Selasa, 22 Jun 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN



Khalid downplays Kg Baru local council role

Posted: 22 Jun 2010 05:50 PM PDT

Khalid seen trying to be populist in the Kampung Baru story?
KUALA LUMPUR, June 23 — Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim may be sabotaging his own alternative redevelopment plan for Kampung Baru when he insisted yesterday that the involvement of the settlement's de facto local council was not a major issue. "That will be discussed but [it is] not going to be the major issue in this," he told The Malaysian Insider.
"The major issue in this will be retaining the ownership of the Malay community in the area, at the same time taking advantage of the high net worth and development value of the area."
The Kampung Baru Malay Agricultural Settlement Administrative Board (MAS), which has administered the village since its inception 110 years ago, insists that it should retain control of any redevelopment effort in Kampung Baru.
"We are now reviewing the papers I gave to the federal government more than 15 years ago and to see how relevant it is in this current situation," Khalid said last night.
The Bandar Tun Razak MP said he intends to convene a forum with Kampung Baru representatives in July.
"Hopefully, they'll agree to have a meeting with me and also with Ahli Parlimen (MP) Titiwangsa, Datuk Lo' Lo' (Ghazali) and also PKNS (Selangor Development Corporation) with regard to an option that can be considered by the people of Kampung Baru," he said.
Khalid originally presented his offer on Saturday, one day after MAS denied a claim by Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin that owners and beneficiaries had agreed to the federal government's redevelopment plans.The chief miniter had said that Selangor has administrative obligations to Kampung Baru although the settlement was located in Kuala Lumpur, and pointed out that PKNS was the entity responsible for developing Kampung Baru before Kuala Lumpur was made into a Federal Territory.
Raja Nong Chik, who has been tasked by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to spearhead redevelopment plans for the settlement, has faced one obstacle after another since taking helm of this project.
He was quickly forced to back down from his position that non-Malays were key to Kampung Baru's new genesis after objections from residents, eventually conceding that the decision would be put up to a vote among owners and beneficiaries.
He then clarified that not a single square inch of Kampung Baru land would be sold to non-Malays, and that his original proposal to open up the area to non-Malays only involved the sale of strata titles.
The minister has characterised Khalid's offer as an attempt by PKR to curry favour with Malays, adding that it would cause disunity in Kuala Lumpur's Malay community.

Memang Umno mesti berani

Posted: 22 Jun 2010 05:46 PM PDT

Saya terpegun membaca ulasan Mohd Afifi Abd Razak, Pensyarah Sains Politik dari UUM dalam akhbar Utusan. Beliau menulis di bawah tajuk "Umno mesti berani":

Antara ujian yang dihadapi (Umno) adalah seperti berikut:

a) krisis kepimpinan dalam parti yang menyaksikan pergeseran di peringkat kepimpinan Umno di beberapa buah negeri
b) cabaran yang bertali arus dari parti-parti pembangkang - Pakatan Rakyat
c) sikap tidak ambil peduli dalam kalangan segelintir pemimpin dan penyokong Umno terhadap keadaan parti tersebut serta lupa matlamat sebenar perjuangan Umno
(beliau gariskan lima ujian, saya ambil tiga yang relevan di atas)


Sementara itu akhbar yang sama termasuk beberapa laman web melaporkan ADUN Seri Serdang , Satim Diman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor dilaporkan terus tidak hadir mesyuarat Perhubungan Umno Negeri termasuk yang diadakan semalam. Ada khabar yang mengatakan berkemungkinan beliau akan meletakkan semua jawatan politiknya termasuk ADUN Seri Serdang.

(Untuk makluman PAS tewas pada PRU lalu di DUN tersebut dengan hanya 45 undi, undi rosak 827!)

Kalau diteliti ulasan Mohd Afifi ternyata stigma yang melanda Umno khasnya di negeri-negeri yang Umno kecundang, Selangor dan Kedah, terus menghantui mereka sehingga hari ini. Umno melalui pimpinan mereka cuba memberanikan muka berdiri di atas runtuhan kekalahan mereka, tetapi ternyata gelombang yang menjatuhkan mereka itu tidak reda-reda dan terus menghanyutkan harapan mereka.

Apabila tewas, maka krisis kepimpinan pasti tidak dapat dielakkan. Masing-masing menuding jari, masing-masing mahu melangkah mayat mereka yang kecundang itu untuk naik ke atas.
Sejak tewas contohnya di Selangor, kabinet Khir Toyo terus dikambing hitamkan. Hari ini Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi berdiri di belakang kain Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Umno mahu bangkit kembali, tetapi pemimpin PR yang menggantikan mereka khasnya dari PAS dan PKR, di tempat-tempat yang mereka tewas ternyata menggherhanai prestasi kepimpinan mereka selama ini.
Nama-nama baru yang muncul menggantikan tempat Umno contohnya Iskandar Abd Samad di DUN Chempaka, Dr Abd Rani di DUN Meru, Nik Nazmi di DUN Seri Setia, Haniza Mohd Talha di DUN Taman Medan, Dr Ahmad Yunus di DUN Sijangkang berjaya menawan dan menambat hati rakyat dengan gaya kepimpinan pro rakyat.

Begitu juga tokoh-tokoh besar PAS dan PKR seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Dr Hasan Ali dan Azmin Ali meyakinkan rakyat khasnya bekas-bekas pengundi Umno bahawa, inilah tokoh-tokoh baru Melayu yang mempunyai kualiti dan kewibawaan dan memang mampu menggantikan tokoh-tokoh Umno yang pernah diberi peluang tetapi gagal memikulnya dengan amanah.
Umno kini tiada kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan lebih 20 tahun di Kelantan. Kerana itu sebagaimana digariskan Mohd Afifi sudah menular sindrom "tidak ambil peduli"dikalangan mereka.

Ini berlaku kerana politik wang sudah menjadi darah daging di bawah kepimpinan Umno dahulu. Apa sahaja peluang, kayu pengukurnya adalah politik. "Budak-budak Umno" termasuklah kontraktor, usahawan hatta penjaja dan pengusaha kecil diperas dengan gula-gula politik wang ini.

Hari ini bila Umno sudah tiadakuasa, budak-budak ini lapar. Dan dalam kelaparan itu membuka mata mereka bahawa selama ini Umno telah mendidik mereka dengan budaya yang sangat tidak bermaruah dan senteng.
Kepimpinan PR di negeri-negeri yang PR kuasai ini membuka peluang buat semua, berniagalah dengan telus, tertib dan bersih, amalan-amalan lama terkubur dengan terkuburnya pemimpin-pemimpin lama.

Sekecil-kecil peniaga di pasar-pasar malam boleh akui hakikat ini. Dahulu mereka perlu membayar "ufti" pada Umno cawangan, sekarang mereka bayar lesen terus pada PBT, tiada lagi pihak ketiga. Kontraktor yang sememangnya berkemampuan dan terlatih dahulunya terpaksa "sub" kerja dari kontraktor milik pimpinan Umno, kini lega kerana mereka boleh bersaing secara aman.

Perubahan ini ketara dan tidak dapat dinafikan. Inilah yang membimbangkan Umno. Di negeri yang mereka tewas, rakyat yang menikmati perubahan ini pasti tidak mahu tukar dan kembali ke zaman kegelapan. Demikian juga di negeri-negeri yang Umno masih kuasai, berita dari negeri-negeri PR pasti masuk ke lubang telinga masing-masing. Jika begitu di Selangor contohnya mengapa Negeri Sembilan tidak boleh, mengapa Pahang tidak boleh?

Saya tidak tahu apakah punca Satim bertindak menyembunyikan diri. Tetapi kiranya beliau merasai gelombang perubahan ini, beliau dan ramai rakan-rakan lain yang masih di dalam Umno harusnya sedar, bahawa perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara hakikatnya telah beransur-ansur bertukar tangan. Umno tidak lagi juara perjuangan ini. Ianya telah bertukar bahtera.

Sewajarnya kita semua bangkit sedar, bahawa gelombang besar rakyat yang menuntut perubahan, yang melanda pada PRU ke 12 itu akan terus berulang.
Tiada gunanya kita bertahan pada bahtera yang rapuh dan buruk, beranilah untuk melangkah ke bahtera baru yang telah pun meyakinkan rakyat.
Kalau Mohd Afifi menyeru agar "Umno mesti berani", maka saya mahu menambah bahawa "Pemimpin dan ahli-ahli Umno mesti berani, melangkah keluar, bersama di atas bahtera baru yang lebih meyakinkan dan diterima rakyat".

Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno?

Posted: 22 Jun 2010 05:41 PM PDT


Dr Asri masih dalam perbincangan dengan Umno?
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini. The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini.
"Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan," kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau.
Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik.
"Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang," kata beliau lagi.
The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama.
"Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno," kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno.
Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam.
"Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami," kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno.
Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.
Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno.
Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.
"Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya.
Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai "cendekiawan berkecuali."
The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik.
Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama.
"Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas," kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno.

Ulama masuk Umno, silakan jika mahu pikul maksiat

Posted: 22 Jun 2010 05:39 PM PDT


Siapakah Ulama' yang tergamak masuk Umno dan bergelumang dengan dosa Umno. Isu kemasukan 100 Ulama' ke dalam Umno ini dilihat sebagai gimik Umno untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno kini mendapat sokongn golongan Ulama'.

Ini semua cerita lama dan skrip lama Cuma pelakon sahaja yang bersilih ganti. Sudah beratus malah beribu Ustaz dan Ustazah menyertai Umno namun apa yang mereka boleh buat. Umno tetap teguh membelakangkan Islam.

Sudah ramai Ulama' yang masuk Umno tetapi persoalannya adakah Ulama-ulama' tersebut mampu membuat perubahan dalam parti.

Ulama' Umno yang baru masuk ini kebanyakan hanya duduk di 'kaki lima' Umno jauh sekali dari dilantik ke jawatan penting. Hanya 2 atau 3 kerat sahaja yang digunapakai oleh Umno dan selepas beberapa ketika mereka ditendang begitu sahaja.

Sudah ramai Ulama' yang menyatakan sokongan terbuka kepada Umno selama ini tetapi adakah Ulama ini berjaya menasihatkan pimpinan Umno sehingga berubah. Contoh paling mudah ialah dalam soal menutup aurat, sudahkah Ulama' Umno menasihat pimpinan Umno agar diri sendiri dan keluarga menutup aurat dengan betul.

Sudahkan Ulama" Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya mengarahkan syarikat GLC atau GOC membayar zakat ?

Sudahkah Ulama' Umno menasihatkan kerajaan supaya menggunapakai Hukum Islam secara menyeluruh.?

Sudahkah Ulama' Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menukar sistem ekonomi dan kewangan negara dari berasaskan riba kepada bebas dari RIBA

Sudahkah Ulama' Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menggunapakai Hukum Islam dengan menghapuskan undang-undang Lord Reid

Sudahkah Ulama' Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya menghapuskan lesen judi, arak, rumah urut, kelab malam dan pusat-pusat maksiat,

Sudahkah Ulama' Umno menasihatkan kerajaan pusat supaya memerintah dengan adil dan tidak mendiskriminasikan kerajaan negeri-negeri PR.

Khairi Ahli Parlimen tahun 1810!

Posted: 22 Jun 2010 05:37 PM PDT


Akhirnya Khairi Jamaludin terpaksa akur dengan kekuatan Pakatan Rakyat. Orang seperti Khairi biasanya sukar untuk mengiktiraf kehebatan orang lain, namun berdepan kemaraan PR, akhirnya dia akur jua. Pengiktirafan itu berlaku secara sedar dan diungkapkan di parlimen.

Menurut Khairi, 'brain drain' tiada noktahnya jika pembangkang terus membentuk persepsi buruk terhadap pentadbiran negara. Sama ada dakwaan Khairi adalah benar atau tidak, itu boleh dipersoalkan.

Dari satu sudut, Khairi mengakui kehebatan Pakatan Rakyat sehingga berjaya mempengaruhi golongan profesional dan tenaga mahir berhijrah ke luar negara sementara yang memang berada di luar negara pula tidak berhasrat untuk pulang.

Golongan profesional bukan senang untuk dipengaruhi. Apatah lagi oleh pembangkang yang telah dilabel oleh pihak berkuasa sebagai 'bangkang semua benda.' Dengan sokongan media yang terhad, kejayaan pembangkang mempengaruhi golongan profesional seperti dakwaan Khairi dikira suatu kejayaan besar.

Ini juga adalah bukti bahawa tahap kepercayaan golongan profesional kepada kerajaan yang diterajui oleh BN adalah merosot. Kerajaan dengan sokongan media yang tidak terbatas masih gagal mempengaruhi golongan tadi untuk pulang ke tanah air.

Dalam masa yang sama mereka yang berada di dalam negara pula gagal di halang oleh kerajaan untuk berhijrah.

Kalau mereka enggan pulang dan berhijrah keluar kerana pengaruh pembangkang, maknanya BN akan hanyut dalam arus ketidakpercayaan golongan profesional dan tenaga mahir tadi pada PRU akan datang.

Khairi berhujah seperti Pak Pandir. Bukan anak aku sahaja yang mati, anak orang lain pun mati juga. Dia menyebutkan mengenai Cina dan India yang turut menghadapi masalah pengaliran keluar tenaga mahir.

Kalau India, Cina dan Malaysia menghadapi masalah pengaliran keluar tenaga mahir, mengapa Khairi pernah menempelak Kelantan suatu masa dahulu kerana penghijrahan keluar rakyat negeri itu dari Kelantan?

Mengikut Khairi, kerana Kelantan mundur, tiada peluang pekerjaan, ekonomi lembap, pemimpin tidak cekap dan banyak lagi.

Kini, Malaysia di bawah Najib juga mundur, tiada peluang pekerjaan, ekonomi lembap dan pemimpin BN tidak cekap? Kalau itu bukan puncanya, mengapa boleh berlaku 'brain drain'?

Patutlah Najib tidak lantik Khairi ke dalam kabinetnya. Hujahnya menjadi beban kepada BN. Agaknya Khairi lupa dia menjadi ahli parlimen pada tahun 2010, bukan pada tahun 1810. Bukankah pada ketika itu belum ada kemudahan ICT?

Tewasnya Sivakumar. Perak, Anda Masih Percaya Kepada Mahkamah?

Posted: 22 Jun 2010 10:31 AM PDT


Mahkamah Tolak Rayuan Sivakumar

PUTRAJAYA 22 Jun - Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.

Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.

Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.

Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.

Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi imuniti.

Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.

Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.

Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker. -Bernama

Ulasan GB

Terperanjatkah kita dengan keputusan hakim berkenaan?

Lansung tidak ada apa yang baru.

Hairannya kali ini mahkamah menyatakan bahawa "tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri" dan "memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan".

Sedangkan sebelum ini mahkamah telah pun campurtangan apabila memutuskan sidang dewan rakyat Perak yang dilansungkan di bawah pokok tidak sah.

GB pernah menyatakan dengan keadaan di mana institusi kehakiman negara yang bobrok, jangan harap PR akan memperolehi kemenangan di dalam isu-isu tertentu seperti isu perak, isu DSAI dll.

Baca ulasan GB di SINI

Petikan semula :


Mahkamah Persekutuan? Oh, masyarakat berpersepsi bahawa ia adalah badan pegesah kepada kehendak dan keputusan Peguam Negara yang membuat keputusan demi kepentingan kerajaan UMNO dan BN. Bukan untuk kebenaran dan keadilan.

Ada beberapa kes terpilih yang mana Pakatan Rakyat atau mana-mana individu yang melawan institusi kerajaan akan PASTI ditewaskan apabila ianya sampai ke penal Mahkamah Persekutuan. Diantaranya kes Perak, kes liwat DSAI, kes melibatkan SPRM, kes melibatkan SPR, kes melibatkan PDRM.

Buka semula penghakiman kes-kes berkenaan Mahkamah Persekutuan, jika anda rasa GB tidak berkata benar.

Dan ingat juga kes correct, correct, correct. Si hakim bedebah yang membaca kertas penghakiman yang disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang dibicarakan masih lepas bebas dan tidak diambil sebarang tindakan.

Jadi, keseluruhan sistem kehakiman negara sebenarnya bobrok. Rakyat tidak dapat mengharapkan kebenaran dan keadilan dari Istana Keadilan (Palace of Justice) lagi. Istana Keadilan bakal runtuh akibat hakim-hakim durjana ini.

Tragedi Memali Akan Berulang Tak Lama Lagi..!

Posted: 22 Jun 2010 08:06 AM PDT

JI briefing: 'Asri, Hadi linked to Wahhabism'

Another high-level briefing was held at the Bukit Aman federal police headquarters last night as part of efforts to send out the red alert amongst the government's senior echelon on the Jemaah Islamiah (JI) threat.

Apart from the movement's terrorist threat, participants at the briefing also heard that JI subscribed to Wahhabism, an ultra-conservative, hardline form of Islam. This sparked fear among some present that a witch-hunt may be on the cards.

Wahhabism, although widely practised in Saudi Arabia, is 'not encouraged' by the Malaysian Islamic institution.

The high-ranking officials attending the meeting – among them the police task force on terrorism, public university vice-chancellors and heads of security departments – were clearly uneasy with what they heard.

This due to the deputy director of the Al-Quran and Core Knowledge of Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin who alleged a link between Wahhabism and several notable Islamic figures in the country.

Among the names mentioned were former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidi, the state's current mufti Juanda Jaya, former Perlis menteri besar Shahidan Kassim and PAS president Abdul Hadi Awang.

PAS denounced the alleged link at a press conference in Parliament this morning, claiming the government was merely using the JI threat as a smokescreen to make the Islamist party a scapegoat in Malaysia's 'war against terror'.

Witch-hunt fears

Zamihan had also linked the radical Middle Eastern Islamic school of thought to local NGO Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), causing more uneasiness among the officers who were present at the briefing.

"We don't want this to turn into a witch-hunt," said a source who had attended the briefing.

The source also complained that the briefing by Zamihan, which did not touch on the militant aspects of Wahhabism, may have influenced university administrators unfamiliar with the subject.

"It was essentially a flawed briefing. Simply linking Wahhabism to JI can create panic among those who don't know better.

"And then people can simply accuse their enemies of being Wahhabist, and get them into trouble because of this so-called terrorism links," the source told Malaysiakini.

The police briefing, chaired by Higher Education Minister Mohamed Khaled Nordin (right) , was the second one on the JI threat in public universities.

News of the threat broke out last week after Inspector-General of Police Musa Hassan revealed that 10 foreigners had been arrested and deported since the beginning of this year under the suspicion of being JI operatives.

Musa said that the foreign suspects were trying to recruit 20 to 30 university students to join their group.

Local targets planned

Jemaah Islamiah is a militant Islamic group that has claimed responsibility for the 2002 Bali bombings (below), the 2004 bombing of the Australian embassy in Jakarta and the bombing of the JW Marriot Hotel also in Jakarta in 2003 all of which took more 300 lives.

They are also suspected to be involved in several other terror attacks across South East Asia.

The group is on the UN's list of terrorist organisations with links to the Al-Qaeda.

JI was recently reported to have been planning to blow up the Kek Lok Si Temple in Penang as well as the Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Hindu temple at Batu Caves.
Ni lagi 1 projek haram UMNO/BN, bila dah nak mampos, serang Ulama-Ulama yang ada yang terlibat dalam politik lebih-lebih lagi Ulama-Ulama yang berada dalam Parti Pembangkang dan jugak yang tidak sealiran dengan KERAjaan Pusat.

Satu demi satu Ulama-Ulama pro Pakatan Rakyat dan jugak yang tidak sealiran dengan Pucuk Pimpinan UMNO/BN akan jadi kambing hitam, tak pasal-pasal Ulama-Ulama ni ada hubungan rangkaian dengan "Pengganas-Pengganas" yang ada dalam senarai pengganas Negara Amerika.

Ni rancangan sape..? APCO..? terbukti terang-terangan dan tak payah nak suluh-suluh dah memang UMNO/BN haram jadah ni ejen Zionis..!

Episod terbaru "Operasi Lalang" dan jugak "Tragedi Memali" akan berlaku di Malaysia. kali ni KERAjaan Pusat, jangan fikir yang ianya "semudah itu"..!

Faekah Setiausaha Politik MB Selangor Ganti Nik Nazmi

Posted: 22 Jun 2010 07:04 AM PDT

SHAH ALAM: Faekah Husin malam ini diumumkan sebagai sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memasuki Pejabat Menteri Besar mulai 1 Julai ini.
Faekah, 45, sebelum ini merupakan peguam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1984.
Pada Mei 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (Unisel) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Dalam PKR, beliau pernah memegang jawatan termasuk Setiausaha Keadilan Selangor dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita parti hingga 2004.
Sementara itu, Nik Nazmi akan memulakan tugas di Ibu Pejabat parti pada tarikh yang sama.
mStar Online sebelum ini melaporkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia di peringkat parti.
Beliau dikatakan beralih jawatan kononnya dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mahkamah Tolak Rayuan Sivakumar..kes baguih...satu dewan 2 keputusan...Kes Nizar mahkamah berkuasa..Kes Siva mahkamah tiada kuasa...!!!

Posted: 22 Jun 2010 06:12 AM PDT

PUTRAJAYA 22 Jun - Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.
Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.
Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.
Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.
Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.
Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.
Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.
Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi imuniti.
Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.
Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.
Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.
Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker.
Bernama

Menteri Kewangan Didakwa Lindungi Kes Penyeludupan Wang Haram Menteri Besar NS

Posted: 22 Jun 2010 06:06 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook kesal jawapan Menteri Kewangan seolah-olah melindungi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan penyeludupan wang RM10 juta ke United Kingdom pada Mac 2008.
Sebalik dalam jawapan kepada soalan lisan Anthony Loke, Kementerian Kewangan hanya memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram serta membatalkan lesen pengurup terbabit.
"Saya menerima jawapan bertulis terhadap pertanyaan tersebut yang mengatakan Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan menyerbu dan memulakan siasatan terhadap pengurup-pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram.
"Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat kegiatan pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup-pengurup wang yang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998. Selain itu juga jawapan tersebut menjelaskan lesen pengurup terbabit telah dibatalkan oleh Bank Negara.
"Jawapan tersebut juga memberitahu tindakan undang-undang juga boleh di ambil oleh Bank Negara terhadap mana-mana pengirim dana yang membuat penghantaran dana ke luar negara secara haram," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.
Anthony Loke kesal dengan jawapan yang diberikan kerana tidak dijelaskan apakah bentuk tindakan yang telah dikenakan ke atas Mohamad.
"Apa yang saya kesalkan tidak ada jawapan terhadap tindakan yang telah dikenakan ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah melakukan kegiatan tersebut, kenapa perkara tersebut disembunyikan tanpa diambil tindakan.
"Kenapa jika kes yang terlibat dengan mereka daripada golongan atasan dilihat mempunyai kepentingan dan tidak dikenakan apa-apa tindakan malah kes tersebut hanya senyap begitu sahaja.
"Persoalannya kenapa hanya pengurup wang sahaja dikenakan tindakan jika didapati bersalah, mana tindakan diambil ke atas Menteri Besar tersebut yang jelas beliau yang melakukan pengiriman wang.
"Menteri Kewangan perlu memberi penjelasan terhadap persoalan tersebut, jangan membiarkan perkara itu tanpa sebarang jawapan. Kita mahu tahu status sebenar. Jika benar Mohamad Hassan tidak bersalah beritahu atau sebaliknya perlu dijelaskan, jangan biarkan kes tersebut terus menjadi tanda tanya.
"Melihat kepada jawapan tersebut timbul beribu persoalan  kenapa kerajaan senyap tanpa tindakan, adakah kerana jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik tindakan dinafikan, sedangkan semua tahu penglibatan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam jenayah menyeludup wang keluar negara dalam jumlah yang besar," jelasnya lagi.
Sebelum itu, Anthony Loke pernah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang ke luar negara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan.
Menurut maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman, Bank Negara Malaysia mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Menteri Besar itu dalam pemindahan wang tersebut.
Semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad terkedu dan hanya mengatakan beliau tidak berminat untuk menjawab soalan pembangkang mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam penyeludupan wang ke luar negara.
Beliau bagaimanapun mengakui kini sedang di siasatan oleh pihak berkuasa tanpa memberi butiran lanjut mengenainya.

PAS Lenggong desak Ust. Zulkifli dibebaskan...dari tahanan di Mesir..!!

Posted: 22 Jun 2010 05:58 AM PDT

Haji Muhammad Zakaria (baju puteh), Isteri Ustaz Ibrahim (tudung muka), Haji Mahfudz dan Haji Razman

9 Rejab 1431H.
Khairul Azman Sakri

LENGGONG: PAS kawasan mendesak kerajaan Malaysia melalui Menteri Luarnya menangani isu penahanan seorang rakyat negara ini, Ustaz Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir, secara serius kerana mangsa pergi ke negara itu untuk urusan pelajaran.

Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, berkata Ustaz Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim tidak mempunyai rekod yang beliau terbabit dengan sebarang kegiatan bertentangan dengan undang-undang negara dan tidak menyertai mana-mana jamaah yang diharamkan di negara ini.

Katanya, pemergian Ustaz Zulkifli hanya atas urusan untuk menyambung belajar di Universiti al-Azhar bagi peringkat Master, bagaimanapun ketika proses penerbangan balik pada 13 Jun lalu beliau ditahan pihak berkuasa Mesir.

"Semasa proses check out di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, sewaktu beliau berurusan dengan pihak imigresen, beliau ditahan sedangkan isteri dan dua anaknya tidak tahu apa-apa.

"Akhirnya apabila kapalterbang berlepas, beliau tidak bersama dengan isteri dan dua anaknya yang baru berusia dua dan tiga tahun," katanya sehari selepas pulang dari menemui Ahli Parlimen Pokok Sena, Yang Berhormat Datuk Mahfudz Omar dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen 21 Jun lalu.

Haji Razman berkata, penahanan oleh pihak berkuasa Mesir langsung tidak dimaklumkan kepada keluarga beliau di Malaysia, malah kerajaan sendiri tidak memaklumkan kepada pihak keluarganya.

Katanya, berikutan itu, 20 Jun lalu beliau ditemui bapa Ustaz Zulkifli, iaitu Haji Muhammad Zakaria Abdullah, 62, mengadu hal anaknya, membawa kepada pertemuan dengan Datuk Mahfudz dan Menteri Luar.

Selepas pertemuan itu, katanya Menteri Luar membuat kenyataan akhbar dan berita mengenai penahanan Ustaz Zulkifli yang juga bekas Calon Parlimen PAS Kawasan Lenggong itu disiarkan akhbar arus perdana hari ini (22 Jun).

"Saya mewakili PAS Lenggong, mendesak kerajaan Malaysia menangai masalah Ustaz Zulkifli dengan serius sehingga beliau dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir kerana Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak itu tidak bersalah.

"Saya juga berharap supaya keluarga Ustaz Zulkifli bersabar atas ujian yang dihadapi dan berdoalah supaya Ustaz Zulkifli dapat pulang segera ke pangkuan keluarga," katanya.

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion

Posted: 22 Jun 2010 05:15 AM PDT


Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

"Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk "penyelarasan dan perkhidmatan bantuan" yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.

Keputusan Muktamad Tukar Tanah Malaysia-Singapura September .ha.ha..projek gadai-mengadai...!!! dah kata kerap sangat turun naik..!!

Posted: 22 Jun 2010 05:11 AM PDT

Patut le suka benar..projek gadai-mengadai...
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju bahawa keputusan muktamad mengenai pertukaran tanah melibatkan kedua-dua negara dibuat dalam tempoh tiga bulan dari hari ini.
Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, selepas satu perbincangan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Pada sidang akhbar bersama selepas itu, Najib berkata bahawa dalam tempoh itu, beliau berharap dapat berkunjung ke Singapura bagi memuktamadkan isu berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA).
Katanya Lee, telah mengemukakan cadangan yang khusus berhubung tawaran pertukaran tanah untuk dipertimbangkan oleh Malaysia.
"Saya berterima kasih kepada beliau kerana membuat tawaran itu dan saya telah memberitahu beliau mengenai pendirian kita bahawa kita akan menelitinya, dan kami berdua bersetuju bahawa keputusan mengenai pertukaran tanah itu, diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang," katanya.
Lee tiba hari ini untuk lawatan sehari.
Bulan lepas, kedua-dua negara bersetuju supaya stesen kereta api di Tanjung Pagar, Singapura, milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, dipindahkan ke Woodlands.
Malaysia dan Singapura bersetuju supaya tanah di Tanjung Pagar itu dimajukansecara bersama.
Kenyataan bersama itu menyebut bahawa Najib dan Lee telah mengadakan satu perbincangan yang berhasil serta mendapat maklumat balas awal berhubung tawaran pertukaran tanah itu. - BERNAMA

KENYATAAN MEDIA : RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Posted: 22 Jun 2010 05:00 AM PDT

Kenyataan Media

Selasa 22- Jun - 2010

RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mewakili rakyat Malaysia mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet. Kerajaan dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan dinegara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen "Information Memorandum" telah dikeluarkan oleh Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen.

2. Pada 12 Jun 2010 Berjaya Corp telah membuat kenyataan kepada Bursa Saham Malaysia bahawa Ascot Sport Sdn Bhd telah mendapat kebenaran kerajaan untuk memperbaharui lesen judi sukan. Atas asas ini maka Berjaya Corp telah membeli 70% saham Ascot Sport bernilai RM525 Juta. Sedangkan Ascot Sport adalah sebuah syarikat yang rugi sebanyak RM15.8 juta pada 31hb Disember 2008. Jika Ascot Sport tiada jaminan memperolehi semula lesen judi sukan maka sudah tentu Berjaya Corp tidak membeli sahamnya. Pendedahan ini telah dikeluarkan oleh Malaysia Insider pada 15 Jun 2010.

3. Pada 16 Jun 2010 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim telah menyatakan bahawa lesen judi sukan ditangguhkan sedangkan Perdana Menteri telah menafikan mengeluarkan lesen tersebut. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh Malaysiakini pada 16-Jun-2010

4. Terdapat sokongan secara terbuka terhadap lesen judi sukan daripada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional antaranya adalah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pimpinan MCA dan pimpinan PPP. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh kebanyakkan media arus perdana.

Persoalannya adalah :

1. Bagaimana MARC boleh memberi gred AA- kepada permohonan pinjaman RM800 juta Berjaya Sport Toto untuk melakukan operasi judi sukan pada Ogos atau awal September 2010 sedangkan kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi.

2. Bagaimana Tan Seri Vincent Tan boleh meyakinkan Bursa Saham Malaysia untuk Berjaya Corp membeli 70% kepentingan Ascort Sport sedangkan pihak kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.

3. Bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim boleh mengumumkan penangguhan lesen judi sukan sedangkan kementeri Kewangan tidak pernah mengeluarkannya.

4. Bagaimana pimpinan UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh menyokong judi sukan sedangkan kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.

Atas persoalan-persoalan di atas maka GMJ rasa penuh yakin bahawa adanya dokumen bertulis daripada Kementerian Kewangan yang telah memberi kebenaran kepada Ascot Sport memperbaharui lesen judi sukan. GMJ mahu Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah butiran yang telah diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan sehingga beliau begitu yakin dan pihak-pihak ketiga seperti Bursa Saham Malaysia serta MARC bergitu yakin terhadap pembaharuan lesen judi sukan kepada Ascort Sport. GMJ akan menyerahkan memorandum memansuhkan judi sukan kepada Perdana Menteri pada hari rabu 23-Jun-2010 jam 3 petang di Putajaya. GMJ mahu mendapatkan penjelasan seikhlasnya daripada Perdana Menteri berhubung dengan isu ini.

Walaubagaimana pun GMJ tetap bertegas bahawa suatu Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Judi pada jam 2 petang 3hb Julai 2010 di Kuala Lumpur akan tetap diadakan. Himpunan ini adalah untuk memberi isyarat kepada pihak kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak mahukan kepada judi sukan, pihak kerajaan perlu mengetatkan penguatkuasaan undang-undang judi dan mahu pihak kerajaan mendidik masyarakat membenci judi. Sesungguhnya judi boleh membawa keruntuhan keluarga , masyarakat dan negara.


Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ). 

Government says spent RM6.7b on Scorpene submarines

Posted: 22 Jun 2010 04:58 AM PDT

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, June 22 — The Defence Ministry today revealed that it had spent a total of RM6.7 billion (1.34 billion euros) on the purchase of two Scorpene submarines.In a written reply to PKR MP Chua Tian Chang, the ministry stated that the acquisition was completed last year, during the 2009 LIMA exhibition.
The reply listed down the cost of the two submarines as well as the price of buying 40 SM-39 Block 2 torpedoes from France and 30 Black Shark torpedoes from Italy.
According to the ministry, the purchase of two Scorpene submarines cost 1.084 billion euros, while the cost of the submarine "support and test" equipment amounted to 37.5 million euros.
The total cost of the torpedoes amounted to 219.265 million euros.
"If you add all this up, the total cost is RM6.7 billion. But this does not include maintenance fees for the submarines," said Chua.
The Batu MP claimed that DCN, the French company which supplied the submarines to the ministry, had quoted additional costs of RM600 million for the maintenance of the submarines for a six-year period.
"This figure was quoted by DCN prior to its joint venture with Boustead Holdings, a Malaysian company.
"After the venture, Boustead told the Defence Ministry that RM270 million would be needed for maintenance of the submarines each year. The RM600 million is the top ceiling cost for all six years," said Chua.
The PKR man explained that if the RM600 million were to be added to the RM6.7 billion, the total cost would be RM7.3 billion.
"While we are facing financial problems, with subsidies here and there, the government is having two white elephants which keep expanding in cost. We are not sure whether this will be the end of the payments, or will there be more," said Chua.

PRU-13 hujung tahun

Posted: 22 Jun 2010 04:52 AM PDT

SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan seawal hujung tahun ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada kepimpinan terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sudah menjadi kebiasaan dan wajar seorang pemimpin negara yang baru dilantik mendapatkan mandat rakyat memandangkan keadaan ekonomi negara juga sudah pulih.

Menurutnya, dengan pilihan raya umum ini nanti barulah kepimpinan Najib dan Barisan Nasional (BN) diuji sejauh mana mereka boleh meneruskan kepimpinan negara dan menidakkan percubaan Pakatan Rakyat: (PR) merampas Putrajaya.

"Saya bersependapat dengan Tun Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya umum wajar dipercepatkan dan saya jangka seawal hujung tahun ini ataupun awal tahun depan.

"Jika pilihan raya umum diadakan pada hujung tahun depan, ia sudah menjadi pilihan raya umum biasa dan bukan lagi dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ditanya cadangan PR yang mahu mengadakan pilihan raya negeri yang diperintah mereka dibuat secara berasingan dengan pilihan raya umum, Ahmad menegaskan PR berada dalam 'angan-angan'.

Katanya, perkara tersebut sebenarnya tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan negeri tiada hak untuk mengadakan pilihan raya negeri sendiri.

"Kalau mereka (PR) jadi kerajaan pusat tidak mengapa, mereka harus faham konsep pembahagian kuasa, pegawai SPR dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Perdana Menteri pula daripada BN.

"Oleh itu Najib tidak akan membenarkan cadangan yang dibuat oleh pemimpin PR dan jelas mereka hanya berangan," katanya.

Rabu minggu lalu, Perdana Menteri berkata tarikh pilihan raya umum akan mengejutkan semua pihak kerana kajian baru-baru ini oleh Merdeka Centre for Opinion research menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Keadilan Pulau Pinang seru PM deklasifikasikan Kontrak Jambatan Ke-2

Posted: 22 Jun 2010 04:47 AM PDT

Pada Mac 2008, Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sulaiman Mahbob.  Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk "Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan" dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang "whistle-blower".
Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:
  • Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.
  • UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL).
  • UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.
  • Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.
  • Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta.
  • Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.
  • Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?).
  • Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go.
Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu.  Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim (gambar kiri) benar.  Pertama sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang.  Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40.  Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance).  Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun.  Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40.  Kontrak pula dirahsiakan.  Semua ini harus diberhentikan serta-merta.  Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan pusat.
Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat.  Kemudian, kerajaan sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.
Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.  Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak.  Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.
Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini.  Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008.  Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum.  Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini.  Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada.  Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.
Maka, Parti Keadilan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM.  Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!
Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol.  Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat Pulau Pinang inginkan cekap, akauntabiliti dan telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.
*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin selaku ADUN Pantai Jerejak, Yusmadi Yusoff selaku Ahli Parlimen Balik Pulau dan Sivarasa Rasiah selaku Ahli Parlimen Subang.

Dedah Segera Hasil Siasatan Ke Atas MB N. Sembilan

Posted: 22 Jun 2010 04:43 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara digesa supaya mendedahkan hasil siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terlibat dengan penyaluran wang berjumlah RM10 juta ke United Kingdom pada 2008 melalui perkhidmatan pengurup wang.
Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata, satu penjelasan terpeinci mengenai status siasatan bagi dakwaan berkenaan perlu dikemukakan bagi membersihkan nama Menteri Besar itu.
"Kalau Menteri Besar Negeri Sembilan tak pernah terlibat, ini adalah platform terbaik bagi kerajaan untuk membersihkan nama beliau.
"Jika benar tak ada, mereka nafikanlah... ini perkara serius, kita harap Pejabat Peguam Negara perlu jawab perkara ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung soalan mengenai status siasatan terhadap Mohamad dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap beliau.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri yang hanya menyatakan bahawa Bank Negara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dalam aktiviti pengiriman wang secara haram ke luar negara.
"Ini yang kita persoalkan, mengapa hanya pengurup wang sahaja yang diambil tindakan? Bagaimana dengan pengirim?
"Saya fikir ini adalah usaha untuk melindungi individu tertentu," katanya.
Dalam jawapan bertulis berkenaan, Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan yang dijalankan, Bank Negara mendapati bahawa terdapat kegiatan pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup wang yang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998.
Bank Negara juga telah membatalkan lesen pengurup wang yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

'Penggantungan UKM4 cuba sekat mahasiswa aktif'

Posted: 22 Jun 2010 04:39 AM PDT

Penggantungan keahlian empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor - daripada Kelab Sains Politik dilihat sebagai usaha untuk menyekat kegiatan mahasiswa.

Hilman Idham (kanan) - yang dipertua (YDP) kelab itu yang digantung bersama tiga lagi mahasiswa - mendakwa, pentadbiran UKM tidak pernah selesa dengan kelab atau kumpulan mahasiswa yang bergiat aktif.

"Mungkin pihak universiti berpandangan bahawa Kelab Sains Politik (KSP) sebagai sebuah kelab mahasiswa yang kritikal dengan idea, pandangan serta pendirian kami dalam kebanyakan isu yang berlaku.

Pada 18 Jun lalu empat pelajar UKM yang bakal menghadapi prosiding tatatertib bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digantung tugas dan jawatan mereka dalam KSB.

Selain Hilman, turut digantung tugas Ismail Aminuddin (naib YDP), Azlin Shafina (setiausaha) dan Woon King Chai (exco).

Dalam satu kenyataan hari ini, Hilman yakin KSP akan dipimpin dengan baik oleh pemangkunya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua mahasiswa fakulti sains politik universiti berkenaan dan bertenang ekoran penggantungan itu.

"Saya juga yakin KSB akan terus memainkan peranan sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang aktif dengan penyertaan menyeluruh mahasiswa, juga kritikal dengan pandangan dalam setiap isu.

"Semoga Kelab Sains Politik akan terus menjadi persatuan mahasiswa yang terbaik dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang peka, kritikal dan professional pada masa hadapan," katanya.

Taib calls for meeting to prepare for state polls

Posted: 22 Jun 2010 04:37 AM PDT

By Zainal Epi
KUALA LUMPUR: Sarawak is gearing up for an early state election as Chief Minister Abdul Taib Mahmud has called for a meeting of all Barisan Nasional (BN) state representatives this weekend.
The sources said the meeting was mainly to discuss an early state election.
The current term of the state administration ends middle of next year.
"Given the atmosphere and trend among the young and Chinese voters, it seems that the present state government may not wait till its term expires.
"An early state election is expected as a sort of a damage control measure so that BN, if its performance is not so good, may not lose too many seats.
"We are expecting the state election to be called after Hari Raya Puasa, that is, in September," said one of the sources.
'Taib worried'
Sources said the upcoming state polls is crucial for BN, given the current atmosphere where DAP is gaining strength by the day in the state, more so after the Sibu parliamentary by-election last month.
They said Taib is getting worried that the Chinese voters in the state are now in the mood for change in keeping with the transformation of the political landscape in the Peninsula.
"Just like what happened in 2008, the Chinese feel that the time is right to vote out the current BN government," a source said.
They said the weekend meeting is expected to discuss issues of concern to the BN, especially the voting trend in the urban areas where Chinese comprised the majority.
They said top on the list is how to "sell Taib" in the wake of the Sibu fiasco, where it was generally believed he was the main cause of the BN defeat.
However, the Ibans and the Malays are still loyal to BN despite grievances at Taib, said another source.

More drastic amendments to Road Transport Act?

Posted: 22 Jun 2010 04:36 AM PDT

By Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: The Transport Ministry is expected to table amendments to the Road Transport Act at the next Parliament session, a move seen by some as giving the government a tighter grip on taxpayers' money.
The Consumer Association of Subang and Shah Alam (Cassa) is of the view that the proposed changes to the act is too drastic and would not be welcome by consumers.
Citing an example, its president, Jacob George, said the redefining of roads, which categorises all types of roads under the ministry, will eventually "affect the people".
According to him, roads built by the government are usually taken care of by the federal government, and roads in villages and estates come under the jurisdiction of the local government.
"With the new amendments, automatically, the people in the villages who use motorcycles without licence can all be picked up, charged and penalised," said George.
He added that the amendments would propose a fine of RM3,000 or jail terms of up to 20 years for several traffic offences.
"If it is true, it is draconian; even if the fine is RM300, we have a situation where most Malaysians cannot afford to pay due to the high cost of goods and essentials," he said.
George also said the people, especially in the villages, would feel the pinch each time there is a funeral or a wedding function at their homes.
"Usually, we will tell our immediate neighbours or local councils (to close the roads). Under the proposed new law, if you put up obstacles on the roads for wedding, you can be taken to court.
"This is not reflecting what laws should be," he said, adding that it could create possible backlash from the people, come the next general election.
Privacy at risk
George also said the amendments would allow more power to the ministry, its director-general and the Road Transport Department (RTD).
"We cannot give more power to RTD officers, especially when it allows them to enter someone's premises," he said.
In particular, added George, people's privacy would be put at risk when the government is proposing to have smart chips installed in their registration number plates.
"When the police take a photo of someone's car, they would pick up the entire data of that person because it will be on the system called an automated enforcement system.
"We don't have privacy laws in this country and this system can be manipulated and misused by third parties," said George.
And logistically, he said, it would be impossible for all the 25 million vehicles in the country to have the smart chips installed.
"Each registration plate would cost around RM150 and this is not cheap. You can't force everybody to change their number plates," he added.
However, he said, it would be acceptable if the chips were a standard in the new vehicles that are going to be rolled out.
George also claimed that only two companies would be awarded with the selling of such registration plates. This would tantamount to monopoly, he said.
"Malaysians are against monopoly. We are against any contracts given without the consensus of the people… they are not bringing the consumers into the loop to discuss," he said.
BN backbenchers club against amendments
Although the amendments were proposed by the federal government, George however praised the Barisan Nasional backenchers club (BNBBC) for not supporting it.
"Even our friends in the BNBBC were upset and urged the ministry to re-look at the amendments," he said.
"We have the full support of the BNBBC and they agreed that our concerns are legitimate and expressed their dissatisfaction with the proposed amendments," he added.
According to him, Cassa and BNBBC have had a "quiet meeting" in Parliament about a month ago and agreed that the government should "scrap" the amendments.
"There would be a severe backlash from the people and the government would be forced to eat humble pie.
"The moment you touch people's pockets and privacy, people would be upset," George said, adding that the BNBBC had raised the matter with Transport Minister Kong Cho Ha.

Israel terus rampas tanah Arab

Posted: 22 Jun 2010 04:34 AM PDT


4020775_0b0a6ce694_m BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.
Pemimpin Palestin mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai 'King's Garden', sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis juga mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.
Jurucakap bandar raya, Stephen Miller berkata, jawatankuasa itu dijangka meluluskan kajian semula pembahagian zon bagi membolehkan pembinaan 1,000 rumah dilaksanakan, meliputi 22 hektar di sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmaqdis.
Dalam pelan perancangan itu, kira-kira 20 rumah rakyat Palestin yang dibina tanpa permit akan dirobohkan, manakala 60 rumah lagi yang dibina secara haram diberikan lesen.
Namun, bagi rakyat Palestin kelulusan permit bangunan adalah sesuatu yang sukar diperoleh dari Israel.
Pemimpin Palestin menyifatkan projek itu sebagai satu lagi cubaan Israel untuk memperkuatkan kawalan di seluruh Baitulmaqdis, dengan sektornya di sebelah timur ditawan dalam peperangan 1967 dan dijadikan sebahagian daripada kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
"Langkah ini adalah penjajahan oleh pihak perbandaran," tegas Gabenor Baitulmaqdis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, Adnan al-Husseini.
"Mereka tidak boleh mendakwa yang mereka akan membina taman perumahan, tetapi pada masa sama menafikan orang lain terus menetap di situ," katanya
Mac lalu, Israel menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat apabila ia mengumumkan ketika lawatan Naib Presiden, Joe Biden bahawa ia akan membina 1,600 rumah bagi penduduk Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat yang dianggapnya sebagai sebahagian Baitulmaqdis.
Miller mendakwa, projek 'King's Garden' itu bertujuan 'mempertingkatkan mutu kehidupan' di Silwan dan sebuah taman dan kompleks awam akan dibina di kawasan berkenaan, yang boleh digunakan secara bersama oleh Arab dan Yahudi.

Hati-hati fahami konsep hak asasi-Pak Lah

Posted: 22 Jun 2010 04:33 AM PDT


pokloh KUALA LUMPUR: Aktivis dan pengamal hak asasi diingatkan supaya berhati-hati dalam memahami konsep dan amalan hak tersebut agar tidak melampaui batas agama, budaya, dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan.
Ini kerana ramai penyokong dan aktivis hak asasi tersilap anggap mengenai konsep dan amalan itu sehingga memberikan keutamaan yang berlebihan.

Demikian menurut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: : Ke Arah Pemurniaan Kefahaman" di Institit Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Abdullah yang juga Pengerusi IKIM berkata, konflik antara hak asasi manusia dengan agama yang selalu ditonjolkan dalam media seperti isu murtad perlu diperbetulkan.
"Ramai tidak sedar bahawa konsep, amalan dan pergerakan hak asasi yang berteraskan kepada falsafah humanisme, sekularisme dan hedonisme sebenarnya adalah musuh kepada semua agama.
"Apabila akal menjadi maharaja kepada segala tindakan manusia, maka mereka akan menganggap nilai akhlak, kerohanian dan ketuhanan adalah tidak perlu dan tidak relevan lagi," katanya.
Beliau berkata, salah faham mengenai beberapa istilah hak asasi seperti kebebasan beragama, kebebasan bersuara memberi kesan kepada kelakuan mereka sehingga menganggap apa yang dilakukan berdasarkan faktor kesamarataan dan hak.
"Saya yakin ada rakyat yang masih terkeliru dengan dokumen hak asasi atau konsep undang-undang yang diguna pakai di Malaysia, adakah dokumen itu mengatasi ketinggian perlembagaan negara.
"Kebebasan yang sebenar adalah kebebasan dalam melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri dan masyarakat sekeliling.
"Bukanlah kebebasan yang sebenarnya jika seseorang memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak baik dan buruk, yang bertentangan dengan nilai akhlak mulia dan ajaran agama, meskipun ia mungkin kelihatan lebih baik dan membawa faedah di mata kasar golongan tertentu," katanya. 

Hak asasi bergantung kepada pendekatan mahkamah

Posted: 22 Jun 2010 04:32 AM PDT


aOleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Hak asasi manusia di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan didapati terlalu banyak bergantung kepada pendekatan dan sikap yang diambil melalui keputusan undang-undang di mahkamah.
Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbanding dengan negara seperti Amerika Syarikat dan negara lain di Eropah, perlembagaan di Malaysia tidak menyediakan apa-apa peruntukan instrumen mengenai hak asasi.

"Salah satu punca mengapa ini berlaku ialah kerana perlembagaan itu sendiri tidak menyebut dengan jelas ruang lingkup peruntukan hak asasi yang sedia ada," katanya ketika membentangkan kertas kerja Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.
Katanya, Malaysia begitu terikat dengan kedudukan perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi sehingga mengatasi peruntukan hak dan undang-undang lain.
Mengambil contoh hak kebebasan Malaysia sebagai negara demokrasi, Abdul Aziz menegaskan, wujudnya beberapa pertindihan proses dalam doktrin pengasingan kuasa juga menyebabkan pengisytiharan mengenai hak asasi manusia termasuk hak kebebasan di negara ini tidak dapat dilaksanakan spenuhnya.
"Agak jelas bahawa perkembangan dan pelaksanaan hak asasi bergantung kepada sikap dan komitmen mahkamah.
"Ini kerana tidak mungkin untuk mengharapkan dewan perundangan (Dewan Rakyat) meminda peruntukan-peruntukan yang berkaitan bagi membuat penyesuaian.
"Selain lambat di sana mungkin ada hambatan prosedur yang tidak dapat diatasi mahupun dipenuhi," tegas beliau.
Bagaimanapun katanya, kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mampu memberi dimensi baru kepada wacana dan pelaksanaan hak asasi di Malaysia.
Ini kerana selain memberi pendidikan mengenai hak asasi, badan berkenaan juga diberi kuasa untuk membuat cadangan kepada kerajaan mengenai instrumen antarabangsa yang boleh diterima pakai di negara ini.
"Kewujudan pelbagao pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram dan Sister In Islam (SIS) juga dilihat mampu memberi kesan kepada wacana mempertahankan falsafah hak asasi yang dominan secara global," katanya.

Blogger UMNO menegur pemimpin depa yang buta perut..

Posted: 22 Jun 2010 04:10 AM PDT

Macam manalah ahli-ahli UMNO nak menyerang BALAS kalau ramai pemimpin mereka jenis BUTA PERUT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, PM telah menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.. Kita TIDAK tahu samada hasrat PM itu difahami sePENUHnya oleh ahli-ahli UMNO atau TIDAK, tetapi kita YAKIN 100% bahawa hasrat PM ini GAGAL difahami oleh rakan-rakannya sendiri dalam kepimpinan UMNO dan jugak dalm Kabinet 1 Malaysianya..

Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

UMNO lemah bukan kerana ahli-ahlinya.. Sebahagian BESAR penyumbang keLEMAHan UMNO adalah kerana orang MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO itu sendiri.. Kita mintaklah PM kita cuba NYATAkan ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang 'diSUKAi' dan 'diSAYANGi' oleh rakyat ketika INI? Terus-terang kita katakan, para pemimpin UMNO sendirilah yang meLEMAHkan parti tersebut dengan bermacam CARA hingga sampai TAHAP memperBODOHkan rakyat.. Adakah PM Nampak HAKIKAT ini?

Cuba TENGOK betul-betul pemimpin parti MANAkah yang ada SIKAP begini:-

1) Siapakah yang meMALUkan UMNO dengan mengejar JAWATAN parti dan bermacam jenis JAWATAN hingga didapati berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG?

2) Siapakah pemimpin UMNO yang 'GILA GLAMER' hinggakan habis dicuba segala macam CARA untuk mencari PUBLISITI murahan daripada jadik MODEL SAMBILAN hinggalah kepada jadik Askar Wataniah?

3) Menteri MANAkah yang sering buat KENYATAAN BODOH di Parlimen dan juga luar Parlimen dalam isu judi BOLA, penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan Kristian, penyerahan blok minyak kepada Brunei dan banyak lagi hingga dipanggil 'The HATCHET Man'?

4) Menteri MANAkah yang sering TIKAM BELAKANG kerana menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan sendiri seperti isu keHILANGan enjin JET dan pendedahan ada maklumat RAHSIA Negara bocor kepada keDUTAan asing?

5) Menteri MANAkah yang begitu PENAKUT dengan HINDRAF, parti RACIST La'anatullah dan banyak lagi pihak yang menimbulkan isu perKAUMan terhadap orang Melayu tetapi diLANTIK pulak sebagai Menteri KDN?

6) Ketua Penerangan parti MANAkah yang TIDAK mampu pun mengatur jentera penerangan dengan TERATUR setiap kali PRK tetapi asyik HANYUT dibuai MIMPI Teori Pendulumnya?

7) Ahli Parlimen parti manakah yang kahwin DUA tanpa keBENARan hingga meletakkan dirinya setaraf dengan Lebai PAS?

Bolehkah ahli-ahli UMNO ini diberitahu, atas SEBAB apakah mereka kena memperTAHANkan para pemimpin sebegini dalam UMNO?

Semasa PRU ke12 lalu, ramai ahli-ahli UMNO masih TRAUMA untuk membantu parti mereka kerana GAGAL untuk menyerang BALAS dan diMALUkan dengan MUDAH sekali disebabkan pihak LAWAN menjaja gambar Presiden UMNO tengah TIDO dan meraba BAHU perempuan semasa CERAMAH.. Trauma ahli-ahli UMNO masih lagi berterusan hingga HARI ini selepas mendapati para pemimpin seperti yang dinyatakan di atas menguasai UMNO.. Ahli-ahli UMNO tidak MAMPU langsung memBUKTIkan bahawa kepimpinan parti mereka LEBIH baik berbanding lawan.. Salah siapa?

Itu belum lagi kepimpinan UMNO peringkat negeri yang berpecah-belah dan tidak sehaluan akibat SIBUK sayangkan JAWATAN.. Ada sesiapa boleh bagitahu, APAkah keKUATan UMNO yang boleh diBANGGAkan di Kedah, Kelantan, Selangor, KL dan Negeri Sembilan? Apakah keKUATan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang masih WUJUD di peringkat negeri? Apakah UMNO yakin bahawa generasi muda menyokong parti ini?Ahli-ahli UMNO sekarang INI umpama ASKAR yang dikerah berperang TETAPI tidak diBEKALkan PELURU dan ditembak pulak oleh JENERAL mereka sendiri!

UMNO sebenarnya terHUTANG budi kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, BBM dan banyak lagi yang sering membangkitkan NOSTALGIA antara orang Melayu dengan UMNO.. Begitu jugak UMNO patut berterima kasih dengan BLOGGER yang tak jemu korek maklumat musuh UMNO.. UMNO jugak wajar berterima kasih kepada para ahli Parlimen BEBAS yang lebih GAGAH menyerang pihak LAWAN daripada para pemimpin UMNO sendiri.. Jika NAK harapkan kepada pemimpin-pemimpin seperti di atas, alamat TUNGGU masalah UMNO cuma tinggal BENDERA aje nanti..

Wallahualam..
 

Tiada ulasan: