berdosa, maka orang itu juga berdosa. Semoga kita sentiasa menjaga iman dan rahmat Allah SWT adalah hampir kepada mereka yang sentiasa berserah diri kepadanya.

~Mohd Huzairi Zainuddin~

Jangan meninggalkan zikir

Posted: 05 Jun 2010 10:01 AM PDT

Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai." (Surah al-'Araaf [007], ayat 205)

Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih 'Subhanallah' bertakbir 'Allahuakbar', membaca hauqalah 'Lahaula wala Quwata Illa Billah', membaca hasballah 'Hasbiallah', membaca basmallah 'Bismillahir Rahmanir Rahim', membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah." (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah.


Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)

Di samping itu, zikir 'Lailahaillallah' mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Barangsiapa yang mengucapkan 'Lailahaillallah' dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga." Lalu ditanya kepada baginda SAW, "Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?" Rasulullah SAW bersabda, "Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram." (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu 'Lailahaillallah.'" (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah 'Lailahaillallah' di sebelah yang lain, maka dacing kalimah 'Lailahaillallah' itulah yang lebih berat." (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah 'Lailahaillallah'." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Jangan meninggalkan zikir

Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.

Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).

Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.

Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, "Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku."

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya.


Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).

Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang yang mengingat (berzikir pada) Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah ali-'Imran [003], ayat 190-191)

Firman Allah yang bermaksud, "Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang."
Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, "Siapa membaca kalimat tahlil: 'Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir' sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang.


Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: 'Subhanallaahi wa bihamdih' sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan." (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)

Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: "Siapa membaca: 'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir' sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail." (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: 'Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.'" (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)

Dari Mush'ab bin Sa'ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: "(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca."


Sabda baginda, "Bacalah: 'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah', 'Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin', 'laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.'


Lalu kata orang itu, "Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?" Sabda baginda, "Bacalah: 'Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.'" (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)

Dari Abu Malik Al Asyja'i dari bapanya r.a., kataya: "Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini 'Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.'" (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)

Dari Abdullah r.a, katanya, "Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: 'Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir.


Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha. wa a'udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba'daha. Rabbi a'udzubika minal kasali, wa suu-il kibari.


Rabbi a'udzu bika min 'adzabin fi naari wa 'adzabin fil qabri' dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata 'amsaina' (petang hari) dengan kata 'ashbahna' (pagi hari)." (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)

Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula.


Rasulullah bertanya kepadanya, "Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?" Jawab Juwairiyah, "Betul, ya Rasulullah!" Sabda Nabi SAW, "Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat.


Kalimat itu ialah: 'Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.'" (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)

Kesimpulan

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan.


Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal'alamin.

Firman Allah SWT yang maksudnya, "Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur." (Surah Ash-Shaaffaat [037], ayat 143-144 )

Semoga bermanafaat.

Kompilasi : KHEU-BN, al-Hikam dan tambahan sendiri

Lidah mampu bawa manusia masuk syurga atau neraka

Posted: 05 Jun 2010 10:01 AM PDT

DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.


Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: "Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama." (Hadis riwayat Ahmad)

Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga." (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: "Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: "Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: "Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka."

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Jaga lidah elak buat dosa

Posted: 05 Jun 2010 10:00 AM PDT

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati. Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...."

Rasulullah s.a.w bersabda pernah bersabda yang bermaksud, "Tidak akan lurus keimanan (istiqomah) seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya." (Riwayat Ahmad).

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Dalam kitab hadis sahih Muslim pula, dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya." (Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., No Hadis – 33)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Seorang hamba (manusia) yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Abu Hurairah r.a., No Hadis – 2507)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT." (Riwayat al-Bukhari)

Dari hadis-hadis di atas, sebaik-baik orang yang berhijrah ialah hijrahnya dengan hati dan lidah. Insya Allah, dengan berhijrah hati dan lidah, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a. yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan jolokkan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Sayidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata: "Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka."

Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: "Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?"

Jawab Muaz, "Ya, kami nak tahu." Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, "Jagalah ini."

Muaz berkata, "Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?"

Rasulullah menjawab, "Betapa azabnya Muaz, orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah."

Dari Ibnu Syuraih Al Adawi r.a., katanya : "Kedua telingaku mendengar dan kedua mataku melihat ketika Rasulullah SAW mengucapkan sabdanya : "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya, selebihnya." Para sahabat bertanya, "Apa yang dimaksud dengan selebihnya, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Iaitu siang dan malamnya, bertamu itu hanya tiga hari. Lebih dari itu adalah sedekah atas tamu itu." Dan sabda baginda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam!" (Hadis Sahih Muslim, No 1710)

Marilah kita menjaga lidah kita masing-masing. Agar lidah kita tidak menyengat diri sendiri, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Menjaga lidah daripada jenayah

Posted: 05 Jun 2010 09:58 AM PDT

Pepatah mengatakan, lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati. Berhati-hati, jenayah menggunakan lidah tidak akan kita nampak dosanya di hadapan mata, tetapi dosa-dosa ini akan diperlihatkan di kampung akhirat nanti.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah untuk meluahkan perkataan yang elok-elok? Sebabnya yang sering berlaku, kita menggunakan lidah untuk berbual kosong, mengumpat, bercakap perkara sia-sia sehingga kadang kala melampaui batas.

Jenayah lidah juga menjadi racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud, "Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam)." (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini. Dalam bahasa kita, istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat. Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata tetapi kadang kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat." (Hadis riwayat ahli sunnah dan Ahmad)

Berbahasa kasar dan mulut jahat bukan tabiat orang beriman. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seseorang mukmin bukan seorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan dia juga tidak bersifat jahat di samping ia tidak bersikap buruk." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya." (Hadis riwayat Ahmad)

Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SWT. Dasar istiqomah adalah istiqomah hati iaitu lurusnya hati di atas tauhid. Apabila hati telah beristiqomah kepada Allah dalam erti kata takut, cinta, tawakkal dan mengagungkan Allah maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya. Ini ialah kerana hati adalah raja kepada badan manakala anggota badan adalah rakyatnya.

Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah ialah lidah kerana lidah adalah terjemahan hati yang menggambarkan pemikiran seseorang.

Oleh itu, peliharalah lidah sebaik-baiknya. Strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lidah sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata, "Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat." (Hadis riwayat Muslim)

Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW. Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat.

Zikrullah menjamin hati yang sempurna, hati yang hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.

Renung-renungkan!

Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Yahudi Road Penang

Posted: 05 Jun 2010 09:54 AM PDT

Rata-rata orang Penang pasti tahu dimana Yahudi Road atau Jalan Zainal Abidin dimana terletaknya Menara UMNO dan Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Persoalannya mengapa jalan itu diberi nama Yahudi Road. Sejarah menunjukkan bahawa Yahudi sudah berada di Pulau Pinang sejak tahun 1700 an. Terbukti di Yahudi Road ada perkuburan yahudi sebanyak 200 kubur dan dijaga dengan baik oleh penjaga kubur berbayar .Jika ada kubur pasti ada kaum keluarga di sini.
Lambang Yahudi Zionis Israel tertera di perkuburan tersebut. Persoalan tanah ini milik siapa. Siapa bayar cukai tanah dan dimana lagi kubur yahudi di Pulau Pinang.
~pasbukitbendera~

Halatuju PKR dan PAS selepas ini

Posted: 05 Jun 2010 09:51 AM PDT

~Suhaimi Al-Maniri~

Minggu lepas, 28-30hb. Mei, 2010 kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkampung di Kota Bharu, Kelantan bagi mengadakan Kongres Nasional ke-6. Minggu hadapan, 9-13hb. Jun 2010 giliran ahli PAS pula berkampung di Kota Bharu, Kelantan mengadakan Muktamar Tahunan ke-56.

Semua hotel dan rumah tumpangan di sekitar Kota Bharu menjadi tempat persinggahan ahli-ahli PKR dan PAS. Malah peniaga-peniaga di Pasar Besar Siti Khatijah dan sekitarnya termasuk di Pengkalan Kubur, Tumpat dan Rantau Panjang boleh tersenyum kerana Kelantan menjadi destinasi tumpuan pelancong domestik dalam beberapa minggu ini kebelakangan ini.

Dua tahun kebelakangan ini, yakni tahun lepas (2009) dan tahun ini PKR dan PAS nampaknya memilih negeri dan tempat yang sama untuk mengadakan Kongres Nasional dan Muktamar Tahunan mereka. Tahun lepas, PKR dan PAS sama-sama memilih Shah Alam, Selangor. Tahun ini mereka memilih Kota Bharu, Kelantan pula.

Selepas Kongres PKR, menjelang Muktamar PAS

Saya tidak pasti, sama ada pemilihan tempat Kongres Nasional PKR dan Muktamar Tahunan PAS berlaku secara kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu rupa bagi menampakkan kerjasama erat PKR-PAS. Jika tahun depan, kedua-dua parti ini memilih Kedah dan Pulau Pinang pula sebagai negeri mereka berkampung, mungkin DAP pun boleh turut serta.

Inilah keunikan yang ada dalam parti-parti Pakatan Rakyat (BN) yang tidak ada pada Barisan Nasional (BN). Ketika parti-parti dalam PR mula serasi, parti-parti dalam BN pula semakin bercakaran. Paling teruk sengketa antara UMNO dan MIC. Malah lain-lain parti dalam BN pun semakin mencurigai tindak tanduk UMNO sebagai tunggak BN.

Berbalik kepada Kongres Nasional PKR yang sudah berakhir, khabarnya tidak banyak yang terungkai dari sebelumnya. Cuma kali ini perwakilan PKR mula mempertikaikan kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) yang tidak menghargai perjuangan aktivis bawahan PKR yang tidak mempunyai status 'elit' tetapi setia menjadi penggerak parti.

Bagi meredakan keadaan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor memberikan sedikit harapan kepada perwakilan dan pemerhati Kongres Nasional untuk melantik 'Pegawai Pembangunan DUN' bagi menggantikan peranan 'exco angkat' yang diamalkan sebelum ini.

Perlantikan Pegawai Pembangunan DUN/Parlimen atau seumpamanya (Penyelia DUN/Parlimen) telah lama diamalkan di Kelantan. Mungkin inilah satu-satunya yang dipelajari oleh PKR dari Kelantan yang diperintah oleh PAS yang boleh digunapakai dalam menyemarakkan semangat ahli-ahli dan pendokong-pondokongnya di Selangor yang dikuasai oleh mereka.

Ketika saya berjumpa dengan seorang kenalan lama yang merupakan aktivis PAS di Selangor, beliau menyebut Menteri Besar Selangor itu terlewat dua tahun. Beliau berpendapat, exco tidak perlu dibebankan untuk menjaga beberapa kawasan pilihanraya 'angkat' yang tidak ditandinginya. Katanya, tugas exco dan Menteri Besar adalah membangunkan negeri.

Selain itu, PKR mula memperkenalkan konsep baru dalam perlembagaan mereka. Keutuhan parti itu juga bakal teruji lagi dengan pindaan perlembagaan barunya bulan depan yang membolehkan keseluruhan ahli layak untuk mengundi memilih presidennya. PKR menjadi satu-satunya parti politik yang membenarkan ahli memilih Presiden mereka secara langsung.

Bagaimanapun Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dilaporkan berkata, disiplin parti akan ditingkat melalui proses penyusunan semula keseluruhan majlis pimpinan tertinggi parti itu, kecuali jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung dalam pemilihan selepas ini.

Dari jangkaan saya, PKR akan terus kekal dipimpin oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Untuk itu, Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail dicadangkan oleh ketua biro latihannya Mustafa Kamil Ayub sebagai 'profesor sepenuh masa' di 'Universiti Politik Keadilan'.

Selepas melihat apa yang dilakukan oleh PKR, tiba masanya kita melihat apa persiapan yang akan dilakukan oleh PAS pula dalam muktamarnya nanti demi memastikan parti tersebut terus mendapat sambutan rakyat dalam pilihanraya umum ke-13 nanti..

Perkara ini dijangka menjadi tumpuan dan perhatian perwakilan dalam perbahasan mereka selain daripada membincangkan beberapa tindakan politik terbaru parti tersebut dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS mennggantikan Kelab Penyokong PAS untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangkakan oleh Datuk Mustapa Ali, Setiausaha Agong PAS akan diadakan pada April, 2011.

Keutamaan kepada PAS sekarang adalah mempertahankan Kedah yang menjadi penanda aras baru kepada kemampuan PAS memerintah negara selepas ini. Kemampuan PAS meneruskan kesinambungan memerintah Kedah sekarang ini adalah bergantung kepada 3 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP untuk terus istiqamah dengan kerajaan PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat.

Dengan dua orang ADUN PKR yang pernah menjadi exco Kedah telah keluar parti menjadi bebas, tidak ada apa yang mustahil perkara ini boleh berlaku dimasa hadapan. Lebih-lebih lagi bila seorang exco Kedah, Lim Soo Nee (PKR) dalam ucapannya dalam ceramah 'Bubar DUN Kedah ?' pada 22hb. Mei lepas di Kota Sarang Semut sempena Ijtimak PAS Kedah mendedahkan UMNO/BN sentiasa berusaha untuk mendapatkan beliau meninggalkan PKR.

Setelah terbukti UMNO/BN telah berjaya di Perak kerana 'kelalaian' PR membubar DUN lebih awal sebelum ketiga-tiga ADUN PKR dan DAP mengistiharkan diri menjadi ADUN bebas menyokong BN. Sebab itu Menteri Besar Kedah sekarang tidak boleh tidur lena, kerana UMNO/BN sentiasa berusaha menggangu gugat Kerajaan Kedah.

Pergolakan politik di Kedah belum berakhir berbanding dengan Pulau Pinang yang diterajui DAP dan Kelantan yang telah diterajui oleh PAS sejak 2 dekad yang lepas. Malah kerajaan camporan DAP-PKR-PAS dalam Pakatan Rakyat di Selangor juga belum tentu selamat dari ancaman UMNO/BN tetapi lebih bernasib baik berbanding dengan Kedah kerana majoriti kerusi DUN yang diperolehi mereka adalah lebih besar.

Jika Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah berjaya melepasi penggal ini dan seterusnya memenangi pilihanraya umum ke-13 sekali lagi dengan majoriti kerusi PAS sendiri bermakna peluang BN untuk kembali semula memerintah Kedah selepas itu semakin sukar.

Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh Kerajaan Kelantan pada penggal 2004-2008 yang diperintah oleh PAS dengan kelebihan satu (1) kerusi sahaja. Tetapi kerajaan camporan PAS-PKR-DAP di Perak walaupun dengan kelebihan tiga (3) kerusi hanya mampu bertahan tidak sampai setahun selepas memenanginya dalam pilihanraya Mac, 2008.

Selamat bermuktamar kepada PAS!

Projek Mega Kampung Baru

Posted: 05 Jun 2010 09:47 AM PDT

Sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang mengemukakan kertas kabinet berkenaan pembangunan Kg Baru dengan cadangan membuka peluang 40% kepada kaum bukan Melayu adalah amat dikesali.

Rata-rata pemilik dan pewaris aset-aset Kg Baru tidak bersetuju dengan cadangan ini. Pendirian menolak cadangan ini bukanlah bersifat perkauman tetapi adalah merupakan satu pendirian tegas pemilik dan pewaris dalam mempertahankan Kg Baru sebagai satu-satunya aset Melayu Islam dalam kawasan di tengah-tengah Kota Metropolitan KL.

Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kg Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya, tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah.

Mereka lebih rela membangunkan Kg Baru dengan cara dan kemampuan sesama mereka sendiri daripada aset yang penuh sejarah dan sangat berharga ini dilepaskan sebahagian atau mungkin juga akhirnya terlepas langsung kerana tidak mampu bertahan dengan himpitan pembangunan dan tawaran wang ringgit yang lumayan.

Ramai yang melihat cadangan 60:40 ini menyerlahkan kegagalan kerajaan Pusat yang diterajui UMNO/BN. Kegagalan pertama adalah kegagalan untuk mempertahankan satu-satunya kawasan atau kampung yang 100% milik Melayu Islam walau pun UMNO selamanya mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu.

Tunjukkan dimana ditengah-tengah Kota Metro KL yang boleh dikatakan kemegahan dan kepunyaan Melayu Islam, mungkin ada beberapa buah seperti Maju Junction; sedangkan UMNO menerajui Kerajaan Pusat selama hampir 53 tahun.

Kegagalan kedua ialah UMNO mengakui bahawa tanpa kaum Bukan Melayu orang Melayu tidak boleh maju, tidak mampu membangunkan kampung sendiri, tiada daya upaya untuk berdiri-sendiri dengan lebih bermaruah.

Malang sekali kerana maruah Melayu diperlekehkan oleh tidak lain tidak bukan oleh UMNO yaang tunjang perjuangannya adalah Melayu, Apakah kerajaan begitu sengkek sehingga tidak mampu menyediakan satu dana yang sewajarnya untuk membangunkan sebuah Kg Tradisi ditengah-tengah KL.

Kemana lagi orang Melayu mahu dipinggirkan, ke Flat mana, ke Pangsapuri mana lagi sambil berputih mata melihat tanah mereka tergadai, Mungkin Menteri WP akan mengatakan kita kena bersiakap realistik, jangan emosional dalam isu Kg Baru ini. Apakah tidak realistik untuk terus mempertahankan tanah tumpah darah Melayu ini yang diwariskan oleh Kerajaan British sebelum merdeka.

Sekali lagi disini saya menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu diberi perhatian dalam proses Pembangunan Kg Baru:

1- Pembentukkan Badan Amanah yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kampung dalam Kg Baru, wakil penjawat MAS, wakil NGO-NGO dan individu yang diiktiraf oleh anak-anak Kg Baru, wakil dari pihak kerajaan iaitu DBKL, KWPKB, JPM dan Wakil Rakyat Titiwangsa.

2- Penubuhan Konsortium Pemaju yang terdiri dari pemaju-pemaju kalangan anak-anak Kg Baru bagi memastikan kebertanggung-jawaban yang tinggi terhadap kelangsungan pembangunan yang boleh juga diterajui GLC seperti Tabung Haji yang menjaga kepentingan Melayu Islam.

3- Dana Khas yang sewajarnya dari Kerajaan Pusat dengan itu tidak perlu penglibatan pihak swasta mahupun pelabur-pelabur asing bagi memastikan pemilikan yang berterusan dan bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan pengekalan aset mereka.

4- Memastikan pemilikan 100% kekal ditangan Melayu Islam tanpa kompromi.

5- Pembangunan mesti mengambil kira pembangunan yang berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual. Pembangunan yang tidak diurus dengan amanah dan jujur akan melahirkan bangunan-bangunan konkrit yan diisi oleh keruntuhan akhlak, kebobrokan budaya dan kepincangan sosial.

6- Masjid Kg Baru hendaklah menjadi nadi pembangunan bagi memastikan pemusatan terhadap Aqidah dan Syariah Islam itu menjadi agenda utama.

7- Pembangunan yang menjurus kearah Kg Baru sebagai Pusat Sehenti Melayu dimana segala-segalanya berkenaan Melayu ada diwakili disini termasuk dari konsep arkitek, buadaya, ekonomi, sosial dan kesenian serta sejarah Melayu.

Adalah diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan konsisten dengan kenyataan dan tindakan beliau untuk tidak mempolitikkan isu pembangunan Kg Baru. Pembangunan Kg baru mampu diteruskan sekiranya ada keikhlasan, kejujuran, amanah dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

Dr Lo'Lo' bt Datuk Hj Md Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

Najib terhutang budi pada Kumpulan Berjaya

Posted: 05 Jun 2010 09:46 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi. Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

"Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan," ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN. Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan Rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

"Hanya Umno yang menyokong," ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: "Itu kena tanya Umno".

Majlis berakhir dengan penyebaran risalah GMJ bertajuk Judi Meruntuhkan Masyarakat & Negara oleh anggota gerakan itu yang turut memaklumkan mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi pada 3 Julai di Istana Negara sempena penyerahan memorandum bantahan judi itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

~harakah~

Duit Judi Nak Buat Kebajikan

Posted: 05 Jun 2010 09:44 AM PDT

Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya. Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.

~MK~

Beri lesen untuk halal judi ‘pendek akal’

Posted: 05 Jun 2010 09:43 AM PDT

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyifatkan mereka yang meluluskan lesen judi kerana mahu menyekat aktiviti 'judi haram' adalah golongan `pendek akal'. Setiausahanya, Nahar Mohd Noor berkata, bukan caranya untuk 'menghalalkan' judi dengan mengeluarkan lesen judi.

Beliau berkata, jika demikian kemungkinan pelacuran dilesenkan untuk menghalalkannya.

"Orang pendek akal melakukan demikian," ujarnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azami Abdul Hamid dan wakil sebahagian daripada 21 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan itu.

Mereka turut menyebarkan risalah mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi Sukan yang akan diadakan pada 3 Julai ini untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Nahar menegaskan bahawa perkara yang buruk dan haram seperti judi tidak boleh diatasi dengan cara memberi lesen. Katanya lagi, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia akan menyebabkan rakyat terus terperangkap dengan ketagihan judi.

Menurutnya, kajian menunjukkan mereka yang terperangkap dengan kes along kerana terlibat dengan perjudian.

Berucap pada majlis yang sama, Setiausaha Abim, Rahimi Abdul Rahman pula melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana bantahan rakyat terhadap judi sukan itu tidak disambut oleh media arus perdana.

Sehubungan itu, beliau berharap media arus perdana turut memainkan peranan untuk membantah kelulusan lesen judi itu bagi menyedarkan masyarakat.

~harakah~

Judi bola terus dibantah

Posted: 05 Jun 2010 09:41 AM PDT

Pertubuhan Anak Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PAMSWP) turut mempertikai dan mengutuk tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia.

Mereka dalam satu sidang media di bangunan Yayasan Selangor siang tadi berkata masalah pokok bukan terletak pada judi tidak berlesen, tetapi aspek penguatkuasaan kerajaan.

"Tetapi soal kelemahan dalam aspek penguatkuasaan.

"Sama ada kita benar-benar mahu benteras atau sebaliknya," kata Exconya, Mohamad Yusof Yahya.

Hadir sama pada sidang media Say No To Judi Bola itu juga termasuk Naib Yang Dipertua 1 dan 2, Mohd Said Abd Hamid dan Mohd Zaini Anwar Hashim. Pada mereka, sudah cukup selama ini kerajaan memberi lesen kepada kelab-kelab eksklusif, kasino bertaraf dunia seperti mesin judi slot dan lumba kuda.

"Enough is enough. Kita merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik pengeluaran lesen terbabit," katanya lagi.

Judi katanya, hanya menambah kepincangan hidup masyarakat dengan keruntuhan nilai moral dan sosial. PAMSWP mempunyai 3,000 ahli di seluruh Selangor. Mereka juga memaklumkan akan memanjangkan bantahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat.

~harakah~

Tiada ulasan: