Sabtu, 5 Jun 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Profesor dipenjara anjur pesta sex di rumah

Posted: 05 Jun 2010 03:36 AM PDT

BEIJING: Seorang profesor sains komputer dihukum penjara tiga setengah tahun kerana menganjurkan pesta seks, lapor media semalam.

Ma Yaohai, 53, mengaku tidak bersalah tetapi mahkamah mendapati ada cukup bukti untuk mensabitkannya dengan kesalahan itu.

Sebelum ini, Ma berkata, dia dan kumpulannya menyertai pesta itu atas kerelaan sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa.

"Apa yang kami lakukan adalah untuk keseronokan sendiri. Semua peserta melakukannya secara suka rela dan tahu perbuatan itu boleh mereka dihentikan pada bila-bila masa," katanya.

Menurut Ma, perkahwinan seperti air yang mesti diminum.

"Pesta seks pula seperti segelas wain. Anda boleh memilih untuk meminumnya atau tidak," katanya.

Ma menganjurkan pesta seks itu di rumahnya sebelum dia dan kumpulannya ditahan pihak berkuasa. Seramai 18 orang didakwa dan dihukum penjara sehingga dua setengah tahun.

Menurut hakim mahkamah di Nanjing, Ma menerima hukuman lebih berat kerana tidak mengaku salah. - Reuters

Tiada ulasan: