WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- AWAS BERITA KELUAR UMNO
- 100 pekerja KLIA hilang pekerjaan
- KENYATAAN MENGENAI TOL JAMBATAN PULAU PINANG
| Posted: 22 Jun 2010 03:17 AM PDT Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam semalam. Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan. Noh berkata mesyuarat malam semalam membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor. Pada pilihan raya umum pada 2008, Mohamed Satim mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi. - Bernama | ||
| 100 pekerja KLIA hilang pekerjaan Posted: 22 Jun 2010 03:15 AM PDT 100 pekerja KLIA hilang pekerjaanTuesday, 22 June 2010 12:06 PMLebih 100 pekerja agensi pelancongan bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bakal dibuang kerja berikutan tindakan Persatuan Agen-Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang didakwa bersetuju mengambil alih tugas semua agensi pelancongan sedia ada di KLIA. Wakil agensi pelancongan terbabit, Mohd. Anuar Hussin berkata, keputusan MATTA itu menyebabkan Malaysia Airport Berhad (MAB) mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kepada semua agensi pelancongan yang ada di KLIA mulai 1 Julai ini. ''Kami selaku ahli MATTA kecewa dengan tindakan persatuan itu kerana sepatutnya mereka membela kami dan bukannya bersetuju untuk mengambil alih tugas yang kami jalankan sejak KLIA beroperasi. ''MATTA seharusnya ingat bahawa penamatan perkhidmatan kami oleh MAB itu akan memaksa kami menamatkan khidmat pekerja yang berjumlah lebih 100 orang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Baru-baru ini MAB mengeluarkan notis menamatkan sewaan kepada semua agensi pelancongan di KLIA yang bermula 1 Julai ini berikutan persetujuan MATTA untuk mengambil alih tugas-tugas agensi pelancongan itu di lapangan terbang berkenaan. Bagaimanapun, Mohd Anuar sangsi dengan keupayaan MATTA untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti kepada pelancong asing yang tiba di KLIA. ''Ini kerana saya difahamkan MATTA hanya akan membuka kaunter penerangan dan bukannya menyediakan pakej pelancongan sebagaimana yang dijalankan oleh kami. ''Sedangkan kami memiliki pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam menguruskan pelancong asing yang tiba di KLIA," katanya. | ||
| KENYATAAN MENGENAI TOL JAMBATAN PULAU PINANG Posted: 22 Jun 2010 02:38 AM PDT Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat berkenaan isu Jambatan Pulau Pinang ke-dua 22 Jun 2010 Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk "Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan" dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang "whistle-blower". Ada beberapa fakta dalam surat tersebut: - Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun. - UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL) - UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan. - Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta. - Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta - Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051. - Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?) - Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat. Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk0 tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka. Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan. Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat. Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut! kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang. YB Sim Tze Tzin Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang ADUN Pantai Jerejak YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau YB Sivarasa Ahli Parlimen Subang |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan